Adat dalam rumahtangga, ada pasang dan surut. Ada masa bahagia tetapi ada ketika tergigit lidah. Bukan hari-hari kita bahagia kerana kita sering berbeza pendapat. Kadang kerana bosan tiada jalan penyelesaian, kita memilih perceraian.

Tahukah, apa saja masalah, Islam sudah mengajarkan jalan penyelesaian termasuk perselisihan dalam alam rumahtangga. Menurut Ustaz Fauzi Umar, Allah Ta’ala berfirman :

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ

Ertinya: “Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya dan perdamaian itu lebih baik bagi mereka.” (Q.S. An-Nisaa’: 128)

Islam datang memberikan penyelesaian seawal mungkin. Tak perlu menunggu masalah menjadi besar. Malah perbincangan digalakkan pada awal masalah berlaku sebagaimana pesan ayat di atas, washshulhu khair, (berdamai itu lebih baik).

Kalau sudah sering berselisih pendapat bagaimana?

IKLAN

Apa yang perlu suami isteri lakukan ialah BERUBAH. Perlu perbaiki visi dalam rumahtangga kerana alam rumahtangga itu adalah gedung pahala bagi suami isteri. Masalah memang wujud kerana ada dua pemikiran tapi penyelesaian juga ada. Paling utama, perbanyakkan amalan dan perbaiki hubungan kita dengan Allah taala.

Allah Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلادِكُمْ عَدُوّاً لَكُمْ فَاحْذَرُوهُم

IKLAN

Ertinya: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka…” [QS At Taghaabun:14].

Syaikh Abdurrahman as-Sa’di saat menjelaskan ayat tersebut berkata: “…Kerana jiwa manusia memiliki fitrah untuk mencintai isteri dan anak-anak, maka (dalam ayat ini) Allah Ta’ala memperingatkan hamba-hamba-Nya agar (jangan sampai) rasa kecintaan ini menjadikan mereka (lelaki) menurut semua keinginan isteri dan anak-anak mereka dalam hal-hal yang dilarang dalam syariat. Allah telah memotivasi hamba-hamba-Nya untuk (selalu) melaksanakan perintah-perintah-Nya dan mendahulukan keredhaan-Nya…”

Jadikan syariat (apa diajarkan dalam agama) sebagai jalan penyelesaian dalam memutuskan sesuatu hal dalam rumah tangga kerana masalah sentiasa bersama dengan ketetapan Allah Ta’ala.

IKLAN

Setiap anggota keluarga perlu mengetahui hak dan kewajiban masing-masing serta batasan-batasan yang harus mereka jaga serta meminta pandangan orang-orang yang telah berpengalaman dalam mengemudi alam rumahtangga.

Terakhir, perbanyakkan berdoa dan sentiasa meminta pertolongan dari Allah taala untuk setiap masalah rumahtangga yang kita hadapi. Ada begitu banyak sekali jalan penyelesaian yang akan kita temui andai mengadu pada Allah.

Kerana sifat doa itu sendiri adalah merupakan kewujudan dan pengakuan diri akan kelemahan dan ketidak upayaan diri kita sebagai hambaNya. Dengan doa kita menyedari bahawa yang Maha Kuasa adalah Allah taala yang menguasai setiap hari anggota keluarga kita. Yakinlah diri atas doa kita dan bersangka baik pada Allah sebagaimana firman Allah, Ud’uni Astajib lakum (berdo’alah kepadaku, nescaya Aku akan mengabulkannya). (QS. Al Mu’min, ayat 60). Sumber: Wahdah.

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI