20130822-172234-810x500

Setiap kali sebelum membaca sesuatu surah, kita biasanya akan menyebut "Auzubillah Minashaitan Nirajeem (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.")
Jika kita menyangka makna Himinashaitan itu adalah syaitan yang sifatnya adalah makhluk yang amat kita takut iaitu jin, istilah itu tidak tepat sama sekali.
Dalam satu perkongsian berinteraski dengan al-Quran bersama Dr Solah Al Khalidi, dirinya berkongsi perbezaan di antara jin, iblis dan syaitan walau pun nampak seperti sama sahaja. Namun ia membawa makna berbeza setiap satunya.

A) TENTANG JIN

Antara ciri-ciri jin adalah:-
1-Jin adalah makhluk yang diciptakan daripada api. Firman Allah:
“Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.” (Al-Rahman: 15)

“Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, daripada angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.”(Al-Hijr: 27)

2- Jin adalah makhluk yang diciptakan daripada lidah api yang menjulang-julang. Oleh itu ia tersembunyi disebabkan asap kehitaman dari api tersebut kerana asap hitam mengaburi apa yang terdapat di belakangnya.

3- Jin adalah makhluk yang diciptakan daripada lidah api yang menjulang-julang, manakala manusia adalah makhluk yang diciptakan daripada tanah. Kedua-dua unsur api dan tanah ini merupakan dua makhluk yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka dan tinggal di atas muka bumi.

4- Jin mempunyai alam dan kehidupan mereka yang tersendiri dan bergerak bersama kita di atas muka bumi. Mereka melihat kita sedangkan kita tidak dapat melihat mereka.
Firman Allah:-
“Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Al-‘Araf: 27).

5- Jin dipertanggungjawabkan seperti kita, diperintahkan untuk beriman dan beribadat kepada Allah. Antara mereka ada yang memeluk Islam dan diberikan hidayah manakala ada juga di antara mereka yang menyeleweng dan kafir. Bagi yang muslim tempat mereka adalah di syurga manakala bagi yang kafir tempat mereka adalah di neraka.
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa jin terbahagi kepada dua iaitu yang beriman dan yang kafir.

IKLAN

B) TENTANG IBLIS

1-Iblis adalah makhluk pertama yang tidak beriman dan ingkar dengan perintah Allah dan ia tergolong dalam golongan jin. Ia bukanlah dalam golongan malaikat seperti dakwaan sesetengah pihak. Firman Allah: “Kecuali iblis, ia berasal dari jin lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.” (Al-Kahf: 50).

2- Ia adalah makhluk yang diciptakan sebelum Nabi Adam alaihissalam yang diperintahkan untuk tunduk sujud kepadanya seperti mana yang diperintahkan kepada malaikat yang lain. Apabila ia ingkar, lalu Allah keluarkannya dari syurga dan melemparkannya ke bumi bersama Nabi Adam.

3-Ia adalah makhluk Allah yang paling tua umurnya tetapi akan mati sebelum hari kiamat, kemudian akan dibangkitkan seperti manusia dan jin yang lain.

4- Ia adalah bapa jin manakala Nabi Adam adalah bapa manusia.

IKLAN

C) TENTANG SYAITAN

1-Syaitan adalah sifat umum dan bukannya nama khas. Ia adalah istilah bahasa Arab yang berasal daripada perkataan syathona (menjauhi). Oleh itu syaitan adalah sesuatu yang jauh dari iman, kebaikan dan rahmat Allah. Tetapi ia hampir dengan azab Allah, kejahatan dan kekufuran.

2- Syaitan adalah sifat tercela yang diberikan kepada semua yang kafir sama ada dari kalangan jin atau manusia.

3- Setiap yang kafir adalah syaitan kerana kafir terbahagi kepada dua iaitu kafir dari kalangan jin dan kafir dari kalangan manusia. Setiap yang kafir dalam kalangan jin adalah syaitan. Begitu juga setiap yang kafir dalam kalangan manusia juga adalah syaitan.

4– Ini bermakna syaitan adalah sifat umum bagi tiga kategori berikut:

IKLAN

Pertama: Iblis
• Ia tergolong dalam kalangan jin yang merupakan makhluk pertama yang kafir.
• Sifatnya adalah syaitan.

Kedua: Jin yang kafir
• Setiap yang kafir dalam kalangan jin adalah syaitan kerana ia adalah sifat yang diberikan kepada semua yang kafir.

Ketiga: Manusia yang kafir
• Setiap yang kafir dalam kalangan manusia adalah syaitan sama ada mereka adalah yahudi, nasrani, majusi atau atheis.

Berinteraksi Dengan Al-Quran:-

Dalil bahawa setiap yang kafir dari kalangan jin dan manusia adalah syaitan berdasarkan firman Allah:

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari syaitan-syaitan, manusia dan jin. Sesetengahnya membisikkan kepada yang lain kata-kata dusta yang indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.” (Al-An’am: 112)

Kesimpulannya, iblis berasal dari kalangan jin yang merupakan ketua setiap yang kafir sama ada jin atau manusia. Syaitan pula adalah sifat yang diberikan kepada setiap yang kafir sama ada manusia adatu jin. Manakala jin tidak semua di antara mereka yang kafir dan setiap yang beriman di antara mereka adalah sama degan manusia yang solehn dan beriman.

Wallahua’lam
– Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI