Tidak pernah tercepat atau terlambat, saat ajal tiba maka terpisahlah kehidupan dunia dan akhirat. Ramai yang menginginkan kematian husnul khatimah khususnya di penghulu segala hari iaitu Jumaat yang mulia.
Ini kerana hari Jumaat adalah sebaik-baik hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيرُ يومٍ طَلَعتْ عليه الشمسُ يومَ الجُمُعةِ ، فيه خُلِقَ آدمُ ، وفِيه أُدْخِلَ الجنةَ ، وفيه أُخْرِجَ مِنها ، ولا تَقومُ الساعةُ إِلَّا في يومِ الجُمعةِ
Ads
Maksudnya: “Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat”.[Riwayat Muslim, no. Hadith 1411]
Di hari mulia inilah, Allah “menjemput” kembali hamba-Nya Tuan Ahmad Zaki bin Mahbar iaitu Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) kawasan Mersing yang juga merupakan salah seorang sukarelawan Khidmat Malaysia Negeri Johor. Arwah disahkan meninggal dunia ketika bertugas dalam ‘ops banjir’ di Bukit Changgang Sepang.
Ads
Arwah yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan bersama team amal dikatakan tiba-tiba rebah di lokasi banjir sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Banting.
Ads
Ternyata ia kematian yang cukup dicemburui dimana pada pengakhiran hayatnya, Allah memuliakan insan baik ini yang sentiasa mewakafkan masa dan tenaganya untuk kerja-kerja kebajikan tanpa mengira masa dan tenaga.
Betul ke tengok video lucah, Allah gelapkan hati 44 hari! Mungkin ada yang mendengar penyataan sebegini. Tapi betulkah ada hadis sahih tentang perkara ini? Persoalan ini diajukan dalam salah satu soal jawab buat Mufti Selangor.
Soalan
Saya ingin bertanya tentang status pernyataan ini “Tengok video lucah 44 hari Allah gelapkan hati dan tidak mendapat cahaya hidayah darinya. Betulkah begini?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tersebut, pertama pernyataan tersebut sekadar peringatan/ nasihat yang boleh diambil pengajaran. Perbuatan melihat video lucah adalah haram dan berdosa serta merosakkan akhlak sebagai seorang muslim.
Firman Allah SWT; Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (an-Nuur : 30)
Pelakunya hendaklah bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Kedua, apa-apa dosa yang dilakukan oleh setiap muslim sama ada di internet atau di mana-mana jua, pelakunya hendaklah segera bertaubat sebelum terlambat.
Berusaha untuk menjadi seorang mukmin yang bertaqwa dan berakhlak dalam menjalani kehidupan mengikut garis panduan Islam. Sentiasa bermuhasabah dan jauhkan dari melakukan dosa.
Begitu juga apa-apa posting, share yang dilakukan di media seperti Facebook, WhatsApp, Twitter dan seumpamanya hendaklah segera dipadam dan mohon maaf pada semua pihak, sebaiknya tutup akaun tersebut agar tidak menjadi fitnah ke atas mereka yang telah bertaubat.
Seterusnya jangan mudah menyebarkan apa-apa pernyataan yang tidak pasti kesahihannya. Ia juga boleh mengundang dosa dan menjadi kesalahan di sisi undang-undang komunikasi di media. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.
‘Wang masih belum dikembalikan.’ Rugi RM600K, hasrat 80 bakal jemaah umrah tidak kesampaian. Tiada kata selain perkataan “sabar’ yang terluah.
Namun perkara yang berlaku sudah tentu membuatkan mangsa-mangsa travel agency ini kecewa kerana impian untuk menunaikan umrah tidak kesampaian.
Bayangkan bukan semuanya orang senang, kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan akhirnya perkara ini pula berlaku. Allahuakbar! Berat sungguh ujian.
Hasrat lebih 80 individu untuk menunaikan ibadah umrah pada Disember tahun lalu tidak kesampaian, apabila ditipu sebuah agensi pelancongan.
Lebih menyedihkan, mereka mengalami kerugian lebih RM600,000 susulan bayaran penuh sudah dibuat sejak Oktober tahun lalu, namun sehingga kini wang bakal jemaah tidak dikembalikan.
Mangsa, Noraini Pauzi, 50, dari Machang berkata, dia sepatutnya menunaikan umrah bersama anaknya dan sudah membayar sebanyak RM15,200 memandangkan pakej setiap seorang adalah RM7,600.
“Kami sepatutnya berlepas pada 14 Disember tahun lalu namun seminggu sebelum berlepas, kami dimaklumkan oleh agensi berkenaan, umrah kami ditangguhkan susulan ketika itu berlangsung Piala Dunia di Qatar.
“Kami kemudiannya dijanjikan akan berlepas pada Februari, namun sekali lagi gagal kerana memaklumkan terdapat masalah di Makkah, sebelum dijanjikan penerbangan seterusnya pada Mac.
“Namun, janji tinggal janji dan hasrat kami untuk menunaikan umrah tidak kesampaian. Apabila kami mendesak untuk mendapatkan semula wang kami, pelbagai alasan diberikan dan sehingga kini masih masih menunggu wang dikembalikan,” katanya.
Noraini menjelaskan perkara tersebut selepas membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, di sini, hari ini, yang turut disertai lebih 20 bakal jemaah yang lain.
Seperti mana orang lain, dia juga begitu teruja untuk menunaikan umrah memandangkan pertama kali mahu menunaikan ibadat berkenaan, namun akhirnya kecewa dengan insiden yang berlaku ini.
“Justeru, kami berharap wang kami dikembalikan semula kerana kami bukan orang senang. Itu duit hasil kerja keras kami untuk menunaikan umrah.
“Saya juga bertanyakan agensi pelancongan lain, mereka tidak berdepan sebarang masalah pun membawa jemaah umrah, namun agensi pelancongan kami memberi pelbagai alasan,” katanya.
Mangsa, Hasliliwani Ab Ghani, 37, turut meluahkan rasa kecewa apabila hasrat dia bersama kakak serta abang untuk menunaikan ibadah umrah tidak kesampaian.
“Lebih menyedihkan duit yang kami gunakan adalah duit arwah ibu kerana sebelum ibu meninggal dunia, dia berhasrat membawa kami adik-beradik menunaikan umrah, namun tidak kesampaian.
“Justeru, kami menggunakan duit peninggalan arwah ibu untuk menunaikan umrah, namun tidak menyangka akhirnya kami ditipu agensi pelancongan.
“Sudah beberapa kali kami cuba berunding untuk mendapatkan semula duit, namun gagal dan berharap nasib kami terbela selepas membuat laporan polis,” katanya.
Azra Zahari, 43, yang turut tampil membuat laporan polis bagi pihak kedua ibu bapanya menggesa agensi pelancongan itu mengembalikan semula wang mereka.
“Ini kami pertama mak ayah saya mahu menunaikan umrah. Majlis doa selamat dan solat hajat juga sudah diadakan sebelum ini, namun sehingga kini mak ayah gagal menunaikan umrah.
“Disebabkan itu mak ayah saya jadi malu dengan penduduk kampung sehinggakan segan untuk pergi ke surau,” katanya.
Dalam satu perkongsian di laman sosial facebook, Ustazah Asma Harun cukup tersentuh dengan catatan suaminya hingga membuatkan dirinya menangis teresak-esak ketika membacanya.
Beliau tahu suaminya itu sangat tetapi tidak pernah sekalipun mulut berkata penat. Malah sanggup berkorban untuk keluarga demi menjalankan tugas menyampaikan dakwah kepada orang ramai.
Malah pujian yang diberikan oleh suami tercinta terhadap dirinya membuatkan dirinya terasa sangat dihargai.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang sangat menyentuh hati.
Suami yang saya muliakan @Tengku Fazli bin Tengku Yahya sangat² jarang menulis panjang, teresak-esak juga saya menangis ketika membacanya. Hakikatnya dialah kekuatan saya, bila ditanya penat tak.. Hampir tidak pernah dia sebut perkataan penat, walaupun saya tahu ketika itu dia sangat penat membawa kereta jauh, menjual dll.
Saya kongsikan semoga ada manfaat untuk sahabat jua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ CNP NILAI SEBUAH SENYUMAN… “Alhamdulillah, Allah yang Maha Kuat, menguatkan saya untuk terus berdiri hari ini. Kekuatan yang kekadang tidak saya tahu dari mana datangnya. Setelah menjelajah Negeri Kelantan, dan lebih kurang jam 2.30 pagi sampai di Gombak.
Ikutkan hati mahu terus ke Seremban jumpa anak², tapi bimbang tidak sempat untuk saya berada di sini. Ditahan rasa rindu sebagai Ibu Ayah untuk bertemu si kecil dan semua. Semoga Allah menerima pengorbanan ini sebagai ibadah dalam jalan dakwah. Semoga Allah berikan kami keikhlasan dan taqwa sepanjang jalan ini.
Alhamdulillah, kekadang rasa penat itu hilang dan hadirnya kekuatan apabila melihat senyuman ibu-ibu jemaah sekalian, bila kata-kata yang diilhamkan Allah membantu merawat duka ibu-ibu yang sekian lama terpaku. Saya rasa bahagia bilamana ada yang dapat kekuatan untuk meneruskan perjalanan walaupun sukar dan berliku.
Bahagia bila ramai Ibu-ibu boleh berikan kekuatan dan senyuman kepada orang lain pula. Alhamdulillah, semoga senyuman yang diukirkan ibu² sekalian terus menguatkan saya untuk memberikan yang terbaik kepada semua yang memerlukan. Moga saya terus istiqamah selagi Allah mengizinkan dan selagi diperlukan.”
Begitulah UAH memulakan ceramah di Masjid Bandar Baru Sungai Buluh jam 9.00pg dengan bersemangat seperti biasa. Sambil berdiri, lantunan itu seolah-olah tiada kepenatan yang dirasakan. Kekadang tertanya juga, dari mana datangnya semangat beliau untuk menyampaikan walau keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan?
Tidak dapat tidak, diserahkan sepenuhnya kepada Allah yang Maha Kuat untuk menguatkan dan menghilangkan kepenatan. Yang menguatkan jasad untuk berdiri. Yang menguatkan hati untuk menempuhi hari-hari.
UAH telahpun melalui 7 episod kelahiran anak kami, dan 2 kali keguguran. Dengan kelahiran anak yang ke-7, Fatimah melalui pembedahan. Tenaga perempuan, bukan seperti tenaga lelaki.
Namun, dari satu sudut, sejujurnya tenaga dan kekuatan yang ada pada golongan wanita amat luar biasa, mampu mengalahkan kaum lelaki. mereka masih mampu untuk terus menjalankan tugasan sebagai suri rumah setelah pulang daripada pejabat.
Ketika sakit pening dirasakan, masakan istimewa tetap terhidang. Tetapi, memerhatikan diri sendiri dan mungkin ramai kaum lelaki, ianya berbeza. Apabila diuji dengan sakit pening, kaum lelaki lebih banyak terbaring.
Habis semua rancangan tv disaring. Diupdatekan kesakitannya kepada orang sekeliling. Maka, berlalulah masa tanpa ada yang penting. Sakitnya yang sedikit mengalahkan wanita yang melahirkan secara pembedahan. Lemahnya kaum lelaki, di mata isteri-isteri dalam realiti kehidupan.
Alhamdulillah, ceramah sudah berakhir. Semoga UAH terus kuat untuk ke Banting dan menghabiskan satu lagi program sebelum pulang memeluk si bongsu, Fatimah dan anak-anak yang lain. Anak-anak juga sumber kekuatan UAH untuk mengembara. Melihat mereka sangat erat memeluk umminya, terubat kerinduan dan kelelahan yang ada.
Tidak dirasakan berat meninggalkan mereka 2-3 hari seandainya segala pesanan untuk solat di awal waktu, berzikir dan bermathurat diamalkan. Dibacakan Al Quran bersama tafsir secara berjemaah seperti dilakukan kebiasaan, lebih menyejukkan hati dan mendamaikan fikiran.
Selepas ini, ummi boleh berjauhan lagi untuk mengukirkan senyuman kepada semua yang masih memerlukan. Menguatkan lagi senyuman yang sentiasa ternanti-nanti kata-kata yang diilhamkan.
Semoga senyuman yang berseri yang diukirkan akan terus menguatkan UAH untuk sentiasa untuk memberi.
HIDUP HATI DENGAN MEMBERI. Doakan kami sentiasa saling menguatkan Catatan dari seorang suami, Tengku Fazli bin Tengku Yahya. 27.9.2020
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.