--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Bolehkah Wanita Buka Aurat Di Hadapan Lelaki Buta? Ini Hukumnya

Umum mengetahui bahawa wanita Islam wajib menutup aurat daripada pandangan lelaki yang bukan mahram. Namun dalam keadaan tertentu, timbul persoalan yang jarang dibincangkan iaitu bagaimana pula hukumnya jika lelaki tersebut seorang yang buta penglihatan?

Adakah wanita tetap wajib menutup aurat di hadapannya atau hukum tersebut berbeza kerana lelaki berkenaan tidak mampu melihat aurat wanita tersebut? Persoalan ini pernah dijelaskan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan berdasarkan beberapa hadis serta pandangan para ulama.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Fatimah binti Qais R.Anha, beliau mengkhabarkan bahawa 

Maksudnya: Sesunguhnya suaminya al-Makhzumi menceraikannya, dan dia enggan untuk menerima nafkah daripada bekas suaminya itu, maka dia pun pergi kepada Nabi Muhammad SAW, maka Baginda SAW mengarahkan kepadanya: “Tiada nafkah bagimu, pergilah tinggal bersama Abdullah ibn Ummi Maktum, sesungguhnya dia seorang buta, dan kamu tidak perlu memelihara aurat di hadapannya.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim. Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama memahami bahawa wanita tidak perlu menutup aurat di hadapan lelaki buta kerana lelaki tersebut tidak mampu melihatnya.

Malah terdapat riwayat lain yang menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah binti Qais, maksudnya: “Jika engkau membuka hijabmu, dia tidak dapat melihatmu.” Riwayat ini turut menguatkan pandangan bahawa hukum membuka aurat di hadapan lelaki buta tidak sama seperti di hadapan lelaki ajnabi yang mampu melihat.

Ads

Namun begitu, terdapat juga hadis lain yang membawa kepada perbincangan berbeza. Dalam hadis daripada Ummu Salamah R.Anha, beliau menceritakan bahawa

Maksudnya: Aku bersama Nabi SAW dan Maimunah, dan Abdullah ibn Ummi Maktum datang kepada kami  dan hal ini berlaku selepas turunnya perintah kewajipan berhijab – maka Nabi SAW bersabda: “Tutuplah aurat kalian daripadanya”. Maka kami pun berkata: “Wahai Rasulullah SAW, bukankah dia itu buta dan tidak melihat dan mengenali kami?” Maka Rasulullah SAW berkata: “Adakah kamu berdua buta dan tidak melihatnya?” 

Menurut pandangan Imam Abu Dawud, larangan membuka aurat di hadapan lelaki buta dalam hadis ini adalah khusus untuk para isteri Nabi SAW. Hal ini kerana Fatimah binti Qais R.Anha telah diberi kebenaran untuk tinggal bersama Abdullah ibn Ummi Maktum dan tidak perlu menutup aurat di hadapannya.

BACA JUGA: Hukum Ambil Ubat Kuat, Harus Atau Haram? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Ads

Justeru, para ulama membahaskan isu ini dengan melihat kepada keadaan, kedudukan hadis serta siapa yang terlibat dalam peristiwa tersebut. Ada pandangan yang menyatakan tidak wajib menutup aurat di hadapan lelaki buta sekiranya benar-benar diyakini lelaki itu tidak mampu melihat. Namun, ada juga pandangan yang menganjurkan agar wanita tetap menjaga aurat sebagai langkah berhati-hati.

Dalam hal ini, Ustaz Azhar Idrus juga pernah menjelaskan bahawa menutup aurat di hadapan orang buta adalah sunat. Menurut beliau, kewajipan menutup aurat adalah daripada pandangan mata. Jika seseorang itu buta, maka penglihatannya tidak berfungsi seperti lelaki biasa yang mampu melihat.

“Menutup aurat daripada pandangan mata adalah wajib, sebab itu tidak berdosa hukumnya apabila membuka aurat di masjid kerana Allah itu Maha Melihat,” tambahnya lagi.

Namun begitu, menjaga aurat tetap merupakan perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun dalam keadaan tertentu terdapat rukhsah seseorang wanita tetap boleh memilih untuk terus menutup aurat demi menjaga adab, mengelakkan fitnah dan menenangkan hati.

Ads

Kesimpulannya, berdasarkan penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, tidak berlaku percanggahan sebenar antara hadis-hadis tersebut. Hadis yang memerintahkan agar aurat ditutup di hadapan Abdullah ibn Ummi Maktum difahami sebagai khusus untuk isteri-isteri Nabi SAW, manakala hadis Fatimah binti Qais menunjukkan adanya kelonggaran dalam situasi tertentu.

Oleh itu, sekiranya seseorang wanita yakin lelaki tersebut benar-benar buta, berada dalam suasana yang aman, tidak menimbulkan fitnah dan tidak membawa kepada salah faham, maka terdapat kelonggaran dalam perkara ini. Namun jika timbul rasa waswas, bimbang fitnah atau lebih selesa menjaga aurat, maka teruskanlah menutup aurat.

Sesungguhnya menjaga aurat bukan sekadar soal hukum wajib atau tidak dalam keadaan tertentu, tetapi juga lambang kehormatan, adab dan ketaatan seorang Muslimah kepada Allah SWT.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Hukum Ambil Ubat Kuat, Harus Atau Haram? Ini Penjelasan Ustaz Azhar...

Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.