Sekarang ini ramai yang mengambil peluang pulang ke kampung selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian. Sebahagian dari kita suka memandu sebelah malam. Selain cuaca tidak panas, ia untuk mengelak kesesakan di jalan raya.
Dalam perjalanan ke kampung, kita akan menempuh jalan-jalan agak sunyi dan disyaki lokasi kemalangan yang biasanya pernah meragut banyak nyawa. Kata orang kawasan lintasan makhluk halus yang membuatkan bulu roma tegak tiba-tiba.
Bukan saja di jalan raya, banyak juga rumah-rumah tinggal selain bangunan lama yang menyimpan 1001 cerita misteri di mana banyak misteri di dalamnya.
Agar dilindungi dari bahaya dan gangguan makhluk halus, ada baiknya kita membaca doa ini ketika melalui lokasi seram atau melintasi kawasan-kawasan sunyi ini.
Membaca Doa Perlindungan
Dari Khaulah binti Hakim As-Sulamiyyah berkata bahawa ia pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang singgah di suatu tempat lantas ia mengucapkan “A’udzu bi Kalimaatillahit Taammaati min syarri maa Kholaq” (Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya), maka tidak ada sama sekali yang dapat memudharatkannya sampai ia berpindah dari tempat tersebut.” (HR Muslim)
Ya ardha Rabbi wa Rabbukallahu a’udzu Billaahi min Syarrika wa min Syari ma fika wa syarri ma Khuliqa fika wa syarri ma Yadubbu ‘alaika a’udzu bika min Asadin wa Aswada minal hayyati wal ‘qrabi wa min Sakinil Baladi wa min walidin wa ma Walad.
Ertinya: Wahai bumi, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah. Aku berlindung kepada Allah dari keburukanmu, dari keburukan yang terdapat padamu, dari keburukan segala sesuatu yang diciptakan padamu, dari keburukan makhluk yang merayap padamu, dan aku berlindung kepadamu dari kebuasan singa, ular hitam, kala jengking, dari penduduk negeri dan dari kalangan makhluk manusia dan jin dan keturunannya.” (HR Abu Daud, an-Nasa’i dan Imam Hakim)
Ads
Doa Nabi Ketika Mengusir Jin Ifrit
Doa ini diajarkan secara terus oleh Malaikat Jibril kepada Baginda Nabi Muhammad SAW pada kejadian Isra’ Mikraj. Ketika itu Nabi diganggu oleh Jin Ifrit dengan membawa api. Lalu Jibril berkata, bacalah:
A’udzu biwajhillahil Kariimi wa bikalimaatillahit Tammaat Allatii Laa yujaawizu Hunna barru wa Laa Faajirun min syarri Ma yanzilu minassamaai wa min syarri ma ya’ruju fiiha wa minsyarri ma dzaro fil ardhi wa min syarri ma yakhruju minha wa min fitanil laili wannahari wa min thowaariqil laili wannahaari illa thoriqon yathruqu bikhoirin Ya Rohman.
Ertinya: Aku berlindung dengan kemuliaan Allah Yang Maha Pengasih dan dengan firman-firman Allah yang sempurna yang tidak boleh ditembus oleh orang baik mahupun orang jahat, dari keburukan yang turun dari langit, dan dari keburukan yang naik ke langit, dan dari keburukan makhluk yang ada di bumi, dan dari keburukan yang keluar dari bumi, dan dari fitnah siang dan malam, dan dari kejadian yang datang tiba-tiba di siang dan malam, kecuali sesuatu kejadian yang datang membawa kebaikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Sumber : Kalam Sindownews
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Suami isteri adalah partner dalam kehidupan. Keberadaan masing-masing haruslah saling menguatkan, memotivasi, mengingatkan dan menjaga. Perkahwinan adalah umpama bahtera yang harus dilalui bersama. Setiap gelombang harus dilalui dan diselesaikan bersama.
Bagi menghangatkan kebahagiaan rumah tangga, komunikasi dan sentuhan amat penting antara suami isteri. Hubungan yang romantis menjadikan kasih sayang suami isteri kekal mekar bak bunga yang sedang berkembang.
Seperti pasangan Mustapha Kamal dan Susan Menon. Pasangan selebriti ini kelihatan cukup mesra dan bahagia.
Berikut perkongsian Mustapha Kamal seperti yang dikongsikan di laman Facebooknya.
Romantiskanlah diri kita bersama pasangan … tidak semestinya hanya ketika hendak bersama pasangan suami atau isteri baru kita perlu romantis, setiap masa kita memerlukan pasangan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Romantiskanlah dirimu wahai suami ketika berdoa dengan doa yang indah-indah dan di dengari oleh isteri ketika berjemaah.
Ya Allah… kau permudahkanlan kehidupan kami semua, jangan dipersulitkan , dan disudahi dengan kebaikan …Aamiin..
Kebanyakan isteri tak mintak lebih. Minta kita sayangkan, jaga dan berikan perhatian pada dia saja.
Bersyukurlah Allah kurniakan kita isteri sebagai peneman hidup. Ada orang yang masih menanti jodoh yang belum kunjung tiba hingga ke saat ini.
Pengalaman menunaikan ibadah umrah sangat memberi makna besar kepada jemaah yang pertama kali menjejakkkan kaki ke Tanah Suci.
Biarpun belum menunaikan ibadah haji, tetapi pengalamannya boleh menjadi panduan jika dapat dipanggil menjadi tetamuNya satu hari nanti.
Sebelum ini jemaah wanita yang mahu melakukan umrah bagi wanita perlu ditemani mahramnya, tetapi kini tiada masalah lagi.
Seperti perkongsian wanita ini, Rusila Yusof yang menceritakan kisah dan pengalamannya melakukan ibadah umrah tanpa ditemani mahram baru-baru ini.
Menurutnya niat untuk mencari pengalaman dan pengertian ibadah berjaya diperoleh sepanjang mengerjakan umrah di sana bersama teman-teman wanita bujang yang lain.
Umrah Tanpa Mahram (Wanita Bujang)
Alhamdulillah pada 20 November – 2 Disember 2019 yang lepas saya selamat mengerjakan umrah tanpa ditemani mahram. Saya hanya pergi seorang sahaja tanpa kawan atau saudara mara namun bersyukur kerana mendapat kawan-kawan di sana yang juga pergi secara solo.
Saya terdetik menulis di sini sebagai posting pertama saya bagi menjelaskan mengenai umrah tanpa mahram ini kerana masih ramai yang bertanya adakah boleh umrah tanpa mahram saya lihat di kebanyakan postíng orang lain dan juga ramai pm tanya tentang hal ini.
Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan wanita bujang untuk mengerjakan umrah tanpa mahram sejak September 2019. Namun bukan semua travel agen pada masa itu mula membuka pakej. Saya mempunyai kawan bujang yang turut mengerjakan umrah tanpa mahram tetapi menggunakan kaedah DUMMY MAHRAM… yang tu panjang cerita…. Hihihi… Dia menggunakan visa umrah yang masih memerlukan mahram yang hanya valid selama 30 hari sahaja jika tidak silap…
Untuk wanita bujang, anda perlu menggunakan visa pelancong yang mana ia valid selama setahun. Sebelum ini wanita yang berumur 45 tahun sahaja dibenarkan umrah tanpa mahram… Tetapi sejak undang-undang telah berubah, wanita yang berumur 18 tahun sudah boleh mengerjakan umrah tanpa mahram….
Saya mengikuti pakej bersama Rarecation Travel dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 12 hari 10 malam di mana saya berada di Mekah selama 5 malam dan madinah 5 malam.
Terdapat juga orang memberi komen yang tidak menyenangkan apabila saya mengerjakan umrah secara tanpa mahram kerana katanya seolah-olah fokus ibadah telah berkurang dan lain2. Sebenarnya tujuan mengerjakan umrah adalah lebih dari sekadar ibadah secara manasik umrah. Tetapi pengertian di sebalik umrah itu lebih penting iaitu maqasid umrah.
Saya pergi dengan niat untuk mencari pengalaman dan pengertian ibadah dan alhamdulillah apa yang saya ingin fahamkan telah saya dapat. Jangan takut dengan cerita-cerita pelik bila buat umrah. InsyaAllah bila niat kita baik akan dipermudahkan semuanya.
Semoga kalian semua wanita-wanita bujang boleh la menyimpan wang untuk ke sana juga. Ada pakej murah ada yang mahal. Kalau berani boleh cuba secara backpackers.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jemaah Malaysia wajib guna imbasan biometrik untuk dapatkan visa umrah elektronik bagi memudahkan urusan menunaikan umrah di Tanah Suci.
Malahan dikatakan langkah ini diambil semata-mata untuk melancarkan urusan jemaah yang ingin ke Makkah tanpa perlu mengunjungi pejabat visa lagi kerana semuanya kini berlaku di hujung jari.
Jemaah Malaysia kini antara yang diwajib menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan visa umrah elektronik (E-Visa).
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA) pada Ahad mengumumkan jemaah umrah dari lima negara – United Kingdom (UK), Tunisia, Kuwait, Bangladesh dan Malaysia – wajib menyediakan data biometrik masing-masing, antaranya cap jari.
Guna Imbasan Biometrik
“Jemaah perlu menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio yang membolehkan pendaftaran secara pengesahan biometrik meliputi cap jari, wajah, mata dan salinan pasport untuk menghadiri ibadah umrah”, kata kementerian itu.
Aplikasi baharu itu merupakan komitmen kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan pendaftaran biometrik menerusi peranti mudah alih, sekali gus menjadikannya antara yang pertama di dunia menerima pengesahan biometrik menerusi telefon pintar untuk pengeluaran visa.
Kementerian turut menjelaskan bahawa inisiatif ini dibangunkan bagi memudahkan urusan jemaah yang ingin ke Makkah tanpa perlu mengunjungi pejabat visa secara fizikal. – BERNAMA.
Kashoorga: Alhamdulillah, harapnya pelaksaan E-Visa dapat memudahkan urusan jemaah umrah.
Kutip derma untuk mengumpul dana untuk sesuatu tujuan memang biasa dibuat baik di peringkat keluarga, tempat kerja atau kalangan masyarakat umum sendiri.Kutipan ini juga...