Umrah secara persendirian atau ‘Do it Yourself’ (DIY) adalah dilarang sama sekali kerana ia merupakan kesalahan di bawah undang-undang Arab Saudi. Kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah untuk berdaftar dan diurus oleh syarikat pengendali umrah sah yang dikenali sebagai muassasah.

“Pelancong yang dikategorikan sebagai Free Independent Traveler (FIT) (pengembara bebas) ini tidak terpakai bagi tujuan umrah.

“Mereka boleh ditahan pihak berkuasa Arab Saudi kerana umrah DIY adalah salah di sisi undang-undang negara itu,” 

Memang wujud pihak yang telah berkongsi pengalaman mengenai kejayaan mereka mengerjakan umrah secara DIY melalui media sosial. Ia begitu menarik perhatian ramai kerana melibatkan kos yang rendah tanpa mengambil pakej umrah.

IKLAN

Jemaah perlu berdaftar dengan muassasah yang berperanan mengurus perjalanan dan menjaga kebajikan mereka sepanjang tempoh umrah dan ziarah, selain menjadi pihak yang boleh dirujuk jika berlaku sebarang masalah. Ini termasuk membantu dalam urusan kecemasan dan insiden luar jangka seperti masalah kesihatan jika perlu dimasukkan ke hospital, kemalangan atau kematian.

Antara tahun 2012 hingga 2016, sebanyak 250 kes penipuan pakej umrah telah disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan kerugian RM10.1 juta. Dalam tempoh sama, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pula mencatatkan 3,482 kes tuntutan melibatkan nilai kira-kira RM21.3 juta, katanya.

IKLAN

Permintaan tinggi menunaikan umrah semakin meningkat ketika bulan Ramadan. Secara tidak langsung ia membuka peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk bergerak aktif menjual pakej umrah palsu atau pakej yang sangat menarik tetapi sukar dipenuhi pada musim puncak umrah.

IKLAN

Oleh itu pengguna perlu lebih berwaspada dengan agensi atau orang persendirian yang menjual pakej umrah.

Sumber kredit: Bernama