Bagi sesiapa yang menunaikan haji di Tanah Suci Mekah, selain untuk menyempurnakan ibadah pastinya mengimpikan untuk meninggal dunia di tanah Madinah kerana mahu berdekatan dengan Nabi Muhammad SAW.
Namun kita hanya merancang dan hanya Tuhan yang menentukan. Jika bukan disebabkan takdir dariNya, tidak mungkin impian untuk berada dekat dengan Nabi Muhammad SAW akan terlaksana.
Seperti perkongsian di laman Instagram PU Amin yang memberitahu impian seorang wanita yang mahu duduk berdekatan dengan Nabi Muhammad dan ternyata Allah kabulkan niatnya itu.
Almarhum Sabariah Simek yang mengikuti rombongan jemaah Simply Umrah meninggal dunia di Madinah dan jenazahnya telah disempurnakan solat jenazah oleh jemaah di Masjid Nabawi.
Ads
Menurut PU Amin, dia bersyukur kepada Allah dapat menghantar jenazah Makcik ini ke Baqi’ dan memohon agar Makcik ini agar dapat mengingati mereka dan membawa untuk berjumpa Nabi dan dapatkan syafaat Nabi di Padang Mahsyar nanti.
Dan sebagai balasan menurut PU Amin adalah supaya Makcik ini nanti dapat memanggil dan selamatkan mereka di Padang Mashyar.
Impian dan cita cita nya duduk dekat Nabi Muhammad Saw . Alhamdulillah Allah kabulkan . Selesai urusan dokumentasi dan proses mandi kafan dia meninggal semalam..
Ads
Hari ini semua jemaah di Masjid Nabawi telah malaksanakan Solat Jenazah makcik iaitu Al Marhumah Sabariah bt Simek ( jenazah no 15 )..
Dia adalah jemaah Simply Umrah bersama kami semua . Alhamdulillah dapat hantar dia ke baqi’..
Moga makcik ingat nama orang orang yang bantu makcik didunia ini untuk ke Baqi’ tau, moga makcik dapat bawa kami jumpa Nabi dan dapatkan Syafaat Nabi masa di Padang Mahsyar . Kami tak harapkan balasan lain , kami nak makcik panggil kami dan selamatkan kami dalam ramai ramai orang dekat Mahsyar nanti . Bantu kami Ya Makcik..
Selamat berehat Makcik . Seronok sangat dapat tinggal di baqi’ . Untung makcik . Jangan lupa kami makcik . Saya pulang ke Malaysia dulu makcik . Moga makcik gembira dan aman di sana.
“Siapa yang mati dimadinah dan dikebumikan di baqi’ , mereka ini akan utama dan layak mendapat syafaat ku” -mafhum hadis-..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Memang sedih kehilangan insan tersayang sekelip mata. Belum puas bermanja, orang yang kita sayang pergi meninggakan dunia fana ini.
Namun mengenang segala amalan baiknya ketika hidup menjaadikan kita reda dengan apa yang berlaku.
Seperti perkongsian kisah kematian remaja berusia 21 tahun, arwah Muammar Ashraf Ahmad Faizul yang boleh dijadikan teladan untuk kita yang masih hidup.
Dikatakan majlis pengebumian arwah pada Jumaat lalu berjalan begitu lancar dengan diiringi ribuan orang dari dekat atau jauh termasuk guru yang mendidiknya, rakan pengajian, kenalan serta penduduk setempat.
Menurut bapanya, Datuk Ahmad Faizul Ghazali, berkata arwah yang merupakan anak ketiga daripada sembilan beradik itu memiliki sifat yang sangat istimewa.
Selain sering menjalankan tugas ibarat dirinya adalah anak sulong, bapanya berkata antara amalan yang sering dilakukan oleh Muammar ketika hayatnya adalah arwah sering bangun malam bagi menunaikan solat taubat dan hajat bagi keselamatan mereka sekeluarga.
“Bukanlah tujuan saya berbangga mendedahkan sifat anak kepada khalayak bagi saya semua orang ada kebaikan masing-masing cuma ini lebih kepada inspirasi, dakwah dan teladan sekali gus menjawab pertanyaan (kebaikan Muammar) diajukan kepada kami sebelum ini.
“Muammar adalah seorang anak yang sangat penyayang kepada orang tua, ibu bapa dan adik-beradiknya, malah kasih sayangnya dan peranannya seperti anak sulung.
“Rutinnya, dia sering bangun malam menunaikan solat taubat dan hajat untuk keselamatan kami semua,” katanya.
Tambahnya bapanya lagi, Muaamar juga dilihat lebih suka berkawan dengan orang terbuang (yang tidak dipandang atau dijauhi orang lain) dan itu caranya memuliakan serta memberikan sokongan terhadap orang itu.
“Arwah juga amat penyayang dengan haiwan seperti ular, kucing dan burung seboleh mungkin dia akan cuba mencari jalan untuk membantu,” katanya lagi.
Menceritakan keadaan jenazah arwah anaknya itu, bapa berusia 44 tahun ini menyifatkan ia sebagai satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
Mana tidaknya, ketika ingin memandikan jenazah, kelihatan wajah Muammar yang juga merupakan penuntut Maahad Tahfiz Al-Quran Pandang Rengas, Kuala Kangsar sangat suci dan bersih malah seperti sedang tidur nyenyak.
“Keadaan jasad Muammar suci bersih. Wajahnya sangat tenang seperti tidur nyenyak.
“Urusan pengebumiannya sangat lancar dan cepat serta dipimpin seorang tokoh al-Quran dari Syria, Syeikh Mustofa Zaidan yang turut bersama sejak awal lagi.
“Kehilangannya memang tiada galang ganti dan suatu kehilangan besar buat kami, tetapi kami sangat terharu mengenangkan cara dia pergi dengan segala kurniaan Allah ini sedikit sebanyak membaluti segala kedukaan kami semua.
“Kami reda dan menganggap ada hikmahnya mudah-mudahan dapat menumpang syafaat darinya,” katanya yang sedar beberapa perubahan ketara sebulan sebelum pemergiannya.
“Sentiasa ingatkan diri, setiap ujian Allah nak didik saya sesuatu.’ Begitulah luahan Lisa Surihani apabila ditanya tentang kehidupan selepas berhijrah.
Seperti orang lain, setiap yang berlaku pasti dengan kehendak-Nya. Mahu atau tidak, kita sebagai hamba Allah perlu hadapi dengan reda dan sabar.
Dalam setiap kehidupan setiap individu, pasti ada naik dan turunnya. Namun, setiap kali cabaran dan dugaan itu hadir, itu juga sekali gus akan jadi didikan buat diri kita untuk menjadi lebih baik.
Bagi pelakon dan pengacara, Datin Lisa Surihani, cabaran dalam kehidupan sentiasa menjadi peringatan buat dirinya untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah.
Memetik laporan Harian Metro, Lisa berkongsi pendapatnya tatkala diminta berkongsi mengenai kehidupan dan dugaan.
“Kalau kita rasa ada cabaran dalam kehidupan, pada saya ia bergantung kepada apa yang berlaku pada hari itu. Mungkin ia berlaku atas beberapa faktor.
“Untuk saya, saya selalu fikirkan bahawa kehidupan ini ada naik dan turunnya. Saya cuba tegaskan kepada diri saya bahawa, mungkin pada hari itu, saya tak dapat mengawal emosi saya dengan baik,” katanya.
Dalam masa yang sama, menurut selebriti berusia 37 tahun ini, dugaan yang diturunkan Allah adalah untuk mendidik hamba-Nya.
“Saya ingatkan diri saya bahawa Allah nak didik saya sesuatu. Apa yang kita lalui dalam kehidupan, ada qada dan qadar. Kita kena cuba beritahu diri kita, bagaimana nak rapatkan diri kepada Allah menerusi cabaran yang dilalui.
“Saya doakan agar, setiap apa yang berlaku kepada kita semua akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Semoga Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran kepada kita,” katanya.
Seterusnya, berkongsi mengenai kehidupannya sebagai isteri dan ibu, Lisa yang juga isteri kepada pengarah, pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim ini berkongsi pengalamannya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata.
“Alhamdulillah, untuk kehidupan saya sebagai seorang ibu dan isteri, saya rasa sangat bersyukur. Anak-anak saya pun semakin membesar. Yahaira Leanne dah masuk tujuh tahun, Yusof Leonne sudah enam tahun dan Yunos Laith sudah dua tahun.
“Kadangkala, kita memikirkan mereka yang bekerja akan ada kurang masa dengan anak-anak. Tetapi, mungkin juga mereka yang bekerja ini, dapat masa yang lebih berkualiti dengan anak-anak mereka.
“Saya sangat bersyukur kerana rezeki kerja itu ada dan pada masa sama, masa untuk anak-anak pun ada. Itu juga rezeki,” katanya.
Namun, Lisa berkongsi perspektif berbeza selepas dia membaca satu hantaran yang dimuat naik seorang wanita bekerjaya di Instagram.
“Baru-baru ini saya ada baca satu hantaran di Instagram. Wanita itu meluahkan pengalamannya dari perspektif yang berbeza di mana dia sebagai wanita yang bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang, dapat mengoptimumkan masa yang berkualiti dengan anak-anaknya selepas pulang dari kerja.
“Bila difikirkan semula, ada betulnya juga dan ia tidak mustahil. Perspektif itu juga boleh difahami supaya mereka yang bekerja tidak diselimuti dengan stigma seperti sebelum ini.
“Dalam hantaran itu juga, wanita itu menjelaskan bahawa dia berhubung dengan lebih baik dengan anak-anaknya selepas waktu bekerja dan dapat mewujudkan perbualan berkualiti,” katanya.
Ditanya mengenai kerjaya lakonan, Lisa menyentuh mengenai ‘pencariannya’ agar rezeki yang diterimanya itu akan mendekatkan dirinya dengan Sang Pencipta.
“Saya bersyukur dengan keadaan kehidupan saya sekarang. Mengenai pasang dan surut tawaran kerja, itu semua daripada Allah. Saya bersyukur dan saya serahkan soal rezeki kepada Allah.
“Tapi, apa yang saya doakan adalah apa juga rezeki yang saya terima, biarlah halal. Biarlah ia rezeki yang membolehkan saya belajar, menjadi orang yang lebih baik, dekat dengan Allah dan dapat menginsafkan saya.
“Apa juga tawaran yang saya terima, dalam format apa sekalipun tidak kiralah lakonan atau pengacaraan, saya doakan ia berlandaskan semua yang saya beritahu,” katanya.
Terbaharu, Lisa kini menggalas tanggungjawab sebagai pengacara dalam rancangan Innovathon, yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria bermula 15 Julai ini.
Kashoorga: Setiap manusia ada ujiannya, tak perlu mengeluh kerana di sebalik ujian pasti ada hikmahnya.
Solat Subuh mempunyai banyak kelebihan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang berjaya menunaikannya dengan sebaiknya. Disebabkan itu, di dalam sebuah hadith yang sahih dinyatakan bahawa solat Subuh merupakan salah satu solat yang berat untuk dilaksanakan buat orang munafiq.
Ini kerana, ia memerlukan usaha dan keazaman yang tinggi kerana ketika itu manusia baru sahaja bangun daripada tidur mereka. Hal ini disebutkan oleh junjungan besar kita Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Seseungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafiq adalah solat isyak dan solat al-Fajar (subuh). Sekiranya mereka mengetahui (pahala) apa yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.” [Riwayat Muslim (651)].
Dalam satu video perkongsian dari akaun Tik Tok @buayainsaf98, dapat dilihat sekumpulan anak dari sebuah pesantren didenda merangkak kerana tidak bangun solat Subuh. Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah pesantren negara jiran tetapi tidak dinyatakan lokasi sebenar.
Ada melihat “hukuman”ini bersifat mendidik kerana berdasarkan hadith sahih di atas, andai manusia tahu kelebihan solat Subuh berjemaah, maka mereka akan datang merangkak-rangkak.
Ada yang memaklumkan bahawa dengan tahap disiplin sebegini, ia akan memberi pengajaran berguna buat anak-anak untuk bersama-sama solat Subuh berjemaah tanpa meninggalkannya.
Begitu pentingnya solat Subuh ini terutama solat berjemaah, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid pada waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di akhirat kelak.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
Nabi yang maksum setiap hari berdoa kepada Allah ketika hendak keluar melaksanakan solat Subuh seperti yang telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas.
Antara doanya, Ya Allah berikanlah cahaya pada hati, lisan, telinga dan mata hamba. Jadikanlah cahaya dari belakang, depan dan di bawah hamba, dan sebelah kanan dan kiri hamba berikanlah cahaya. Ya Allah berikanlah kepada hamba cahaya.
Inilah pentingnya solat Subuh terutama berjemaah.
Daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.” [Riwayat Muslim (656)].
Moga kita diberikan masa untuk dapat solat Subuh berjemaah setiap hari. Aamiin.