Kehilangan seorang lelaki kurang upaya, Mohd Ridzuan Zakaria, 26 memasuki hari ke tujuh apabila kelibatnya masih tidak ditemui selepas dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Kampung Sepeneh Cempaka, Batu Kurau pada 31 Disember 2021 lalu.

Operasi besar-besaran melibatkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, polis serta 18 anggota dari Batalion ke 3.PGA Bidor Perak yang mempunyai kepakaran khas dalam Mencari dan Menyelamat dalam situasi sukar.

Pemuda yang merupakan orang kurang upaya (OKU) autisme tidak pulang ke rumah selepas melihat kerja-kerja mengorek di Sungai Sempeneh berhampiran.

Difahamkan mangsa kali terakhir dilihat berada di tepi sungai berkenaan sekitar jam 4 petang dengan memakai baju berwarna gelap dan berseluar pendek.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Ahmad Noor Syamsi Zainoldin berkata, SAR diaktifkan selepas menerima panggilan pada jam 11.20 malam berikutan usaha awal mencari bersama lebih 50 penduduk kampung gagal menemukan lelaki tersebut.

Operasi SAR hari ketiga kini tertumpu di bahagian sungai bagi mengesan mangsa yang hilang.

IKLAN

“Gerakan mencari diperluaskan dengan radius empat kilometer di kawasan hutan berkenaan, namun gagal menemukan sebarang petunjuk yang boleh dikaitkan dengan mangsa setakat ini.

“Operasi hari ketiga ini tertumpu di sepanjang sungai sejauh 2 kilometer sehingga ke Kampung Masjid,” katanya. (sumber Sinar Harian).

Dalam pada itu, usaha mencarinya masih lagi diteruskan dan pelbagai usaha termasuk solat hajat dilakukan oleh anak-anak tahfiz pada hari ke lima kehilangannya agar Ridhuan ditemui semula di kawasan air terjun popular di Batu Kurau ini iaitu Lata Sepeneh.

IKLAN

Dari satu perkongsian di Tik Tok @Mohamad Zubaidi memperlihatkan anak-anak tahfiz mengadakan solat hajat meminta pertolongan dari Allah agar pemuda ini ditemui segera.

Kongsinya, “Ya Allah, kalau dia di dalam kau keluarkanlah. Kalau dia di atas kau turunkanlah anak syurga ini Ya Allah..

Ada mengaitkan kehilangan ini seperti kes Acap yang hilang akibat disorok bunian namun segalanya kuasa Allah taala. Kita hanya mampu berusaha kerana seluruh alam ini milik Allah.

IKLAN

Bahkan alam ghaib dan makhuk halus itu wujud.

Golongan jin turut pernah berjumpa Nabi Muhammad SAW meminta Baginda SAW mengajarkan mereka mengenai Islam seperti firman Allah SWT menerusi surah Al-Ahqaf, ayat ke-29 yang bermaksud: “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): ‘Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!’ Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.”

Moga pemuda ini ditemui dalam keadaan selamat.

https://www.tiktok.com/@mohamadzubaidi95/video/7049670258763894043?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI