Aurat bagi seorang wanita muslimah baligh adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua-dua telapak tangan. Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Ada yang mengistilahkan cara berpakaian begini sebagai separuh telanjang; menutup tubuh tetapi masih menampakkan bentuk tubuh yang menggoda ajnabi.

Bagi muslimah yang belum berkahwin, dia bertanggungjawab ke atas segala perbuatannya memandangkan mereka sudah dewasa dan mendapat pendidikan cukup daripada keluarga.

Sungguhpun begitu. Sekiranya dia ada ayah atau saudara kandung lelaki, menjadi kewajipan mereka memastikan anak atau adik perempuan itu menutup aurat.

Isteri Tak Tutup Aurat Akibatnya Suami Tak Dipandang Allah
Suami harus sabar dan terus berusaha menasihati isteri untuk menutup aurat. Jangan pernah putus asa.

Sebagaimana firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;

“dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

“dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)

IKLAN

Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keselamatan harta benda dan jiwa raga.

Islam telah menggariskan beberapa panduan khususnya pada wanita supaya menjaga aurat daripada tercebur ke lembah perzinaan demi untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.

Oleh kerana itu, sebagai seorang suami yang soleh dan bijak, tentu kita wajib menasihati pasangan hidup kita agar menutup aurat supaya tidak mendapat dosa kerana melalaikan perintah Allah SWT di atas.

Sebagai seorang isteri pula, selain dia bertanggungjawab atas segala perbuatannya, sang suami turut dipertanggungjawabkan ke atas segala perbuatan isteri. Tugas suami adalah menjadi ketua keluarga yang perlu memastikan isteri serta anak-anak patuh kepada arahan agama.

IKLAN

Jika suami gagal melaksanakan tugas menasihati isteri, ini bermakna lelaki itu akan termasuk dalam salah satu ciri lelaki yang tidak akan dilihat Allah SWT pada hari kiamat.

Kategori suami seperti ini adalah termasuk dalam kategori suami dayus iaitu langsung tidak mampu memperbaiki akhlak isteri, tidak punya rasa malu atau cemburu terhadap perbuatan isterinya. Situasi ini dikenali sebagai diyatsah.

Rasulullah SAW bersabda:

Ada tiga orang yang tidak akan dilihat Allah pada hari kiamat: orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki, dan lelaki dayus. (HR. An Nasai dan Ahmad)

Tidak ada seorang pun ulama menolak kewajiban menutup aurat. Sedangkan aurat wanita menurut jumhur ulama adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Oleh kerana itu, jika kita sebagai suami tidak ingin termasuk dalam kategori lelaki dayus, maka mulai saat ini kita nasihati isteri kita secara berhikmah, baik langsung mahupun tidak langsung.

IKLAN

Cara menasihati yang terbaik adalah dengan menjelaskan perintah Allah SWT tentang kewajiban menutup aurat bagi perempuan muslim, tentu menasihatinya dengan cara ma’ruf tanpa harus membentak-bentak atau memarahinya.

Isteri Tak Tutup Aurat Akibatnya Suami Tak Dipandang Allah
Anak-anak perempuan yang sudah baligh harus diwajibkan menutup aurat tanpa krompomi.

Hakikatnya, isteri faham kewajipan menutup aurat, namun usaha perlu ada

ke arah perubahan baik. Dengan ada usaha dan kesungguhan InsyaALlah akan dikurniakan hidayah.

Namun perkara menutup aurat ini perlu ditangani segera kerana menutup aurat bagi seorang muslimah adalah seperti menunaikan hak Allah. Tiada idtilah belum tiba masa atau belum dapat hidayah. Hidayah bukan datang bergolek. Ia perlu dicari dengan usaha dan istikamah.

Artikel berkaitan: Dulu Tak Tutup Aurat Penuh. Rasa Stress, Rimas, Panas, Tapi Lepas Kahwin Beby Tora Tora Dedah Cerita Lama

Artikel berkaitan: Perkara Jangan Buat Ketika Bertengkar Salah Satunya Mengelak Dan Melarikan Diri

Kashoorga: Kepada para suami, semoga anda diberikan kesabaran dan terus gigih menasihati isteri berubah. Manakala isteri pula, sanggupkah anda menjadikan suami sebagai lelaki dayus? Balasan untuknya di akhirat nanti juga berat semata-mata kedegilan anda.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI