Sifat seorang anak akan sentiasa melindungi ibu dikasihinya. Ia sama dengan nilai kasih sayang seorang ibu yang akan sentiasa menyayangi anaknya walau anaknya ada berbuat kesilapan besar.

Ternyata dengan kasih sayang jugalah, seorang remaja, Hussain Chaudhary, 18 menjadi korban di Walthamstow, London Timur, England saat dia cuba mempertahankan ibunya dari serangan pencuri dalam satu kejadian rompakan di jalanan pada 17 Mac lalu. Tindakan berani mahasiswa ini mendapat perhatian ramai kerana tindakan beraninya itu demi memastikan ibunya selamat.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Hussain menjadi mangsa selepas luka tikaman di leher. Akhbar The Met melaporkan, bedah siasat mendapati penyebab kematiannya adalah kerana luka besar akibat tusukan di lehernya. Malah saudara lelaki serta ibunya yang turut tercedera mengalami luka di tangan.

Apa yang paling menyedihkan, selepas kejadian serangan itu, ibunya sempat mendakap Husaain sebelum dia menghembuskan nafas terakhir dalam pelukan ibu yang melahirkannya.

Menurut saksi kejadian, penyerang menyamar sebagai pelanggan (ibunya berniaga baju di jalanan). Datang dengan niat mahu merompak sebelum berlaku pergelutan di jalan yang sibuk dengan orang ramai.

IKLAN

Menurut bapa saudara mahasiswa ini, Reiss Chaudhary, mereka menyifatkan Hussain sebagai anak yang baik. Bertindak sebagai pelindung ibunya malah sanggup berkorban nyawa demi pertahankan ibunya yang kini masih dirawat di hospital akibat luka parah. Hussain merupakan graduan undang-undang di SOAS University Of London.

Malah keluarganya juga berasa sangat kehilangan atas kejadian tidak terduga ini.

Dalam pada itu, kawan-kawannya menyifatkan Hussain sebagai insan yang memiliki jiwa yang sangat baik. Malah arwah juga telah menubuhkan dana online untuk pembinaan sebuah masjid di mana sebanyak lebih dari £ 34.000 sudah terkumpul.

IKLAN

Dalam pada itu, saudara perempuannya, Afia Chaudhry menulis sesuatu yang lebih menyayat hati.

“Adik lelaki kami yang tampan telah pergi meninggalkan dunia ini dengan cara yang sama, ia dilahirkan iaitu dalam pelukan ibuku.

IKLAN

Malah pihak SOAS University of London menzahirkan rasa terkejut dan sedih mereka dengan kejadian yang menimpa Hussain.

Pegawai penyiasat Perry Benton berkata, kejadian tragis di jalanan adalah satu tragedi yang menyayat hati. Seorang ibu kehilangan seorang anak yang baik. Pihak kami sedang menjalankan siasatan terperinci termasuk kamera di lokasi kejadian malah meminta orang ramai yang menjadi saksi tampil bagi memastikan penyerang ditangkap.
Dalam satu kenyataan terbaru, polis memaklumkan pihak mereka sudah menahan dua orang remaja berusia 18 tahun yang dilihat berada di lokasi kejadian dalam keadaan mencurigakan.

Polis Metropolitan dalam satu kenyataan berkata remaja lelaki, Marvin Ward berasal dari Westwood Road, Ilford East London telah ditahan dan bakal didakwa terlibat dengan pembunuhan ini. Dia dijadualkan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Barkingside dalam masa terdekat.

SUMBER: STANDARD.CO.UK | THE ISLAMIC INFORMATION

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI