Perkahwinan ialah akad yang menghalalkan antara lelaki dan wanita. Menjadi fitrah setiap manusia untuk mendirikan rumah tangga bersama insan yang dicintai. Persoalannya, sudah bersediakah untuk berdepan dengan pelbagai komitmen yang lebih besar berbanding kehidupan sebelum berkahwin?

Apabila diri masih lagi dibayangi dengan ketakutan selepas berkahwin, itu bermakna belum benar-benar bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Jika masih belum bersedia meninggalkan aktiviti yang dilakuka semasa bujang maka ini tandanya belum bersedia untuk berumah tanga. Keadaan ini juga akan memberi kesulitan untuk mencipta kehidupan baru bersama pasangan kelak.

Melalui coretan Firdaus Shakirin dia berkongsi tentang kesediaan seorang lelaki apabila ingin melangkah ke alam perkahwinan.

“Bila kau decide untuk berkahwin, maka please la, jangan bawak hidup ‘bujang’ kau tu dalam alam rumahtangga…” Tinggal kat belakang…kalau perlu ‘buang’, ‘buang’ terus…

Sekarang kau dah jadi suami orang, kau ada isteri, kau bakal ada anak-anak…Alam rumahtangga is all about responsibility – tanggungjawab…kau kena tahu yang tanggungjawab kau berat sekarang ni…

IKLAN

ADA TANGGUNGJAWAB PADA ISTERI DAN ANAK-ANAK

Kau akan dipertanggungjawabkan untuk setiap apa yang berlaku pada isteri kau, anak-anak kau… Kau kena keluar cari rezeki untuk bagi anak isteri kau makan, kau kena jaga maruah dan kehormatan dia, kau kena buat keje-keje umah, kau kena bimbing isteri, didik dia ke jalan yang diredhai Allah…

Target kau, bawak isteri dan anak-anak masuk syurga Allah… Tapi kalau kau bawak hidup “bujang” kau dalam alam rumahtangga, sebenarnya kau akan seksa isteri kau, kau akan buat dia tertekan dengan perangai kau…sebab?

Kau masih leka dengan hidup bujang kau, kau masih x boleh nak move on dari hidup bujang tu, kau masih xde rasa “nak bertanggungjawab”…kau nak buat apa kau rasa suka nak buat, kau buat…kau nak main game, kau nak keluar melepak, kau nak smule, berbigo live, tengok lucah semua kau buat…

Kau x pikir isteri kau ok ke x dengan perangai kau tu…kau x fikir, isteri kau terasa ke x dengan perbuatan kau tu…kau x fikir sampai bila dia boleh bersabar, hadap apa yang kau buat tu…sampai bila?

IKLAN

KAU TUKAR TEMPAT

Isteri kau buat apa yang kau buat…main game, keluar lepak, smule, bigo live dan sebagainya…apa kau rasa? Marah? Dia xboleh buat macam tu? Tapi kau buat boleh pulak? Atas asbab apa yang kau boleh buat, dia xboleh buat? dia pun ada hidup bujang dia, tapi lepas dia kawin dengan kau, boleh je dia tinggal semua tu untuk jadi isteri kau…Untuk layan kau sebagai suami dia…untuk jadi ibu kepada anak-anak kau…

Maka, kau jugak perlu layan dia sebagai isteri kau, perlu bersedia jadi bapa kepada anak-anak kau…perkara dan perbuatan yang tidak mendatangkan kebaikan untuk rumahtangga kau, tinggalkan…jauhi kawan-kawan yang suka menghasut kau untuk buat benda bukan-bukan, buat dosa dan maksiat…kawal cara kau berkawan, cara kau berhubung, cara kau bersosial…pilih kawan, cari yang tak mendatangkan keburukan kepada kau dan rumahtangga kau…

IKLAN

Bro, kau dah jadi suami orang bro…

Pikir berulang kali sebelum buat sesuatu tu, sebab bila dah berkahwin, setiap keputusan yang kau buat, akan effect dengan orang lain…bukan kau sorang saja…ingat sampai bila-bila nasihat ni kalau kau sayang rumahtangga kau..

Sumber kredit: Firdaus Shakirin

VIDEO KASHOORGA: