Setiap dari kita semua pasti mempunyai momen-momen indah bersama pasangan ketika melayari alam perkahwinan. Ianya amat indah dikenang dan akan terus kekal di dalam hati betapa kita menyayanginya dan ingin terus hidup di sampingnya sampai bila-bila.

Ternyata ungkapan yang telus lahir dari hati Ustaz Ebit Lew sempena ulang perkahwinannya sangat sweet menggambarkan isi hatinya yang menyayangi pasangannya sampai Jannah. Bahkan ramai mendoakan agar rumahtangga mereka kekal bahagia sampai bila-bila.

Ini perkongsiannya.

Bidadari yang teramat kusayangi dan cintai kerana Allah selamat ulang tahun perkahwinan kita. Terima kasih kekasih hatiku. Buah hatiku. Cinta hatiku bidadariku. Penyejuk hatiku. Teman hidupku. Paling cantik paling menawan paling kurindui setiap hari.

Terima kasih ya Allah. Memegang tanganmu ialah ubat bagi segala ujian. Melihatmu menyejukkan hati. Berbisik berbual denganmu saat terindah. Membuatmu tersenyum kegembiraan dan kebaikan teramat besar dalam hidupku.

IKLAN

Sambil menulis ini sebak rasa hati. Biarlah jadi kenangan kita dan anak-anak sampai bila-bila andai satu hari dah tiada atas dunia ini. Anakku, ini wanita paling baik dan yang buat ayah jatuh cinta setiap hari. Ya Allah terima kasih memberi bidadari ini dalam hidupku.

Jagakanlah dirinya, sayangilah dirinya dan balasilah beliau dengan RedhaMu dan kasih sayangmu. Diriku amat Redha dialah bidadari isteri solehah peneman perjuangan ini.
Walau pelbagai ujian dan fitnah yang datang. Dirimu wanita yang sangat baik dan kuat.

“Anakku, Ini Wanita Paling Baik Buat Ayah Jatuh Cinta Setiap Hari”, Bersemut Ustaz Ebit Buat IsteriSentiasa tersenyum memegang tanganku dan selalu berbisik abang kita tak hidup untuk orang kita hidup untuk Allah. Kita ada Allah. Dari hari pertama pernikahan sehingga hari ini wanita yang terlalu banyak berkorban. Melahirkan dan mati 4 kali demi melahirkan anak-anak. Air mata darah dalam cinta kita bidadariku sayang.

IKLAN

Tak tahu nak ungkap bagaimana tapi abang sayang teramat sangat padamu bidadariku sayang. I love you. Cinta abang doa abang kita bersama bercinta selamanya walau mati tak pisahkan kita.

Semoga Allah letakkan kita bersama di sana dalam Redhanya dan syurga Firdausnya. Ya Allah cukuplah ya Allah hanya RedhaMu impian dan cita-cita dalam cinta kami.

IKLAN

“Anakku, Ini Wanita Paling Baik Buat Ayah Jatuh Cinta Setiap Hari”, Bersemut Ustaz Ebit Buat IsteriDalam pada itu, Ustaz Ebit turut membuat penafian mengenai akuan menggunakan namanya @Ebit Irawan Ebit Lew yang mana ia adalah kerja scammer.

Fake akaun. Scammer. Bukan fb saya. Penipuan menggunakan nama dan gambar secara salah. Harap jangan tertipu yer. Lebih 10 ribu orang like share sekejap. Saya bagi iphone untuk yang bertuah di elewsmart pada hari tertentu dan sekarang setiap minggu di Elewsmart terpilih. Rujuk page rasmi saya. Saya juga tidak pernah buat group telegram.

Ikut ajaran sesat akibat dengar guru sesat. Dikongsikan oleh Datuk Ustaz Daud Che Ngah.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI