rs

Siapa yang tidak mengenali pelakon berbakat besar yang sangat disanjungi dan dihormati ramai, Datuk Rosyam Nor.

Walaupun sudah berada di puncak jaya, namun beliau tidak malu mengakui agak jahil dalam bab agama suatu ketika dulu.

Artikel Berkaitan: “Jangan Putus Asa Dalam Hijrah & Taubatlah Berkali-Kali Kerana…” – Pesanan Menteri Agama Pada Nabil & Jihan Muse

Rosyam Nor dalam program Rumah No 107 berkongsi kisah pemergian arwah bapanya yang memberikan pengajaran cukup besar untuk dirinya.

“Menyesal Tak Dapat Mengaji, Hanya Tahu Baca Al-Fatihah & 3 Qul Je Untuk Arwah Bapa” – Datuk Rosyam Nor Kongsi Kisah Hijrahnya

Dia mendedahkan sangat menyesal apabila tidak dapat mengaji untuk jenazah arwah bapanya.

“Saya tak salahkan ibu bapa kerana saya pun dibesarkan di Kuala Lumpur dan kami tidak ada sekolah agama pada ketika itu.

IKLAN

“Bila bapa saya meninggal bayangkan saya tidak boleh mengaji untuk jenazah arwah bapa saya sebab saya tak tahu mengaji.

“Menyesal Tak Dapat Mengaji, Hanya Tahu Baca Al-Fatihah & 3 Qul Je Untuk Arwah Bapa” – Datuk Rosyam Nor Kongsi Kisah Hijrahnya

“Saya tengok jenazah bapa saya terbujur kaku tapi saya tak boleh nak mengaji untuk jenazah arwah bapa saya.

“Yang saya tahu nak baca pada ketika itu hanyalah Al-Fatihah dan tiga Qul, itu sahaja dan saya merasakan betapa hinanya saya.

IKLAN

“Nama saya besar, saya diangkat menjadi hero nombor satu Malaysia, hero Malaya tapi bila bapa mati kau tak boleh sedekahkan.

Artikel Berkaitan: “Saya Berhijrah Kerana Allah & Tuntutan Agama” – Rupanya Dah 3 Bulan Penyanyi Ezlynn Berhijab. Kini Aktif Buat Kerja Sukarelawan!

“Dari situ terdetiklah di hati saya… Mak saya selalu pesan apa-apa pun doa. Saya minta pada Allah saya nak mengaji, tolonglah aku Ya Allah

IKLAN

“Akhirnya Allah temukan saya ketika berumur 45 tahun dengan seorang ustaz, bukan di masjid tapi di lokasi KL Gangster,” ceritanya yang menjadi tetamu undangan untuk program berkenaan bersama Zizan Razak.

“Menyesal Tak Dapat Mengaji, Hanya Tahu Baca Al-Fatihah & 3 Qul Je Untuk Arwah Bapa” – Datuk Rosyam Nor Kongsi Kisah Hijrahnya

Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing untuk siaran di Astro Warna HD.

Artikel Berkaitan: Lepas 2 Bulan Belajar Agama Di Kelantan, Mawar Rashid Nekad Berhijab Sempena Maal Hijrah Lalu. Alhamdulilah!

Sumber: Astro Gempak

Foto Kredit: Instagram Rosyam Nor

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI