Adat dalam berumahtangga, setiap wanita pasti tidak sabar untuk bergelar seorang ibu. Bayi comel yang mendiami rahim hasil pengikat kasih sayang ibu ayah. Bila mula melihat dunia, dijaga dan ditatang sepenuh jiwa.
Namun manusia itu hanya mampu merancang dan Allah menentukan. Ia untuk menguji sejauh mana hambaNya redha dengan ujian diberi. Dan satu perkongsian dari skuad pengurusan jenazah percuma, Mr Wan Cai Official di fbnya mengundang sebak tatkala mereka menguruskan penghuni syurga, Nur Emirah Raudhah, berusia tujuh bulan. Lagi dua bulan insya Allah akan melihat dunia namun asbab ibunya terbabas motosikal, dirinya bergelar penghuni syurga.
Baca perkongsian ini, manusia itu tiada daya upaya dan Allah Maha Berkuasa dan tahu segala-galanya.
Pengurusan Bidadari syurga Nur Emirah Raudhah Binti Muhammad Hizqil 7 bulan mati dalam kandungan.
Anak tanpa dosa ini meninggal dunia sehari selepas ibunya terjatuh dari motosikal. Kejadian malang itu berlaku sewaktu si ibu dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya selepas habis bekerja.
Ads
Motosikal yang ditunggang oleh si ibu dikatakan hilang kawalan dan jatuh terbabas disatu selekoh. Selepas terjatuh si ibu tidak mengalami sebarang kecederaan atau luka teruk dan terus pulang kerumahnya. Tetapi pada malam kejadian si ibu mengadu mengalami sakit-sakit di bahagian dalam perut.
Si ibu kemudiannya telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Doktor yang merawat mendapati bayi dalam kandungan si ibu nadinya telah terhenti. Menangis si ibu apabila diberitahu bayinya sudah tiada.
Ads
Anak syurga ini telah dilahirkan secara normal setelah air ketuban dipecahkan. Pengurusan buat baby Emirah telah disempurnakan seperti anak-anak syurga yang lain. Jasadnya dimandi dan dibelai seperti anak kami sendiri.
Segala pengurusan buat baby Emirah kami lakukan dengan cukup sempurna. Saya yakin si ibu pasti menyalahkan dirinya atas kematian anak yang dikandung.
Ads
Kehidupan kita didunia ibarat sebuah roda. Adakala kita berada di atas. Adakalanya kita boleh jatuh ke bawah. Tidak semua mempunyai kehidupan yang bernasib baik. Yang pasti si ibu bukan sengaja mahu menunggang motosikal tersebut.
Lagi-lagi dalam keadaan si ibu sedang sarat mengandung. Mungkin kehidupan si ibu kurang bernasib baik seperti yang saya katakan di atas. Jika mempunyai kenderaan lain sudah tentu si ibu akan memilih untuk memandu kereta.
Menunggang motosikal adalah pilihan terakhir yang akan dilakukan oleh mana-mana insan yang bergelar ibu mengandung. Si ibu perlu menerima ketetapan qada dan qadar. Menyalahkan diri sendiri ibarat menolak takdir Allah.
Percayalah. Setiap perkara yang berlaku sudah Allah SWT aturkan. Berat bagaimana pun ujian mendatang kita perlu REDHA. Belajar memaafkan diri sendiri adalah lebih baik!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Suatu ketika nama penyanyi dan ahli perniagaan Rosma, 35, yang digilap bakat menerusi pertandingan Akademi Fantasia (AF1) musim pertama pernah menjadi siulan.
Lebih 17 tahun bergelumang dengan dunia seni, Rosma atau nama lengkapnya, Rosmayati Sidik, akur biarpun haluannya kini lebih kepada mengemudi perniagaan syarikat KR Successful Sdn Bhd bersama suami, Khai.
Perniagaan yang ditubuhkan sejak tahun 2014 itu kini memberi fokus kepada produk kesihatan dan pelangsingan badan termasuk minuman detoks, MS SenaRos
“Ada yang cakap dulu saya bersusah payah nak kurus sampai keluarkan produk pelangsingan sendiri. Tapi rezeki nyanyian tetap tak menyebelahi diri sampai sekarang biarpun sudah berjaya susutkan badan.
“Saya akur dengan suratan hidup. Tapi saya puas hati, Tuhan beri peluang merasa nikmat jadi penyanyi dengan menyertai AF1 biarpun seketika. Sejak kecil nak jadi penyanyi dan impian itu berjaya direalisasikan.
“Cuma kini saya sedar walaupun sebesar mana bakat yang dikurniakan kepada seseorang itu, jika Allah sudah katakan bukan rezeki… maka begitulah suratannya.
“Tapi Allah buka laluan untuk saya menceburi dunia perniagaan yang selama ini tak pernah langsung terlintas menjadi kerjaya tetap. Dunia nyanyian menjadi asbab atau platform untuk saya berniaga,” katanya.
Tambah Rosma lagi, sekalipun sudah rancak berniaga, dunia nyanyian tak dilupakan begitu saja.
“Kini nyanyian jatuh di tangga kedua. Perniagaan di tempat pertama. Tapi itu tak bererti saya tak mahu menyanyi lagi. Sebelum ini pun ada tawaran menyanyi secara tertutup, selain membuat persembahan di hotel ketika bulan Ramadan .
“Cuma ketika diuji dengan pandemik Covid 19, kerjaya nyanyian itu tak dapat diteruskan macam biasa. Saya tak kisah pun orang nak kata saya artis sendu atau apa sekalipun.
“Mungkin ada yang kata pintu rezeki nyanyian tak serancak dulu. Tapi Allah Maha Kuasa buka pintu rezeki dalam dunia niaga. Saya percaya rezeki itu ada di mana mana. Pokok pangkalnya niat dan usaha kita,” katanya.
Berkongsi mengenai perniagaannya, ibu kepada tiga cahaya mata ini semuanya berlaku secara kebetulan.
Malah paling utama, suami tersayang yang menjadi individu penting di sisi antara yang terus membakar semangat serta memberi motivasi.
“Ikutkan sejak zaman remaja, saya jenis yang comot dan tak fikirpun soal nak cantik. Orang nak cakap apa itu, lantaklah. Cuma saya mula terfikir nak jaga segala serbi fasal diri selepas keluar AF1.
“Masa itu kejutan budaya sebenarnya sebab jadi artis dan mula dikenali. Tapi antara masalah utama saya ketika itu ialah mendapat tajaan termasuk baju kerana berbadan tembam. Memang lepas masuk AF1, berat badan saya naik mendadak.
“Ketika zaman jadi artis itu, berat badan saya pernah mencecah 70 kilogram. Dalam hati pernah terdetik besar sangat ke badan aku ini? Ikutkan zaman solo sebelum kahwin pun berat saya sekitar 48 kilogram. Tapi sekarang selepas berkahwin dan ada anak, berat saya dalam 47 kilogram.
“Sebab nak kurus sangat, saya ketika itu juga pernah diet dengan cara silap. Sampai pernah jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya. Biasalah tak ada ilmu, tapi berlagak pandai diet itu ini. Hinggalah saya berdiet dengan betul dan menjadi testimoni kepada formula produk sendiri.
“Khai sendiri antara yang mencetus idea kenapa saya tak buat produk pelangsingan sendiri jika boleh berjaya kurus,” katanya yang nekad mengeluarkan produk sendiri selepas melahirkan anak kedua.
Kata Rosma, fasa memulakan perniagaan sejak awal itu bukan mudah. Apatah lagi ramai persaingan di luar sana turut mengeluarkan produk yang hampir sama. Namun percaya dengan bakat anugerah Tuhan padanya.
Jika diimbas kembali, Rosma sebenarnya sudah kalis kecaman sejak dulu kerana memiliki badan tembam.
“Kalau ketika zaman dulu wira papan kekunci sehebat masa kini, mungkin lagi teruk saya dikecam kerana memiliki badan ‘plum’. Ikutkan hati memang terasa hati. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Sebaliknya cuba lawan kecaman itu dengan membuktikan diri boleh kurus dan sihat.
“Pernah ketika terbabit dengan promosi di ruang sembang maya, ada yang beri komen pedas membabitkan fizikal diri. Antara komennya berbunyi…sudahlah gemuk, ada hati nak bercinta dengan artis kacak (Khai yang digosipkan sejak zaman AF1 hingga berkahwin).
“Komen lain siap cakap usia muda tapi lagak saya dengan berbadan tembam seperti sudah pangkat makcik makcik yang ada ramai anak. Begitu juga yang terang terangan cakap saya tak cantik, debab dan bulat. Selain tak layak berdampingan dengan Khai ketika itu,” katanya
Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.
Penyanyi dan ahli politik Indonesia, Mulan Jameela mendedahkan bahawa penghijrahannya menutup aurat tidak disambut baik oleh peminat dan pengikutnya.
Rupa-rupanya menurut Mulan, dia mengambil keputusan untuk menutup aurat bukan kerana sudah menjadi bergelar seorang isteri dan juga ibu. Sebaliknya ada peristiwa yang menghantuinya.
‘Dulu Bapa Angkat, Sekarang Suami’
Sesungguhnya selebriti ini mengakui bahawa terdapat peristiwa yang membuatkan penyanyi berasal dari Bandung itu nekad untuk berubah seterusnya berhijrah dengan menutup aurat dengan sempurna.
“Saya menemukan kejadian yang membuatkan saya semakin yakin untuk cepat-cepat berubah dan salah satunya adalah kematian.
‘Kematian itu adalah pasti dan tidak boleh ditolak. Siapa saja yang boleh tolak kematian? Kita tak boleh nego atau minta, ‘ya Allah saya nak meninggal pada tarikh ini,’ luahnya.
Biarpun Mulan didakwa benar-benar ingin berubah sehingga mengalirkan air mata.
Tetapi netizen mendakwa rasa takut yang dialami oleh pelantun lagu Mahkluk Tuhan Paling Seksi itu adalah disebabkan kesalahannya pada masa lalu antara dirinya dengan Ahmad Dhani dan Maia Estianty.
Sebaiknya, kita sebagai manusia biasa seharusnya bersangka baik dengan perubahan yang dilalui Mulan Jameela, apatah lagi dia berubah menjadi lebih baik.
Selain kulit berminyak, masalah yang dihadapi oleh kaum wanita adalah berjerawat. Dan masalah ini akan jadi lebih peruk lika tidak dirawat dengan betul hingga menjadi breakout.
Kesannya sangat menakutkan hingga boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan. Ramai yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memastikan masalah breakout ini dapat diatasi.
Tetapi seorang pengguna di laman sosial, seorang gadis bernama Nana telah berjaya menyelesaikan masalah breakout ini hanya menggunakan modal serendah RM15.
Dia yang telah mengalami masalah jerawat sejak berusia 14 tahun, bukan hanya pada wajah saja tetapi seluruh badannya terutama di bahagian belakang badan, dada dan bahu.
Tidak menggunakan produk mahal sebaliknya Nana memberitahu menggunakan khidmat disediakan klinik kesihatan dengan membayar RM5 untuk setiap konsultasi dan ubatan yang diberikan pakar secara percuma.
Walaupun thread ditulis di twitter setahun lalu, tetapi boleh dijadikan panduan kepada mereka yang mengalami masalah breakout ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pernah tak ketika sedang sibuk melakukan sesuatu, tiba-tiba wajah seseorang yang sudah meninggal dunia muncul dalam ingatan?
Mungkin arwah ibu atau ayah, datuk dan nenek,...