Andai dosa itu berbau, tiada manusia yang ingin melakukan dosa. Hakikatnya dosa yang dilakukan bukan sahaja tidak ‘berbau’ malah tidak kelihatan pada zahirnya hingga ramai terleka walau acap kali melakukan dosa.
Berkata Muhammad Ibn Wasi’ al Azdi : “Sekiranya bagi setiap perbuatan dosa itu mempunyai bau busuk yang dapat dicium, nescaya tidak ada seseorang pun yang mampu untuk mendekati diriku disebabkan kerana bau (dosaku) yg menyakiti mereka”
Ads
Jika bau badan kerana peluh atau keringat pun sudah cukup untuk menyakiti orang yang mendekati di sekeliling kita, bahkan kita tidak mahu orang mendekati kita saat kita berbau badan kerana peluh, atau membuang angin, atau terbau najis setelah membuang air, atau saat terjaga dari tidur akan bau mulut, maka apatah lagi BAU DOSA yang mungkin lebih busuk daripada itu. Nescaya tiada manusia yang akan ingin melakukan dosa pada TuhanNya. Akibat menanggung MALU pada manusia.
Tidak dapat dinafikan memang sakit apabila diri dikhianati apatah lagi apabila melibatkan orang yang tersayang. Dalam sebuah rumah tangga, apabila dicurangi, sakitnya memang tidak dapat digambarkan perasaannya.
Mungkin sakitnya lebih perit berkali ganda berbanding seperti isi disiat daripada kulit. Begitulah perumpamaan betapa ‘tercederanya’ jiwa pihak yang dicurangi dan dikhianati.
Berikut perkongsian yang dikutip daripada catatan Ila Fadzilah di laman Facebooknya.
BILA LELAKI CURANG
Dah lama saya dapat mesej ni, dari time raya. Tapi masih belum berbalas sebab bab-bab perangai manusia ni agak kompleks dan rumit. Kalau nak membalas dengan baik, lebih tepat kiranya saya betul-betul memahami situasi dan permasalahan empunya diri.
Tapi dek kerana penangan drama #janganbencicintaku dan banyaknya ledakan emosi wanita, maka saya kongsikan sedikit berdasarkan pengalaman sendiri, orang lain dan pembelajaran. Apa yang saya kongsi mungkin tidak sesuai untuk semua keadaan, mungkin juga tidak cocok dengan semua orang.
Anda cuma berhak ke atas suami, bukan pihak sana. Tak perlu merayu supaya pihak sana tinggalkan suami. It takes two to tango. Usah rendahkan diri pada mereka sebab martabat anda lebih tinggi dari kekasih gelap suami. Selesaikan isu dengan suami. Usah buang masa memikirkan pihak ke 3 yang biasanya akan sentiasa rasa mereka lebih bagus dan ‘menang’ kerana mampu buat seorang lelaki berkahwin jatuh cinta kali kedua dengan godaan dan pujukan.
TAK PERLU SERANG PIHAK KETIGA
Bendung emosi marah, geram dan sakit hati. Tak perlu serang pihak sana kerana akhirnya anda akan ‘kalah’ bila suami senantiasa jadi hero untuk heroinnya yang tidak sah. Dan akhirnya anda yang nampak ‘jahat’ di mata suami. Isteri hebat akan sentiasa tenang dan steady tanpa merendahkan diri pada suami dayus mahupun betina rakus. Jadilah wanita bijak, kental dan rasional.
Kuatnya wanita kerana kelembutannya. Layanlah suami macam biasa, andai suami tu sudah nusyuz (lupa tanggungjawab pada keluarga, tidak beri nafkah), anda tidak berdosa jika tidak lagi mengabdikan diri pada suami. Terbukti beliau tidak layak mengemudi rumahtangga. Apatah lagi bila senang saja beliau jatuh ke riba seorang perempuan yang tiada ikatan di sisi Allah.
Jangan menyiksa diri dan emosi memikirkan orang yang tidak peduli hati dan perasaan anda sebagai isteri yang sah. Tumpukan perhatian pada anak-anak, belai emosi mereka yang lebih dambakan perhatian bila ibubapa semakin renggang. Andai berkemampuan, bawalah anak-anak pergi bercuti atau bersiar-siar. Cipta bahagia untuk diri sendiri.
Pilihlah untuk bercerita dengan orang yang kita percayai. Ataupun rujuk pada pihak yang mampu berikan pandangan yang adil dan rasional. Sibukkan diri dengan aktiviti yang boleh menjana pendapatan dan bermanfaat. Soal hati kalau terlalu diikutkan, boleh merosakkan badan dan fikiran.
Saya dulu, setiap hari menzahirkan rasa sedih dan duka di dalam 3 buah diari sekadar melepaskan duka di hati. Saya lega selepas menangis di atas kertas. Usah bercerita terlalu banyak hal kecurangan suami di media sosial. Banyak buruk dari baik. Anda akan nampak lebih buruk di mata suami, walau sekadar mahu melepaskan rasa marah dan sakit hati. Diam bukan bererti mengalah tetapi berfikir untuk masa depan dan create a sense of direction.
Hati sesiapapun milik Allah. Andai rasa sayang masih menebal, berdoalah semoga suami kembali ke pangkal jalan. Berbincang dengan suami tentang jalan penyelesaian samada suami serius dengan hubungan terlarang (berkahwin atau suka-suka).
Masalah perlu diselesaikan dengan cara yang praktikal dan pragmatik, bukan emosi. Lelaki yang baik akan tahu halal haram dan jelas dengan matlamat hidup. Andai suami sudah tetapkan pilihan, anda harus tetapkan matlamat dan pilihan anda. Bersedia atau tidak, apa saja kemungkinan persiapkanlah mental untuk reda dan terima keadaan yang mugkin berbeza dari sebelumnya.
BUKAN MALAIKAT
Wahai isteri! Kita bukan Malaikat yang mampu menarik tangan suami untuk meninggalkan maksiat. Kita juga bukan malaikat. Tak perlu salahkan diri atau terlalu peduli dengan tanggapan serta kata-kata orang luar. Tapi kita sendiri perlu belajar untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Andai suami tidak juga berubah ke arah lebih baik, anggap saja objektif kehidupan kita tidak sama dan mungkin bercanggah antara satu sama lain. Bila keadaan sudah terlalu runcing, buatlah kronologi peristiwa penting serta berapa banyak tempoh masa suami di rumah serta nafkah yang diberikan suami. Kumpulkan bukti kecurangan suami. Semua ini penting sekiranya konflik berakhir di mahkamah. Sepanjang pemerhatian saya, sebahagian besar kes kecurangan akan berakhir dengan perceraian. Samada isteri memohon cerai atau suami yang menceraikan.
Yakinlah walau perceraian berlaku akhirnya, Allah mahu selamatkan seorang isteri yang baik dan solehah dari seorang suami yang durjana.
Bukan cinta suami yang akan bawa kita ke syurga, tapi seorang khalifah keluarga yang baik, tidak akan curang sama sekali walau di atas kelemahan pasangan atau apa alasan.
Curang bukan pilihan, walaupun kononnya atas alasan mahu menambah isteri atau mencari kesempurnaan seorang wanita. Tapi siapalah kita untuk menghalang cinta di hati orang lain sebab hati mereka bukan milik kita melainkan dengan doa dan kekuatan iman.
Biar puas kita berbuat baik walau dibalas racun, kerana akhirnya pasti kebaikan itu akan dikenang sang suami walau ketika nyawa di hujung hayatnya, walau mungkin jodoh kita dengannya di dunia sudah terputus ketika itu.
Persediaan fizikal dan mental perlu kuat dalam melayari sesebuah perkahwinan. Perkahwinan mewujudkan ketenangan dan terlindung daripada melakukan perkara negatif. Setiap pasangan perlu memiliki keimanan, peka tanggungjawab dan sentiasa muhasabah untuk menyelesaikan sengketa secara baik.
Hidup berpasangan adalah fitrah kehidupan dan Allah SWT menciptakan manusia berpasang-pasangan kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain, sekali gus mewujudkan perasaan kasih sayang (mawaddah wa rahmah).
Perkahwinan ni ada fasanya…
Tak ramai lelaki yg mampu sediakan serba serbi masa mula2 kawin…
Klu kena menyewa dlu, maka sewa la dlu…klu kena naik motor dlu, maka naik la moto dlu…isteri kena faham, suami yg dikahwini tu bukan dtg dr anak org kaya…anak org biasa2 yg keje biasa2 ja, yg tgh merangkak2 utk bina kehidupan dia…
Dan suami plak, walaupun tgh x stabil, walaupun tgh merangkak2, kena cuba jgak utk tunaikan apa yg sepatutnya seorang suami tunaikan…jgn lari dr tanggungjawab yg utama tu…fahamkan isteri ttg kemampuan kita, setakat mana yg kita boleh bagi dan sediakan utk dia…
Klu masing2 bleh lepas fasa ni, kenal perangai masing2 dgn baik, bleh sesuaikan diri dan kehidupan dgn kemampuan yg ada tu, insyaAllah rumahtangga tu bleh p jauh selagi masing2 masih ada utk satu sama lain disaat mereka memerlukan, masing2 masih tak berubah hati, nawaitu masih sama dan masih sedar dgn diri sendiri…
Ada yg x lepas fasa ni sbb xbleh ssh sama2, ada suami yg x sediakan apa yg sepatutnya disediakan, ada yg masih terbawa2 cara hidup bujang dia dlm rumahtangga, ada yg asyik bergaduh disebabkan masalah kewangan dan perangai pasangan…jgn kata xde, ada…sbb byk yg bercerai setahun dua selepas mendirikan rumahtangga…
Then berubah ke arah yg lebih baik lagi utk hubungan kita tu…
Ada sesetengah wanita sanggup ambil pil penahan haid demi meraih ganjaran al-Qadar.
NABI Muhammad SAW pada 10 terakhir Ramadan ini meningkatkan amalan ibadah Baginda dan berusaha untuk meraihnya.
Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap balasan (daripada ALLAH), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari no1768, An-Nasa’ie no 2164 & Ahmad no 8222)
Situasi Muslimat 10 akhir Ramadan “Alamak! Esok dah 21 Ramadan period saya baru mula… terlepas la Lailatul Qadar tahun ni…”
“Saya dah tiga tahun, tinggal puasa ‘cuti’ di akhir Ramadan, bila la nak dapat Lailatul Qadar?”
“Kalau kita ‘uzur’ apa ibadat yang boleh kita buat untuk mendapatkan Lailatul Qadar?” Serta pelbagai lagi bentuk persoalan, tetapi isu utamanya adalah: “Bagaimanakah cara bagi wanita yang datang haid (cuti/uzur) beribadat juga peluang untuk turut meraih Lailatul Qadar?”
Ini bukan isu yang kecil kerana ada yang sanggup mengambil ubat penahan haid pada bulan Ramadan kerana takut terlepas tawaran istimewa yang hanya datang setahun sekali. Sebenarnya kita tidak perlu bertindak sejauh itu, haid adalah satu natural, tabi’i bagi kaum Hawa. ALLAH Yang Maha Adil, yang mencipta kita dan memberikan sifat itu kepada kita pasti sekali tidak akan membiarkan kita kerugian dan terlepas tawaran yang begitu besar ini.
Orang yang berhadas besar seperti haid ini hanya tidak boleh melakukan ibadat puasa, solat serta membaca al-Quran (serta semua yang memerlukan wuduk). Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Bukankah wanita itu jika sedang haid dia tidak solat dan tidak berpuasa? Itulah kekurangan agamanya.” (Riwayat Bukhari)
Walaupun ALLAH memberi kita ‘cuti’, tidak dibolehkan puasa dan solat, namun ia tidak bererti kita tidak boleh melakukan sebarang amalan atau ibadat yang boleh menambahkan lagi pahala kita, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang segala amalan dilipat gandakan pahalanya. Banyak lagi amalan yang dicintai oleh ALLAH dan ibadah sunnah lainnya yang dianjurkan yang dapat dilakukan di antaranya:-
1) Menyediakan dan memberi iftar
2) Menyediakan makanan sahur
3) Menjauhi larangan agama
4) Banyakkan berdoa dan berzikir sepanjang hari
5) Menyibukkan diri menuntut ilmu yang manfaat.
6) Banyak bersedekah dan derma
Sesungguhnya, ALLAH Maha Adil. Dia mendatangkan haid dan Dia juga mendatangkan hikmah di sebaliknya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.