Ustazah Asma’ Harun antara pendakwah yang disenangi oleh orang ramai. Nasihatnya buat kaum wanita terutama dalam bab rumahtangga menjadikan dirinya antara disenangi ramai. Semalam menerusi fbnya, Ustazah Asma’ Harun berkongsi kenapa dirinya menjual kurma Ajwa dengan harga agak murah iaitu RM55 sekilo berbanding RM100-RM140 sekilo bagi kurma yang selalu disebut oleh Baginda Rasulullah akan kebaikannya.

Bacalah perkongsian dipetik dari fbnya.

Ramai yang bertanya kenapa kami meletakkan harga kurma Ajwa agak rendah dan ada pihak yang kurang senang serta persoalkan. Kenapa kami tidak menjual harga standard (biasa antara RM 100-140 /kg, adakah kurma kami tidak berkualiti, stok lama ke?.

SubhanAllah, apabila saya diberi peluang dan rezeki oleh Allah SWT untuk menjadi pembekal kurma dengan harga rendah, lalu saya terfikir inilah waktunya untuk berkongsi harga yang mampu dibeli bukan hanya kepada golongan kaya tetapi juga kepada golongan pertengahan supaya lebih ramai yang boleh beramal dengan saranan Nabi SAW.

Daripada Sa’ad r.a. meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda:-

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

IKLAN

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun(penyakit, wabak dll) mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Begitu juga, daripada Aisyah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:-

إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً – أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ – أَوَّلَ الْبُكْرَةِ

Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwa ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” (HR Muslim)

IKLAN

SubhanAllah, atas asbab ini kami nekad untuk menjual dengan harga borong serendah rm 55 per/kilo, bermula serendah 5 kg sahaja dah dapat harga borong (bergantung jenis kurma dan jumlah KG).

Maka, sudah sampai masanya bagi orang Islam untuk sama-sama saling membantu agar makanan sunah ini dijadikan sebagai amalan pemakanan harian dan mampu dinikmati semua golongan.

Antara tanda-tanda akhir zaman ialah banyak kemungkaran berlaku dan tersebarnya wabak penyakit. Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kaedah terbaik untuk mencegah sebagai satu usaha iaitu dengan mengamalkan pengambilan tujuh biji kurma Ajwa, namun jika tak mampu, insyaAllah mudahan beramal dengan kurma lain juga boleh.

IKLAN

Alhamdulillah, setakat ini lebih 5000 kg kurma telah terjual di bawah Galeri Ustazah Asma' Harun, dan kami mendapat feedback yang sangat baik, berkualiti, sedap, lembut, segar, pembungkusan yang kemas,

  • "Syukur kurma Safawi UAH yang sampai sangat sedap, berbeza dengan yang ada di tempat lain."
  • "Kurma Madjoul Palestin UAH sangat baik bungkusannya dan sesuai untuk saya jadikan sebagai buah tangan.''
  • "Alhamdulillah, Kurma Ajwa yang kami beli secara borong sangat berbaloi dengan harga. Buahnya pun segar, lembut serta sedap.''
  • Pelbagai jenis kurma yang turut dijual juga adalah kurma Ajwa Jumbo, Ajwa Large, Ajwa Medium, Mabroom, Madjoul Palestin, Mariami, Rabia, Rotab, Safawi, Sagei, Sukari dan Baroqah Tangkai.

Allahuakbar. Saya sangat berbesar hati dan menghargai pembelian sahabat semua yang sentiasa menyokong setiap produk di bawah Galeri Ustazah Asma’ Harun. Insya-Allah, segala pembelian yang dilakukan akan digunakan untuk kegiatan dakwah dan kerja kebajikan yang saya jalankan.

Sempena Ramadan yang mulia, mari nikmati kurma pelbagai pilihan, murah dan berkualiti tinggi di bawah Galeri UAH sebagai bekalan sahur dan berbuka puasa serta sepanjang hidup kita. Juga boleh dijadikan hadiah.

Semoga Allah sentiasa memelihara kita daripada sebarang perkara yang boleh membawa keburukan dan mudarat.

Allahumma Ameen. Ada Persoal Kenapa Jual Kurma Ajwa Murah, Ustazah Asma’ Harun Akui Mahu Kongsi Rezeki Diberi Allah Di Bulan Ramadan Ini
ASMA' BINTI HARUN
#UAHSahabatDuniaAkhirat

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI