Tular di media sosial akan isu sotong ring yang didakwa sebagai rectum babi. Ia menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai khususnya umat islam kerana kita dituntut mencari yang halal kerana setiap makanan menjadi darah daging.

Isu ini sudah lama, sejak 2013 lagi ia mula tersebar dalam satu siaran radio US di mana dj radio buka isu mengenainya. Tapi hingga kini tiada isu berkaitannya kerana ia hanya cakap-cakap kosong sahaja.

Dalam pada itu, Dsemeling Fresh&Frozen Seafood, syarikat Pemborong & peruncit barangan laut segar dan sejuk beku turut berkongsi isu ini di mana katanya, tidak pasti jangan kongsi.

Dalam perkongsiannya, kecoh isu sotong ring yang dikatakan dibuat dari usus babi dan diletakkan perasa sotong. Ada yang meragui cop halal yang dicetak di label pembungkusan. Ada juga yang pertikai sebab rasanya liat tidak seperti sotong biasa.

Berikut penjelasan dari syarikat ini:-

IKLAN

1. Sotong ring liat?
Sotong ada banyak spesis dan banyak jenis. Yang kilang pakai untuk buat sotong ring ni adalah jenis illex squid (boleh google nama sotong). Jenis ni tak ada di negara kita, banyak di negara luar. Jadi orang tak kenal sangat sotong jenis ni. Yang di negara kita banyak yang jenis loligo. Sebab itu rasa tak sama dengan sotong yang biasa kita makan dan cara masakan pun lain untuk setiap jenis sotong.

2. Cop halal meragukan?
Di malaysia badan yang mengawal status halal haram ni adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Di negara lain ada jabatan agama islam mereka sendiri yang menyelia bab ni. Ada cop depa sendiri. Takkan nak pakai cop JAKIM pula untuk negara Thailand/ China? Boleh rujuk gambar dibawah untuk logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

3. MAQIS
Kalau bab import export barangan dari luar ke dalam negara diserahkan pada MAQIS. Tugas MAQIS ni untuk chek setiap barang yang masuk ke Malaysia. Ada banyak jabatan yang terlibat antaranya JAKIM. Kalau betul buat dari babi, mesti dah kantoi.

IKLAN

4. Bukti proses dari babi?
Setakat ini banyak video yang dibuat dari sotong saja. Tak ada pun video dari babi,”jelasnya.

Isu sama mendapat perhatian dari rakan fb, Daing Fadzil Abd Latif yang berkongsi sijil halal dari Shandong Halal Certificate Service (HSC) tempat sotong ring ini dikeluarkan.

Kongsinya, saya nak ucapkan terima kasih kepada seorang sahabat Eksekutif Halal saya mengambil tindakan proaktif mengemail kepada Badan Pensijilan Halal Logo halal dari Shandong Halal Certificate Service (SHC).

IKLAN

SHC ialah di antara badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh pihak JAKIM.

Email dibalas oleh pihak SHC memperakui produk berkenaan didaftar oleh Fujian Dayou Guowang Bio-tech Co.Ltd Dan PRODUK BERKENAAN IALAH FROZEN SQUID RING.

Jadi tak pasti jangan kongsi kerana ia mendapatkan kepanikan kepada masyarakat.