Ku sangka hujan hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Percintaan yang dibina atas dasar cinta akhirnya rebah ditengah jalan. Mungkin ada yang mampu menerima hakikat perpisahan kerana reda tiada jodoh namun ada juga yang susah untuk menerima kenyataan bahawa hubungan yang dibina tidak kesampaian. Berbagai-bagai cara digunakan untuk melupakan pasangan kekasih namun gagal sehinggalah ada yang sanggup berjumpa bomoh. Berikut pencerahannnya.

SOALAN:

Baru-baru ini saya telah memutuskan hubungan saya dengan teman lelaki saya yang saya telah berkawan selama 8 tahun. Tetapi dia tidak dapat menerima kenyataan in. Dia membuat tindakan yang tidak sepatutnya seperti menelefon pejabat saya setiap masa sehingga menganggu rakan-rakan saya yang lain, dia juga menganggu saya di rumah dengan menjerit-jerit memanggil nama saya, merosakkan kereta saya dan banyak lagi perkara lain yang dilakukan sekiranya saya tidak menjawab panggilan telefonnya.

Saya telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis, tetapi pihak polis tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada bukti dan dia tidak mencederakan saya. bagi kesalahan merosakkan harta benda pula, tiada bukti yang saya boleh tunjukkan.

Sekiranya saya ingin berubat ataupun mengubatkan dia supaya dia boleh melupakan saya, adakah perbuatan itu dikatakan sebagai sihir atau saya menyihirnya walaupun untuk kebaikan.

IKLAN

JAWAPAN: 

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada anda kerana telah memutuskan hubungan dengan teman lelaki kerana untuk pengetahuan di dalam Islam tiada istilah bercouple atau istilah seperti teman lelaki dan sebagainya. Hubungan seperti inilah yang sebenarnya menjadi pendorong untuk berlakunya kemungkaran yang lebih besar.

IKLAN

Berubat dengan menggunakan sihir adalah dilarang di dalam Islam kerana dosa perbuatan sihir merupakan antara dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kerana secara jelas pengamal-pengamal ilmu sihir ini akan memuja serta memohon bantuan selain daripada ALLAH SWT, mereka yang memohon bantuan daripada pengamal sihir ini juga perlu segera bertaubat kerana telah melakukan suatu dosa yang besar.

Oleh itu ada dicadangkan supaya menasihati teman lelaki melalui sahabat-sahabatnya atau saudara maranya supaya berubat dengan pengamal-pengamal perubatan Islam seperti Darussyifa, Syifa Al-hidayah dan sebagainya yang mana mereka hanya menggunakan ayat-ayat al-Quran dalam usaha untuk mengubati si pesakit.

IKLAN

Di samping itu nasihatkan juga bekas teman lelaki anda agar memperbanyakkan solat, zikir serta membaca al-Quran kerana seorang mukmin yang baik sentiasa reda dengan apa jua masalah yang dihadapinya serta akan terus berusaha untuk memperbaiki kesilapannya.

Memetik firman ALLAH SWT di dalam surah ar-Ra’du ayat ke 28:

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang dan tenteramlah hati manusia.

Sumber: Mufti Selangor

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI