Allahuakbar. Sedihnya bila hajat hendak menjejakkan kaki ke Baitullah tidak kesampaian. Sudah bertahun-tahun menanam impian dan mengumpul duit akhirnya kecundang. Sudah acapkali kita mendengar berita tentang jemaah umrah yang ditipu. Paling sedih apabila penipuan tersebut melibatkan golongan tua yang tentunya bukanlah orang berada.
Berikut perkongsian Najmi Farisham tentang sindeket yang mengambil kesempatan ke atas bakal-bakal jemaah umrah. Moga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.
Hampir setiap tahun kita dengar berita dan kes penipuan sindiket umrah. Melibatkan orang bisnes dan juga golongan agama. Mangsanya bukan sedikit dari kalangan mereka yang kurang berkemampuan, memang itu target yang mudah mengena.
Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, sejak 2012 hingga Oktober 2017, seramai 3,714 umat Islam di negara kita menjadi mangsa penipuan sebegini. Dan dianggarkan sebanyak RM30.8 juta kerugian dilaporkan kepada pihak polis dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
Kesian jugalah kita yang membaca beritanya. Dah bergadai habis tanah pusaka, intan berlian untuk mencapai hajat ke Tanah Suci. Sampai ada yang siap membuat pinjaman lagi. Kenduri dan solat hajat dah dibuat. Alih-alih sangkut di KLIA, katanya tiket belum beli lagi, urusan visa juga langsung tak dibuat. Petugas agensi travel lesap hilang tanpa khabar berita.
TAWAR HARGA RENDAH DARIPADA BIASA
Ads
Ada juga yang tawarkan harga rendah. Kita ini punyalah teruja, katanya rezeki. Alih-alih nak terbang dari KLIA, kena kutip lagi seribu. Tiba di Madinah, tak dapat kunci bilik hotel melainkan buat bayaran lagi seribu. Nak keluar ziarah tempat bersejarah, kena tambah lagi 200 riyal. Dah kalau begitu, murah tang mana woih? Kesianlah dekat makcik pakcik ini. Namun itulah, umpan sudah mengena.
Untuk pengetahuan semua, kita di Malaysia ada satu badan khas di bawah seliaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama beberapa institusi lain yang mengawal selia urusan agensi pengelola umrah. Ia dikenali dengan nama Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU).
Mereka telah menetapkan bahawa harga pakej umrah yang paling murah di Malaysia adalah RM4900. Tidak kurang dari itu.Oleh itu, jika terserempak dengan mana-mana pakej yang menawarkan bawah pada itu, mesti ada ‘udang di sebalik batu.’ Begitulah bahasa lembutnya.
Ads
Selain itu, agensi travel yang menguruskan umrah juga mestilah didaftarkan di bawah kementerian ini. Ada syarat-syaratnya yang harus pihak agensi patuhi. Kiranya lagi meyakinkan para jemaah untuk berurusan. Jika ada apa-apa masalah, kita sudah ada saluran yang betul untuk dipanjangkan.
Kalian boleh semaknya di sini ya:
1. Syarikat yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) berstatus Muasassah:
Ads
http://www.motac.gov.my/semakan/umrah
2. Syarikat yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) berstatus bukan Muasassah:
http://www.motac.gov.my/semakan/umrah-sub
Penting jugalah status agensi yang berdaftar ini. Kalau kena tipu sekalipun, paling kurang kementerian ada segala maklumat berkenaannya. Memudahkan urusan nanti. Jika sebaliknya, susah-susah. Moga dijauhkan dari anak cucu kita.
Oleh itu, berlaku bijaklah dalam memilih agensi travel untuk menguruskan gerak kerja umrah kita dari Malaysia sehingga selesai semuanya. Moga dipermudahkan segalanya.
Sumber kredit: FB: Najmi Farisham
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai yang beranggapan bila sudah ada ‘peluang’ tinggal di Makkah, tentu boleh buat haji setiap tahun. Namun realitinya ia tidak semudah yang disangka.
Duduk dalam Makkah tapi kenapa tak buat haji tiap-tiap tahun… KENAPA?
Keistimewaan penduduk makkah sepanjang musim haji.
1) Sempadan Tanah Haram
Episod 1. Ya ada episod sebab macam panjang sangat nak letak dalam satu status sahaja.
Baiklah, sepanjang musim haji kan sempadan tanah haram Makkah akan di kawal ketat. Siapa sahaja yang boleh melepasi sempadan ini?
Pertama, pastinya jemaah haji ataupun pemegang-pemegang visa haji.
Kedua, petugas-petugas yang terlibat secara langsung dengan jemaah-jemaah haji.
Ketiga, penduduk tetap makkah.
Ha, ni yang saya nak cerita panjang ni. Penduduk tetap Makkah ada dua kategori iaitu memang penduduk tempatan (rakyat saudi) dan juga pemegang iqamah (resident visa) macam kami ni yang Merangkumi rakyat luar yang datang sama ada belajar dan bekerja di Makkah.
Jadi, untuk pemegang iqamah, kalau di iqamah memang dah tertulis beralamat di Makkah tidak ada masalah.
Masalahnya adalah kepada iqamah bekerja yang bukan beralamat Makkah. Ya, ada pekerja yang pejabat utama mereka bukan terletak di Makkah, jadi kebanyakkan iqamah mereka akan diletakkan alamat pejabat utama tersebut seperti di Jeddah atau Riyadh. Mereka- mereka ini memerlukan bukti yang mereka menetap di dalam Makkah.
Macam mana nak buktikan?
Agak complicated lah juga. Boleh kata hampir tiap-tiap tahun berubah dokumen yang diperlukan. Kalau dahulu beberapa tahun lepas khabarnya boleh hanya buat pengesahan dengan menunjukkan alamat rumah yang kita tinggal dan pengesahan tuan rumah dah cukup.
Tahun lepas dan tahun ni perlu surat yang dikeluarkan oleh syarikat yang kita bekerja lengkap dengan cop polis dan beberapa pengesahan lain dari barisan pertahanan & gabenor.
Paling selamat untuk penduduk tetap Makkah yang berstatus begini adalah tidak keluar dari Makkah sehinggalah habis musim haji. Jadi, selamat lah dari bersoal jawab dengan polis di sempadan kalau dokumen tidak lengkap. Silap haribulan tak dapat balik rumah sendiri! Haha
Nampak tak? Betapa eksklusif nya tanah haram Makkah ni sepanjang musim haji. Sebab nak jaga tanah haram ini untuk tetamu-tetamu Allah sahaja.. rakyat saudi sendiri jika tidak menetap di dalam Makkah, tetap juga tidak akan dapat melepasi sempadan tanah haram/halal ini.
2. Haji penduduk tetap Makkah
Bolehkah penduduk Makkah buat haji tiap-tiap tahun?
Dahulu pernah sahabat arab saya (orang tempatan Makkah) beritahu saya,
Kita penduduk Makkah, Buat je haji tanpa perlu daftar. Yang perlu daftar dan dapatkan permit hanyalah orang-orang dari luar.
Sejujurnya, perjalanan haji saya sebelum-sebelum ini ketiga-tiganya merupakan ‘haji koboi’, haji tanpa berdaftar. Bahasa lebih brutalnya adalah haji illegal tanpa permit sah haji.
Itu lah ibadah haji yang biasanya di lakukan oleh orang-orang tempatan di sini. Bila tidak berdaftar, bermakna tiada khemah ataupun penempatan untuk golongan seperti di Arafah dan Mina. Maka, berteraburlah kami mencari ‘spot’ untuk berwukuf. Bawa sendiri segala keperluan yang senang untuk dibawa seperti, tikar, khemah dan juga makanan ringan. (Saya pernah kongsi lebih detail tentang ini di dalam buku saya ‘Embara Kasang Diselimuti Oasis’ dalam bab yang paling akhir.)
Apakah risikonya?
Sejak kerajaan Saudi lebih tegas dalam isu membanteras golongan-golongan ‘haji koboi’ ini, tindakan tegas di ambil jika tertangkap. Berisiko besar untuk di denda, dihantar pulang terus ke negara masing-masing dan di haramkan terus untuk masuk ke negara saudi!
Tetapi, khabarnya tahun sebelum2 ini, tiada sebarang ‘spot check’ dibuat di border arafah. Polis hanya check secara random di Mina. Namun, jika tertangkap golongan haji koboi ini, mereka tidak terus mengenakan tindakan disitu, cuma mereka mengambil nombor ‘iqamah dan thumb print’. Mungkin tindakan akan di ambil selepas selesai ibadah haji.
Jadi, apakah cara yang terbaik untuk penduduk Makkah menunaikan haji?
Adil dan saksama. Cara terbaik adalah secara berdaftar. Untuk mendapatkan permit kami boleh mendaftar secara online dan memilih pengurusan haji yang kami mahu.
Kelebihannya perjalanan haji akan lebih teratur dan lengkap dengan facilities seperti jemaah- jemaah lain. Dengan mendapatkan permit haji, kami juga boleh memilih pakej-pakej dari kelas ekonomi sehingga ke khemah vvip. Untuk tahun ini harga bermula dari SR 3.5 k sehingga ke SR 11k.
Kelemahannya adalah, permit ini layak di mohon 5 tahun sekali sahaja. Dan juga terdapat kuota yang telah ditetapkan. Siapa lambat, makan terkuburlah harapan untuk melakukan ibadah haji. Cuba lagi tahun hadapan!
Jadi, apakah jawapan tepat untuk soalan bolehkah penduduk Makkah buat haji tiap-tiap tahun?
Jawapannya, BOLEH. Jika secara illegal dan 5 tahun sekali jika secara berdaftar
3) Kenderaan Bertasreeh (berpermit)
Kita sambung cerita tentang haji koboi lah kan. Lebih mencabar dan menarik perjalanan ceritanya. Kalau haji dengan permit ni lebih kurang sama sahaja dengan jemaah haji lain.
Tapi tapi jangan salah sangka, saya kongsi bukan tujuan untuk menggalakkan.. hanya sekadar berkongsi pengalaman. Kerajaan saudi kini lebih tegas dalam mengawal jemaah haji.. jadi saya tidak berani lagi untuk mengambil risiko besar dengan mengerjakan haji cara begini. Lepas ni kalau nak buat haji lagi, InshaAllah saya akan pilih cara yang lebih selamat.
Ok, berbalik kepada tajuk, kenderaan bertasreeh.
Biasanya bermula 8 zulhijjah, kenderaan persendirian TIDAK DIBENARKAN masuk ke kawasan yang terlibat dengan kerja haji seperti di kawasan Arafah, Mina dan kawasan-kawasan terdekat. Kalau boleh masuk pun pasti tidak akan ada selera nak bawa kereta ke kawasan itu. Boleh stuck dengan jammed berjam2.. Bayangkan bas-bas yang membawa berjuta jemaah juga akan melalui jalan yang sama!
Jadi, bagaimanakah jemaah-jemaah haji koboi ini mahu ke Arafah, Mudzalifah & Mina?
Caranya adalah dengan mengambil sebarang kenderaan awam yang mempunyai tasreeh (permit) untuk melalui kawasan-kawasan ini.
Ada beberapa tempat pick up yang boleh digunakan untuk mengambil kenderaan-kenderaan ini. Ianya berupa bas, van atau pun pick-up truck.
Yang biasa kami ambil adalah dikawasan Ajyad berdekatan dengan Masjidilharam. Pagi 9 zulhijjah, biasanya di kawasan Masjidilharam sudah lengang apabila semua jemaah sudah berada di Arafah.
Jadi, ketika ini ramai rakyat tempatan datang ke Masjidilharam untuk mendapatkan kenderaan bagi memasuki Tanah Arafah. Ketika ini lah kita dapat melihat wajah sebenar rakyat tempatan Makkah.
Pada waktu ini juga kenderaan-kenderaan yang berpelekat ‘tasreeh’ ini ‘mengetuk’ harga.
Yang saya ingat harga untuk seorang lebih kurang sr 50-200 jika menaiki bas. Harga juga mengikut tempat duduk yang kita pilih. Contohnya dalam bas harga 150, atas bumbung 50.. yang duduk atas bumbung pandai-pandai lah jaga diri! Silap haribulan boleh meninggal dunia dalam ihram ataupun meninggalkan kain ihram. Doa banyak2 agar perjalanan lancar dan mudah serta dilindungi dari sebarang keburukan..
Begitu juga dengan van atau pun coaster. Kalau berdiri di bahagian luar belakang van/coaster atau duduk atas bumbung murah lah sikit bayarannya. Kalau duduk di dalam dengan aircond lebih mahal.
Nak naik motorsikal pun boleh. Tetapi risikonya lebih tinggi kerana kebanyakkannya adalah menunggang secara haram. Boleh jadi kena kejar dengan polis atau penunggang motor akan meninggalkan kita di mana-mana sahaja jika tidak dapat melalui jalan tersebut. Ketika ini akan terasa seperti bayar mahal, destinasi yang mahu dituju tidak sampai. Maka, berjalan kaki lah kita dengan penuh sabar sambil menahan diri dari menyumpah seranah untuk menghabiskan saki baki perjalanan.
Paling istimewa apabila kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan yang bakal keluar ketika musim haji sahaja..contohnya kenderaan pick up yang agak uzur, kereta-kereta lama, malahan lori kambing/unta pun diguna pakai untuk membawa manusia.. dan semuanya akan penuh serta berbayar. Penuh yang padat dan segala ruang di isi dengan baik sekali. Di dalam, diluar, dibumbung malahan di dalam boot kereta akan di manfaatkan sebaik mungkin…
Semuanya hanya dengan niat yang satu… iaitu HAJI MABRUR.
4) Mabit.
Ada yang bertnya, orang Makkah buat haji tak melontar kah?
Kami melontar. Kami buat semua rukun haji.
Habis tu, tak ada khemah di Mina, mabit di mana?
Kami homeless. Eh ‘tentless’
Ok ok, cerita nya begini.. pada 9 Zulhijjah selepas wukuf, kami ke Mudzalifah.. dari Mudzalifah kami boleh pilih sama ada untuk ke Jamrat melontar dahulu ataupun ke Masjidilharam untuk Tawaf dan Saie haji dahulu.
Naik apa? Balik semula ep 3 (kenderaan bertasreeh) ikut rezeki kita.. sama ada naik public bas, naik teksi, lori kambing atau naik kenderaan 2 kaki. Baca: jalan kaki.
Selepas bertahalul awal (selepas melontar atau tawaf saie) atau yang lagi ekstrem melontar dulu lepas tu terus ke Masjidilharam untuk tawaf & saie.
Saya selalu memilih untuk tawaf dan saie dahulu.. masa saie tu sudah terlalu penat setelah seharian, masa saie sangat stuggle. Rasa macam nak merangkak dia punya penat tu. Selesai hampir Subuh pada pagi hari raya Aidiladha..(10 Zulhijjah)
Kemudian kami pulang ke rumah untuk berehat..
Petang sebelum maghrib hari tersebut kami pun memulakan perjalanan untuk melontar (kalau belum) dan mabit di Jamrat.
Dari rumah ke Jamrat. Biasanya kami bawa kereta sendiri. Tapi parking jaaaaauhhhhhhhh dan berjalan lah sehingga sampai ke Jamrat.
Bekalan yang di bawa adalah tikar lipat, makanan, minuman… paling istimewa bawa juadah raya. (Kan hari raya).. sanggup ya bawa juadah raya dalam beg pack.. bawa lebih boleh kongsi dengan jiran sebelah tikar..
Maka bermabitlah kami di Jamrat.. pandai-pandai lah cari tapak nak bentang tikar. Salah tapak nanti kena ligan dengan polis..
“Tariq… tariq ya hajj’ kata polis menggunakan speaker kereta polis. Sirent polis pun dipasang..
Selepas 6 jam.. (kiraan jam bermula tatkala kaki melangkah masuk ke kawasan Mina di Jamrat,biasanya selesai dalam jam 2,3 pagi.. kami pun pulang ke rumah.. berehat… dan esoknya kami melontar dan mabit lagi.. begitulah..
Saya lihat ada juga kumpulan jemaah yang datang dengan pakej haji tidak mengambil khemah di Mina.. mereka tinggal di hotel di kawasan Aziziah dan mabit di Mina seperti kami. Selepas 6 jam, mereka akan pulang ke hotel untuk berehat.
Lebih selesa kerana tidak perlu tinggal dalam khemah di Mina. Cuma kekurangannya adalah perlu berjalan jauh, tidak ada tempat yg tetap untuk mabit.. dan agak sukar untuk ke tandas.. pandai-pandai lah minum untuk keperluan sahaja sepanjang 6 jam tu.
5) Anggaran jarak dan masa perjalanan..
Hari ni status pendek sahaja ya.
Dah berhari saya cerita tentang Arafah-Mudzalifah-Mina- Masjidilharam. Jom kita tengok anggaran jauh perjalanan itu supaya gambaran cerita saya itu sampai dengan jelas.
Okay, tengok pada gambar peta yang saya share tu. Itu anggaran secara kasar sahaja.
Dari Afarah ke Mudzalifah jaraknya lebih kurang 9.1km. Kalau berjalan kaki memerlukan masa lebih kurang 1jam 50minit untuk sampai.
Kalau naik kenderaan kurang lah sikit penatnya. Tetapi waktu nak sampai boleh jadi akan lebih panjang kerana kesesakkan lalu lintas. Paling cepat sampai kalau naik motor! Ada berani?
Dari Mudzalifah ke Jamrat pula jaraknya lebih kurang 5.6km dan mengambil masa 1jam 10min jika berjalan kaki.
Dan dari Jamrat ke Masjidilharam agak dekat lebih kurang 3-4km sahaja. 40minit jalan dah sampai masjidilharam. Part ini memang ramai yang memilih untuk berjalan sebab ada disediakan terowong pejalan kaki. Jalan ramai-ramai tak terasa jauh pun. Sedar-sedar kaki dah melecet dan betis dah berdenyut.
Ibadah haji dan berjalan jauh ini sangat berkait rapat. Susah nak elak dari kena berjalan jauh ni. Melainkan ambil pakej vip. Jemaah muasasah kita berjalan 7km sehari dari khemah di Mina ke Jamrat ketika membuat rukun haji melontar.
6) Perkara yang menyalahi undang-undang sepanjang musim haji.
Jomlah kita tutup tajuk ini.. kita sambung dengan tajuk lain pula.
Untuk perkongsian terakhir tentang tajuk ini, saya nak cerita tentang perkara yang kami sebagai expat (di Makkah) tidak boleh lakukan sepanjang musim haji,
Jika didapati bersalah, kami boleh dikenakan tindakan undang-undang, saman paling kurang 10k, penjara dan juga dihantar terus pulang.
Selain dari mengerjakan haji secara tidak berdaftar, ada beberapa perkara lagi yang salah di sisi undang-undang.Saya letak ianya dibawah tajuk ‘keistimewaan’ jugalah sebab istimewanya kami ini kerana dilindungi oleh undang-undang. Perlu sentiasa ambil tahu dan menjaga nama baik negara.
Ianya adalah:
❌ Membawa/ menumpangkan jemaah (pemegang visa haji) di dalam kereta persendirian. Bermaksud kami tidak boleh sewenang wenangnya membawa jemaah-jemaah haji dengan kereta kami. Polis akan randomly check. Biasanya untuk rakan taulan, saudara mara yang datang haji kami akan bawa setelah selesai kerja haji. Contohnya Selepas 15 Zulhijjah. Ketika itu sudah diberi sedikit kelonggaran..
❌ Menumpangkan atau bersubahat membantu orang lain selain dari pemegang visa haji untuk memasuki Makkah, atau berada bersama-sama mereka ketika itu. Contohnya kami berada bersama orang lain yang bukan pemegang visa haji di dalam Makkah. Boleh dikira bersubahat dan dikenakan tindakan undang-undang ke atas kami.. Boleh di denda sehingga SR 100k dan penjara 6 bulan.
❌ Ini khas untuk jemaah haji (pemegang visa haji) tak boleh overstay. Jangan di cuba-cuba ya. Kalau tertangkap memang buruklah padahnya. Kita dengar zaman dulu-dulu orang datang haji terus tidak pulang ke negara asal kerana mahu terus menetap di Makkah. Ia dikenali sebagai ‘orang hanyut’ oleh rakyat tempatan. Kini, golongan sebegini dengan mudahnya akan tertangkap. Wakil travel/muasasah juga turut dikenakan tindakan berat jika ada jemaah mereka yang melakukan kesalahan ini.
Jom kita study sikit jenis-jenis visa apa yang dikeluarkan oleh kerajaan saudi tetapi menghalang mereka untuk memasuki Makkah ketika musim haji. Ianya adalah:
1) Business / Commercial Visa.
2) Tourist Visa.
3) Employment Visa.
4) Family Visit Visa.
5) Government Visit Visa (kecuali atas urusan rasmi di dalam Makkah)
6) Residence Visa (kecuali yang menetap di Makkah)
7) Student Visa (kecuali yang belajar di university di dalam Makkah)
Persediaan menyambut kedatangan Ramadan kali ini hangat digiatkan oleh pihak pengurusan Masjid Nabawi. Setelah beberapa lama merancang, akhirnya mereka telah membuat keputusan untuk menukar karpet Masjid Nabawi yang berwarna merah kepada hijau pada hari ini.
Menurut laman sesawang mereka, karpet baru ini dijahit menggunakan teknologi terkini. Mereka masih mengekalkan corak lama yang mempunyai logo Arab Saudi di atasnya. Semestinya semua ini adalah bagi keselesaan para jemaah yang datang berkunjung untuk beribadat.
Jadi generasi akan datang mungkin sudah tak kenal sejadah merah yang telah sekian lama digunakan. Beruntunglah kita semua kerana dapat merasai suatu kenangan yang mungkin tidak ada buat mereka di masa hadapan kelak.
Ada anggapan yang mengatakan dengan melakukan ‘tujuh kali Umrah’ akan mendapat ‘Satu Haji.’ Dalam masa kita mengerjakan ibadah haji, hendaklah kita elakkan diri dari melakukan perkara khurafat, anggapan-anggapan yang negatif hendaklah dielakkan.
Jangan suka ‘ikut-ikut’ orang lain. Maksudnya, apa orang buat, kita ikut buat, sedangkan apa yang dilakukan oleh orang itu tidak betul. Hendak buat ibadah haji ini mestilah berdasarkan ilmu, dan ilmu agama.
Selepas sesi tazkirah bersama Ustaz Abdul Ghafur dan Ustaz Akbar Azmi, baru saya sedari dari mana asal usulnya umrah berulang kali yang dikejar oleh masyarakat Nusantara. Dikatakan 7 kali umrah maka pahalanya sama dengan sekali haji.
Hadisnya berbunyi;
“Haji, Haji, Haji, Haji, 7 Kali umrah sekali Haji”
Hadis ini diriwayatkan oleh pemandu teksi Mekah. Ya, HADIS RIWAYAT PEMANDU TEKSI MEKAH menurut Ustaz Abdul Ghafur yang belajar di Mekah dan berguru juga dengan Sheikh Yusuf al-Qardhawi. Kini pemandu teksi yang mencipta serta menyebarkan hadis palsu sebegini telah ditangkap oleh sebuah badan yang dikenali sebagai Amar Makruf Nahi Mungkar.
Namun masyarakat Nusantara masih terus melakukan umrah berulang kali kerana hadis riwayat pemandu teksi itu tadi. Lebih menyedihkan apabila disampaikan perkara ini kepada jemaah yang lain, mereka beralasan takkan mutawif tak tahu sedangkan dia kata ini hadis sahih. Wallahi, ini suatu pendustaan atas nama Baginda SAW.
Perbuatan mengulangi umrah beberapa kali dalam satu perjalanan tidak diketahui daripada sunnah Nabi dan para sahabat. Nabi SAW pernah berada di Makkah selama 19 hari waktu Pembukaan Makkah, baginda tidak keluar ke tanah halal untuk berihram umrah. Baginda pernah berada di Makkah 3 hari sewaktu Umrah Qadha’, tanpa melakukan umrah lain pun. Begitu juga para sahabat.
Kata Ash Sheikh `Abdul `Aziz Bin Abdullah Bin Baz رحمه الله : “
Ada pun mengerjakan `umrah berulang kali selepas selesai mengerjakan haji dengan keluar untuk berihram ke Tan`im, Ji`raanah atau lainnya, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian orang padahal sudah mengerjakan `umrah sebelum haji, tidak mempunyai satu dalil pun yang menunjukkan disyariatkan amalan ini.
Bahkan nas-nas yang ada menunjukkan bahawa yang utama ialah meninggalkannya kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat رضي الله عنهم tidak pernah melakukannya setelah mereka menyelesaikan haji , kecuali `Aaishah رضي الله عنها . Beliau mengerjakan `umrah adalah kerana beliau belum lagi mengerjakan `umrah bersama orang lain ketika masuk Makkah kerana datangnya haidh. Kerana keuzurannya beliau meminta izin Nabi صلى الله عليه وسلم untuk mengerjakan `umrah , sebagai ganti umrahnya yang telah diniatkan sejak dari Miqat dan Nabi صلى الله عليه وسلم mengizinkannya.
Dengan demikian beliau telah mengerjakan `umrah sebanyak dua kali, iaitu `umrah yang dilakukan bersamaan dengan amalan hajinya dan `umrah secara tersendiri. Oleh itu sesiapa yang mempunyai kes sama seperti `Aaiahah رضي الله عنها maka tidak mengapa dia mengerjakan `umrah selepas selesai haji kerana mengamalkan hadith ini dan memberi keluasan kepada umat Islam. Namun begitu, tidak diragukan lagi, selain `umrah yang telah mereka lakukan ketika masuk Makkah , adalah menyusahkan orang ramai dan menyebabkan berasak-asakan serta boleh menyebabkan kecelakaan , di samping menyalahi sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم . “
Saya hanya berkongsi ilmu yang dipelajari dan terpulang kepada sesiapa untuk mengikutinya atau tidak kerana sesungguhnya hanyalah Allah yang mampu memberikan taufiq & hidayah. Saya mohon siapa yang mempunyai dalil dari kitab hadis tentang 7 kali umrah pahala sekali haji untuk kongsikan dengan saya agar saya dapat meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya. Wallahualam…
Baru baru ini tular kisah seorang peragawati dan pelakon Zahnita Wilson yang mendakwa menjadi mangsa keganasan dilakukan suaminya. Ia terbongkar apabila beliau mendedahkan wajahnya...