
Tiada tempoh tertentu yang boleh dikatakan terbaik untuk bercinta. Ada yang bercinta sejak sekolah hingga masuk universiti. Ada yang bercinta selepas tamat pengajian di universiti, ada yang bercinta setahun dua, kemudian terus bernikah. Ada juga yang tidak bercinta, sebaliknya terus nikah.
Tiada istilah lebih lama tempoh percintaan maka lebih baiklah hubungan itu. Lebih baik cepatkan sahaja hubungan itu menjadi halal. Percayalah selagi anda tidak tinggal sebumbung, tidur sebantal, anda tidak akan tahu diri sebenar (true colour) seseorang itu.
Memendekkan tempoh percintaan adalah lebih baik. Terus kepada bertunang dan seterusnya bernikah. Tempoh pertunangan pun seeloknya pendek sahaja. Tidak perlu ‘ikat’ bertahun-tahun dengan alasan mahu mengukuhkan kedudukan dalam kerjaya terlebih dahulu.
Perkahwinan bukanlah satu ikatan yang boleh menghalang anda mencapai sebarang kejayaan. Malah perkahwinan sebenarnya satu ikatan yang boleh mendorong anda lebih berjaya dalam apa-apa sahaja yang anda lakukan.

LIMA SEBAB MENGAPA TIDAK PERLU BERCINTA LAMA-LAMA:
*Menjaga aurat serta sentuhan antara bukan mahram.
*Elak fitnah daripada masyarakat sekeliling.
*Elak gangguan orang ketiga.
*Perasaan was-was dan mula berubah hati.
*Mengelakkan berlakunya ‘bunga-bunga’ zina hingga menjurus kepada zina.

Bukankah bercinta selepas nikah itu lebih indah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ternyata “Keinginan” Isteri Itu Rumit, Ramai Lelaki Tak Faham & Boleh Jadi Punca Gaduh Dalam Rumahtangga

Perempuan selalu dikatakan agak complicated. Sering beri arahan tapi tak sama seperti keinginan hatinya mahukan. Bila lelaki lakukan apa dimahunya ternyata salah pula di matanya. Bahkan ada beberapa arahan dikatakan salah dan perlu dilakukan kembali.
Sebab itulah walau bertahun-tahun hidup berumahtangga, kebanyakan lelaki (bukan semua) jarang memahami apa keinginan sebenar isteri. Dan adakalanya menjadi punca pergaduhan yang awalnya mungkin kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar.
Dalam satu perkongsian Tik Tok dari negara seberang, Fifi Katili @salesheadmaentiktok yang juga ibu kepada tiga anak berkongsi satu video dia mengajak suaminya yang sedang leka mengadap telefon melakukan gaya emoji love.
Tapi tanpa memberi apa-apa arahan agar gaya itu dilakukan, dirinya terus mengangkat tangan kirinya dan mengharapkan suaminya membentuk emoji love itu dengan mengangkat tangan kanannya.
Tapi apa yang agak melucukan, suaminya yang tidak tahu apa-apa terus memberikan tanda “peace” seolah bersedia untuk bergambar tanpa menyedari ia dalam bentuk rakaman video. Tapi dia dilihat menyenggol tubuh suaminya sebelum suaminya mengubah mengikut gerakan tangannya.
Dan seterusnya walau sudah memaklumkan dia mahu lakukan gaya emoji luv itu, suaminya masih tidak dapat menangkap maksud sebenar keinginan dirinya. Dan terus membentuk emoji itu tanpa menyedari maksud sebenar isterinya mahukan.
Dari rata-rata komen khususnya dari Malaysia ramai menyifatkan video ini agak lucu termasuk ada berasa sakit hati (kerana suami tak faham-faham apa dimahukan isterinya). Ada juga berkata, suaminya terlalu lurus bendul dan ternyata ada isteri yang bersetuju kerana suami mereka juga begitu. Malah ada yang mengakui agak tergelak tak berhenti say menonton video ini.
Katanya “kalau maca mini, komunikasi satu hala saja sebab maklumat tak sampai”
Bahkan komen dari seorang pengguna lelaki memaklumkan “very hard for a man to understand” dan diakui oleh lelaki lain mengakui “kita sama bro, alaa cakap la nak buat camner.

Ternyata rumah tangga ini punya 1001 aneka cerita. Ada manis, pahit, tawar, bahagia dan berbagai-bagai lagi tapi itulah kenangan yang tercipta dalam rumahtangga.
https://www.tiktok.com/@salesheadmaentiktok/video/7008101443777482011?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Moga Cinta Kekal Hingga Ke Jannah” – Doa Wanita Ini Yang Bertarung Lawan Kanser Tahap 4, Sebulan Sebelum Kahwin

Isi Kandungan
ToggleHari perkahwinan adalah saatnya kita disatukan dengan pasangan sebagai suami isteri yang sah. Sebaik lafaz ijab dan kabul sah, segalanya sudah berubah. Status diri tidak lagi ‘single’ dan tanggungjawab juga berbeza sewaktu bergelar anak dara.
Kalau boleh kita mahu merai hari bahagia dengan kesihatan berada dalam tahap terbaik. Maklumlah hari bersejarah tika bergelar Raja Sehari pastinya mahu diraikan dalam suasana gilang gemilang tanpa mengetepikan batas syariah.
Namun jika diuji Tuhan dengan dugaan, siapalah kita mahu menolak ketentuanNya. Seperti perkongsian wanita ini di media sosial yang bakal berkahwin tidak lama lagi tetapi diuji apabila disahkan pengidap cancer stage 4.
Walaupun terpaksa membuang separuh dari paru-parunya disebabkan untuk membuang kanser, dia reda dengan pengalaman dilalui ini.
Dan 30 hari sebelum menjelang hari bahagianya, dia telah selamat menjalani pembedahan setelah hampir 7 jam bertarung nyawa di bilik bedah.
Alhamdulillah . Syukur diberi peluang ke selepas 7 jam bertarung nyawa dalam bilik bedah . Walaupun paru2 diuang separuh demi mbuang kanser . Sy redha . Sy ada 30 hari utk sembuh sblm jadi pengantin
Dia juga turut memberitahu tidak sabar untuk menyarung baju nikah dan berharap perkahwinan yang bakal dibina ini kekal hingga ke jannah.
Menulis posting di twitter menggunakan akaun @eykahmdn memberitahu dia yang bercinta dengan bakal Imamnya selama 8 bulan dan setelah bertunang setahun lebih bakal mendirikan masjid tidak lama lagi.
10thn bff
8bln bercinta
1thn 3bln bertunang
2bln sebelum majlis pengantin perempuan disahkan pengidap Cancer Stage 4
1bln sblm majlis pengantin perempuan menjalani pbdhan
Semoga cinta kita kekal hgga ke Jannah .
Semoga sy sembuh . Tak sabar nk pakai baju nikah next month

Sebaik muat naik postingnya, wanita ini mendapat komen positif dari warga net. Masing-masing memberi kata-kata semangat kepadanya untuk meneruskan kehidupan selepas ini.
Jangan stress & doakan sembuh.
Moga kuat melawan penyakit kanser.
Semoga Allah pemudahkan.
Setiap hari baca surah Al Fil 1000x.
Cepat sembuh & kekal positif.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Syukur Allah Permudahkan Dari Awal.’ Jarak Usia 26 Tahun Bukan Penghalang Lelaki Ini Kejar Cinta ‘Cikgu’

Isi Kandungan
Toggle‘Syukur Allah permudahkan dari awal.’ Jarak usia 26 tahun bukan penghalang lelaki ini kejar cinta ‘cikgu’. Benarlah kalau sudah jodoh tak ke mana.
Walaupun pada awalnya cikgu ini cuba menolak cinta pelajarnya, akhirnya mereka disatukan juga. Begitulah jodoh rahsia Allah SWT.
Malah, jarak usia 26 tahun bukan halangan untuk Muhammad Danial Ahmad Ali menyulam cinta dengan gurunya, Jamilah Mohd hingga ditakdirkan berumah tangga.
Artikel Berkaitan:
Syukur Allah
Muhammad Danial, 22, tidak menyangka akan terpikat dengan Jamilah, 48, hingga berani menyuntingnya sebagai isteri.
Bagaimanapun, takdir menentukan mereka menjadi suami isteri dan kisah pasangan berkenaan mendapat perhatian selepas Muhammad Danial berkongsi video pendek menunjukkan peralihan fasanya daripada seorang pelajar menjadi suami kepada Jamilah.
@abgcaltex3Hari ni penuh dgn fyp pasal seorang pelajar dari tingkatan 3 dulu diri nya nakal dan selalu dimarahi cikgu kelasnya dan kini cikgu itu dan pelajar begelar suami isteri…..jodoh kan tak kan kemana…lari sejauh mana sekali pon allah dan tetap jodoh kita sapa dia
Menurut Muhammad Danial yang bekerja di syarikat air dan menetap di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor, dia berkenalan dengan Jamilah ketika di tingkatan tiga iaitu pada 2016 sewaktu isterinya ditugaskan mengajar subjek Bahasa Melayu.
Permudahkan Dari Awal
Meskipun menyenangi keperibadian Jamilah, Muhammad Danial mengakui hubungan mereka ketika itu tidak lebih daripada sekadar guru dan pelajar tanpa ada perasaan terhadap satu sama lain.
“Saya anggap dia (isteri) sebagai cikgu saja walaupun menyenangi sikapnya yang penyayang dan rapat dengan pelajar tidak kira daripada kelas depan mahupun belakang.
“Setahun juga isteri mengajar kelas saya namun kami terputus hubungan selepas saya masuk ke tingkatan empat.
“Kami ada terserempak di bilik guru dan saya ada menyapanya dan bertanya khabar tetapi setakat itu saja,” katanya.

Jarak Usia
Menurut Muhammad Danial, keinginan mengenali hati budi Jamilah mula ada selepas isterinya menghantar kiriman ucapan sempena ulang tahun kelahirannya ketika dia di tingkatan lima.
“Sejak itu, kami jadi rapat dan timbul perasaan sayang hingga saya berasa untuk cuba dekat dengannya.
“Pada satu hari, saya beranikan diri untuk luahkan perasaan namun isteri tolak dengan alasan faktor dan statusnya sebagai guru.
“Akan tetapi, saya enggan berputus asa dan cuba cari jalan dengan menghubungi dan menghantar kiriman WhatsApp hingga pada satu hari, dia tidak mengangkat panggilan serta membalas mesej saya.
“Tindakannya yang mendiamkan diri itu membuatkan saya nekad ke kawasan perumahannya walaupun tidak tahu lokasi yang tepat dan ditakdirkan saya jumpa rumahnya kemudian terus datang serta berterus terang dengannya,” katanya.
26 Tahun
Tambah Danial, isterinya masih menolak untuk menjalin hubungan serius dengannya ketika itu kerana tidak yakin sejauh mana ia akan bertahan.
“Saya tak mengalah dan cuba memujuknya hingga dia lembut dan terima saya.
“Sejak awal lagi, saya sudah berterus terang dengan keluarga dan Alhamdulillah, kedua belah pihak beri restu serta tidak menghalang.
“Berkat restu mereka, kami sepakat untuk berkahwin dan perancangan awalnya (kahwin) pada 2019 kemudian 2020 tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka tarikh pernikahan ditangguhkan ke 25 November 2021.
“Kami nikah di Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi dan ada buat majlis persandingan cuma kecil-kecilan saja dengan menjemput keluarga serta kenalan terdekat,” katanya yang merahsiakan hubungan daripada rakan sekolah hingga ramai terkejut dengan perkahwinannya.
Bukan Penghalang
Muhammad Danial bersyukur kerana dikurniakan jodoh pada usia muda walaupun dapat pasangan lebih berusia.
Katanya, usia hanya angka dan dia akan cuba sehabis baik untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami.
“Syukur Allah permudahkan setiap urusan saya daripada awal sampai sah menjadi suami.

“Banyak lagi yang saya perlu belajar dan saya berasa bertuah kerana isteri banyak membantu memberi nasihat malah kami sering bertukar pandangan bagi memastikan rumah tangga kekal harmoni,” katanya yang terkejut selepas video dimuat naik di TikTok meraih tontonan tinggi hingga tular di laman sosial.
Baca Di Sini:
Lelaki Ini Kejar Cinta ‘Cikgu’
Sementara itu, ungkap Jamilah, sejak berpisah dengan bekas suaminya pada 2007, fokusnya hanya untuk bekerja dan tidak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki atau terfikir mencari pengganti.
“Memang ada yang nak kenal tetapi saya tak mahu malah puas saya tolak dan jauhkan diri daripada suami sekarang selepas dia meluahkan perasaannya.
“Bagaimanapun, saya tak dapat elak kerana Allah sudah tetapkan dia jodoh saya.
“Suami datang dengan keyakinan dan orangnya bersungguh malah tidak rahsiakan hubungan kami dengan keluarganya jadi itu antara sebab saya terima juga lamarannya,” katanya.
Kashoorga: Kalau kita ikhlas menyayangi seseorang, insyallah Allah akan permudahkan.
Sumber: myMetro, TikTok dnial_14
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI