Solat Istikharah cukup popular di alam para Muslim dan Muslimah kala bercinta. Perkara yang menggeletek jiwa kita adalah Istikharah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.
Sedangkan Istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan ‘alat pencari jodoh’. Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita.
Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati.
Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan men’thabat’kan (tetapkan) hati kita.
Mengapa di nyatakan demikian?
Ads
Dalam situasi pergerakan ke arah rumah tangga ini, Istikharah juga mampu manjadi satu fitnah jika disalah gunakan. Bagaimana?.
Beberapa situasi yang biasa berlaku.
Contoh 1
Fulan bin Fulan bertunang dengan Fulanah bin Fulan. Kemudian Fulan bin Fulan ini pergi beristikharah lagi selepas bertunang. Tiba-tiba dia ‘nampak’ wanita lain dalam mimpinya.
Ads
Terus dikatakan itu adalah ‘petunjuk Istikharah’ dan kemudian dia mahu memutuskan pertunangan dengan Fulanah binti Fulan, kerana dirasakan Allah menunjukkan pertunangan itu satu kesilapan.
Contoh 2
Fulan bin Fulan sedang mencari seseorang bagi dijadikan isteri. Akhirnya dia beristikharah. Dia nampak Fulanah binti Fulan. Terus dia menyatakan hasratnya kepada Fulanah binti Fulan itu. Namun Fulanah binti Fulan menolak. Bagaimanapun Fulan bin Fulan ini berkeras dan mengugut yang Allah memang sudah takdirkan mereka bersama berdalilkan Istikharahnya. Ini membuatkan Fulanah bin Fulan serba salah menolak ‘wahyu Ilahi’ ini.
Ads
Contoh 3
Fulanah binti Fulan beristikharah dan ‘nampak’ Fulan bin Fulan. Bagaimanapun Fulan bin Fulan tidak pula dikenalinya. Tidak pula mampu dicapainya. Pada masa yang sama datang pula Fulan bin Fulan yang lain melamarnya. Fulanah bin Fulan ini tangguh dahulu menerima Fulan bin Fulan kedua semata-mata kerana berasakan jodohnya dengan Fulan bin Fulan yang ‘dilihatnya’.
Kesimpulannya jawapan doa Istikharah itu tidal selalunya dalam bentuk mimpi. Kadang-kadamg ia berupa keyakinan dan kemudahan-kemudahan dalam melakukan sesuatu. Kita harus pandai-pandai memahami jawapan atas doa kita sendiri.
Ada pasangan yang berkahwin setelah bercinta bertahun-tahun. Ada pasangan yang kahwin dengan kawan yang dah lama ada depan mata, tapi tak pernah sangka dia jodoh kita.
Ada orang pula, kahwin dengan orang yang dia baru jumpa tiga minggu. Siapa sangka. Bak kata orang, kalau dah jodoh, tiada siapa boleh menolaknya.
Memang kita salah satu tujuan berkahwin dalam Islam adalah untuk mendapat ketenangan, tapi kebahagiaan itu takkan datang dengan sendirinya.
Bila melihat calon pasangan, ingatlah, inilah orang yang akan sehidup semati dengan anda, tidur sebantal, makan sepinggan, sebolehnya sampai tua.
Atas sebab ini, siapa pun dia, dari mana pun dia datang, ada beberapa perkara yang anda memang perlu tahu tentang pasangan anda sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin dengannya.
Sebelum berkahwin, ambil masa untuk kenal dengan keluarga pasangan anda. Sama ada dengan bertandang ke rumah atau melalui sesi taaruf saja, kepentingannya tetap sama. Cara dia dibesarkan, dengan siapa dia bergaul, di mana dia membesar, semua ini adalah faktor-faktor yang banyak mempengaruhi personaliti dan cara si dia berfikir.
Ketahui baik dan buruknya, hobi dan cita-citanya, hubungan dia dengan keluarganya dsb. Ini penting untuk memastikan anda berdua serasi dan boleh membina kehidupan bersama kelak.
Sebenarnya, perihal agama inilah sepatutnya perlu dilihat terlebih dahulu sebelum berumah tangga. Ini kerana, suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumah tangganya. Jika terdapat salah dan silap yang dilakukan oleh isteri, suami wajar menegur bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat agama.
Atas sebab ini juga, lelaki sebenarnya digalakkan berkahwin dengan perempuan yang kurang ilmu agama supaya suami dapat mendidik isteri menjadi wanita solehah. Perempuan pula tidak digalakkan berkahwin dengan lelaki yang kurang ilmu agamanya kerana perempuan bukan ketua keluarga dan kerana lebih susah mendidik lelaki yang kurang ilmu agama berbanding mendidik perempuan yang kurang ilmu agamanya.
Ramai orang yang hanya mahu tunjukkan perkara yang baik-baik tentang diri mereka sendiri kepada bakal pasangan. Tabiat buruk, hutang, penyakit, semuanya sungguh-sungguh ingin disembunyikan. Sebenarnya amalan ni akan lebih banyak membawa kepada keburukan di kemudian hari.
Bila semua perkara buruk terbongkar satu demi satu, dan pasangan kita pula rasa bagaikan ditipu. Kalau sedikit yang disembunyikan, mungkin masih boleh bertolak ansur. Tapi kalau sampai terlalu banyak sampai dah tak tertanggung lagi, maka akan terjadilah penceraian di usia muda.
Jadi kalau anda ada sakit kronik contohnya sakit buah pinggan atau sakit jantung yang memerlukan penjagaan yang rapi, eloklah diberitahu di peringkat awal lagi supaya pasangan anda boleh menerima anda seadanya dan boleh bersedia untuk menjaga anda setelah berkahwin nanti. Tapi yang lebih penting, jangan sembunyikan pernyakit-penyakit seperti AIDS, HIV, Thalassemia, ataupun penyakit kelamin kerana semestinya ia akan memberi kesan kepada suami atau isteri anda nanti.
Sebaliknya, berilah sokongan kepada bakal suami atau isteri jika terdapat apa-apa penyakit dan dihadapinya.
Soalan berkaitan kewangan selalunya agak susah untuk ditanya, tapi ini sangat penting terutama untuk ditanya oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki kerana tanggungjawab perbelanjaan keluarga terletak di atas bahu si suami.
Perempuan perlu tahu berapa gaji bakal suaminya, berapa simpanan yang dia ada, bagaimana wangnya dibelanjakan setiap bulan, berapa hutang yang dia ada (termasuk dengan kawan-kawan, keluarga, kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman perumahan, PTPTN dsb).
Bakal isteri juga perlu jujur tentang kedudukan kewangan anda. Wang pendapatan seorang perempuan memang adalah hak dia sepenuhnya tapi tak ada salahnya kalau berkongsi bersama suami info tentang perbelanjaan anda. Paling penting, jangan sembunyikan mana-mana hutang yang anda ada dan bincanglah bersama cara anda akan melangsaikan hutang tersebut. Hutang yang disembunyikan atau terbiar boleh menghancurkan hubungan anda dan pasangan di masa depan.
Lagi buat isteri, jangan ambil kesempatan semata-mata tanggungjawab untuk persediaan kewangan terletak di bahu lelaki. Selepas berkahwin, salah satu tanggungjawab isteri adalah untuk menjaga harta semua. Jadi jangan ambil mudah ya!
PELAN JANGKA PANJANG
Ambil tahu apa cita-cita bakal suami atau bakal isteri anda, dan bagaimana dia merancang untuk mencapai cita-cita tersebut. Kalau anda berkahwin di usia muda, tentunya anda berdua perlu sama-sama bermula dari bawah. Saat inilah, penting untuk pasangan saling menyokong antara satu sama lain.
Bila berkahwin, semua benda akan dikongsi bersama si dia. Susah senang, jatuh bangun semua bersama. Jadi rancanglah kehidupan anda bersama sebaiknya. Rancang perjalanan karier, keluarga, dan kewangan sekeluarga. Letakkan prioriti di tempat yang sepatutnya. Tolak ansur dan saling tolong-menolong. Semoga rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Alam pertunangan adalah ikatan sementara dalam proses menuju ke alam pernikahan. Tempoh pertunangan seeloknya digunakan untuk mendalami hati budi masing-masing serta menyesuaikan diri dengan keluarga kedua-dua belah pihak.
Seeeloknya, tempoh bertunang janganlah terlalu lama. Tidak dapat dinafikan bahawa apabila tempoh pertunangan terlalu lama, semakin banyak cabaran dan dugaan yang mendatang. Kalau niat kita baik, mesti semuanya dipermudahkan.
Dugaan di alam pertunangan tidak tertumpu pada satu pihak sahaja. Sama ada kaum lelaki mahupun kaum wanita, kedua-duanya tidak akan terlepas daripada menempuh dugaan yang bermacam cara.
Ikuti perkongsian Chyron Ikhwani Abd Wahab.
Situasi 1: Diuji dengan duit (harta)
Godaan: Gunalah duit sikit untuk melabur. Lepas dua tiga bulan dapat duit lebih, boleh guna tampung majlis. Kahwin banyak pakai duit. Kurang siket jer sekarang. Nanti dapatlah ganti lebih.
*Pastikan duit kahwin sedia yang disimpan tidak diusik bagi perkara sampingan. Jika ada duit lebih boleh guna. Tapi kalau duit tu memang cukup-cukup untuk keperluan kahwin. Ada baiknya utamakan yang penting, bincang dengan pasangan untuk buat keputusan. Ada satu kes, menyesal sendiri sebab guna duit hantaran untuk join business, at last, duit tak dapat. Wedding kena tangguh.
Situasi 2: Diuji dengan sikap
Godaan: Tiba-tiba tunang menjadi terlalu sensitif, baran, kurang sabar
*Actually, bila niat nak kahwin. Sememangnya meletakkan kita dalam satu tahap yang stress. sebab banyak benda nak kena fikir, settle. Ditambah dengan rasa commitment (feeling feeling husband, wife), maka jadi care terlebih lebih. Benda simple jadi complicated. Syaitan duk tambah dos nak kasi batal benda baik. Makin meletuplah! sabar..Masa ni masing masing kena main peranan. Takkan settle benda dalam keadaan marah. Ajak solat hajat, mengaji. Amik wuduk. Bila dua-dua dah tenang, bincang tanpa melibatkan emosi. Yang penting, ingat niat asal! Nikah kerana Allah. Tengok masalah. Bincang penyelasaian. Jangan fokus pada punca sahaja. Rendahkan ego dan belajar menerima dan mendengar. Insya Allah akan jadi lebih baik dari sebelum gaduh.
Situasi 3: Diuji dengan ragu-ragu Godaan I: Kau nak kahwin dengan dia? Tapi kenapa? Tak rasa ke muda lagi? Banyak lagi cita-cita nak capai? Bersedia ke nak jadi wife ni? Dan etc
*Yang ni semua orang alami. Nikah sebab nak reda Allah. Kalau nak mengejar dunia, sampai bila kita akan berhenti mengejar? Mungkin kita mati ketika berlari mengejarnya. Stop fikir negatif! Tak ada orang bersedia. Yang penting cuba bersedia. Cari ilmu (baca buku, ceramah dan sebgainya). Soal boleh ke tak jadi wife or menantu. Itulah pengalaman. Baiki dari kesilapan. Contoh, masak tak sedap, lepas ni baiki masakan. Kita takkan terus jadi perfect. Tapi kita boleh berusaha kan? Ubah mindset!
Godaan II: Betul ke aku nak kahwin dengan dia ni. Kalau nak kata (kaya or handsome or baik or….) si A tu macam lebih lagi baik dari tunang aku ni
*Istighfar. Kembali dengan niat asal. Nikah kerana apa? Jodoh ni kan walaupun kita nampak jelas-jelas kekurangan, kelemahan dia, kita tak boleh rasa benci. Walaupun muka dia mungkin penuh jerawat dan sebagainya. Kita rasa tenang tengok. Bila gaduh, tetap rasa nak bersama. Doa pada Allah supaya semakin kuat cinta pada dia, kuat lagi cinta pada Allah.
Situasi 4: Kehadiran ex, scandal
Godaan: Saya sayang awak lagi. Kalau saya masuk meminang awak? Saya tunggu awak. Saya sanggup tunggu awak sampai awak cerai and etc
*Kenapa dia jadi ex? Sebab dia adalah EXperienced! Lepas dan mulakan! Hargai yang lebih menghargai. Kalau dulu bukan pencinta yang baik sudah masanya membuktikan kita boleh jadi pecinta yang terbaik! Lepaskan..mulakan kisah baru yang boleh menjadi cerita paling indah untuk anak cucu. Insya Allah.
Setiap kali ujian, cari Allah! Ujian itu tanda kita perlu lebih kuat dengan tuhan. Semoga perkongsian ini bermaafat. Semoga Allah reda.
Sumber kredit: Chyron Ikhwani Abd Wahab
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Cara untuk menguar-uarkan pernikahan ialah dengan membuat kenduri kahwin. Pada hari ini kenduri kahwin diadakan dengan pelbagai cara. Ada yang membuatnya di kediaman sendiri, di homestay, hotel dan dewan orang ramai.
Semuanya bergantung kepada bajet yang dimiliki. Jika ingin mengadakan majlis besar, mewah dan ada-ada maka besarlah bajetnya. Jika majlis ringkas, bajet yang dikeuarkan juga tidaklah begitu mahal.
Pun begitu, anda dinasihatkan supaya jangan mengada-adakan apa yang tidak ada. Hal ini berkait rapat dengan modal perbelanjaan yang diperlukan. Fikirlah mengenai kewangan selepas berkahwin. Janganlah hendak nampak mewah sehingga anda dibebani hutang selepas berkahwin.
Ada yang menganggap majlis ringkas diadakan sebab pengantinnya kedekut. Berjimat dan membuat majlis ringkas ketika kahwin bukanlah sebab kedekut atau tidak. Lainlah jika bajet kecil tetapi anda jemput ramai tetamu sehingga makanan yang disediakan tidak mencukupi. Berjimat dan kedekut ialah dua hal yang berbeza.
IKUT KEMAMPUAN
Sebelum memilih lokasi penganjuran majlis kahwin, fikir bajet yang anda miliki. Jika kadar sewa dewa agak mahal, mungkin anda boleh membuatnya di rumah sahaja. Masak sendiri atau katering? Perlukah menyewa baju pengantin yang mahal? Barang hantaran pula bagaimana? Siapa yang tidak mahu majlis penuh meriah dan mewah. Namun fikirkan semula adakah anda mampu? Adakah ianya membazir? Dan adakah anda perlu berhutang untuk merealisasikan impian anda? Rancang kewangan anda dengan bijak.
JANGAN TERPENGARUH
Banyak institusi kewangan menyediakan kemudahan pinjaman untuk melangsungkan perkahwinan. Fikir banyak kali dahulu sebelum anda bersetuju untuk meminjam. Ini kerana anda perlu berdepan dengan komitmen membayar balik pinjaman bertahun lamanya. Selain itu, jangan ambil kad kredit semata-mata hendak berhutang membeli barang hantaran perkahwinan. Itu juga satu langkah yang berbahaya untuk ekonomi rumahtangga.
KESEPAKATAN
Keluarga sebelah lelaki dan perempuan perlu ada kesepakatan dalam membuat majlis perkahwinan. Perlu ada kata putus mengenai majlis mengenai bajet. Jika boleh, buat majlis sekali sahaja. Tidak perlu terlalu mengikut adat untuk mengadakan majlis menghantar menantu yang boleh membuatkan lebih kurang RM10,000 melayang semata-mata untuk majlis yang tidak perlu. Paling penting majlis akad nikah dan majlis kahwin untuk memperkenalkan pengantin kepada semua tetamu.
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?