‘Gaji RM1800, 1K bagi isteri.’ Ikut fakta memang tak cukup, alhamdulillah rezeki Allah tak salah alamat. Boleh sara anak, bini hingga ke hujung bulan.
Memang ikut logik tak cukup, tapi bila kita ada perancangan memang segalanya jadi mudah. Selain bergantung pada duit gaji, lakukan bisnes kecil-kecilan yang mampu membantu di saat-saat getir.
Bukan hanya tahu nak meminjam duit orang, buat sesuatu, usahakan agar keperluan anak dan isteri terjaga apatah lagi di saat segala harga barang naik, bukan sesuatu yang mudah.
Bagi pasangan yang baru berkahwin pasti bab kewangan ini sangat menguji dan silap-silap mampu menggangu hubungan suami, isteri.
Ikuti perkongsian Khairol Azry ini dan fahami apa yang dia lakukan untuk pastikan keperluan keluarganya mencukupi dengan gaji RM 1800.
1K Bagi Isteri
Macam biasa 25 haribulan tarikh gaji, RM1,800
Bagi isteri RM1,000 (tiap-tiap bulan). Itu pun tak cukup untuk beli pampers dan susu.
IKLAN
Kemudian bayar bil elektrik dan air
Untuk makan dan minum
Bayar duit kutu RM150 (tiap-tiap bulan)
Repair atau service moto RM100/RM150 (tiap bulan)
26 haribulan, balance hanya tinggal RM479..
Ikut Fakta Memang Tak Cukup
Belum tolak duit minyak dan makan minum aku (kau rasa cukup tak?)
Kalau ikut fakta atau logik akal memangg tidak cukup! Alhamdulillah rezeki Allah pasti akan cukup..
Dalam masa yang sama, masih lagi ramai kawan yang nak meminjam dengan aku. Malah yang pinjam buat tak tahu, itu tak payah cakap lah…
Orang nampak aku ada duit sebab jual macam-macam, jual pokok-pokok hiasan, menjual emas, jual diecast, jam pun jual dan jual duit lama .
Tapi sebenarnya aku menjual asset-aset kecil aku untuk aku teruskan kehidupan aku dan tanggungjawab aku…
IKLAN
Bagi yang suka meminjam cukup-cukuplah. Usahalah cari duit. Juallah apa yang ada, dari kita meminjam dan berhutang. Jangan kita memikirkan kesusahan kita tanpa memikirkan kesusahan orang yang kita hendak meminjam.
Alhamdulillah gaji aku kecil.
Aku bahagia dengan isteri aku dan dua orang anak aku. Rezeki tak salah alamat. Jangan mengeluh teruskan berjuang!
Kashoorga : Bagi pasangan yang baru membina rumah tangga, sebelum melakukan perbelanjaan bulanan, sebaiknya berbincanglah dengan pasangan agar tiada pembaziran berlaku.
Dua hari lalu, tular seorang pekebun atas nama Azhar Baling membuat pengumuman di fb, ingin menyedekahkan semua timun ditanamnya.
Dalam pengumuman dibuat itu, pemilik akaun memaklumkan sesiapa saja boleh datang termasuk membawa lori untuk mengambil lambakan timun tersebut.
Tulisnya:-
“Askm selamat petang sapa-sapa nak timun boleh datang kebun saya. Boleh bawak lori. Kita bagi free. Kalau ada sapa sapa berhajat memerlukan boleh hubungi 0176666091 sekarang atau secepat mungkin.
Ekoran itu, di ruangan komen ramai yang mengakui bersyukur dengan hal ini dan mengakui kalau dekat, mereka pasti datang ke kebunnya. Bahkan mendoakan agar pekebun ini dimurahkan rezeki. Difahamkan, hal ini dilakukan kerana pekebun berasa kecewa dengan harga ambilan di ladang iaitu RM0.30 sen sekilo.
.
Ekoran statusnya itu, hal ini mendapat perhatian dari Pejabat FAMA daerah Baling yang telah datang dan membuat perbincangan dengan pekebun ini.
Dalam satu hantaran terkini di fb Pejabat Fama memaklumkan akan membeli timun pada harga RM0.70 sekilo bagi membantu pekebun.
“Usahawan tersebut merupakan peserta Kontrak Pemasaran dan memang menghantar bekalan secara tetap kepada Fresh Mart Baling serta hantaran ke Pasar Borong Selayang melalui Fresh Mart. Dana untuk projek tanaman pun di perolehi daripada Fresh Mart.
“Difahamkan Fresh Mart menawarkan harga RM 0.30/kg. Usahawan tidak berpuas hati dan menularkan untuk beri percuma timun di Fb. Usahawan pun tidak memaklumkan apa-apa info lebihan pengeluaran kepada pihak FAMA Daerah.
“Susulan daripada isu tular ini mulai semalam, pihak FAMA telah berbincang dengan usahawan untuk membantu buat belian pada harga lantai iaitu RM 0.70 /kg.
“Pada hari ini, Pengarah FAMa Negeri En Isa bin Hamzah dan Timbalan Pengarah FAMA Negeri Kedah (Operasi) En Mohd Adib bin Yusoff telah melawat ladang di kawasan Kg Lalang, Baling. Susulan daripada itu, pihak Pusat Operasi Sungai Petani telah mengatur pasaran belian timun secara Forward Agreement Kontrak Pemasaran”.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mati itu sudah pasti dan sudah tertulis di luh mahfuz. Cuma sebagai hambaNya kita tidak tahu bilakah masanya itu akan tiba. Oleh sebab itu kita perlu sentiasa bersedia penuhkan diri dengan amal ibadah mencukupi sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak.
Dan kematian yang sangat dimuliakan oleh Allah memang akan dicemburui setiap insan yang masih hidup.
Itu yang berlaku ke atas Allahyarham Mohd Rawi Ismail, 61 tahun apabild disahkan meninggal dunia ketika mengimamkan solat Subuh di Masjid Sultan Abu Bakar di Raub, kelmarin.
Imam Mohd Rawi
Perginya insan mulia ini meninggalkan segala amalan baik yang telah dilakukannya sebelum ini. Ketika hayatnya, arwah sering menasihati isteri serta anak-anaknya supaya membaca dan menghafal surah Al-Mulk setiap kali sebelum tidur.
Menurut isterinya, Mek Nab Che Sof, arwah suaminya itu tidak pernah lupa membaca surah berkenaan sebelum tidur dan juga kadang-kadang selepas solat.
Bukan itu sahaja, arwah juga dikatakan seorang yang sangat pemurah dan suka bersedekah kepada kanak-kanak, saudara dan sahabatnya terutamanya memberi buah hasil cucuk tanaman diusahakannya.
Malah setiap tetamu yang datang berkunjung ke rumah pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong. Arwah juga bekas pembantu pertanian dan pernah melakukan pembedahan pintasan jantung 13 tahun lalu.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.10 pagi itu apabila Allahyarhan menjadi imam ganti selepas imam bertugas dikatakan terlewat tiba ke masjid.
Melalui artikel di Harian Metro, menurut sahabat baik arwah yang juga menjadi makmum solat Subuh berkenaan, tidak melihat sebarang tanda sakit pada diri Mohd Rawi sebelum diminta mengimamkan solat.
“Selepas membaca surah Fatihah beliau membaca ayat lazim, cuma tersekat-sekat kerana tidak cukup nafas. Selepas rukuk, dia bangun dan nampak terhuyung-hayang hendak rebah ke belakang dan saya pun sambut dia.
“Saya baringkan dia dan dia tidak berkata apa tetapi nadi dia masih ada dan saya terus mengajar mengucap kalimah syahadah,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Dalam pada itu, warganet juga turut bersimpati dengan kematian insan mulia ini. Rata-rata menzahirkan simpati dan menyifatkan pengkahiranya yan sangat indah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kematian yang dicemburui
Fyruz Irfan Nuha IrsyadInnalillahiwainnalillahirojiun semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempat kan bersama² dgn org² yg beramal Soleh..Salam takziah
Mariza IbrahimInnalillahiwainnailaihirajiun Alfatihah…. kematian yg dicemburui moga roh nya dicucuri rahmat
Syazira Fatin OshinAllahu..cntiknya kmatian dia.. Kematian yg sangat dicemburui.. meninggal ketika sujud pada Allah.. semoga tenang di alam sana… Salam takziah buat seisi keluarga..
Dzul Kamaruddinpengakhiran yg baik , sgt dicemburui oleh kita
Pemergiannya husnul khatimah
Mohd Shahrizal NanInnalillahiwainnahirajiun…kematian husnul khotimah…mmbaca surah AlMulk dpat melindungi kita dri ujg kaki ke ujg rmbut kanan kiri depan & blakg dri seksaan Malaikat di alam barzakh
ziah HanafiahInnalillah hiwainnailaihijiuun..hasnul khotimah..Semuga dilimpahi rahmat Allah keatas ruhnya.Inn sya Allah
Ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Mohammad Fauzi MuhamadInna lillahi wainna ilaihirojiun…Moga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu anhu..
Siti HasmilahInnalilla….salam takziah pada keluarga nya.semoga roh nya di tempat kan di kalangan org2 yg beriman
Uciha SasukeSemoga roh nya di tempat bersama org beriman dan syurga buat arwah hj mohd rawi ..bekas pesara risda raub .sepanjang pkenalan ,lemah lembut , baik budi pekerti…tsangat baik orgnya
KELEBIHAN MEMBACA & MENGHAFAL SURAH AL-MULK SEBELUM TIDUR:
SATU surah di dalam al-Quran sekiranya ia diamalkan, maka orang yang membacanya, apatah lagi dapat menghafaznya akan terlepas daripada azab kubur.
Ia adalah Surah Al-Mulk yang mengandungi 30 ayat. Surah itu juga disebut sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci.
Sebab itu, Nabi SAW menyarankan umatnya supaya tidak meninggalkan bacaan al-Quran pada setiap hari.
Hati orang yang membaca al-Quran akan sentiasa tenang, dijauhi daripada bisikan syaitan serta dirinya turut dihormati.
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)
Antara azab kubur itu, didatangkan kepada manusia dua malaikat yang sangat bengis iaitu Munkar dan Nakir.
Sekiranya manusia melihat wajah malaikat azab itu, mereka akan pengsan. Di tangannya ada besi penukul dan apabila dihayun tukul itu, nescaya akan hancur semua gunung yang ada di atas muka bumi ini.
Bagaimanapun, bagi mereka yang menjadikan Surah Al-Mulk sebagai bacaan harian, di kubur kelak ia akan menjadi penghalang pengamalnya daripada diseksa.
Di dalam kubur, orang yang meninggal dunia akan didatangi malaikat azab bermula di kakinya untuk memberi hukuman.
Saidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”
Sekiranya seseorang itu selamat daripada seksaan di alam barzakh, dia juga selamat untuk menghadapi permulaan akhirat yang lebih besar dan dahsyat.
Jika seseorang itu sudah menerima seksaan di alam barzakh, maka sudah pasti dia juga tidak akan selamat menghadapi kecelakaan lebih besar menunggunya selepas itu.
Maka, Nabi SAW mengajarkan kita beberapa cara untuk selamat dan selesa ketika berada di alam barzakh, antaranya membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam.
Sebelum tidur, pastikan kita ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Mulk. Dengan harapan apabila biasa melazimi bacaan Surah Al-Mulk dan ditakdirkan kita meninggal dunia, Allah SWT akan mengampuni segala dosa serta mengharumkan perkuburan kita menjadi sebahagian taman daripada taman syurga.
Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah. (Ahmad, Tirmizi dan Darimi)
Setiap orang beriman tidak boleh memandang ringan perihal di alam barzakh yang bakal mereka lalui satu masa nanti.
Persediaan itu wajib dilakukan. Jaga setiap tingkah laku serta pertuturan seharian kita supaya terhindar daripada mendapat pengakhiran yang buruk.
Abu Darda berkata, “Tiga perkara yang membuat aku ketawa dan menyebabkan aku menangis. Tiga perkara itu ialah orang yang mengejar dunia padahal kematian sedang mengejarnya, individu yang ketawa terbahak-bahak, tetapi dia tidak tahu adakah Tuhannya reda kepada-nya atau memurkainya dan individu yang lalai padahal Allah tidak pernah lalai kepadanya.”
Rasulullah SAW juga mengajar untuk mengamalkan satu doa bagi memohon perlindungan dan azab kubur iaitu “Allahumma inni a’uzu bika minal ‘ajzi wal kasali wal jubni wal harami wal bukhli, wa’auzu bika min ‘azabil qabri wa ‘auzu bika minfitnatil mahya walmamati” bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kelemahan, malas, penakut, pelupa, bakhil dan aku berlindung dengan-Mu daripada seksa kubur dan fitnah hidup dan mati.”(Hadis Riwayat Muslim)
Beberapa rakan artis juga kini turut disahkan positif wabak COVID-19 dan terbaru adalah pelakon Ashraf Muslim.
Dalam posting di laman Instagramnya, dia mengesahkan dirinya dijangkiti wabak pandemik ini. Namun menurutnya tidak kata dapat mengammbarkan apabila menerima keputusan pada 12 April lalu.
Walau bagaimanapun pelakon ini reda dengan keputusan Allah dan memohon kepada ahli keluarga dan sahabat mendoaka yang terbaik buat dirinya.
“Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya.
“Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua.
“Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni.
“Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai.
“Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam.
Difahamkan juga Ashraf adalah sebahagian pelakon yang menjayakan penggambaran sebuah drama di Scotland sebelum ini.
Kumpulan produk berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu sebelum kes COVID-19 melanda dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum di kuat kuasakan.
Seperti biasa posting Ashraf turut mnedapat respon dari rakan selebriti dan follwernya. Masing-masing mendoakan kesejahteraan dirinya agar sembuh dari virus merbahaya ini.
Kita selalu fikir, apabila kita lakukan amal kebaikan, pastinya Allah akan balas dengan pahala atau kebaikan juga. Ini apa yang selalu diajar di sekolah dahulu.