Tidak dinafikan dalam kita melayari kehidupan seharian, pasti tidak akan terlepas dari bahaya fitnah. Malah dikatakan bahaya fitnah itu sebenarnya lebih bahaya dari membunuh.
Namun sebagai hambaNya kita boleh menghindari bahaya fitnah ini dengan mengamalkan doa-doa yang turut diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Gambar sekadar hiasan.
Marilah kita sentiasa menghindari sebarang bentuk fitnah serta sentiasa menginsafi bahawa saudara-saudara kita adalah sejuzuk daripada diri kita semua. Kami tegaskan di sini yang fitnah itu adalah bersifat tidur sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Fitnah itu bersifat tidur. Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya.
Riwayat al-Rafi’e dalam al-Amali. Hadis ini bertaraf dha’if tetapi makna nas sahih. Inilah pendapat sebahagian ulama’ hadis.
Al-Imam al-Munawi berkata: Fitnah dan tribulasi dan setiap yang menjadi masyaqqah dan kesukaran kepada seseorang, begitu juga ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya dinamakan fitnah. (Lihat Faidh al-Qadir, 4/461)
Begitu juga, dalam mengelakkan daripada fitnah, sewajarnya kita mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa munajat kepada-Nya. Kami nyatakan di sini doa yang ma’thur daripada Nabi SAW tatkala menghadapi ujian fitnah, antaranya:
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat daripada Anas R.A:
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perbuatan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, kasihkan orang miskin dan Engkau ampunkan dosaku, Engkau rahmatiku dan Engkau terima taubatku. Jika Engkau menghendaki dengan hamba-hamba-Mu fitnah, maka matikanlah aku tanpa sebarang fitnah.
Riwayat al-Tirmizi (3233)
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Abi Burdah bin Abdillah, daripada bapanya:
Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik langit dan pemilik bumi dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia.
Maksudnya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang yang zalim.
Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (1864)
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Abu Bakrah R.A:
Maksudnya: Ya Allah, dengan rahmat-Mu aku berharap. Janganlah Engkau biarkan urusanku pada diriku sendiri walau sekelip mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Engkau.
Riwayat Abu Daud (5090)
Justeru, selagimana kita menyayangi saudara kita yang merupakan sebahagian daripada kita yang wajib kita jaga hubungannya, maka Allah SWT akan menyayangi kita dan merahmati kita, serta meredhainya.
Semoga Allah menyayangi diri kita semua dan menempatkan diri kita semua di syurga-Nya. Kami akhiri artikel kali ini dengan doa:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari angkara kaum yang kafir.”[Surah Yunus: 85-86]
Selebriti yang memiliki nama penuh Nisdawati Nazaruddin, 42 tahun turut mendedahkan memohon maaf seterusnya meminta peminat tidak lagi menyiarkan gambar lamanya.
Dalam posting di laman sosial Instagram, Lisdawati berkata jika mahu simpan, ‘conteng’ sikit bahagian mana yang perlu. Jika tidak mampu dia menyuruh untuk delete semua gambar dan video dirinya yang jahil suatu ketika itu.
Malah menurutnya setiap hari berdoa supaya cerita lama dirinya tidak disiarkan. Dia juga turut memohon supaya Allah terima taubatnya.
“Byk dah gambar gambar lama yg sy dah buang dan bakar. Tiba2 terkeluar keratan ni.. Masih ada lagi yg terselit. . Teringat pada beberapa peminat yg paparkan trowback gambar lama sy.. Sy mohon maaf sgt2 dan minta tidak disiarkan gambar sy yg lama.
“Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita. Conteng sikit mana yg perlu . Kalau MAMPU nak jer sy delete semua gambar dan video sy yg jahil dulu. Hari2 berdoa supaya cerita lama sy tak disiarkan. Semoga Allah Swt terima Taubat sy
“Maaf sekali lagi atas kesalahan sy pada semua. #gambartrowback #doaygbaikbaiksaja
Ramai terpegun melihat kecantikan penyanyi wanita paling popular ABPBH33, Wany Hasrita ketika menghadiri Anugerah Bintang Paling Popular ke 33 yang lalu.
Ini kerana penampilannya menggayakan persalinan ala Barbie Muslimah mendapat perhatian ramai.
wan_and_mary Penyanyi Wanita Paling Popular ABPBH33 @wanyhasrita di Dalam Persalinan Customade Pastel Pink and Purple By @wan_and_mary Bertemakan “Sweet Muslimah Barbie Doll”
Fakta menarik baju rekaannya Wany apabila menggunakan kira-kira 100 meter kain untuk menyiapkan skirt berkenaan.
Dalam setahun ada sahaja jemputan menghadiri majlis ‘Baby Shower’. Ia semakin menjadi budaya bagi ibu bapa millennial. Kalau dahulu kita biasa dijemput ke majlis akikah. Apa pun juga yang kita anjurkan, hendaknya ia tidak menyalahi hukum agama, apatah lagi ia adalah budaya amalan bukan Islam. Perlu berpada-pada.
Namun bagi mengetahui lanjut hal ini, kita baca ulasan lanjut daripada Siti Nurunnajwa Shamsudin, penyelidik di Majlis Ulama Isma. Adakah Rasulullah juga menganjurkan ‘Baby Shower’ atau sekadar ikutan membabi buta budaya luar semata-mata?
Majlis ‘Baby Shower’ dlihat semakin menjadi trend dan mendapat tempat di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Majlis ini sebenarnya telah lama wujud di hampir setiap negara di dunia mengikut tradisi masyarakat negara tersebut.
Majlis tersebut dibuat bagi meraikan bakal ibu yang bakal melahirkan anak. Kebiasaannya, majlis ini diadakan ketika umur kandungan mencecah 7 bulan.
Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu menjalankan upacara melenggang perut ketika usia kandungan menginjak 7 bulan. Namun pada masa kini, adat melenggang perut tidak lagi mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan diganti dengan majlis ‘Baby Shower’ bagi meraikan bakal ibu.
Di negara barat, mereka gelarkan majlis tersebut sebagai ‘Baby Shower’ kerana bakal ibu akan dihujani dengan pelbagai jenis hadiah bagi menyambut kelahiran bayi.
Islam adalah satu agama yang sangat menitik beratkan identiti. Oleh itu sebagai umat Islam kita perlu berhati-hati dalam memastikan identiti Islam sentiasa terpelihara daripada penyerupaan dengan agama lain.
Kita juga dilarang untuk menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan identiti atau lambar atau syiar agama mereka.
Daripada Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:
منتشبهبقومفهومنهم
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka (Riwayat Abu Daud :4031)
Imam al-Sana’ni Rahimahullah ketika menafsirkan hadis di atas berkata, bahawa sesiapa yang menyerupai orang fasik ataupun kafir ataupun melakukan bid’ah dalam apa juga perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. (Subul al-Salam 2/647)
Setelah meneliti asal usul majlis ‘Baby Shower’, saya berpendapat ia bukanlah suatu syiar daripada mana-mana agama dan hanyalah sebahagian daripada tradisi masyarakat yang pelbagai.
Oleh itu, saya mencadangkan bagi mereka yang ingin melakukan majlis seumpama ini perlulah mengikuti saranan atau garis panduan berikut:
Majlis perlulah dijauhi dengan segala larangan dan perkara yang diharamkan syarak seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, perkara khurafat dan sebagainya.
Aktiviti yang dilakukan semasa majlis perlulah tidak membawa kepada kelalaian dan tidak tersimpang dari ajaran agama Islam.
Seeloknya, majlis ini ditukar nama kepada majlis kesyukuran atau doa selamat atau apa-apa nama yang dirasakan bersesuaian bagi mengelakkan fitnah.
Majlis ini hendaklah bertujuan hanya untuk mengeratkan silaturrahim antara rakan-rakan dan ahli keluarga dan bukannya bertujuan mengikuti budaya barat.
Sebarang pembaziran hendaklah ketika majlis ini berlangsung perlulah dielakkan dan tidak boleh bermegah-megah.
Sebaiknya majlis seumpama ini diadakan bagi mendoakan kesejahteraan bakal ibu dan bayi agar berada dalam keadaan selamat sehingga selepas kelahiran.
Namun begitu perlulah diingatkan, majlis ‘Baby Shower’ bukanlah sebahagian daripada syariat Islam dan adalah lebih baik jika sebagai umat Islam kita menyambut kelahiran bayi seperti yang telah digariskan oleh Islam.
Antara adab dalam menyambut kelahiran bayi yang disebut di dalam kitab Tarbiyatul Aulad karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan ialah :
Bergembira dan mengucapkan tahniah apabila menerima berita kelahiran.
Mengazankan dan mengiqamatkan anak
Mentahnik anak selepas dilahirkan
Mencukur rambut anak
Menamakan anak dengan nama yang baik
Menjalankan akikah
Mengkhatankan anak
Wallahua’lam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...