Pening untuk memikirkan apa lagi juadah yang mahu disajikan untuk ahli keluarga. Jadi apa kata kita sediakan kek untuk sajian minum petang hari ini.
Caranya yang sangat mudah untuk diikuti terutama bagi mereka yang baru pertama kali membuat kek.
Untuk kali ini kita berkongsi membuat Japanese Cheese Cake atau Kek Keju Jepun daripada Puan Aila yang membuat dari air tangannya setelah mencubanya beberapa kali.
kek keju jepun gerenti jadi….(insya Allah)
ni resepi bukan saya pemilik asal tapi saya dah cuba buat 3 4 resepi cuma yg ni elok sungguh kejadian..korang yang x pandai buat mesti jadi asalkan ada mixer dan oven..
bahan2 A – 8 keping keju slice.resepi asal 7 keping..saya guna cheesedale..atau boleh ganti 250g tatura cuma keju slice lagi sedap. carilah yang elok sikit..korang jugak yang nak makan kan – 75g butter..lebih kurang 3 sudu – 200ml susu segar..1 kotak susu
Ads
yang ni guna kaedah double boiler utk panaskan susu..koyak2 cheese tadi masuk sekali..kacau2 sampai sebati pastu masuk butter sampai cair….
bahan B – 4 biji telur gred A asingkan terus putih dan kuningnya – ½ sudu teh cream ot tartar – 75g gula kastor..utk yang x ada penimbang saya dah sukatkan siap2..dia ½ cawan lebih sikit minum petang yg ada piring macam dalam gambar tu…ye,separuh..x paham tanya je.. – tepung naik sendiri 75g..lebih kurang 5 sudu makan..contoh dalam gambar. – esen vanilla
Ads
yg ni tadi putih telur tu pukul sampai kembang letak cream of tartar dan gula kastor sampai kembang telungkupkan x jatuh…yg kuning tu pun pukul jugak tapi bekas asing2 lah..letak esen vanilla sikit.
siap yg ni tadi masukkan bahan A dalam kuning telur tu..tapis tau…pastu kacau guna senduk je..jgn guna mixer pulak…..bila dah sebati elok masukkan tepung..pastu baru letak putih telur tadi sikit2…kacau guna senduk je manja2..jgn kasar2 tau….senang je kan….
ok nak masuk dalam loyang ni saiz 8″ just nice lah..letak kertas minyak kat bawah..tepi tu letak pun ok..saya x letak pun..jgn oles minyak kat tepi tu..kek dah masak nanti dia kecut sendiri..
Pernah viral dengan lagu Tuhan Jagakan Dia. Mendengar nyanyian merdu dari penyanyi ini bagai tidak menduga dia sebenarnya Orang Kurang Upaya (OKU).
Biarpun menyedari diri serba kekurangan, namun minat mendapat dalam bidang seni menyebabkan Nur Zafiena Anissa atau Fina tekad meneruskan impian melebarkan bakat dalam bidang muzik.
Ternyata kecacatan yang dialami bukan penghalang untuknya mencipta nama apabila lagu nyanyiannya itu mendapat tempat di kalangan penggemarnya.
Namun bagi Fina sebelum berjaya, dia juga turut tidak terkecuali menerima tohmahan dan hinaan dengan ketidak sempurnaan diri yang dialaminya.
Menerusi tembual bersama Abby Fana atau Kak Bed dalam Inspirasi Sinar FM tahun lalu, Fina berkongsi kisahnya yang cukup menyentuh hati.
Menurut Fina ketika masuk dalam industri ini dia sebenarnya tidak menyangka video nyanyiannya menjadi tular hingga semakin hari semakin banyak orang menonton. Setakat ini sudah 3.7 juta tontonan setelah setahun di muat naik di laman youtube.
“Gembira bila tahu walaupun kita tak seberapa nak okay, tapi orang boleh tengok kita dan rasa seronoklah.
“Namun saya juga seperti orang lain pernah melalui pahit manis sebelum Fina dikenali seperti hari ini. Fina masih ingat ketika itu Fina demam. Dan kebetulan kalau demam memang kita tak digalakkan minum air sejuk.
“Tetapi waktu itu Fina memang haus sangat-sangat. Kebetulan yang jaga Fina ketika itu bukan mak sedara tetapi orang lain, Hamba Allah. Fina mintak darinya air sejuk dan mintak tolong ambilkan.
“Dia cakap habis. Masa tu Fina okay lagi. Dan kebetulan adik Fina dan alhamdulillah masa tu Allah dekatkan adik Fina di situ dan terus Fina minta air darinya.
“Fina cakap haus dan nak sangat air sejuk itu. Adik Fina terus ambil air sejuk di situ dan beri pada Fina. Waktu itu Fina terfikir kenapa dia perlu berbohong pada Fina berkenaan air itu
Fina tegur kenapa tidak beri air berkenaan dan dia menjawab ‘kau dah la buta, buta buat cara butalah. Ada mak bapak menyusahkan orang’. Memang masa tu Fina kena baling dengan pinggan oleh dia.
“Memang bila cakap begitu pada Fina, Fina memangis. Fina sedih kerana selama ini orang yang kita percaya boleh support kita tiba-tiba bercakap demikian,” cerita Fina menceritakan pengalaman pahit dan trauma dialami sepanjang menjalani hidup sebagai OKU.
Menurutnya selepas itu hamba Allah berkenaan ada minta maaf setelah menyedari kesilapannya yang melemparkan kata-kata hinaan berkenaan.
“Walaupun dia ada minta maaf tetapi kesannya tetap ada. Mungkin lambat lagi hati ini nak maafkannya. Fina juga tidak terkecuali menerima komen tak baik dari netizen. Misalnya ada mengatakan suara Fina tak sedap, asal muka buruk dan ia memang beri kita satu impak besar.
“Iyalah kita tidak mintak dilahirkan begini. Dan biasanya Fina akan komen positif pada mereka. Fina kata biarlah Tuhan yang hukum saya macam mana. Biar Dia yang nilai buruk ke, tak cantik kita sama je,” tambahnya yang turut memasang impian mahu bergelar pendidik dalam bidang kesusasteraan.
Tidak ada masalah untuk menggapai cita-cita ini. Lagipun Fina lihat dari segi buat lagu ni dari segi karya dan penulisan, orang suka dan faham maksud dengan lebih mendalam.
“Jadi kat situ Fina dah yakin yang Fina ni boleh terus lanjutkan untuk belajar mungkin dalam bidang kesusasteraan atau bidang muzik,” jelas Fina lagi.
Dalam perbualan itu juga Fina turut memberikan pesanan kepada ahli keluarga yag mempunyai masalah OKU penglihatan seperti dirinya dan kepada insan yang tidak peka dan prihatin.
“Kalau untuk OKU atau keluarga yang ada jaga anak yang OKU penglihatan atau OKU yang lain, Fina mintak sangat jangan letak prinsip OKU itu sebagai satu alasan untuk kita tak bergerak ke hadapan.
“Maksudnya walaupun kita OKU, kita kena anggap yang kita ni normal sama seperti insan lain juga. Dan kepada masyarakat kat luar sana, jangan bagi belas kasihan kepada kami itu sebagai satu alasan untuk kami jatuh.
“Apa yang kami perlukan sebenarnya adalah sokongan padu daripada hamba-hambar di luar sana,” ujarnya yang cukup berbakat dalam ciptaan lagu dan nyanyian sejak kecil lagi.
Tambah gadis berusia 19 tahun ini, muzik bukan sekadar menjadi sahabat paling akrab, malah ruang paling istimewa buat dirinya mencurahkan rasa sedih.
Fina yang cacat penglihatan sejak berusia dua tahun mula mendapat berhatian apabila diundang menjayakan persembahan pada konsert mingguan program mentor Milenia 2017 menyampaikan lagu ciptaan sendiri Tuhan Jagakan Dia yang begitu popular masa kini.
Menurut ibunya, Rahayu Hassan anak sulungnya itu lahir pramatang ketika kandungan berusia tujuh bulan.
Beliau berkata, pada mulanya semua dilihat normal pada anaknya itu. Namun doktor memang ada memaklumkan ada masalah pada bahagian mata. Meskipun sudah berusaha termasuk rawatan laser, ternyata pebnglihatan Fina tidak dapat diselamatkan.
Doktor memberitahu urat pada bahagian mata Fina rosak sepenuhnya dan harapan untuk melihat hanya aka nada jika dunia perubatan mampu mencipta rawatan memulihkan urat yang rosak. Walaupun tahu ia sesuatu yang sukar namun sebagai ibu dia tidak berputus harap.
Walaupun menyedari kekurangan, tetapi dia tetap melihat ada rezeki dan kelebihan lain pada diri anaknya itu dan akan terus menyokong untuk terus berada di sisinya.
Beberapa hari ini, tercetus di media massa perihal majlis perkahwinan Illi Najwa Saddique bersama suaminya yang juga ketua pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar. Majlis dibuat berdasarkan adat agama Punjabi itu menjadi isu kerana ramai mengjatuhkan “hukuman”biarpun tidak mendengar penjelasan tepat dari Illi Najwa sendiri yang belum lagi kembali ke tanahair.
Ternyata apa yang terjadi mendapat perhatian dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menzahirkan rasa dukacita apabila terdapat berita yang bertebaran di media berkaitan seorang wanita bangsa Johor yang dikatakan telah melangsungkan pernikahan yang tidak berdasarkan Hukum Syara’ di India.
Justeru itu Sultan Ibrahim yang juga Ketua Agama Islam Negeri Johor menitahkan agar semua usaha yang perlu dibuat oleh Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk memastikan keabsahan terkini status wanita tersebut.
Ini kerana Baginda mahu sentiasa memastikan kehidupan rakyat Johor dan yang berasal dari negeri ini akan dipayungi peruntukan undang-undang yang mana Islam adalah paksi dan tiang seri kepada kehidupan di negeri ini.
Masa yang sama, Sultan Johor juga meminta agar semua pihak agar tidak membuat apa-apa kesimpulan dan tindakan pra matang dalam berita yang disebarkan. Jelas Baginda lagi, apa jua berita yang kita terima berkaitan dengan silaturahim sesama umat Islam perlu diteliti tanpa berprasangka buruk. Kita perlu berlapang dada dan bersangka baik. Masa yang sama, kita juga perlu dan mengambil tindakan meneliti berita berkaitan dari sumber yang pasti dan tepat,”titah Baginda sambil menambah wanita itu sedang melalui proses penghakiman melalui platform media, sedangkan beliau tidak pun setakat ini mengisytiharkan ingin keluar dari agama Islam. Jika kita tergesa-gesa dalam tindakan kita menghukum beliau, maka kita akan membina tembok yang tinggi untuk beliau kembali semula ke negara kita dan menjarakkan lagi jurang antara keluarganya di Malaysia dan di India.
"Saya juga ingin menitipkan nasihat buat wanita yang berasal dari negeri Johor bahawa dalam membuat keputusan, pastikan tindakan itu direstui oleh ibu bapa anda dan tidak melanggar norma-norma yang ditetapkan agama Islam," titah baginda lagi.
Sultan Ibrahim juga yakin Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti Negeri Johor akan memberikan semua pertolongan yang diperlukan kepada wanita itu bagi mengekalkan akidahnya dalam lingkungan syariat Islam. Gambar : Royal Press Johor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bercerai atau tidak, keputusan selepas balik umrah.’ Shuk dan Sera berbaik, tunai umrah bersama. Perkara yang baik, apa salahnya diuar-uarkan.
Biarpun kemelut rumah tangga antara Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera belum berakhir. Kedua mereka nampaknya enggan memanjang sengketa apabila dilihat memilih jalan berbaik dan menunaikan umrah di Makkah bersama.
Berkongsi mengenai perkara itu, Sera mengakui, Shuk mengajaknya ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah.
Kata Sera, pelawaan itu boleh diumpamakan permulaan baru selepas berdepan masalah rumah tangga, sejak beberapa tahun lalu.
“Ia umpama titik permulaan baharu buat kehidupan kami.
“Hanya bersama Shuk dan ada beberapa rakan perniagaan turut bersama. Ia boleh dikira sebagai lawatan umrah bersama rakan perniagaannya,” katanya.
Bagaimanapun, mengulas perkembangan isu rumah tangganya, Sera hanya memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan sama ada terus bersama atau sebaliknya.
“Keputusan mahkamah akan diketahui selepas kami pulang daripada mengerjakan umrah. Sama ada positif atau negatif, apa yang sudah berlaku, biarlah berlaku.
“Saya mahu melihat ke hadapan bersama anak-anak. Shuk juga mahu fokus pada perniagaannya.
“Jadi, saya dan Shuk ingin berubah menjadi lebih baik dan bertanggungjawab kepada anak-anak.
“Sebagai ibu, saya mahu fokus kepada anak-anak dan kerjaya, begitu juga Shuk.
“Jadi, sekiranya apa sahaja yang berlaku saya mohon doakan kebahagiaan kami walaupun bersama atau tidak,” katanya.
Pada November tahun lalu, Sera telah memfailkan perceraian terhadap Shuk selepas pelawak itu didakwa curang.
Sebelum itu, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.