
Selepas menziarahi kematian sering kali orang tua akan berpesan supaya kita mandi dan membersihkan diri. Salah satu sebabnya supaya tidak terkena badi mayat yang boleh membuatkan seseorang itu sakit atau pun teringat-ingat akan si mati.
Meskipun masih dipercayai hingga sekarang tapi dalam Islam adakah wujud ‘badi mayat’ ini. Soalan yang sama turut dikemukakan oleh seorang netizen yang kemudiannya mendapat pencerahan dari Mufti Selangor.
Saya terbaca hadis riwayat Imam Ahmad, bersanad dari Abu Hurairah r.a. tentang galakan mandi selepas memandikan jenazah. Hadis ini dinyatakan status sebagai hasan. Soalan saya, adakah ini menjadi dalil kepada kepercayaan badi mayat? Adakah badi mayat wujud? Jika tidak, adakah badi mayat dikira sebagai khurafat, dan apa dalil yang menentangnya? Sekian terima kasih, wallahu’alam.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hadis tersebut tiada kaitannya dengan kepercayaan badi mayat. Ianya hanya anjuran Nabi SAW untuk membersihkan tubuh badan setelah menguruskan jenazah.
Hukum mandi tersebut adalah sunat. Ada pun badi mayat adalah kepercayaan karut masyarakat Melayu dahulu kala. Namun telah dikikis sedikit demi sedikit dengan datangnya agama Islam yang membawa manusia daripada jahil kepada manusia yang berilmu.
Walaupun al-Quran tidak menyebut secara khusus tentang khurafat, namun sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah SWT, mestilah percaya hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa memberi nikmat mahupun bala.
Berdasarkan kepada firman Allah SWT; Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”. (at-Taubah : 51)

والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.
Sumber: Mufti Selangor
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sentuh Isteri Ketika Dalam Iddah Adakah Dikira Sudah Rujuk? Ini Penjelasan Mufti

Perkataan ruju’ dalam Bahasa Arab bermaksud ”kembali kepada asal sesuatu, sama ada asal itu bertempat, perbuatan atau perkataan. Begitu juga dengan kesemua perbuatan atau sebahagian atau satu perbuatan sahaja.”
Di dalam undang-undang keluarga Islam maksud “Rujuk isteri yang telah ditalak,iaitu mengembalikan isteri yang ditalak kepada nikah yang asal tanpa akad yang baharu.”
Dalam perihal rujuk ini berlaku ada beberapa persoalan, antaranya seperti yang diajukan kepada Mufti Wilayah Persekutuan ini.
Soalan :
Assalamu’alaikum ustaz, jika pasangan suami isteri itu bercerai talak satu, kemudian suami itu menyentuh isterinya tersebut dengan syahwat, adakah perbuatan tersebut dikira sebagai rujuk?
Jawapan :
Islam amat menggalakkan supaya dikekalkan hubungan perkahwinan di antara suami isteri. Meskipun begitu, kadangkala boleh berlaku perselisihan dan salah faham sesama pasangan dalam bentuk yang sukar untuk dipertahankan ikatan perkahwinan.
Maka Islam memberikan jalan keluar untuk sekalian umatnya menerusi pensyariatan talak (cerai). Dalam masa yang sama, syariat Islam menjadikan asal bagi talak adalah merupakan talak raj’ie (yang boleh dirujuk semula) yang tidak memutuskan ikatan perkahwinan secara menyeluruh.
Kerana itulah syarak memberikan hak kepada seorang suami untuk merujuk semula dengan isterinya selama dalam tempoh iddah.Iddah bagi wanita yang diceraikan adalah selama tempoh tiga kali suci.
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ
Maksudnya: Dan wanita-wanita yang diceraikan itu maka mereka ‘mengurung’ diri mereka selama tiga kali suci.
Surah Al-Baqarah (228)
Justeru, dalam tempoh tiga kali suci tersebut seorang suami itu boleh untuk merujuk semula kepada isterinya yang telah diceraikan.
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, suka kami menjelaskan beberapa nas yang menunjukkan kepada pensyariatan ruju’.
Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T :
وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا
Maksudnya : Dan suami-suami mereka (orang perempuan) berhak meruju’ semula dengannya dalam tempoh masa (iddah) tersebut, sekiranya mereka (para suami) berkehendakkan kepada kebaikan. Surah Al-Baqarah (228)
Imam Al-Syafie dalam mengulas ayat di atas beliau berkata : Memperbaiki talak adalah dengan cara melakukan ruju’.Rujuk Al-Umm, Al-Syafi’e (5/260)
Manakala nas daripada sunnah adalah berdasarkan perbuatan Nabi S.A.W yang meruju’ semula kepada isterinya Ummu al-Mu’minin Hafsah. Ini seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar Ibn al-Khattab R.A beliau berkata :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم طَلَّقَ حَفْصَةَ ثُمَّ رَاجَعَهَا
Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah menceraikan Hafsah kemudian baginda meruju’ semula.
Riwayat Abu Daud (2283)
Persoalan yang utama dalam isu ini adalah, apakah kayu ukur yang diambil kira untuk seseorang suami itu merujuk semula kepada isterinya? Maka kami menyatakan bahawa para ulama berbeza kepada beberapa pendapat yang utama dalam isu ini.
Para ulama al-Syafi’eyyah berpendapat bahawa tidak sah perbuatan ruju’ (rujuk) seorang lelaki melainkan hanya dengan perkataan. Sekiranya dengan perbuatan seperti seorang suami itu menyetubuhi isterinya dalam tempoh iddah, maka ia tidak dikira sebagai ruju’.
Maka tidak sah merujuk menerusi perbuatan yang melibatkan berpelukan, menyentuh, dan sebagainya selama mana seseorang itu mampu untuk mengucapkan lafaz rujuk.
Kata Imam Al-Nawawi: Tidak sah meruju’ melainkan dengan ucapan.
Sekiranya seseorang itu menyetubuhinya maka hal tersebut tidak dianggap sebagai ruju’. Maka tidak sah (ruju’) dengan perbuatan sekiranya seseorang mampu untuk mengucapkan (lafaz ruju’).
Kemudian beliau berkata lagi :
فأما إذا وطئها أو قبلها أو لمسها فلا يكون ذلك رجعة، سواء نوى به الرجعة أو لم ينو
Maksudnya : Sekiranya seseorang lelaki itu menyetubuhi isterinya (dalam tempoh iddah raj’ie), menciumnya, atau menyentuhnya, maka yang demikian itu tidak berlaku padanya ruju’. Sama ada dia melakukannya dengan niat ruju’ atau pun tidak. Rujuk Al-Majmu’, Al-Nawawi (7/266).
Manakala di sisi mazhab Hanbali, ada dua pendapat dalam isu ini. Pertama, ruju’ tidak berlaku melainkan dengan ucapan sahaja.
Manakala pendapat yang kedua menyebutkan bahawa ruju’ itu terhasil dengan persetubuhan, sama ada dengan niat ruju’ atau pun tanpa niat. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (7/523).
Imam Ibn Qudamah menambah lagi : Sekiranya seorang lelaki itu mencium isterinya (dalam tempoh iddah), menyentuhnya dengan syahwat, menyelak kemaluan lalu melihatnya, maka pendapat yang dinaskan daripada Imam Ahmad adalah kesemuanya itu tidak dianggap sebagai ruju’.

Manakala menurut Ibn Hamid : Ada dua pendapat dalam isu ini. Pertama : Ia dianggap sebagai ruju’, kerana perbuatan ini dianggap sebagai berseronok-seronok yang hanya diharuskan menerusi perkahwinan. Maka terhasil ruju’ dari perbuatan tersebut sama seperti persetubuhan.
Manakala pendapat yang kedua menyatakan bahawa ia tidak dianggap sebagai ruju’. Ini kerana ia (perbuatan-perbuatan tersebut) adalah perkara yang tidak ada kaitan dengan ijab iddah dan juga mahar. Maka tidak terhasil ruju’ dari perbuatan tersebut. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (7/53).
Syeikh Dr. Muhammad Al-Zuhaili menyatakan: ‘’(Ruju’) adalah lafaz yang ringkas maka tidak sah ruju’ melainkan dengan perkataan. Hendaklah ia merupakan lafaz yang sarih dan ia tidak memerlukan kepada niat. Seperti ucapan ‘aku ruju’ kamu’, dan lain-lain’’.
Begitu juga beliau berkata : ‘’Dan haram istimta’ (bermesraan) dengan wanita yang ditalakkan dengan talak raj’ie menerusi persetubuhan, bersentuhan, dan melihat ke arahnya meskipun tanpa syahwat, ini kerana dia telah berpisah dengan suaminya..’’ Rujuk Al-Mu’tamad, Al-Zuhaili (4/185 – 190).
Penutup
Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa kami cenderung kepada pendapat mazhab Al-Syafi’e dalam isu ini.
Dari sudut ruju’ antara pasangan yang bercerai tidak boleh berlaku dengan perbuatan semata-mata sekiranya seorang lelaki itu mampu untuk melafazkan ruju’. Bahkan ia hanya sah dengan ucapan ruju’ dari pihak suami sahaja.
Kami juga menyatakan, dalam kes-kes sebegini hendaklah pasangan tersebut mendaftarkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Kemudian setelah mendapat perintah mahkamah, proses ruju’ boleh diteruskan selama masih dalam tempoh iddah. Proses-proses ini boleh dirujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan atau Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘NIAT Pewakaf Derma Untuk Bina Masjid, NGO Wajib Salur Wang Ikut Akad.’ HARAM Agih Saluran Kebajikan Lain

Isi Kandungan
Toggle‘Niat pewakaf derma untuk bina masjid, NGO wajib salur wang ikut akad.’ Haram agih saluran kebajikan lain. Melainkan memang sedari awal jelas akad sedekah atau derma tersebut.
Ramai antara kita pemurah dan suka menderma, namun begitu sebelum memberi sedekah kita perlu jelas dengan ‘akadnya’ kerana haram kalau niat sedekah untuk bina masjid akhirnya disedekah untuk membuat perigi.
Artikel Berkaitan:
Tak Boleh Sesuka Hati Cas Handphone Dalam Masjid, Kecuali Memang Diwakafkan Pihak Masjid
Niat Pewakaf Derma Untuk Bina Masjid
Begitulah juga sebaliknya. Ikuti perkongsian Dr Syed Shahridzan Ben-Aqil dan hadam baik-baik penjelasannya.
Iklan Jelas, Tetapi Akad Tidak Jelas
Saya terima pertanyaan seorang rakan tentang hasrat beliau untuk menderma wang sebagai wakaf pembinaan masjid di salah sebuah negara di Afrika. Iklan secara jelas menunjukkan wang yang didermakan untuk pembinaan masjid.
Namun bila merujuk borang yang disediakan, iaitu pada bahagian pengesahan dan akuan penderma lebih bersifat umum tanpa dispesifikkan pada pembinaan masjid.
Apa yang merisaukan beliau duit wakaf yang beliau salurkan tidak sampai kepada pembinaan masjid kerana berdasarkan akuan penderma membenarkan wang derma itu disalurkan di mana-mana saluran kebajikan selain pembinaan masjid.
NGO Wajib Salur Wang Ikut Akad
Soalannya adakah ini menyalahi hukum syarak?
Jawapan saya, segala pengkhususan wang wakaf atau sedekah di saluran tertentu seperti mana yang diniatkan oleh pewakaf/penderma, maka pihak wakil, iaitu NGO yang bertanggungjawab WAJIB menyalurkan pengkhususan derma/wakaf itu berdasarkan niat si pewakaf/penderma.
Sebagai contoh niat pewakaf menderma untuk pembinaan masjid, maka wakil WAJIB salur wang derma itu pada pembinaan masjid dan HARAM diagihkan pada saluran kebajikan yang lain. Niat pewakaf itu dinilai melalui akad si pewakaf/penderma.
HARAM Agih
Merujuk kepada lafaz pengesahan dan akuan yang disediakan di dalam borang, kalau ikut hukum pihak NGO berhak menyalurkan derma itu di mana-mana saluran kebajikan di Afrika.
Ini kerana lafaz akuan tersebut seolah pihak penderma bersetuju agar wang itu tidak semestinya disalurkan pada pembinaan masjid, iaitu ia boleh disalurkan selain daripada itu.
Beliau bertanya lagi, adakah ini dikira sebagai helah pihak NGO? Saya tidak sifatkan ia sebagai helah yang negatif. Apa boleh disangka baik, mengapa akuan/akad penderma itu tidak dispesifikkan pada pembinaan masjid?
Saluran Kebajikan Lain
Berkemungkinan nanti wang kutipan pembinaan masjid telah mencukupi dan melebihi daripada keperluan, maka wang lebihan itu boleh diagihkan pada saluran-saluran kebajikan yang lain. Namun tidak dinafikan bagi saya ia agak mengelirukan penderma.
Akhirnya beliau mengambil keputusan tidak menderma melalui portal NGO ini kerana bimbang niatnya untuk wakaf masjid tidak ditunai. Beliau akan mencari mana-mana NGO yang benar-benar jelas akadnya untuk wakaf masjid.

Wallahu A’lam
Baca Di Sini:
Penipuan Perigi Wakaf Di Kemboja, Gambar Pam Sekadar Replika & Tahu Rakyat Malaysia Pemurah
Kashoorga: Nak menderma pun kena berhati-hati sebab wujud juga scammer yang cuba mengambil kesempatan.
Sumber: Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kejian Boleh Dibalas Kejian Tetapi Ada Syaratnya

Isi Kandungan
ToggleKejian boleh dibalas kejian tetapi ada syaratnya… Bila diri dikeji sudah tentu sukar untuk kita berdiam. Kebanyakan kita pasti akan marah dan tak mustahil mengeji semula.
Namun dalam Islam adakah perkara ini dibenarkan terutama jika apa yang diperkatakan itu adalah benar? Ikuti perkongsian Dr Syed Shahridzan Ben-Agil tentang perkara ini
Bolehkah kejian dibalas dengan kejian?
Menjelaskan tentang persoalan ini kata Dr Syed Shahridzan dalam bab hudud dan qisas fuqaha menjelaskan bahawa seseorang yang dihina atau dikeji oleh seseorang boleh membalas kembali kata kejian itu. Namun ia tertakluk dengan beberapa syarat tertentu.
Kejian itu mestilah setara dan tidak boleh melebihi daripada kadar hinaan yang dilemparkan. Sebagai contoh: seseorang dihina dengan ayat “kau bodoh”, kemudian dibalas dengan ayat “kau ni terlalu bodoh”, atau dengan bahasa kasar “kau ni bangang nak mampus”.
Tetapi ada syaratnya
Kejian itu tidak boleh berunsurkan penipuan, iaitu kejian itu dibalas dengan sesuatu yang tidak pernah wujud dalam diri pengkeji. Contohnya “Kau ni pekak tuli” sedangkan pengkeji seorang sempurna deria pendengarannya.
Manakala ayat “kau bodoh” tidak termasuk dalam kategori penipuan kerana setiap manusia tidak terlepas daripada kekurangan dan kelemahan, antaranya sifat bodoh.
Kejian yang dibalas juga tidak boleh dalam bentuk ‘qazf’, iaitu dengan ayat “kau seorang penzina”, “kau anak zina”, atau “kau bukan anak bapak kau”. Penghinaan seperti ini layak dijatuhkan hukuman hudud jika dia gagal mendatang 4 orang saksi yang adil.
Selain daripada kejian yang setara, ia juga boleh dibalas dengan perkataan yang semakna dengannya menurut uruf masyarakat. Sebagai contoh perkataan “dungu” boleh digantikan dengan perkataan “tolol”.
Namun memaafkan itu adalah lebih baik
Kejian juga tidak boleh melibatkan penghinaan terhadap individu lain seperti ibu, bapa dan adik beradik pengkeji. Sebagai contoh, jika seseorang dikeji dengan ayat “mak kau hijau”, maka si mangsa tidak dibenarkan menghina kembali ibu si pengkeji.
Peruntukan hukum ini berdasarkan hadis yang menceritakan perselisihan faham yang pernah berlaku di antara isteri-isteri Rasulullah saw, Sayyidah Zainab R.A dan Aisyah R.A.
Suatu hari Zainab telah melemparkan kata kejian kepada Aisyah, kemudian Baginda saw mengarahkan Aisyah membalasnya untuk memberi hak dan keadilan pada dirinya.

Walaubagaiaman pun, tidak dinafikan bahawa sikap pemaaf dan tidak membalas kejian itu adalah jalan yang terbaik dan sikap yang terpuji.
Baca Lagi : Tiada Hukum Karma Dalam Islam. ‘Setiap Perbuatan Baik Atau Buruk Hanya Dibalas Allah.’
Sumber : Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI