Kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul terakhir telah mengangkat darjat wanita, memberi hak yang sewajarnya dan meletak mereka di tempat yang sesuai dengan fitrah. Malah terdapat satu surah khusus yang dikisahkan secara khusus dalam al-Quran iaitu surah al-Nisa’.

Ajaran agama Islam yang disebarkan Baginda Nabi telah mengangkat martabat wanita sama rata dengan lelaki kecuali dalam bab kepimpinan. Allah SWT dalam al-Quran menjelaskan, kedudukan wanita dalam Islam sama dengan lelaki.

Wanita diciptakan sebagai pasangan buat lelaki. Ini dinyatakan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat, ayat 13).

Namun sesetengah dari kita mungkin suka meletakkan maruah wanita itu lebih rendah dari agama meletakkannya di kedudukan tertinggi hanya untuk mencari “nama” di dunia ini.

Tindakan seorang wanita yang membuka baju dan tudungnya di sebuah kelab komedi di TTDI menerima kecaman ramai. Ramai bertanya adakah tindakannya itu menghina agama atau diri sendiri.

IKLAN

Ikuti perkongsian dari pendakwah Brother Firdaus Wong mengenai tindakan wanita ini.

Ada seorang sahabat telah menghantar satu klip 54 saat dengan caption “acara menghina Islam” yang dikatakan berlaku di sebuah kelab komedi di TTDI.

Seorang wanita berbaju kurung & berhijab di atas pentas berkata;

IKLAN

“Hello & assalamualaikum everyone. Nama saya Siti Amira Binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar Perak. Im Malay & Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. BUT, one second…”

Wanita itu meletakkan mic dan mula menanggalkan tudung & baju kurungnya sehingga penonton mula bersorak.

IKLAN

Secara jujur, jikalau benar wanita itu adalah Melayu & Muslim serta telah menghafal 15 juzuk Al-Quran sebagaimana didakwa dalam video, dia sebenarnya menghina dirinya dan bukannya menghina Islam.

Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, dia menghina dirinya dengan menanggalkan di khalayak ramai.

Jikalau benar dia ‘claim’ telah menghafal 15 juzuk Al-Quran dan melakukan perbuatan seperti itu, dia menghina dirinya kerana Allah memuliakan orang yang menghafal Al-Quran, memahami & mengamalkannya tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan.

Islam telah datang memuliakan kita, Barangsiapa mencari kemuliaan di luar Islam, maka kita akan dihina sekali lagi.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI