Malam tadi satu lagi pengumuman penting oleh Perdana Menteri berkenaan penularan virus COVID-19 ini yang disiarkan secara langsung di kaca Televisyen.

Dalam ucapannya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu rakyat Malaysia agar sentiasa patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bermula hari ini.

Menurut beliau, tujuan perintah ini dikeluarkan adalah bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dan ia tidak akan berjaya sekiranya berlaku pergerakan rakyat, terutama pergerakan pulang ke kampung.

“Berdosa Balik Kampung Jika Datangkan Mudharat” – Dengarlah Nasihat PM Rayu Orang Ramai ‘Stay At Home’
PM pesan duduk saja di rumah sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini.

“Saya sebutkan perkara ini kerana semalam ramai yang balik ke kampung. Saya lihat lebuhraya sesak dengan kenderaan menuju ke arah utara, selatan dan timur. Stesen bas juga sesak dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung.

“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang.

“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja. Tempoh kawalan dua minggu kerana COVID 19 mempunyai hayat inkubasi dua minggu.

IKLAN

“Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19.

“Saya ada tanggungjawab besar untuk menangani krisis yang sedang melanda negara kita. Tetapi saya tidak mungkin dapat melaksanakan tugas ini bersendirian. Saya memerlukan sokongan anda semua,” katanya.

“Berdosa Balik Kampung Jika Datangkan Mudharat” – Dengarlah Nasihat PM Rayu Orang Ramai ‘Stay At Home’

Tambah Muhyiddin lagi, perintah kawalan mungkin dilanjutkan andai wabak itu tidak dapat dikawal dalam tempoh dua minggu ini.

IKLAN

Sehingga kini ini, Malaysia mencatatkan 117 kes baru, termasuk 80 kes berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling dan 15 pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi, menjadikan keseluruhan 790 kes.

Seramai 11 pesakit sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang dan menjadikan semuanya 60 kes pulih setakat ini.

“Berdosa Balik Kampung Jika Datangkan Mudharat” – Dengarlah Nasihat PM Rayu Orang Ramai ‘Stay At Home’

Dalam pada itu perbuatan orang ramai yang pulang ke kampung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh menjadi haram dari segi agama jika mendatangkan mudarat kepada ahli keluarga dan masyarakat.

IKLAN

Pensyarah Fiqh Fatwa Semasa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, berkata perbuatan itu boleh jatuh haram kerana ia jelas bertentangan dengan arahan daripada kerajaan dan pihak berkuasa yang menuntut orang ramai supaya berada di rumah sepanjang tempoh berkenaan.

“Sehubungan itu, apa yang dilakukan orang awam seperti pulang ke kampung itu boleh memudaratkan orang lain dan ia boleh menjadi haram sebab kita tak tahu apabila kita dijangkiti dan menyebarkan kepada orang lain di kampung.

“Sebelum ini pun, mufti tidak mewajibkan solat Jumaat kerana khuatir ia mendatangkan mudarat kepada orang lain, konsepnya sama sahaja jika kita pulang ke kampung kerana ia turut membuka ruang ke arah itu, ” katanya kepada Berita Harian.

“Berdosa Balik Kampung Jika Datangkan Mudharat” – Dengarlah Nasihat PM Rayu Orang Ramai ‘Stay At Home’

ARTIKEL BERKAITAN: Ya Allah, Hapuskanlah MakhlukMu Bernama COVID-19”

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI