Sebaik lafaz ijab dan kabul itu sah, maka ikatan suami isteri juga termeterai. Setiap pasangan bukan sahaja berkahwinan dengan pilihan dicintai, tetapi juga turut berkahwin dengan seluruh anggota keluarga.
Jadi hubungan dengan mentua perlu rapat dan baik kerana mereka juga menjadi sebahagian ahli keluarga. Sayangi dan hormatilah mentua seperti mana kita menghormati kedua bapa sendiri.
Pengasas Kosmetik dan Jamu, Bonda Rozita Ibrahim yang dilihat begitu rapat dengan menantunya, Datin Seri Shahida yang merupakan isteri kepada Jutawan Kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.
Hubungan mereka sangat baik, malah baru-baru ini kedua-duanya juga dilihat mengerjakan ibadah haji bersama-sama.
Dalam satu perkongsian di laman Instagram, Bonda Rozita memberitahu menantunya itu bukan sahaja berperanan sebagai menantu, tetapi juga sahabat baiknya yang sangat sabar menempuh pelbagai ujian.
Ads
Biarpun antara kedua-duanya tiada pertalian saudara, tetapi Bonda Rozita memandang tinggi dan begitu memuliakan wanita itu sebagai ibu kepada cucu-cucunya.
Sebagai menantu, Datin Seri Shahida juga turut membalas komen pada posting berkenaan dan berkata beliau berterima kasih dan juga turut memberitahu amat menyayangi ibu mentuanya itu dunia akhirat.
Ads
Ternyata saling memuji antara satu sama menjadi rahsia ukhwah antara keduanya yang kekal utuh terjalin.
Kalau tidak kerana agama, mana muungkin dia sehebat ini
Menantu dn sahabat baik sy yg sabar dalam ujian , kalau tidak kerana agama mana mungkin dia sehebat ini..Meskipun dia anak org tp sy memuliakan dia ibu kpd cucu2 sy yg solehah
Renungan bersama..Rezeki dtg bersama ujian yg kuat..Semua manusia diuji dn xlepas dr kedukaan dn kecewa..benda paling sakit bukan isi dunia tp sbb Manusia
Sabar menjadikan kita dapat menahan dan mengawal diri, dapat menjauhi kita dari maksiat dan hadapi kesusahan
Smua masalah jadi krn kita xdpt menahan diri..xdpt mngawal diri atau sbb kita tidak sabar.. Sabar itu adalah kemampuan seseorg menahan dn mngawal dirinya shingga sikap yg dilakukan disukai oleh Allah..Sabar dlm taat..sabar ketika mnjauhi maksiat..dn ketika hadapi kesusahan..
Jangan balas keburukan walaupun orang sakitkan hati kita…
Trutama mengawalkn niat kita shingga smua dikawal dgn sbaik2nya.. Ciri org yg boeh mngawal smua dgn baik akn rasa tenang pd dirinya..dn klu kita sdh selesa tenang dgn diri kita..insyaAllah org lain jg akan merasainya bila bersama kita.. Kebaikan slalu mndatangkn ketenangan..keburukkan dn dosa..akn mndtgkn kesengsaraan..
Mudah2an kita sntisa dpt mngawal dn menahan diri dr apa jua kita buat hnyalah utk kebaikan..kebaikan..dn kebaikan.. Yg diterima oleh Allah SWT..ameen ya rabb..
“Sabar adalah sikap yg sgt disukai oleh Allah SWT..dn dgn sabar kita akn merasa tenang dn aman..”
Jangan balas keburukan walau orang sakitkan hati kita @shahidadherbs
Memiliki anak istimewa bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang pertama kali melalui pengalaman tersebut. Ada yang terpaksa berdepan dengan cabaran dari segi tingkah laku, emosi dan komunikasi yang berbeza berbanding anak-anak lain.
Namun di sebalik ujian dan cabaran itu, terselit satu amanah besar yang Allah SWT titipkan kepada hamba-Nya. Malah, dalam menjaga anak-anak istimewa ini, tersimpan juga ganjaran pahala yang besar buat ibu bapa yang sabar dan reda.
Anak-anak istimewa seperti autisme atau sindrom down memerlukan perhatian khas daripada ibu bapa, bukan sahaja dari sudut fizikal tetapi juga emosi dan sosial.
Justeru, ibu ayah perlu lebih peka dalam memahami keperluan mereka agar proses penjagaan dan didikan dapat dilakukan dengan lebih baik.
Memetik perkongsian daripada Sinar Bestari, guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Seri Intan, Cikgu Muhammad Anas Murugan Abdullah, ada berkongsi beberapa tip yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dalam menjaga anak istimewa.
Antara perkara paling penting ialah ibu bapa perlu memahami keperluan anak. Setiap anak istimewa mempunyai keperluan yang berbeza, justeru mereka tidak boleh dibandingkan dengan anak orang lain. Ibu bapa perlu bersabar untuk mengenali kekuatan dan kelemahan anak masing-masing supaya pendekatan yang digunakan lebih sesuai.
Selain itu, ibu bapa juga digalakkan menyediakan ruang dan rutin yang konsisten untuk anak-anak istimewa ini. Mereka biasanya lebih selesa apabila mempunyai jadual harian yang tetap dan persekitaran yang teratur. Keadaan ini bukan sahaja membantu anak lebih tenang, malah memudahkan ibu bapa memantau perkembangan mereka dengan lebih dekat serta mengurangkan risiko kecemasan atau kecederaan.
Dalam masa sama, kesabaran yang tinggi amat diperlukan dalam membesarkan anak istimewa. Justeru, ibu bapa perlu bijak mengawal emosi sendiri. Walau seberat mana cabaran yang dihadapi, janganlah melepaskan rasa marah kepada anak-anak ini. Sesungguhnya mereka adalah amanah Allah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang dan ihsan.
Pelakon yang juga ibu kepada anak autisme, Catriona Ross turut berkongsi pandangannya kepada pihak Kashoorga. Menurut beliau, anak istimewa tidak pernah dianggap sebagai beban atau ujian yang menyusahkan.
“Kak Kek anggap anak istimewa ini adalah untuk menguji diri sendiri sejauh mana kesanggupan Kak Kek mendidik anak yang dihantar oleh Allah,” katanya.
Beliau juga menitipkan pesanan buat ibu bapa di luar sana agar tidak berasa ralat menerima kehadiran anak istimewa dalam keluarga.
“Bukan kita yang minta anak ini dilahirkan,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, ibu bapa yang sabar akhirnya pasti akan berasa bangga apabila melihat kejayaan anak-anak istimewa ini.
“Allah tidak akan uji hamba-Nya jika mereka tidak kuat untuk menghadapinya,” katanya, sambil mengingatkan bahawa kita bukan sesiapa untuk menidakkan kehadiran anak-anak ini.
Hakikatnya, anak istimewa bukanlah beban, sebaliknya amanah besar yang hadir bersama hikmah tersendiri. Mungkin jalannya tidak mudah, namun dengan sabar, kasih sayang dan penerimaan yang baik, ibu bapa akan mampu membesarkan mereka dengan penuh makna. Dalam setiap penat lelah itu, pasti ada nilai pahala dan kasih sayang Allah yang mengiringi.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Walaupun nampak sweet, sedondon dengan isteri.’ Pengantin lelaki, jangan pakai inai di jari. Memang menjadi kebiasaan bagi pengantin lelaki memakai inai di tiga jari semasa upacara pernikahan kerana tidak semua ambil tahu hukumnya.
Memanglah nampak manis bila jari diinaikan, tapi ianya tidak dibenarkan dalam Islam. Ikuti kemusykilan tentang apa hukumnya lelaki memakai inai di hari perkahwinan.
Apakah hukumnya bagi lelaki memakai inai? Kita lihat ketika majlis perkahwinan, selalunya pengantin lelaki akan diinaikan jarinya.
Inai adalah perhiasan bagi wanita bukannya untuk lelaki. Dalam sebuah hadith, diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.Anha:
أَوْمَتِ امْرَأَةٌ مِنْ وَرَاءِ سِتْرٍ بِيَدِهَا كِتَابٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَبَضَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَدَهُ فَقَالَ: مَا أَدْرِي أَيَدُ رَجُلٍ أَمْ يَدُ امْرَأَةٍ. قَالَتْ بَلِ امْرَأَةٌ . قَالَ: لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً لَغَيَّرْتِ أَظْفَارَكِ. يَعْنِي بِالْحِنَّاءِ.
Maksudnya:
Seorang wanita memberikan isyarat dari belakang tabir bagi menunjukkan pada tangannya ada surat untuk diberikan kepada Rasulullah SAW.
Maka Nabi SAW menggenggam menutup tangannya lalu berkata:
“Aku tidak tahu adakah ini tangan lelaki ataupun tangan perempuan?”. Jawab perempuan tersebut: “Perempuan”.
Lalu Baginda berkata: “Jikalau kamu ini perempuan, nescaya akan lakukan perubahan pada kuku-kuku kamu (iaitu dengan inai)”.
Riwayat Abu Daud (4166), al-Nasa’ie di dalam al-Kubra (9311) & Ahmad di dalam Musnadnya (26258). Al-Albaani menilainya Hasan.
Di dalam ‘Aun al-Ma’bud disebutkan bahawa hadith di atas menunjukkan kepada tersangat digalakkan bagi wanita untuk mengenakan inai.
Al-Sanadi mula menyebutkan bahawa yang disebutkan dengan (لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً) itu membawa makna: “Sekiranya kamu meraikan syiar bagi wanita, nescaya kamu akan mengenakan inai pada tanganmu”.
Setelah mengetahui bahawa inai itu adalah perhiasan bagi wanita, maka dalam sebuah hadith yang lain terdapat larangan bagi menyerupai wanita. Sabda Nabi SAW daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Maksudnya: Rasulullah SAW telah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan golongan wanita yang menyerupai lelaki.
Riwayat Al-Bukhari (5885)
Al-Imam Ibn Battal Rahimahullah menyebutkan bahawa al-Tabari Rahimahullah mengatakan bahawa pada hadith di atas terdapat fiqhnya iaitu tidak boleh bagi lelaki menyerupai wanita pada sudut pakaian, perhiasan yang dikhususkan buat wanita.
Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW pernah membuang daerah lelaki mukhannas yang mengenakan inai pada kedua tangan dan kakinya. Daripada Abu Hurairah RA:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أُتِيَ بِمُخَنَّثٍ قَدْ خَضَبَ يَدَيْهِ وَرِجْلَيْهِ بِالْحِنَّاءِ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم: مَا بَالُ هَذَا. فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ يَتَشَبَّهُ بِالنِّسَاءِ. فَأُمِرَ بِهِ فَنُفِيَ إِلَى النَّقِيعِ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلاَ نَقْتُلُهُ فَقَالَ: إِنِّي نُهِيتُ عَنْ قَتْلِ الْمُصَلِّينَ.
Maksudnya:
Sesungguhnya Nabi SAW telah didatangkan kepada Baginda seorang mukhannas yang mana telah menginai kedua tangan dan kakinya. Maka berkata Nabi SAW:
“Apa halnya dengan lelaki ini?”. Maka dikatakan: “Ya Rasulullah, lelaki ini menyerupai wanita”. Lalu Rasulullah SAW mengarahkan agar lelaki tersebut di buang daerah ke al-Naqii’.
Maka mereka berkata: “Ya Rasulullah, mengapa kita tidak membunuhnya?”. Maka jawab Baginda: “Sesungguhnya aku dilarang untuk membunuh orang yang solat”.
Riwayat Abu Daud (4928). Al-Arnout mengatakan sanadnya dhoif (lemah).
Berdasarkan kenyataan di atas. Kami cenderung mengatakan bahawa tidak dibenarkan bagi lelaki untuk mengenakan inai pada kedua tangan atau kaki mereka dan digalakkan bagi perempuan yang telah berkahwin untuk berinai bagi tujuan berhias. Ini kerana berinai itu termasuk di dalam perhiasan wanita.
Oleh itu, tidak boleh bagi lelaki untuk berinai samaada bagi tujuan perkahwinan ataupun selainnya atas dasar berhias, agar nampak cantik dan sebagainya melainkan untuk tujuan berubat yang mana dengan berinai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.
Adapun bagi lelaki untuk mengenakan inai pada rambut, maka hal yang demikian itu tiada masalah. Ini kerana terdapat hadis yang membenarkannya.
‘Gaji RM1800, 1K bagi isteri.’ Ikut fakta memang tak cukup, alhamdulillah rezeki Allah tak salah alamat. Boleh sara anak, bini hingga ke hujung bulan.
Memang ikut logik tak cukup, tapi bila kita ada perancangan memang segalanya jadi mudah. Selain bergantung pada duit gaji, lakukan bisnes kecil-kecilan yang mampu membantu di saat-saat getir.
Bukan hanya tahu nak meminjam duit orang, buat sesuatu, usahakan agar keperluan anak dan isteri terjaga apatah lagi di saat segala harga barang naik, bukan sesuatu yang mudah.
Bagi pasangan yang baru berkahwin pasti bab kewangan ini sangat menguji dan silap-silap mampu menggangu hubungan suami, isteri.
Ikuti perkongsian Khairol Azry ini dan fahami apa yang dia lakukan untuk pastikan keperluan keluarganya mencukupi dengan gaji RM 1800.
Macam biasa 25 haribulan tarikh gaji, RM1,800
Bagi isteri RM1,000 (tiap-tiap bulan). Itu pun tak cukup untuk beli pampers dan susu.
Kemudian bayar bil elektrik dan air
Untuk makan dan minum
Bayar duit kutu RM150 (tiap-tiap bulan)
Repair atau service moto RM100/RM150 (tiap bulan)
26 haribulan, balance hanya tinggal RM479..
Belum tolak duit minyak dan makan minum aku (kau rasa cukup tak?)
Kalau ikut fakta atau logik akal memangg tidak cukup! Alhamdulillah rezeki Allah pasti akan cukup..
Dalam masa yang sama, masih lagi ramai kawan yang nak meminjam dengan aku. Malah yang pinjam buat tak tahu, itu tak payah cakap lah…
Orang nampak aku ada duit sebab jual macam-macam, jual pokok-pokok hiasan, menjual emas, jual diecast, jam pun jual dan jual duit lama .
Tapi sebenarnya aku menjual asset-aset kecil aku untuk aku teruskan kehidupan aku dan tanggungjawab aku…
Bagi yang suka meminjam cukup-cukuplah. Usahalah cari duit. Juallah apa yang ada, dari kita meminjam dan berhutang. Jangan kita memikirkan kesusahan kita tanpa memikirkan kesusahan orang yang kita hendak meminjam.
Alhamdulillah gaji aku kecil.
Aku bahagia dengan isteri aku dan dua orang anak aku. Rezeki tak salah alamat. Jangan mengeluh teruskan berjuang!
Kashoorga : Bagi pasangan yang baru membina rumah tangga, sebelum melakukan perbelanjaan bulanan, sebaiknya berbincanglah dengan pasangan agar tiada pembaziran berlaku.