Ada keadaan kita solat dalam keadaan laju, nak cepat atau pun kita melihat rakan solat dalam kadar yang laju. Kita baru rakaat kedua, dia dah selesai.
Timbul kemusykilan adakah sah solat laju sebegini. Berikut adalah penjelasan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah beliau. Ujar beliau solat laju atau lambat tidak menjadi masalah asalkan cukup syarat dan rukun solat.
“Solat laju dan perlahan tiada masalah asalkan cukup syarat dan rukun. Diantara rukun solat adalah membaca al fatihah dengan sempurna. Kalau laju dan tak habis atau tak sempurna bacaan al-Fatihah maka tak sah.
Ads
“Kedua adalah syarat, antara sebab solat laju jadi tak sah adalah kerana tinggal to’makninah atau tidak berhenti seketika untuk setiap rukun solat.”
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasa’i, Rasulullah s.a.w melarang solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat.
Ads
Dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: “Allah s.w.t. tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud”. (Riwayat Thabrani)
Ads
Solat yang dikerjakan secara cepat atau lambat pada dasarnya sah. Namun perlu diingatkan agar segala rukun dan syarat sah solat cukup serta tidak tertinggal.
Boleh jadi kerana kerinduan suasana di Tanah Suci membuatkan mereka ingin kembali lagi. Dalam hal ini apa hukum melaksanakan umrah kerap kali dalam satu tahun? Persoalan ini dijawab boleh mantan menteri agama Dato Dr Zulkifli Mohamed Al Bakri dalam Maktabah Al Bakri.
Menjawab persoalan di atas, jumhur ulama’ berpendapat bahawa dianjurkan umrah berkali-kali dalam satu tahun. Sedangkan ulama’ Malikiyyah berpendapat sebaliknya, di mana melaksanakan umrah lebih daripada satu kali dalam satu tahun, hukumnya makruh. Dalam hal ini, ulama’ Malikiyyah berdalilkan bahawa Nabi SAW tidak melakukan umrah melainkan dari satu tahun ke tahun berikutnya.
Adapun jumhur ulama’ berdalilkan dengan hadith daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Iringilah haji dengan umrah, kerana mengiringi haji dengan umrah dapat menghilangkan dosa dan kefakiran, sebagaimana alat peniup api dapat menghilangkan karat besi.”[1]
Riwayat al-Tirmizi (810), al-Nasa’i (2631), Ibn Majah (2887), Ahmad (167) dan Ibn Hibban (3693). Syeikh Ahmad Syakir menilai sanadnya sebagai sahih (Lihat Takhrij al-Musnad, 5/244).
Selain daripada dua hadith ini, masih ada hadith lain yang dijadikan sandaran oleh pendapat jumhur. Dan diriwayatkan juga bahawa Aisyah R.Anha melakukan umrah dalam satu bulan sebanyak dua kali, iaitu ketika dia melakukan haji wada’ bersama Nabi SAW. (Lihat Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, 4/6)
Walaupun begitu, jika sekiranya keperluan umat Islam untuk diberi bantuan seperti apa yang berlaku di Gaza, Palestin yang sedang diperang dan dijarah oleh rejim zionis, maka kami berpendapat alangkah baiknya, duit tersebut untuk melaksanakan ibadat umrah sunat diberikan kepada saudara-saudara kita yang sedang terkepung dan terperangkap dengan serangan ganas lagi menggila tanpa perikemanusiaan dan serangan yang membabi buta termasuklah kepada hospital, tempat belajar, masjid dan lain-lain.
Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah haji kami, haji yang mabrur, umrah kami, umrah yang mabrurah, sa’ie kami sa’ie yang diterima, dosa kami dosa yang diampuni dan amalan kami amalan soleh yang dikabulkan dan perniagaan kami perniagaan yang tidak akan mengalami rugi selamanya.”
[1] Imam al-Tibi berkata: “Kemampuan keduanya (haji dan umrah) untuk menghilangkan kemiskinan adalah sepertimana kemampuan amalan bersedekah dalam menambah harta.” (Lihat Faidh al-Qadir, 3/225)
Sepanjang Perintan Kawalan Pergerakan ini ada saja aktivit bermanfaat untuk dilakukan dan salah satunya adalah menyediakan makanan untuk keluarga.
Selepas makan pagi, tengahari dan juga hidangan petang dan malam untuk disediakan buat ahli keuarga.
Jika masih belum ada idea untuk menghidangkan apa petang ini, boleh cuba idea ini untuk petang nanti.
Ayuh ikuti perkongsian wanita ini di laman sosial Facebook Azierah cara membuat brownies mengikut sukatan cawan. Bukan sahaja mudah, malah rasanya juga sedap untuk dijadikan hidangan minum petang.
Alhamdulillah menjadi lagi..resepi yg sama pernah sis kongsikan dalam group ini..ada yg pernah buat ikut resepi sis kh mesti menjadikan..cuma kali ni sis guna majerin sbb tu saja yg ada di dapur sis skg..sis share balik resepi yg sis guna ya
Resepi Brownies Kedut Dalam Sukatan Cawan
Bahan A 1/2 cawan butter (resepi kali ini sis guna majerin saja) 1 cawan dark chocolate Beryl’s
Cara 1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler. 2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.
Bahan B* 1 cawan gula perang
2 biji telur Gred A
Cara Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja *tidak perlu hingga kembang *guna whisk atau senduk, tak perlu guna mixer
Bahan C 1 cawan tepung naik sendiri* 2 sudu besar serbuk koko * Secubit garam * Ayak semua bahan
Cara untuk satukan smua bahan 1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi likat.
2. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk. (Penting : Cuma kaup balik bagi sekata je, jangan terlebih kacau)
3. Sapukan butter pada loyang 8″x8″. Alas dengan baking paper/parchment paper dan sapukan juga butter pada baking paper. Panaskan oven 160c.
4. Bakar lebih kurang 40 minit pada suhu 160c. Bila dah siap bakar, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven. Masa ni baru kedut akan terbentuk. Selamat mencuba (^_^)
Dipersilakan share resepi ya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ini sepuluh tip untuk pasangan pengantin baru agar dapat menyesuaikan diri hidup bersama buat pertama kali. Selepas akad nikah, maka bermulalah hidup sebagai pasangan suami isteri. Bak kata orang, makan sepinggan tidur sebantal.
Anda akan tahu semua benda tentang pasangan anda, dan si dia pun begitu juga. Hakikatnya hidup bersama tidak sama dengan zaman bercinta atau bertunang. Kadang-kadang ada pasangan yang rasa susah hendak sesuaikan diri.
1. Terima bahawa pasangan anda tak sempurna
Sebelum kahwin, mesti banyak perangai buruk yang disembunyikan. Sekarang dah nikah, dan anda sama-sama masuk ke alam pernikahan – ini bermakna masing-masing akan nampak cacat cela satu sama lain. Anda tak boleh harapkan si dia jadi seseorang yang sempurna.
2. Jangan harap si dia boleh baca fikiran anda
Pasangan anda bukan pembaca minda. Dia takkan dapat teka yang anda marah kerana anda tak suka cara dia masak sesuatu lauk untuk makan malam. Kalau nak ubah sesuatu, anda kena berbincang.
3. Jangan besarkan perkara yang remeh
Terlalu penting kah kalau dia suka tinggalkan stokin di tepi pintu? Atau dia sidaikan baju malam ini, bukan pagi esok? Tak sama dengan perancangan anda.
4. Suarakan pendapat anda tentang perkara-perkara penting
Kalau anda tak suka cara hidup atau ada tabiatnya yang betul-betul buat anda rasa marah, beritahu padanya. Bincang sama-sama. Ada benda yang tak boleh dibiarkan, lama-lama ia akan menimbulkan jurang dalam hubungan anda.
5. Belajar untuk jadi satu pasukan
Dalam satu pasukan, semua orang akan saling tolong-menolong. Bekerjasama. Bila anda satu pasukan, anda akan bekerjasama untuk pastikan matlamat perkahwinan anda tercapai.
6. Muhasabah diri
Kalau anda rasa pasangan anda suka menyakitkan hati anda, cuba muhasabah sekejap dan perika semula kalau-kalau anda tabiat anda yang sebenarnya menyakitkan hati pasangan anda.
7. Luangkan masa untuk satu sama lain
Meluangkan masa bersama-sama adalah satu-satunya cara untuk mengukuhkan hubungan anda dan wujudkan satu suasana di mana anda boleh rasa selesa untuk lepaskan perkara-perkara remah dan bincang tentang perkara-perkara penting.
8. Belajar untuk mudah memaafkan
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Dalam hidup berumahtangga, mesti akan ada pertelingkahan. Belajar untuk lepaskan ego anda dan saling memaafkan.
9. Cari ruang untuk diri sendiri
Sekuat mana pun cinta anda, anda berdua perlu anda masa atau ruang untuk diri sendiri. Kadang-kadang anda hanya perlu bernafas sendiri dan bila berjauhan, mesti hati makin rindu, kan?
10. Letakkan garis panduan
Kalau anda tinggal dekat atau bersama dengan keluarga mertua, letakkan garis panduan untuk pastikan anda masih boleh sesuaikan diri sebagai suami isteri tanpa peranguh dari keluarga anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.