Perpisahan, kehilangan, tragedi menyakit atau menyayat hati ada kala menyebabkan kita hilang arah, terasa buntu, tidak dapat menerima hakikat.
Kita terperangkap dalam situasi yang menyesakkan dada, terasa lemah ingin meneruskan kehidupan. Ada yang dalam keadaan sebegini bertahun-tahun lamanya dan mungkin jua ada yang sedang mengalaminya saat ini.
Untuk itu Ustazah Asma’ Harun berkongsi amalan yang boleh dilakukan oleh mereka dalam keadaan sebegini agar cepat redha dan boleh meneruskan kehidupan dengan hati yang lapang.
Menurut beliau terdapat zikir yang boleh dijadikan ‘sahabat rapat’ ketika hati berasa resah dan hilang arah agar terasa lapang dan tenteram.
“Bacalah 3 kali di awal pagi sebagai permulaan hari, 3 kali di waktu petang atau malam sebelum pejamkan mata.
Maksudnya: “Siapa yang menyebutkan: “Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad sebagai Nabiku.” Sebanyak tiga kali di waktu petang dan tiga kali di waktu pagi, maka wajib bagi Allah untuk meredhainya pada hari kiamat.” (HR Ahmad, hadis sahih)
Ads
Redha sifat orang mukmin
Jelas beliau, sifat orang mukmin itu sentiasa redha dengan ujian Allah, sekalipun terhadap keburukan dirinya sendiri. Dia tidak jemu meminta maaf, berjaya memaafkan dan move on berkali-kali, sehingga dia dapat menikmati kehidupan sepenuhnya bersama keluarga tercinta.
“Mungkin kita anggap meredhai ketentuan Ilahi itu kecil, tapi sebenarnya tidak sahabat sekalian. Sebab itu Rasulullah SAW ajarkan kepada kita zikir ini supaya lidah yang menyebutkan perkataan “redha” seiring dengan hati yang turut melafazkan, Allahu Akbar.
“Sebenarnya tidak ada yang menghalang kita untuk hafal dan lazimi zikir yang ringkas ini kecuali syaitan terus berbisik kepadanya supaya kita bermalasan dan bertangguh.
Ads
“Akhirnya nafsu yang terus disuap dengan keselesaan membuatkan kita langsung tidak beramal dengannya. Na’uzubillah. Kesungguhan kita beramal itu pasti Allah SWT nilai lalu memberikan kita jalan keluar daripada terus dihimpit masalah.
“Saya doakan semoga semua yang sedang diuji sehingga terasa beban berat di bahu diangkat segala kesulitan dan dikurniakan hati yang tenang tenteram asbab beramal dengan zikir yang diajarkan oleh Rasulullah SAW,” akhirinya.
Hutang rumah, hutang kereta paling biasa. Dua perkara ini bak kata orang kalau tak hutang maka tak berhartalah kita.
Tapi ada juga kalangan kita yang punya lebih daripada ini hutangnya kerana tuntutan hidup. Pada masa yang sama mereka cuba sedaya upaya melunaskannya. Kalangan mereka ini juga selalu tertanya-tanya ada tak doa agar mudah untuk dilangsaikan segala hutang ini.
Dipetik dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan berikut adalah amalan yang boleh dilakukan bagi yang banyak hutang agar mudah melangsaikannya.
Terdapat beberapa hadis yang baik untuk diamalkan kepada setiap orang yang terbeban dengan hutang. Di sini kami bawakan hadis berkenaan dengan doa agar dimudahkan melangsaikan hutang, antaranya:
Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana.
Beliau bertanya: “Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Riwayat Abu Daud (4/353)
Hadis ‘Aisyah R.Anha. Bahawa ‘Aisyah R.Anha memberitahu, bahawa Nabi SAW berdoa dalam solat sebelum salam:
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.”
Riwayat al-Bukhari (832) dan Muslim (129)
Imam al-Hafiz Ibn Hajar menyebut bahawa makna bagi kalimah maghram ialah dain iaitu hutang. Dikatakan yang dikehendaki dengan al-Maghram ialah apa yang diperhutangkan sama ada perkara harus atau tidak, kemudia orang yang berhutang tidak mampu untuk membayarnya.” Lihat: Ibn Hajar al-Asqalani. Fath al-Bari. jil 2. hlm. 371.
Daripada Suhail, beliau berkata: “Abu Soleh memerintahkan kepada kami apabila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring sebelah kanan kemudian mengucapkan:
اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menguasai langit ketujuh-tujuh langit, Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan kepada segala sesuatu. Tuhan yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji benih, Tuhan yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran).
Aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada segala kejahatan sesuatu yang Engkau memegang rambut hadapannya (yakni semua makhluk dibawah kekuasaan Allah). Ya Allah! Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelah-Mu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang Zahir, tidak ada sesuatu di atas-Mu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang terlepas daripada-Mu. Langsaikanlah hutang kami dan berilah kepada kami kekayaan hingga terlepas daripada kefakiran.”
Riwayat Muslim (2713)
Imam Nawawi rahimahullah menyebut: “Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, ianya merangkumi segala macam jenis kewajiban.” (Lihat: Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syarf al-Nawawi. Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim. juz. 17. hlm. 36). Beirut. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
Hadis Ali RA. Daripada Ali RA, bahawa seorang hamba mukatab telah datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melangsaikan hutang perjanjian dengan tuan aku (perjanjian kitabah iaitu antara hamba dengan tuannya untuk pembebasan dirinya), maka tolonglah aku! Maka Saidina Ali RA berkata: “Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu doa yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada mereka. (Iaitu) Jika kamu dibebani hutang yang setinggi bukit, Allah akan selesaikanya untuk kamu? Saidina Ali berkata: “Katakanlah:
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Maksudnya: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.”
Riwayat al-Tirmizi. Hadis hasan sahih.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita kefahaman dan keyakinan kepada Allah SWT. Amiin.
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.
Dikongsi oleh Ustazah Asma’ Harun, terdapat beberapa perkara yang mungkin biasa kita lakukan lakukan ketika beraya hingga membawa ke lembah dosa. Berikut adalah perkara yang perlu kita jauhi.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(al-Ahzab:59)
Maksudnya: Janganlah kamu membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Surah al-Isra’ : 26-27)
Maksudnya: Demi Allah, Tangan Rasullullah SAW tidak pernah disentuh oleh wanita (bukan mahram) sekali pun dalam baia’h (perjanjian, Mereka hanya membaia’h dengan ucapan Sahaja. (HR Bukhari, hadis sahih)
Imam al-Syaukani menyatakan bahawa al-Tabarruj ialah menampakkan dan mempamerkan (perhiasan dan kecantikkannya) bagi mata-mata (melihat dan menikmatinya). Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu.” (Surah al-Ahzab : 33)
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maknanya: “Adakah kamu tahu apakah itu mengumpat?.” Para sahabat berkata: Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahuinya. Nabi SAW bersabda: “Kamu menyebut perihal saudaramu yang tidak disukainya.” (HR Muslim, hadis sahih)
Tinggal bersendirian di rumah yang besar di siang hari pun ada yang sudah rasa seram, apatah lagi bersendirian di alam barzakh!
Bagaimana agaknya? Takut dalam kegelapan, sepi dan dingin, seram,mahu menangis? Mahu berteriak? Kita tidak tahu bagaimana kerana belum lagi ke sana, namun Allah banyak memberikan gambaran buat pedoman agar kita terus mengabdikan diri kepadaNya sepanjang hayat kita.
Alam barzakh merupakan ‘dinding’ pemisah di atara dua alam yang akan dialami oleh setiap manusia iaitu di anatara alam dunia dan alam akhirat. Ia adalah alam bagi orang yang meninggal dunia sementara menunggu hari kebangkitan semula pada hari akhirat.
Peringatan tentang kematian sering diingatkan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta membalasnya)”. (Surah al-Jumuah, ayat 8).
Rasulullah SAW menyebut: “Jika sekiranya kamu berjaya di alam (barzakh) itu, berjayalah kamu di alam-alam yang akan datang nanti. Tetapi sekiranya kamu tidak berjaya di alam itu, maka tidak mungkin kamu berjaya pada masa yang akan datang nanti.”
1.Kita Akan Disapa Mungkar Dan Nakir
Apabila jasad dikebumikan dan ditinggalkan, dalam keadaan yang sunyi kita boleh melihat berdirinya malaikat Mungkar dan Nakir di hujung kaki.
Di saat ini perkara yang pertama yang akan berlaku ialah amalan-amalan akan mula mengelilingi diri kita. Hadis oleh Abu Hurairah RA yang disebutkan oleh Abu ad-Dunya : Jika mayat itu diletakkan di dalam kubur, amalan-amalan salihnya akan datang dan mengelilinginya.
Kita mula melihat bagaimana solat, zakat dan semua amalan datang mengelilingi. Jika didatangi malaikat pada sisi kepala, perkara yang pertama yang akan datang ialah bacaan al-quran yang berada di hujung kepala kita.
Jika didatangi malaikat pada sisi kedua iaitu di bahagian kaki, bangun malam juga akan menanti di hujung kaki. Kemudian apabila malaikat datang di kedua-dua belah tangan, tangan akan menyebut, “Demi Allah, dia telah menghulurkan kami sedekah di atas dunia dahulu dan banyak berdoa sehingga tidak ada jalan bagi kalian menujunya di sini.”
Selepas itu malaikat pula datang ke bahagian mulutnya, zikir dan puasa sudah menanti di situ. Zikir berkata: “Wahai malaikat, dia sentiasa berzikir dan tidak pernah berhenti menyebut nama Allah dan sentiasa berpuasa.”
Abu Hurairah r.a. berkata: “Jika ada tempat yang terbuka, akulah yang akan menjaganya. Demikian kata-kata daripada solat dan sabar.” Sabar dan solat akan menjaga mana-mana ruang yang terbuka agar tidak diganggu oleh malaikat. Semua amal salih akan melindunginya, sebagaimana seseorang yang melindungi saudaranya.
Amalan-amalan juga menjaga agar mayat tidak perlu menjawab persoalan kubur yang akan diajukan malaikat yang datang dan memastikannya sentiasa berada di dalam keadaan tenteram dan selamat. Menurut Rasulullah SAW, sahabat-sahabat yang sebenarnya ialah amalan-amalan yang dilakukan oleh seseorang ketika hidup di dunia yang akan melindungi ketika berada di dalam kubur.
2. Roh Kita akan didudukan oleh malaikat
Seterusnya, perkara yang kedua yang berlaku kepada diri kita di alam barzakh ialah roh akan di sandar dan didudukkan oleh malaikat. Berdasarkan kepada hadis yang disebut oleh Jabir bin Ibnu Abdillah, Rasulullah SAW bersabda; “ Jika satu mayat itu diletakkan di kuburannya, akan diperlihatkan padanya setelah saat selesai dijaga oleh amalannya, keadaan yang seumpama matahari yang mula terbenam pada hari itu.
Lalu dia terkejut sambil mengusap kedua matanya dan berkata kepada malaikat: “Biarkan aku mengerjakan solat.” Malaikat pula menjawab sebagaimana yang terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Ibnu ad-Dunya dan Ibnu Abi Asim: “Sudah tidak ada solat untuk kamu, tidak ada puasa untuk kamu, tidak ada lagi zakat untuk kamu. Tidurlah kamu hari ini, bagaikan hari pengantin baru untuk diri kamu.”
3. Akal Akan Dipulangkan Semula Kepada Kita
Perkara ketiga akan datangnya malaikat Mungkar dan Nakir dalam keadaan yang amat menggerunkan. Seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada Umar al-Khattab RA, pada saat ini, akal akan dipulangkan semula kepada si mati. Allah SWT akan memperlihatkan sebagaimana kita dapat melihat ketika di dunia. Rasulullah bersabda: “Wahai Umar, apakah yang akan dilakukan oleh mu jika kamu meninggal dunia nanti?
Setelah orang yang menghantarmu ke kuburan berlalu, kamu seterusnya didatangi malaikat Mungkar dan Nakir. Suara mereka itu seperti halilintar yang menggegarkan dan sorot matanya bagaikan petir yang menyambar.
Rambutnya terseret sampai ke tanah, kemudian mereka mencakar-cakar kubur dengan taring hingga membuat kamu rasa takut. Kamu tidak pernah merasai suasana seperti ini, lalu apa yang akan kamu lakukan?” Umar bertanya kembali kepada Rasulullah, “Apakah saat itu aku masih mempunyai akal seperti sekarang ya Rasulullah?”.
Kemudian Rasulullah berkata, “Ya, kamu dalam keadaan waras, tidak bingung dan memerhati bahawa keadaan itu benar-benar berlaku di saat itu.” Umar berkata, “Kalau begitu, aku tidak tahu dan tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya berhadapan dengan suasana seperti itu.”
4. Al-Quran Pelindung Kita
Perkara keempat, di saat datangnya malaikat Mungkar dan Nakir akan datang satu kekuatan kepada diri kita. Hadis yang diriwayatkan Ubadah bin Ibnu Samid, diriwayatkan oleh Ibnu Ubaid al-Dunya dalam tahajudnya: Jika salah seorang di antara kalian bangun pada satu malam, kalian hendaklah membaca al-Quran dengan kuat sedikit, kerana suara kuat itu akan mengusir syaitan dan jin yang fasik yang mengganggu kamu, menyebabkan jiwamu menjadi kuat.
Kemudian para malaikat yang berada di udara serta para penduduk mendengar bacaan tersebut, dan akan solat bersama kamu.
Al-Quran akan melindungi kita ketika dihampiri malaikat dan berkata: “Demi Allah aku tidak akan melepaskan diriku darinya sehinggalah aku dapat memasukkannya ke dalam syurga Allah”
Oleh itu jadikan membaca al-Quran sebagai amalan walau berhadapan dengan pelbagai kesukaran, kerana ia akan memberi kekuatan, pelindung dan teman paling akrab kepada kita sewaktu berada di alam barzakh nanti.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Masih ragu memakai minyak wangi beralkohol ketika solat? Fahami perbezaan alkohol industri dan arak serta hukum sebenar menurut penjelasan Mufti dan fatwa semasa.