“Bala Sosial Media, Posting Tidak Tutup Aurat Kekal Sebagai Tontonan”-Ustaz Don

Share

Pengguna sosial media hari ini lebih mudah terdedah kepada bala berbanding kebaikan jika tersalah guna.

Kena jadi orang yang cerdik untuk mendapat banyak manfaat daripadanya. Tapis segala perkara yang nak di sebarkan, takut-takut dari suka-suka boleh datang bala.

Dunia digital tanpa sempadan hari ini menerusi sosial media sebenarnya banyak memudahkan urusan kerja kita sebagai medium komunikasi untuk mempromosikan aktiviti, perkongsian ilmu agama, produk dan perniagaan selain mendapat berita-berita terkini semasa.

Dalam keseronokan memberitahu dunia aktiviti dan kisah kita, ada mata-mata yang memerhati dan merancang strategi. Ingat ya, bukan semua orang di dunia ini mempunyai hati yang baik.

Lagi banyak yang kita dedahkan hal urusan peribadi kita, lagi banyak peluang penjenayah merancang jenayah. Lagi banyak kita sebarkan gambar dan kisah kejahilan kita, lagi banyak kita menyumbang kepada fitnah dunia.

Artikel berkaitan:  Hukum Pamer Kemesraan Suami Isteri Di Media Sosial Dalam Islam

Artikel berkaitan:  Tak Kira Lelaki Dan Wanita, Boleh Nak Upload Gambar Di Media Sosial Tapi Ada Syaratnya

Menurut ustaz Don Daniyal dalam satu ceramahnya, media yang ada hari ini tidak bersalah. Yang salah adalah cara kita gunakannya. Apa yang kita sudah buat terutamanya para wanita dalam media internet?
Sebagai contoh, ramai orang apabila menggunakan sosial media, selalu over expose benda atau perkara diri kita. Segala perkara nak disebarkan. Ini akan mengundang bala kepada kita sebab orang luar sana sedang mengintai hendak berbuat benda jahat terhadap kita dan keluarga.

Memberi satu contoh yang terjadi, ustaz Don menceritakan bagaimana seorang wanita bersama neneknya dirompak di rumah oleh penjenayah yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Hanya kerana wanita itu berswafoto bersama neneknya yang sedang duduk di atas kerusia roda, penjenayah telah menggunakan maklumat ini sebagai bahan pemula jenayah.

Penjenayah telah mengesan alamat wanita itu, dan menggunakan kerusi roda sebagai umpan meyakinkan wanita dan nenek tersebut. Dek kerana sangat yakin penjenayah itu wakil dari JKM, maka mereka mengizin masuk ke rumah. Dan seterusnya berlakulah rompakan terancang hanya disebabkan gambar swafoto mereka.

Ini belum lagi kisah disihir. Gambar-gambar kita sekeluarga yang banyak disebarkan dalam sosial media menjadi pemudah cara kepada orang yang ingin melakukan sihir terhadap kita.

Gambar yang disebarkan di sosial media akan dilihat oleh manusia seluruh dunia.

Gambar-gambar anak-anak remaja kita yang melakukan aktiviti tidak senonoh akan terus kekal di sosial media walaupun sudah bertaubat.

Gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat seperti artis yang kini sudah bertaubat akan terus tersebar dan kekal di dalam sosial media hingga akhir hayatnya.

Ustaz juga mengulas bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) turut menerima banyak permintaan daripada ibu bapa, guru dan pensyarah untuk memadamkan semua gambar tidak elok anak-anak, pelajar dan diri mereka sendiri.

Malang sekali SKMM tidak ada kuasa untuk memadamkannya kerana bukan mereka yang menguruskan domain platform terbabit. Jika hendak buang perlu berurusan dengan pihak Facebook sebagai contoh.

Kashoorga: Kita tahu buruk baik, namun kita tetap berdegil dan sanggup mengundang bahaya. Kesejahteraan diri dan masyarakat sekeliling adalah tanggungjawab bersama. Jadilah pengguna media sosial yang bijak.

IKLAN