Sakit paling perit ialah merindui seseorang sudah pergi mengadap Illahi. Ia sakit paling dalam dan hanya mereka yang mengalaminya, tahu betapa peritnya menjalani kehidupan tanpa orang tersayang di sisi.

Perkongsian Shuib Sepahtu yang merakam kenangan makan bersama anak-anak di meja yang sama pergi dirinya makan bersama arwah isterinya mengundang sebak ramai orang. Apatah lagi “tempat duduk” arwah Siti Sarah dikosongkan seolah-olah isterinya itu masih ada membuatkan ramai terharu.

Ungkapan ditulisnya, “Tempatnya masih sama, cuma kali ini rasa yang lain” sudah cukup menggambarkan betapa dirinya merindui arwah isterinya. Dan kerana perkongsiannya itu jugalah, ia banyak mengajar pasangan lain untuk menghargai pasangan ketika masih hidup dan salah seorang yang terkesan dengan post berkenaan ialah pendakwah bebas, Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Din.

“Belajar Hargai Pasangan & Sentiasa Ucap Terima Kasih Sementara Ada Waktu”, Perkongsian Shuib Undang Sebak
.

“Belajar Hargai Pasangan & Sentiasa Ucap Terima Kasih Sementara Ada Waktu”, Perkongsian Shuib Undang Sebak
Baca perkongsian Da’i Wan.

Assalammu’alaikum Kekanda Shuib Sepahtu.

IKLAN

Saya bukan sesiapa. Kita bukan dlm rangkaian kenalan sesama dlm industri hiburan. Belum pernah berjumpa lagi. Tapi Rahim & Jepp pernah menjadi kenalan saya dalam perlawanan persahabatan Ustaz2 dan Selebriti dulu.

Tapi saya antara orang yang mengikuti perkembangan Shuib, Follow Shuib. Saya suka melihat keperibadian yang ditunjukkan, perwatakan kamu sebagai seorang suami yang baik pada arwah, sebab kalian berdua ciptakan kenangan yang baik-baik di Sosial Media.

Namun kali ini hati saya tergerak nk buat 1 coretan. Lepas lihat Posting Shuib pd 6.25 pagi di hening Subuh ni.

IKLAN

Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri dan suka untuk ingatkan pada yang lain. Khususnya suami isteri yang mungkin sudah lama menyentuh usia perkahwinan bersama, berdua menyulam cinta.

Cuba tanya diri sendiri. Bila kali terakhir kita mengungkapkan yang kita ‘Sayang’ pasangan kita. Bila kali terakhir kita kata ‘Terima kasih’ sebab tolong itu ini untuk kita. Walau pun itu, memang menjadi tanggungjawab pasangan untuk buat.

“Belajar Hargai Pasangan & Sentiasa Ucap Terima Kasih Sementara Ada Waktu”, Perkongsian Shuib Undang SebakBut, adakah kita belajar menghargai setitik peluh pasangan, walaupun dia hanya sekadar membuang sampah dari dalam rumah keluar jalanan sana. Tapi pernah tak kita kenang dan hargai semua benda-benda kecil yang pasangan kita dah buat selama ini?

IKLAN

Sebab bila pinjaman nyawa Allah SWT itu sudah tiba waktunya, bila pasangan sudah pergi dipanggil Ilahi. Ramai antara kita terduduk. Berkata dalam hati, ‘Kalaulah aku ucap terima kasih dulu, untuk sekecil-kecil perkara yang dia buat dah untuk aku, selalu bawa aku pergi makan minum, jaga urusan-urusan aku, kalaulah aku lebih hargai, balas semula dengan biar dia rasa yang aku sayang dia lebih dari apa yang dia berikan pada atau tunaikan tanggungjawab itu pada aku, pasti aku tak akan rasa kesal seperti sekarang.’

Post Shuib mengajar saya untuk lebih menghargai pasangan, sementara masih punya waktu pinjaman bersama dan ucap ‘Terima kasih’ selalu dan untuk segalanya yang pasangan dah buat. Biar rindu ketika pasangan sudah tiada nanti, tak diiringi rasa kekesalan.

Terima kasih @shuibsepahtu . Moga Allah SWT isi kekosongan dan kerinduan itu dengan Cinta-Nya, dan susunan-Nya.

Kepada arwah Siti Sarah. Al-Fatihah. Semoga Allah SWT menerima taubatnya sebelum maut, merahmatinya dulu d isaat maut, dan mengampuninya selepas maut. آمين.

I “Belajar Hargai Pasangan & Sentiasa Ucap Terima Kasih Sementara Ada Waktu”, Perkongsian Shuib Undang SebakYou @syahirah_zamzari , isteriku di dunia dan akhirat. Terima kasih untuk semuanya.
“Tempatnya masih sama, cuma kali ini rasa yang lain.”

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI