Sebutan ‘Amin’ selepas baca surah al Fatihah sebenarnya ada maksud tersendiri. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang perkara ini. Oleh itu memandangkan kita membaca surah ini setiap hari dalam solat maka penting untuk kita memahami maknanya.
Maksud ‘Amin’ ini dikongsi oleh Bahagian Dakwah, JAKIM menerusi satu perkongsian di akaun media sosial.
Apa Maksud “Amin”?
Para ulama sepakat (ijma’) bahawa perkataan “Amin” (آمين) sebenarnya bukan dari mana-mana ayat al-Quran termasuklah surah al-Fatihah. Perkataan ini tidak akan dijumpa dalam helaian al-quran.
Tapi kenapa kita baca? Ini kerana “Amin” itu maksudnya: “Ya Allah, perkenankanlah (doa kami)”. Sama seperti ‘sign off’ selepas kita memohon sesuatu. Nak buat permohonan, mestilah ada penutup ayat yang padu. Contoh:
Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang lurus.. Aaaaamin!”
Sunnah Baca Amin Lepas al-Fatihah
Nabi SAW mengajar kita untuk membaca “Amin” lepas al-Fatihah, dan memanjangkan sedikit sebutannya (آمين) semasa solat.
Sahabat Nabi, Wail bin Hujr RA kata Nabi SAW baca panjang. Dalam satu hadis sahih; “Apabila imam mengaminkan, maka hendaklah kamu aminkan bersama, kerana siapa yang berbetulan aminnya dengan amin malaikat nescaya diampunkan baginya dosa yang terdahulu.” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Satu perkataan saja, tapi Allah ampunkan dosa-dosa yang lepas! Rugi jika tak disebut.
Ads
Cara Sebut “Amin”
Ada dua versi cara sebut:
-Pendek: Amin (أَمِين) ; atas wazan Fa’iil
-Panjang: Aaaamin (آمِين) ; atas wazan Faa’il
Kedua-duanya sah, ikut lidah dan loghat Arab. Tapi dalam solat, sunat sebutan dipanjangkan, ikut gaya Nabi SAW.
Amin Bukan Hanya Dalam Solat
Selalu kita dengar bacaan doa dalam majlis, khutbah biasanya akan ditutup dengan “Amin”. Sebenarnya ia juga salah satu sunnah. Nabi SAW bersabda:
Ads
Khatamlah (doamu) dengan Aamin, dan terimalah berita gembira!” (Riwayat Abu Daud)
Malaikat Pun Doakan Bila Kita Amin
Dalam satu hadis, Nabi SAW bercerita tentang dua Nabi hebat; Musa dan Harun AS. Musa yang berdoa, Harun pula yang “amin” kan.
Tapi dalam al-Quran, Allah turut berfirman:
“Sesungguhnya doa kamu berdua telah diperkenankan..”(Surah Yunus, ayat 89)
Ads
Maknanya, orang yang mengaminkan juga dikira berdoa, sama seperti orang yang berdoa!
Jadi selepas ini, bila imam baca “wa ladh-dhaalliin..”, atau doa-doa di luar solat sekalipun, jawablah dengan penuh perasaan “Aaaaamin…”
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif untuk memerangi COVID-19.
Dalam pengumuman sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan PERMAI ditunjangi tiga matlamat iaitu memerangi COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyentuh tentang hukum menerima suntikan vaksin yang mungkin menjadi kebimbangan bagi masyarakat, sama ada mahu mengambil suntikan tersebut atau tidak.
Katanya Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam mengenai pengambilan suntikan ini, Jawatankuasa Muzakarah telah mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan. Menentukan kemashalatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam persektif syarak.
Dengan ini seramai 27 juta rakyat akan menerima suntikan vaksin ini seawal bulan Mac 2021 selepas vaksin tiba di ibu negara pada penghujung Februari nanti.
Sementara itu dalam satu laporan Berita Harian pada 3 Disember lalu, Hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember lalu dan sudah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja (MRR).
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan hari ini, meminta seluruh rakyat, terutama umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 menerusi penggunaan vaksin.
"Selaras pendirian kerajaan, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020, mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib bagi golongan bersasar.
"Ketetapan ini juga sudah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja. Sehubungan itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, terutama umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam menangani penularan pandemik COVID-19 menerusi penggunaan vaksin," katanya.
Ketetapan itu juga, katanya, selaras pendirian kerajaan seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 13 Disember lalu yang berusaha untuk meningkatkan pembelian vaksin COVID-19 agar boleh menampung keperluan imunisasi sehingga 70 peratus rakyat kita.
Perdana Menteri juga, katanya, memaklumkan bahawa vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.
Zulkifli menegaskan, penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak.
"Kaedah pencegahan melalui vaksinisasi dapat dilihat dalam enam keputusan yang mengharuskan penggunaannya oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dari 1988 hingga 2013," katanya.
Enam keputusan itu, katanya, adalah Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela) pada 1988; Imunisasi Hepatitis B (1988); Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus dan Polio (1989).
Selain itu, Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis pada 2002 dan dipinda keputusannya pada 2014, Vaksin Human Papilloma Virus (2010) dan Vaksin Meningitis Menveo (2013).
"Di peringkat antarabangsa, institusi fatwa dunia memfatwakan harus penggunaan vaksin, antaranya institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif menerusi Hai'ah Kibar 'Ulama al-Azhar dan Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah yang dipengerusikan Syeikh al-Azhar Syeikh Dr Ahmad al-Tayyib.
"Selain itu, Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu yang dipengerusikan Syeikh Abdullah Ben Bayyah dan Majma' Fuqaha' al-Shari'ah di Amerika Syarikat yang dianggotai Syeikh Dr Muhammad al-Zuhaily," katanya.
Justeru, beliau menegaskan, dalam isu pengambilan vaksin COVID-19, ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk membuat keputusan yang paling mendatangkan faedah atau maslahah kepada seluruhan rakyat.
"Keputusan itu setelah menimbangtara faktor yang pelbagai dan mendapatkan pandangan pihak berkepakaran serta berautoriti," katanya.
Malaysia sebelum ini memeterai perjanjian dengan fasiliti COVAX dan Pfizer untuk memperoleh vaksin COVID-19 dan Perdana Menteri mengumumkan kerajaan menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca juga untuk tujuan sama.
Hujung bulan lalu, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim dilaporkan berkata, keutamaan vaksinisasi COVID-19 di Malaysia adalah petugas barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan dan anggota keselamatan, selain golongan berisiko seperti warga emas.
Katanya lagi, kerajaan menyasarkan 70 peratus rakyat Malaysia akan menerima vaksin percuma seawal suku pertama tahun depan.
Beliau juga dipetik berkata, sekurang-kurangnya 60 peratus rakyat perlu diberi vaksin bagi mencapai imuniti kelompok, yang bermaksud baki 30 peratus rakyat turut terlindung jika 70 peratus rakyat mempunyai perlindungan vaksin COVID-19.
Jumlah 30 peratus yang tidak akan diberi vaksin, kata Ahmad Amzad, adalah kanak-kanak, remaja berusia 18 tahun ke bawah dan mereka yang mempunyai masalah sistem imun yang tidak sesuai menerima vaksin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kini anda boleh saksikan kupasan kemusykilan agama menerusi Jalan Kashoorga! Dalam menjalani kehidupan harian pastinya kita menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran yang berbeza-beza.
Bagi memastikan kita tidak lari dari landasan syarak, maka kita perlu merujuk al-Quran dan sunnah Nabi SAW sebagai panduan.
Namun sebagai manusia biasa, normal lah kalau kita tergelincir dan terbabas dalam menjalani rutin sebagai hambaNya.
Justeru, agar tidak terus alpa dan lari jauh dari ajaran agama, kita perlukan dekatkan diri dengan insan-insan soleh dan solehah, merujuk bahan bacaan dan boleh juga mendengarkan kupasan persoalan hal-hal agama dalam majlis ilmu.
Ingin membantu sama masyarakat mendapatkan huraian persoalan hal agama, Kashoorga tampil dengan program rancangan berbentuk talkshow santai yang disiarkan di Youtube menerusi saluran Jalan Kashoorga.
Program kupasan soal jawab kemusyikalan agama ini diterbitkan untuk tayangan berdurasi 15 minit dan akan bersiaran dua kali sebulan setiap Jumaat jam 8 malam. Jalan Kashoorga adalah inisitif terbaharu Kashoorga setelah program Tazkirah Kashoorga mendapat sambutan ramai.
Pengacara tetap Jalan Kashoorga iaitu Mohd Fadzly Fuad dipertanggungjawabkan mengacara Jalan Kashoorga dengan mewawancara program secara santai ini bersama panel-panel jemputan yang berbeza setiap episod.
Banyak soalan-soalan menarik dan hangat akan dijawab secara telus oleh pihak panel jemputan.
Untuk musim pertama ini sebanyak 24 episod akan disiarkan dan empat episod sudah pun disiarkan di saluran Youtube Jalan Kashoorga iaitu di https://youtu.be/7Pax59I4NkA
Subscribe segera program talkshow ini kerana ada banyak lagi kupasan tajuk menarik dan hangat buat anda. Berdakwah dalam suasana santai. Pendekatan santai ini diambil bagi memberikan aura berbeza dan tidak terlalu berat untuk dihadam oleh penonton.
Jangan lupa saksikannya setiap Jumaat jam 8 malam dua kali sebulan. Promosi berterusan akan disiarkan menerusi laman Facebook dan Instagram Kashoorga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bagi Muslimah, puasa ganti adalah satu ibadah wajib sebagai membayar ganti semula hutang puasa Ramadhan yang lalu. Ia diganti di luar bulan Ramadhan sebelum tibanya Ramadhan tahun berikutnya. Namun dalam menjalankan ibadah puasa ganti ini, ada juga dilema terjadi apabila suami ingin bersama isteri.
Dalam hal ini, suami isteri sepatutnya ada cara komunikasi yang jelas. Apabila masing-amsing sering memaklumkan perancangan awal tentang sesuatu perkara, maka tidak akan timbul masalah berbangkit kerana masing-masing sudah sedia maklum.
Sewaktu komunikasi berlaku, pastinya pasangan menuntut penjelasan lanjut; itu dan ini. Komunikasi awal akan banyak membantu melanacarkan urusan harian.
Jika tiada perancangan awal, maka apabila ada urusan yang mengejut dan ia akan menyebabkan dilema, maka jangan salahkan sesiapa.
Salahkan diri sendiri kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan pasangan, contohnya apabila sang suami berkeinginan bersama atau melakukan hubungan intim namun saat itu isteri sedang lakukan ibadah puasa ganti.
Dalam keadaan ini bagaimana nak bertindak? Diteruskan berpuasa atau membatalkan puasa ganti tadi? Sedangkan kedua-duanya adalah tanggungjawab penting.
Kita ikuti pandangan Dr. Khalid Al-Musyaiqih, pensyarah di Fakulti Syariah, Universitas Muhammad bin Suud KSA.
Dr. Khalid Al-Musyaiqih mengatakan, “Tidak boleh bagi suami untuk membatalkan puasa wajib yang sedang dilakukan isterinya, baik dengan hubungan badan atau lainnya. Baik puasa wajib ini adalah puasa ganti ramadhan atau puasa nazar.
“Jika suami telah mengetahui puasa wajib yang dilakukan isterinya, maka dia berdosa kerana telah dengan sengaja merosakkan puasa isterinya. Dia wajib bertaubat kepada Allah. Seharusnya yang dia lakukan adalah membantu isterinya untuk melaksanakan puasa yang menjadi kewajibannya”
Beliau juga memberikan nasihat kepada pihak isteri,
“Demikian pula, tidak boleh bagi isteri untuk mentaati suami agar membatalkan puasanya. Jika isteri mentaati keinginan suami, dia juga melakukan dosa dan wajib bertaubat kepada Allah. Dan dia wajib mengganti puasa ganti hari itu”
Beliau melarang para suami untuk menyuruh isterinya membatalkan puasa ganti, kerana puasa ini, termasuk puasa wajib.
Sementara puasa wajib tidak boleh dibatalkan tanpa uzur yang dibenarkan syariat.
Tatkala diajak suami untuk berhubungan intim, ia bukanlah uzur yang membolehkan sang isteri untuk membatalkan puasanya.
Menunaikan kewajiban Allah lebih didahulukan dibandingkan kewajiban makhluk.
Dari Ali bin Abi Thalib r.a bahawa Nabi SAW bersabda,
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Sang Khaliq,” (HR. Ahmad 1095, Ibn Abi Syaibah dalam Mushanaf 33717, dan sandarnya disahihkan Syuaib Al-Arnauth). Allahu a’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?