Al-Quran adalah kitab suci bagi umat Islam. Ia diturunkan secara berperingkat melalui Nabi Muhammad SAW. Turunnya kitab suci ini merupakan satu rahmat yang paling besar bagi manusia kerana al-Quran adalah panduan hidup mereka.
Ia mengandungi pelbagai pedoman untuk kehidupan seharian. Kita dituntut untuk membaca, mengkaji dan memahami isi kandungannya supaya boleh menjadikannya sebagai rujukan asas dalam menjalani kehidupan seharian baik dalam bidang politik, sosial mahu pun ekonomi.
Firman Allah dalam surah An Nahl ayat 16:69 bermaksud “Dan Kami turunkan kepada kamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang-orang Islam.
Di media sosial, tular satu perkongsian bagaimana hendak memagar kebun dari dimasuki binatang seperti tupai, monyet dan sebagainya dengan membaca surah Al Khafi ayat 18.
Jelas individu berkenaan, dirinya mempunyai kebun durian dan menanam dua jenis pokok iaitu D24 dan D2. Tetapi dalam tempoh dua tahun ini tak merasa buah kerana dicuri monyet dan tupai yang jumlahnya agak banyak.
Ads
Namun katanya satu ketika ada mendengar satu temuramah melibatkan Ustazah Asma’ Harun dengan seorang tua, Wan Umi Kalthum berusia dalam lingkungan 81 tahun bagaimana menjaga kebunnya.
Ayat yang diajar ialah bacakan surah al Khafi ayat 18
Arab Latin :- Wa taḥsabuhum aiqāẓaw wa hum ruqụduw wa nuqallibuhum żātal-yamīni wa żātasy-syimāli wa kalbuhum bāsiṭun żirā’aihi bil-waṣīd, lawiṭṭala’ta ‘alaihim lawallaita min-hum firāraw wa lamuli`ta min-hum ru’bā
Bermaksud : Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
Ads
“Alhamdulillah, selepas diamalkan surah Al Khafi ini dan dibaca di kebun sendiri, dah seminggu tupai dan monyet tak datang. Jadi dapatlah merasa buah durian nanti,” katanya berkongsi kelebihan surah ini yang bertindak “memagar” kebun dari dimasuki binatang.
Dalam pada itu carian di YouTube mendapati Ustazah Asma Harun ada menemuramah nenek ini yang memberi petua ini.
Saksikan video perkongsiannya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Taraf ibu saudara lebih tinggi dari ibu mentua. ‘Tak bermakna bila berkahwin, abaikan ibu mentua.’ Sebaliknya secara hukumnya taraf ibu saudara adalah lebih tinggi dari ibu mentua kerana mereka adalah darah daging kita.
Namun jika ditenung-tenung tak semua daripada kita rapat dengan ibu saudara apatah lagi apabila semakin dewasa dan berkahwin serta memiliki keluarga sendiri. Seolah-olah hubungan dengan ibu saudara terputus atau kurang rapat.
Sebaiknya layanilah ibu saudara seperti ibu kita sendiri kerana jika ibu kita tiada lagi, pada merekalah kita meluah rasa hati. Sesungguhnya ibu saudara tiada galang gantinya seperti mak ayah kita juga.
Seperti mana menerusi perkongsian video TikTok oleh Ustaz Badli Shah, dia menyarankan supaya setiap daripada kita menjaga hubungan dengan ibu saudara yang seakan dilupakan.
Namun begitu, ia tidak bermaksud bila berkahwin, kita kena buang atau abaikan ibu mentua. Tetapi perlu diingat taraf ibu saudara itu lebih tinggi daripada mentua, hanya dia seorang dunia akhirat.
Di antara ibu saudara dan juga ibu mentua, siapa yang lebih penting untuk jaga hubungan. Inilah ulasan yang diberikan oleh Ustaz Badli Shah.
Kalau dibincangkan hukum, ibu saudara dengan ibu mentua, mana lebih penting untuk jaga hubungan. Sudah tentulah ibu saudara.
Ini disebabkan oleh ibu saudara adalah adik beradik kepada ibu dan bapa kita. Sudah tentulah anak saudara boleh bersalam dengan mak saudara.
Tapi berapa ramai anak saudara yang rapat dan baik dengan mak saudara.
Kedudukan ibu saudara atau tarafnya tak boleh menandingi dengan ibu mentua kerana ibu mentua boleh dicari bila seseorang berkahwin lain, dapatlah mak mentua baru. Tetapi ibu saudara, hanya dia seorang yang kita ada. Tiada galang gantinya kerana mereka adalah adik beradik mak dan ayah kita.
Kashoorga : Tiada siapa yang lebih tinggi, paling penting adalah jagalah hubungan sesama kita.
Belum pun habis siasatan mengenai iklan judi yang dipromosikan termasuk arahan terkini dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengarahkan penyedia platform media sosial Facebook, Twitter dan YouTube untuk menggugurkan iklan yang mempromosikan aktiviti judi itu kerana ia jelas melanggar terma perkhidmatan serta piawaian komuniti ditetapkan, hari ini satu lagi iklan berbentuk perjudian dikongsikan di media sosial.
Jika iklan pertama melibatkan DGBet3333 tetapi iklan kedua ini menggunakan IBC003 pula. Keduanya masih sama iaitu seperti mahu menghalalkan judi untuk golongan muslim yang kekurangan duit untuk mencuba nasib.
Malah pelakon-pelakonnya masih melibatkan individu mengenakan pakaian baju Melayu dan berkisar mengenai balik kampung. Apa yang jelas, ia seperti mencabar pihak berkuasa, malah tidak menolak ia mungkin dihasilkan dari syarikat yang sama namun menggunakan nama syarikat yang lain kerana corak iklan ini sama seperti yang pertama sebelum ini.
Lihat video
Satu keadah pemasaran “cucuk jarum”
Dalam pada itu, seorang peguam Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co turut mengulas isu ini. Semoga orang beragama islam tidak terleka dengan teknik pemasaran “cucuk jarum” ini kerana sesungguhnya judi itu haram dan berdosa besar.
Baca perkongsian ditulisnya.
Iklan Judi Raya.
Iklan judi ni, tidak cukup mereka hantar Whatsapp dan dia mesej nombor kita. Yang herannya macam mana dia dapat nombor-nombor kita ini.
Kaedah pengiklanan mereka sentiasa ikut perkembangan. Misalnya sewaktu gelaran bosku sedang trending mereka mulakan dengan "Apa khabar bosku?". Ada-ada sahaja kaedahnya, sentiasa ikut perkembangan semasa.
Jadi waktu raya begini, mereka tidak mahu melepaskan peluang dengan membuat iklan hari raya. Kali ini mereka melampaui batas.
Pandai mereka menggunakan sentimen. Apabila watak iklan itu, digambarkan tidak berduit hendak beraya dan kemudian mencuba nasib. Tiba-tiba menang pula perjudian dan jadi mewah sehingga boleh beli kenderaan.
Kawan-kawan dan keluarga di kampung jadi kagum melihat kenderaan baru, apabila dia pulang ke kampung. Raya disambut penuh keceriaan kerana hasil judi dan mereka ajak kita semua berjudi.
Apa punya iklan begini? Dalam pada undang-undang Syariah di Malaysia memperuntukkan siapa-siapa yang berjudi boleh didenda dan dipenjara, selamba sahaja mereka buat pengiklanan mengajak orang ramai berjudi.
Saya pernah menulis tentang seorang lelaki yang didenda dua ribu ringgit atau enam bulan penjara kerana membeli nombor ekor berharga RM1, secara suka-suka. Ini baru RM1, sudah didenda begini. Iklan ini sudah melampau. (Link tulisan dalam ruangan komen)
Dalam agama Islam, orang Islam haram berjudi. Di Malaysia, undang-undang orang-orang Islam didenda atau dipenjara kerana berjudi.
Kalau iklan itu, menggunakan watak orang bukan Islam, saya rasa kita pun tidak kisah. Apabila iklan itu wataknya orang Islam, lagu pula lagu genre tradisional, situasi pula hari raya, wataknya juga berbaju melayu, berbaju kurung dan juga bertudung. Itu yang kita jadi marah. Motif?
Sudah tentulah sasaran untuk menarik orang-orang Islam. Sampai begitu sekali. Perkara-perkara haram ini, jangan dibuat main. Hish! Kalau iklan arak yang cuba digambarkan dengan cara yang sama. Hish! Pengiklanan mengajak dan memanggil kita buat aktiviti haram.
Inilah masalahnya apabila banyak cara marketing menggunakan teknik "find common ground" tetapi tidak kena gaya.
Teknik mencari "connection" atau "to relate" antara penjual dan pembeli itu memang penting tetapi biar kena gaya.
Mengapa teknik ini penting? Misalnya iklan Kellogg's Cornflakes. Produknya memang berasal dari USA dan dipasarkan di seluruh dunia tetapi model iklan mereka di setiap negara.
Kalau di Malaysia, modelnya orang Malaysia. Jika dalam iklan itu ada ibu yang menjamu anaknya dengan Kellogg's, kedua-duanya muka orang Malaysia, keluarga Malaysia.
Mereka tidak pakai model muka 'mat saleh', rambut blonde dan bermata biru. Jika mereka 'pukul rata' dengan menggunakan iklan yang dan model yang sama di seluruh negara yang mereka pasarkan produk, kita tidak boleh 'relate' dan kita tidak rasa ada 'connection'.
Lambat produk mereka hendak laku di negara lain kerana tiada rasa kekitaan. Memang jimat kos tetapi tidak dekat di hati pelanggan.
Itulah kenapa, syarikat-syarikat yang memasarkan produk suka hendak menggunakan konsep yang mereka boleh 'relate' dengan pengguna tempatan di setiap negara. Boleh dikatakan semua produk antarabangsa menggunakan teknik ini.
Kalau dulu, pengilat kuku, pewarna rambut semua tidak boleh digunakan kerana tidak sah wuduk tetapi syarikat pemasaran sentiasa membuat kajian baru dan hasil yang baru dan menjadikan produk sah wuduk supaya dapat mensasarkan produk kepada skala sasaran pengguna yang lebih besar.
Itulah datang tagline seperti "Mesra wuduk" atau "Muslim friendly". Macam-macam kaedah dan cara dan melihat kepada sasaran pengguna.
Cara mereka macam tidak bersalah dan nampak bukan macam kesalahan kerana dalam iklan itu digambarkan orang-orang Melayu Islam juga berjudi untuk dapatkan hasil lumayan untuk beraya. Maka meriahlah hari raya kerana hasil judi dan bakal dikagumi oleh orang-orang kampung melihat hasil kekayaan. Pandai mereka pancing.
Panjang pula saya sembang pasal kaedah marketing. Bukan hendak jadi sifu marketing tetapi saya hendak kalian tahu kenapa kaedah begini kalau berjaya 'cucuk jarum' dalam pemasaran akan menjadi 'barah' satu hari nanti.
Ilmu marketing ini, perlu pandai guna taktik dan skil. Barulah berjaya mendapat tempat di hati pengguna. Jadi pengguna memang perlu bijak.
Tahniah kepada semua kerana suara-suara bising kita, hal ini telah menjadi besar. Semoga jangan lagi ada iklan-iklan begini kelak.
Oleh Nor Zabetha
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tular di media sosial akan isu sotong ring yang didakwa sebagai rectum babi. Ia menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai khususnya umat islam kerana kita dituntut mencari yang halal kerana setiap makanan menjadi darah daging.
Isu ini sudah lama, sejak 2013 lagi ia mula tersebar dalam satu siaran radio US di mana dj radio buka isu mengenainya. Tapi hingga kini tiada isu berkaitannya kerana ia hanya cakap-cakap kosong sahaja.
Dalam pada itu, Dsemeling Fresh&Frozen Seafood, syarikat Pemborong & peruncit barangan laut segar dan sejuk beku turut berkongsi isu ini di mana katanya, tidak pasti jangan kongsi.
Dalam perkongsiannya, kecoh isu sotong ring yang dikatakan dibuat dari usus babi dan diletakkan perasa sotong. Ada yang meragui cop halal yang dicetak di label pembungkusan. Ada juga yang pertikai sebab rasanya liat tidak seperti sotong biasa.
Berikut penjelasan dari syarikat ini:-
1. Sotong ring liat? Sotong ada banyak spesis dan banyak jenis. Yang kilang pakai untuk buat sotong ring ni adalah jenis illex squid (boleh google nama sotong). Jenis ni tak ada di negara kita, banyak di negara luar. Jadi orang tak kenal sangat sotong jenis ni. Yang di negara kita banyak yang jenis loligo. Sebab itu rasa tak sama dengan sotong yang biasa kita makan dan cara masakan pun lain untuk setiap jenis sotong.
2. Cop halal meragukan? Di malaysia badan yang mengawal status halal haram ni adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Di negara lain ada jabatan agama islam mereka sendiri yang menyelia bab ni. Ada cop depa sendiri. Takkan nak pakai cop JAKIM pula untuk negara Thailand/ China? Boleh rujuk gambar dibawah untuk logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM.
3. MAQIS Kalau bab import export barangan dari luar ke dalam negara diserahkan pada MAQIS. Tugas MAQIS ni untuk chek setiap barang yang masuk ke Malaysia. Ada banyak jabatan yang terlibat antaranya JAKIM. Kalau betul buat dari babi, mesti dah kantoi.
4. Bukti proses dari babi? Setakat ini banyak video yang dibuat dari sotong saja. Tak ada pun video dari babi,”jelasnya.
Isu sama mendapat perhatian dari rakan fb, Daing Fadzil Abd Latif yang berkongsi sijil halal dari Shandong Halal Certificate Service (HSC) tempat sotong ring ini dikeluarkan.
Kongsinya, saya nak ucapkan terima kasih kepada seorang sahabat Eksekutif Halal saya mengambil tindakan proaktif mengemail kepada Badan Pensijilan Halal Logo halal dari Shandong Halal Certificate Service (SHC).
SHC ialah di antara badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh pihak JAKIM.
Email dibalas oleh pihak SHC memperakui produk berkenaan didaftar oleh Fujian Dayou Guowang Bio-tech Co.Ltd Dan PRODUK BERKENAAN IALAH FROZEN SQUID RING.
Jadi tak pasti jangan kongsi kerana ia mendapatkan kepanikan kepada masyarakat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?