Alhamdulillah, sekian lama isu ini diperkatakan, akhirnya di hari Jumaat yang mulia ini, negeri Perlis menjadi negeri pertama membenarkan jemaah merapatkan saf untuk solat berjemaah di negeri ini.
Semua masjid di seluruh Perlis akan mula melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf berkuat kuasa pada solat Subuh Sabtu ini, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan dilakukan selepas mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selepas meneliti perkembangan semasa Covid-19 di negeri ini.
“Selain itu, keputusan juga dibuat berikutan peratusan tinggi vaksinasi lengkap dan peningkatan dos penggalak yang mencapai kadar 16.9 peratus atau 30,575 penerima berdasarkan maklumat terkini pada 2 Januari lalu selain keadaan penularan wabak di Perlis berada dalam keadaan terkawal.
“Sehubungan itu, baginda mempertimbang dengan penuh hikmah dan teliti serta menilai dengan penuh bijaksana dan berhati-hati dalam menjalankan tanggungjawab Raja Pemerintah dan Ketua Agama Negeri.
“Maka sukacita dimaklumkan berkaitan kebenaran bersyarat amalan merapatkan saf solat berjemaah di masjid seluruh negeri Perlis berkuat kuasa pada Subuh 8 Januari depan iaitu Sabtu, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” titah baginda pada kenyataan hari ini.
Ads
Titah baginda, kebenaran pelaksanaan itu membabitkan semua masjid di seluruh Perlis sahaja manakala surau atau tempat solat umum atau awam kekal tidak dibuka.
Larangan ini termasuk kepada surau atau tempat solat di agensi, institusi, maahad tahfiz dan sebagainya melainkan dengan kebenaran khas daripada MAIPs dan melalui Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).
Baginda bertitah, sehubungan itu, dalam melaksanakan amalan solat dengan merapatkan saf, jemaah diwajibkan merapatkan saf ketika menunaikan solat dengan kadar jarak sejadah masing-masing berdasarkan syarat saiz sejadah adalah standard dan tidak berlaku sentuhan fizikal.
“Bagaimanapun, jemaah yang tinggal serumah diwajibkan merapatkan saf tanpa terikat dengan syarat di atas. Daripada segi pengekalan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada pula, hendaklah kekal dipatuhi dan ini merangkumi setiap masa, selain waktu menunaikan solat sama ada ketika selesai solat, ketika mendengar kuliah dan sepanjang tempoh berada di masjid,” titah baginda.
Ads
Pematuhan SOP masih perlu diteruskan seperti kekal melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter serta memakai pelitup muka.
Jemaah masih perlu membawa sejadah sendiri bersaiz standard, mengambil wuduk sebelum ke masjid, mengimbas suhu badan dan melaksanakan rekod penjejakan sosial dengan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera atau mendaftar pada buku yang disediakan.
Baginda bertitah, pematuhan terhadap SOP ini adalah diperketatkan dan tidak dibenarkan sebarang kontak sentuhan fizikal seperti bersalaman.
Jemaah yang menerima suntikan vaksin lengkap sama ada dewasa, kanak-kanak atau warga emas dibenarkan hadir ke masjid.
Ads
Golongan bergejala seperti demam, sesak pernafasan, sakit tekak, selesema dan sebagainya juga dilarang hadir ke masjid.
Titah baginda, semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP kesihatan dan keselamatan yang berkuatkuasa.
Baginda yang juga Raja Muda Perlis berharap seluruh rakyat Perlis sentiasa mematuhi SOP dan ketetapan yang diperkenankan ini.
“Nikmat kesihatan dan keselamatan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini haruslah disyukuri.
“Kesungguhan mengimarahkan masjid perlu diteruskan selain meneruskan ikhtiar pencegahan penularan Covid-19 dalam suasana norma dan kelaziman baru,” titah baginda. Sumber : Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Saya dah tanya ustaz.’ Dituduh pakai baju ketat, Bonda Rozita jelaskan perkara sebenar bahawasanya baju yan dipakainya berpotongan longgar dan tak mengikut bentuk tubuh.
Benarlah bukan sesuatu yang mudah untuk memuaskan hati semua orang. Begitu jualah yang dialami oleh Bonda Rozita apabila dirinya dituduh mengenakan baju yang ketat padahal tak begitu.
Kita sekolah sama-samalah, saya sudah tanya ustaz. Saya tak mampu hendak jawab semua soalan atau memuaskan hati semua orang!! Ini bukan kebaya ketat
Kalau makcik-makcik sebaya saya hendak pakai boleh saja, beli kain berat dan cari kain lace mesti lawa. Kalau para makcik-makcik sebaya saya yang pakai akan jadi kain jenis itu nampak kemas terletak saja.
Dituduh Pakai Baju Ketat
Malah untuk hijab, Bonda Rozita gunakan chiffon shawl. ‘Saya buat sendiri 2 meter berlace.
Baju saya tak ketat, saya perjelaskan dan mohon maaflah kalau saya post di sini. Saya reply pun masih komen ketat lagi, ada juga orang yang delete lepas saya reply.
Kali ini saya post gambar saya berdiri pula dan beserta screenshoot apa ustaz komen! Semoga anda jelas kalau gambar duduk dikatakan ketat, yang berdiri mesti nampak ketat !!
Bonda Rozita Jelaskan Perkara Sebenar
Komen Warganet:
Walaupun ada warganet yang mengecam Bonda Rozita dan ramai juga pengikutnya menyokong dengan mengatakan baju itu longgar dan tidak ketat di mata mereka.
Mak Ndak Sofia
Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia bonda. Apa yang penting sebelum paparkan gambar bonda sudah pastikan ikut syariat… Bonda sudah tutup aurat elok, abaikan saja mulut manusia, manusia sentiasa tidak puas.
Junaidah Said
Rasanya bukan isu sendat atau ketat bonda. Mungkin netizen hendak cakap nampak bentuk badan dan kelihatan seksi di mata sesetengah orang. Wallahualam…
Rasmiza Mohd Said
Apasal orang sakit hati tengok bonda kurus ya. Orang suka hati aman tenteram kot dengan bonda yang dulu sampai bertongkat sebab lutut dan kaki sakit asbab menanggung berat badan. Bila bonda sudah kurus, penyakit pun sudah pulih lagi nampak muda pula tu, pun tak habis lagi sakit hati.
Sejak dulu lagi, banyak syarikat pelancongan menawarkan harga RM1500 membuat badal haji. Mungkin tiadanya pendedahan mengenai isu ini, banyak syarikat pelancongan umrah mengaut untung begitu saja tanpa membuat badal haji seperti diamanahkan.
Isu badal haji dengan kos RM1500 ini pernah KASHOORGA tulis dalam temuramah bersama penasihat Tabung Haji dan juga pemilik bersama syarikat umrah Andalusia Travel & Tours iaitu Dato Ustaz Daud Che Ngah yang menyifatkan harga RM1500 adalah tidak logik pada 15 Jun lalu.
Jelas Ustaz Daud Che Ngah, syarikat pengendali umrah ini mengaut untung RM500,000 semusim begitu saja kerana ramai terpedaya. Modus operandi mereka membacakan 10 nama secara pukal sedangkan syarat badal haji ialah satu orang untuk satu nama. Jelasnya, cara terbaik mengenal pasti tidak ditipu ialah harga mesti melebihi RM3000 ke atas selain memastikan syarikat terlibat diberi lesen oleh Tabung Haji membawa jemaah haji.
Dan isu ini mendapat perhatian dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) yang akan mengambil tindakan terhadap pengusaha pelancongan yang menawarkan pakej badal haji meragukan menerusi media sosial, sejak akhir-akhir ini.
Motac dalam kenyataan menyebut, pihaknya memandang serius tawaran pakej berkenaan memandangkan harganya jauh lebih rendah daripada caj pakej dan permit haji dikenakan kerajaan Arab Saudi.
“Motac akan mengambil tindakan sewajarnya bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) yakni Seksyen 8(d) Akta 482 menyebut syarikat pengusaha pelancongan tidak boleh menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara,” menurut kenyataan itu.
Menurut Motac, pengusaha pelancongan yang melanggar akta berkenaan boleh dikenakan penggantungan atau pembatalan lesen.
Sehubungan itu, Motac menasihatkan orang awam untuk membuat pengesahan terlebih dahulu terhadap apa saja pakej ditawarkan dan hanya mempertimbangkan syarikat berlesen demi memastikan hak mereka terpelihara.
Sebelum ini, Pengarah Operasi Bimbingan Tengku Aziz Raja Abdullah dilaporkan berkata, lambakan iklan yang mempromosikan pakej badal haji pada harga tidak munasabah perlu diberi perhatian serius kerana ia seolah-olah tindakan sengaja mengaut keuntungan.
Katanya, Lembaga Tabung Haji yang memainkan peranan penting di Tanah Suci pun tidak melaksanakan badal haji tahun ini kerana menyedari pelbagai peraturan ditetapkan Arab Saudi. Sumber : FreeMalaysiatoday
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tahun lepas menyaksikan dua sahabat baik, Wany Hasrita dan Amira Othman diberi peluang menunaikan ibadah haji di tanah Suci Mekah.
Pemergian mereka ke sana atas jemputan kerajaan Arab Saudi. Dan awal tahun ini kedua sahabat ini sekali lagi diizinkan Allah untuk menunaikan ibadah umrah pula.
Dalam posting berkenaan juga, Wany mohon maaf jika ada salah silapnya dan mendoakan agar perjalanan ke sana selamat pergi dan balik.
Assalamualaikum, pagi semua! InsyaAllah saya, ibu & famili akan berangkat mengerjakan umrah hari ni. Minta maaf salah silap wany ya!
.
tak tahu nk gambarkan rasa dalam hati, azam tahun lepas dpt tunaikan tahun ni. Alhamdulillah, Allah sebaik perancang. Doakan perjalanan kami selamat pergi balik ya
Bagi sahabat baiknya pula, Amiraa Othman juga turut mendoakan agar dia dan sahabatnya Wany mendapat umrah yang mabrur.
Dia juga turut berdoa agar setiap tahun akan dapat menjejakkkan kaki ke Tanah Suci, tempat yang dianggap paling tenang di dunia.
Bagi pengikut kedua-dua sahabat baik ini, masing-masing mendoakan agar kedua-duanya dapat umrah yang mabrur dan mereka turut meminta Wany dan Amira mendoakan mereka agar dapat pula menjejakkan kaki ke sana.
nana_yucin moga dipermudahkan urusan n dapat umrah yg mabrur aamiin… Doakan kami sekeluarga dimurahkan rezeki dapat jejak kaki ke sana suatu hari nanti dikurniakan zuriat yg soleh & solehah terima kasih
lina.azlina522 Semoga dipermudahkan dan dilancarkan ibadah umrah Sis amiraothman dan Sis wanyhasrita ..mendapat umrah yg mabrur diberkati Allah SWT.
syafiqah_sukri9 Smga mndapat umrah yg mabrur,doakn kmi skeluaga dpt pi lgi ke Sana,smpaikn salam kmi kpada Rasululullah S.A.W
eiqalaziz @amiraaothman nnt dah sampai mekkah jagan lupo kirim Salam Saya ke rasuluallah ye… Doakn Saya di murahkn rezeki jadi tetamu Allah… Saya jugàk doakn Wani dgn amirra sekeluarga selamt pergi Dan selamat jugàk pulang ke malaysia
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sewaktu Ramadan yang lalu mungkin ramai yang berjaya khatam al-Quran. Ada yang khatam lebih dari sekali. Alhamdulillah..Tapi ada juga yang selepas menamatkan bacaan sebanyak...