Bencana tsunami dan gempa bumi di Palu, Sulawesi, Indonesia benar-benar menginsafkan. Masih ramai lagi mangsa yang masih hilang dan belum ditemui. Ketika para sukarelawan bertungkus lumus mencari mayat mangsa yang terkorban, para sukarelawan dikejutkan dengan penemuan senaskah al-Quran yang masih sempurna.

Memetik Facebook Johan Ariff, dalam kesibukan mencari mayat dalam timbunan sampah dan bangunan, dikatakan sukarelawan menemukan senaskah al-Quran yang masih sempurna dan tiada cacat celanya. Inilah bukti kebesaran dan keajaiban yang dinyatakan oleh Allah SWT.

Bayangkan bagaimana bandar Palu di pulau Sulawesi musnah, selepas dilanda gempa bumi kuat dan tsunami yang memusnahkan banyak rumah serta menghanyutkan kenderaan namun al-Quran itu tetap terpelihara dan tidak dikotori lumpur.

Berbagai kisah ikhtibar di muatnaik oleh pelbagai individu yang mengalami pengalaman mengerikan itu. Perkongsian Johan Ariff menceritakan pengalaman mengejutkan terjumpa dengan naskah al-Quran yang masih utuh keadaannya mencuit jiwa.

Baca tulisan Johan Ariff di bawah ini:

Amaran Allah lagi…..

Meremang bulu roma dan tanpa disedari air mata menitis apabila terlihat cebisan al quran memaparkan surah al Lukman yang juga masih basah akibat tsunami di kampung pelabuhan nelayan di Donggala Sulawesi Tengah.

Ads

Ia adalah sebuah pantai nelayan dan pelabuhan nelayan di Donggala yang terkesan teruk akibat gempa dan tsunami 7.7 SR.

Al-Quran Serta Helaian Masih Elok Dijumpai, Maksud Ayat Pada Helaian Tersebut Umpama AMARAN Dan PESANAN Allah

Kedudukan cebisan helaian al quran di atas sejadah basah yang mengadap kiblat, masih tidak beralih dari tempatnya apabila saya temui….. Subhanallah

Sebelum mendekati cebisan basah tersebut saya sudah agak ada sesuatu yang hendak disampaikan menerusi ayat suci tersebut……sebagaimana penemuan saya di pantai Mamboro Palu.

Saya semakin mendekati dan mencapainya dengan lembut takut ia akan terkoyak…..

Ads

Al-Quran Serta Helaian Masih Elok Dijumpai, Maksud Ayat Pada Helaian Tersebut Umpama AMARAN Dan PESANAN Allah

Saya lantas meminta Muhammad Farhan mengenalpasti surah apa dan nombor ayatnya.

Ia adalah surah Lukman ayat dari 24-32

Mari kita perhatikan dan renung akan terjemahannya:

Ads

Al-Quran Serta Helaian Masih Elok Dijumpai, Maksud Ayat Pada Helaian Tersebut Umpama AMARAN Dan PESANAN Allah

31. Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur

32. Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.

Adakah ini suatu kebetulan lagi…… saya yakin memang Allah hendak memberi AMARAN kepada kita…… dan ia adalah PESANAN kepada kita yang masih bernyawa…….. kerana Allah sayangkan hambaNya……

Kesimpulannya gempa bumi di Palu, Sulawesi baru-baru ini meninggalkan pelbagai kisah yang mengharukan masyarakat. Ianya juga sebagai peringatan Allah kepada hambanya tentang kekuasaannya.

Sumber kredit: FB: Johan Ariff

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI