Berpantang maut sebelum ajal. Tidak akan mati seseorang itu sebelum sampai waktu yang ditentukan Allah. Hanya selang beberapa minit memisahkan empat rakyat Malaysia ini daripada menjadi mangsa tsunami yang melanda kawasan peranginan berhampiran Dermaga Ketapang, Pesawaran, Lampung, Indonesia.

Marzuki Mustaffa bersama isteri dan dua anak mereka berada di wilayah berkenaan kerana bercuti sejak Selasa lalu.

Menurut Marzuki, ketika tsunami membadai wilayah Lampung dan Banten, mereka sekeluarga berada di Muncak Teropong Laut untuk melihat pemandangan indah Kota Lampung pada waktu malam.

“Kami turun dari situ kira-kira jam 10 malam. Tiba di bawah kira-kira 30 minit daripada lokasi penginapan yang terletak di kawasan tepi pantai, kami terserempak dengan ramai orang yang berlari ke arah kawasan tinggi.

KEADAAN JADI HURU-HARA

“Keadaan huru hara, kenderaan kami nyaris kemalangan bagi mengelak orang ramai yang berlari dan panik menyelamatkan diri menuju ke puncak.

IKLAN

“Kami yang kebetulan sedang turun berpatah semula naik ke atas selepas menyedari tsunami sedang berlaku di bawah sejurus dimaklumkan penduduk,” katanya.

https://www.facebook.com/bernamaofficial/videos/1956977254338337/

Menurut Marzuki, dalam perjalanan ke puncak, kenderaan dinaiki mereka ditahan penduduk yang terdesak mahu menyelamatkan diri daripada malapetaka itu.

“Kami terpaksa memberhentikan kenderaan kerana tidak sampai hati melihat seorang ibu dan anak kecilnya sebelum mempelawa wanita itu naik bersama kami.

IKLAN

DUDUK BERHIMPIT-HIMPIT

“Kami duduk berhimpit-himpit kerana lima orang menumpang kami, menjadikan jumlah keseluruhan berada dalam Toyota Innova mencecah 10 orang termasuk pemandu.

“Ketika itu jalan mula sesak dengan kereta, motosikal dan lori. Mujur kenderaan kami berada di barisan paling hadapan menuju ke puncak,” katanya.

IKLAN

Marzuki berkata, mereka bernasib baik terselamat daripada malapetaka berkenaan.

“Saya bersyukur kami sekeluarga terselamat dan tidak cedera dalam kejadian itu cuma masing-masing terkejut.

“Kami juga menukar rancangan ke Pulau Tegal Mas kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku,”ujar Marzuki.

Marzuki dan keluarganya akan menaiki kereta api dari Tanjung Karang menuju ke Palembang sebelum pulang ke tanahair Khamis ini.

Sumber kredit: Harian Metro dan Bernama

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI