Acuan anak-anak dibentuk dari didikan ibu ayahnya. Bahkan permulaan menjadi seorang anak yang soleh dan warak adalah daripada corakan individu yang menjaganya, atau lebih dekat lagi iaitu ibu dan bapanya.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dengan mafhumnya:
“Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik.” (Hadis Riwayat di dalam sahih Muslim).
Tidak hairanlah mendidik anak-anak agar terdidik dari segi adab perilakunya, ada banyak perkara dari sekecil-kecil hingga besar perlu ibu ayah titik beratkan termasuk mengajar anak akan nikmat bersyukur dan tidak sukakan pembaziran. Kata orang ambil sekadar untuk kenyangkan perut bukan belajar ketamakan melihat semua makanan hingga tidak habis dimakan.
Satu perkongsian dari Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad mengenai sikap mak ayah “tak ada perasaan bersalah” ini khususnya dalam bab mengambil makanan patut dijadikan pengajaran oleh ibu bapa kepada anak-anak sedari mereka kecil lagi.
Baca perkongsiannya.
Pagi ni saya buffet breakfast di hotel. Biasanya saya lebih suka turun lewat dari bilik penginapan. Kalau ‘last call’ jam 10 pagi, jam 9.30 baru saya turun. Dari dulu lagi memang itulah amalan saya. Alasannya nak elak kesesakan. Bila turun lewat sikit, keadaan lebih tenang. Makan pun senang. Lagipun saya jenis makan tak banyak. Nasi lemak, sedikit buah dengan kopi O pun dah cukup.
Ads
Nak dijadikan cerita, sedang saya minum, datang satu keluarga lima sekeluarga duduk betul-betul di depan meja saya. Suami isteri dan tiga anak. Rasanya anak yang sulung sekolah menengah dan dua lagi sekolah rendah.
Seperti biasa, masing-masing akan mula mundar mandir dapatkan makanan. Kemudian mereka kembali ke meja. Saya lihat mereka duduk bersama, angkat tangan dan si ayah mula memimpin bacaan doa makan. Baguslah begitu.
Selepas itu, kisah pun bermula. Si ayah dan anak-anak mula ulang alik ambil makanan. Lepas satu, satu pinggan penuh makanan dibawa ke meja. Si ayah belum sempat duduk menjamah makanan yang ada, terus dapatkan lagi makanan.
Anak-anak pun sama. Sehinggalah meja besar mereka penuh dengan makanan yang tidak dijamah. Penuh pinggan berisi makanan sampai ada pinggan terpaksa berlapis di atas meja.Sambil hirup kopi pahit, saya terus lihat sahaja gelagat mereka. Lagipun meja mereka betul-betul di depan saya. Apa nak buat. Itu sahaja pandangan yang saya ada.
Saya lihat walaupun pinggan dah penuh meja, si ayah dan anak-anak terus ambil lagi makanan. Si ibu pula sebab meja dah penuh, mula menggabungkan makanan di dalam beberapa pinggan ke dalam satu pinggan. Dah mengunung jadinya makanan yang bercampur aduk di dalam pinggan.
Ads
Makanan banyak tak disentuh
Lebih kurang sejam kemudian, mereka seperti mula kenyang. Tapi makanan atas meja masih sangat banyak. Ada yang langsung tak bersentuh. Sebelum meninggalkan meja, saya lihat si ayah mula tindan pinggan yang kosong di atas pinggan-pinggan yang penuh makanan yang tidak disentuh tadi.
Kemudian datang pekerja pembersihan untuk mengemas kini meja keluarga tadi. Saya lihat beliau menggeleng-geleng kepala bila melihat makanan yang begitu banyak dan belum terusik. Tetapi beliau tetap kena buang. Beliau lihat saya, saya hanya senyum. Beliau kata pada saya ‘sayangnya makanan ini’. Saya sekadar angguk kepala tanda setuju.
Mengapa ada antara kita jadi begini? Membazir makanan yang tidak sepatutnya kita lakukan. Apakah kerana kita telah membayar maka hak kita untuk membazirkan makanan?
Apakah kita tamak, takut makanan habis maka berlumba-lumba mengambil makanan yang akhirnya dibazirkan? Tak adakah rasa bersalah?
Ads
Mengapa sarapan pagi yang dimulakan dengan doa makan seisi keluarga tanda mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan, diakhiri dengan pembaziran makanan tanda kita kufur pada nikmat tersebut.
Saya lihat budaya ini kerap berlaku di kalangan rakyat negara ini dan juga pernah melihat pelancong dari beberapa negara melakukan perkara yang sama apabila mereka datang ke negara kita. Tapi saya kena akui belum pernah ada pengalaman lihat mat salleh buat perkara yang sama . Belum lagi. Mungkin ada.
Walaupun banyak makanan dibazirkan, hotel tak rugi sebab mereka sudah kenakan bayaran. Tetapi kita semua lah yang rugi bila pembaziran berlaku dalam skala yang besar.
Paling mudah, harga barang makanan boleh menjadi mahal bila pembaziran makanan berlaku dengan jumlah yang besar. Ini hukum permintaan dan penawaran dalam ekonomi.
Kos pengeluaran makanan juga menjadi mahal bila pembaziran berlaku. Kos pengurusan sampah dan sisa makanan juga meningkat bila pembaziran yang besar berlaku.
Kitalah- anda, saya dan rakyat seluruhnya yang terpaksa menanggung semua kos tersebut, akibat pembaziran yang dilakukan oleh mereka yang tidak tahu bersyukur ini. Sumber : FB Anuar Ahmad
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pening untuk memikirkan apa lagi juadah yang mahu disajikan untuk ahli keluarga. Jadi apa kata kita sediakan kek untuk sajian minum petang hari ini.
Caranya yang sangat mudah untuk diikuti terutama bagi mereka yang baru pertama kali membuat kek.
Untuk kali ini kita berkongsi membuat Japanese Cheese Cake atau Kek Keju Jepun daripada Puan Aila yang membuat dari air tangannya setelah mencubanya beberapa kali.
kek keju jepun gerenti jadi….(insya Allah)
ni resepi bukan saya pemilik asal tapi saya dah cuba buat 3 4 resepi cuma yg ni elok sungguh kejadian..korang yang x pandai buat mesti jadi asalkan ada mixer dan oven..
bahan2 A – 8 keping keju slice.resepi asal 7 keping..saya guna cheesedale..atau boleh ganti 250g tatura cuma keju slice lagi sedap. carilah yang elok sikit..korang jugak yang nak makan kan – 75g butter..lebih kurang 3 sudu – 200ml susu segar..1 kotak susu
yang ni guna kaedah double boiler utk panaskan susu..koyak2 cheese tadi masuk sekali..kacau2 sampai sebati pastu masuk butter sampai cair….
bahan B – 4 biji telur gred A asingkan terus putih dan kuningnya – ½ sudu teh cream ot tartar – 75g gula kastor..utk yang x ada penimbang saya dah sukatkan siap2..dia ½ cawan lebih sikit minum petang yg ada piring macam dalam gambar tu…ye,separuh..x paham tanya je.. – tepung naik sendiri 75g..lebih kurang 5 sudu makan..contoh dalam gambar. – esen vanilla
yg ni tadi putih telur tu pukul sampai kembang letak cream of tartar dan gula kastor sampai kembang telungkupkan x jatuh…yg kuning tu pun pukul jugak tapi bekas asing2 lah..letak esen vanilla sikit.
siap yg ni tadi masukkan bahan A dalam kuning telur tu..tapis tau…pastu kacau guna senduk je..jgn guna mixer pulak…..bila dah sebati elok masukkan tepung..pastu baru letak putih telur tadi sikit2…kacau guna senduk je manja2..jgn kasar2 tau….senang je kan….
ok nak masuk dalam loyang ni saiz 8″ just nice lah..letak kertas minyak kat bawah..tepi tu letak pun ok..saya x letak pun..jgn oles minyak kat tepi tu..kek dah masak nanti dia kecut sendiri..
guna kaedah water bath..suhu ikut oven masing2.. saya letak 160 tadi..masa saya lebih kurang sejam gak..
toping di just cream cheese,sesudu lemon,susu pekat je pukul sebati….kek ni ada orang nak beli gini rm30…sedihhhh…
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Alhamdulillah Allah makbulkan doa.’ Ingin ubah nasib keluarga, anak tukang bersih sampah sambung belajardi Perancis. Rezeki tak pernah salah alamat.
Berkat kesungguhan dan tekadnya yang tinggi bagi mengubah nasib dan taraf keluarga, pelajar ini berjaya membuktikan kejayaannya apabila ditawarkan menyambung pengajian di luar negara.
Walaupun pernah diejek ibu bapanya bekerja sebagai tukang bersih sampah, namun bukan penghalang kepada seorang pemuda untuk membuktikan dia mampu berjaya dan belajar di luar negara.
Menurut Jeffry Rais Jamaludin, 21, kata-kata menyakitkan itu dijadikan pembakar semangat untuk dia lebih gigih belajar sebelum berjaya ditawarkan ke di tingkatan empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak dan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.
Malah menurutnya, hasil titik peluh ibunya Aisah Iberahim, 49, yang bekerja sebagai tukang pembersihan di pejabat SWM Environment Melaka dan bapanya Jamaludin Kamis, 59, pula pemandu lori, dia berjaya menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di Perancis.
Ingin Ubah Nasib Keluarga
“Disebabkan kehidupan keluarga yang sederhana, saya nak buktikan kepada mereka yang pernah ejek saya sebelum ini bahawa saya juga boleh berjaya.
“Alhamdulillah ALLAH SWT makbulkan, dan sekarang saya berada di tahun kedua pengajian dan berharap berpeluang menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi serta bekerja di luar negara,” katanya.
Sementara itu, jelas ibunya, Aisah, pada mulanya dia bimbang untuk membenarkan anak ketiga dari empat beradik itu melanjutkan pengajian di luar negara kerana sering diberitahu situasi Islamfobia di Perancis.
Anak Tukang Bersih Sampah Sambung Belajar Di Perancis
Bagaimanapun, dia yakin Jeffry yang mesra dipanggil Jef mampu menghadapinya kerana dia seorang anak yang berdikari.
Katanya, selain Jef dia juga perlu memberikan wang belanja kepada anak keduanya yang sebelum ini menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.
“Mula tak percaya anak akan belajar di luar negara, tapi saya bangga kerana dia nak bantu tingkatkan taraf kehidupan kami sekeluarga.
“Apa yang penting jangan pilih kasih dan setiap anak ada kelebihan masing-masing,” katanya.
Sudah hampir tiga hari pelawak Abam Bocey meninggalkan dunia ini. Walaupun dua hari telah berlalu, namun masih ramai yang memperkatakan tentang kematiannya yang sangat dicemburui.
Ternyata ramai yang menyayangi pelawak ini hinggakan solat jenazahnya seperti orang solat Jumaat. Betapa ramai yang menyayangi arwah yang baru berusia 32 tahun.
Solat jenazah seperti solat Jumaat.
Ramai yang membicarakan kebaikan dilakukan Abam Bocey ketika hayatnya dan salah satunya dari Khairul Hakimin Muhammad yang memberitahu isi hati dari ibu arwah, Puan Sabariah Arshat.
Ternyata semasa hayatnya Abam sangat menyayangi ibunya ini dan insan istimewa ini dilayan bagai menatang minyak yang penuh.
Menurut ibunya memberitahu bahawa arwah seorang anak yang baik, jaga dirinya dengan baik, sangat bersabar dan tidak pernah meninggi suara. Malah Abam sangat menghormati ibunya yang dianggap syurga di bawah telapak kaki ibunya ini.
Begitu menghormati ibunya ketika hayat.
Walaupun sering menghiburkan orang di luar tetapi apabila balik ke rumah arwah akan menghiburkan hati ibunya dengan layanan anak soleh.
Malah dia menyempurnakan tanggungjawab menjaga ibunya itu dengan penuh keikhlasan. Semoga syurga juga menjadi tempat buat arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd ini.
Ibu Abam ditenangkan adiknya, Ali Puteh.
Dalam banyak-banyak berita semalam, saya membaca satu demi satu luahan Puan Sabariah Arshad. Termasuk video yang dimuat naik wartawan dan rakan artis. Ianya memang luahan sempurna seorang ibu.
Semalam, anak yang dikandung 9 bulan, dijaga rapi kemudiannya dewasa dan menjaga beliau dengan paling selesa, menghembuskan nafas terakhir di dalam tidur. Dikejutkan isteri namun tidak lagi bergerak dan bernafas. Maka pulanglah dia ke negeri abadi tanpa sedikit pun pesanan atau nasihat kepada yang tinggal.
Si ibu ini, setiap kali membuka mulut, keluarlah ayat,
“dia sabar dengan saya.” “dia baik sangat dengan saya.” “dia jaga saya baik-baik.” “saya ni sakit, susah berjalan, susah nak buat itu nak buat ini, tapi dia sangat sabar dengan saya, tak pernah tinggi suara, semua dia buat ja.”
Maka inilah yang kita selalu dengar, anak lelaki, syurganya di bawah tapak kaki ibu. Bagaimana rumitnya nak menjaga, nak melayan dan menuruti kehendak ibu, tetap perlu disantuni dengan sebaiknya.
Disebalik gelak ketawa yang kita sering lihat dan terhibur, di luar sana, apabila dia pulang ke rumah, dia menghiburkan ibunya sendiri dengan layanan anak soleh.
Tak ada diberitahu sesiapa, tidak ada selfie sambil membantu ibu, semuanya penuh keikhlasan dan tanggungjawab. Itulah Abam Bocey yang kita kenal.
Syurga tempatmu insya-Allah. Banyak saya belajar dari kematian almarhum. Semoga kita yang masih berpeluang melihat, sentuhlah hati sendiri dan belajar lihat dan pandang bagaimana seorang ibu menghulurkan kunci syurga dari tangannya sendiri kepada anaknya.
Itulah kejayaan paling besar buat ibu. Nanti berpelukan di sana, anak dah tunggu.
Ya Rabb. Doa kami, semoga Puan terus kuat dan tabah. Kami juga tidak setabah dan sekuat Puan, kehilangan anak adalah kehilangan paling besar buat seorang ibu, namun, bahu kami tetap ada untuk tahan sekejap tangisan, legakan sebentar keresahan. Semoga hal kecil ini dapat menenangkan puan.
Kawan-kawan, santuni emak kita sebaik-baiknya. Mereka sahaja ada kunci pintu syurga kita semua.
Duit raya sudah jadi sebahagian tradisi raya kita, malah kebanyakan kita akan awal-awal lagi membuat persiapan kewangan untuknya.Amalan ini juga sebenarnya selari dengan ajaran...