
Solat Istikharah cukup popular di alam para Muslim dan Muslimah kala bercinta. Perkara yang menggeletek jiwa kita adalah Istikharah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.
Sedangkan Istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan ‘alat pencari jodoh’. Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita.
Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati.
Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan men’thabat’kan (tetapkan) hati kita.
Mengapa di nyatakan demikian?
Dalam situasi pergerakan ke arah rumah tangga ini, Istikharah juga mampu manjadi satu fitnah jika disalah gunakan. Bagaimana?.
Beberapa situasi yang biasa berlaku.
Contoh 1
Fulan bin Fulan bertunang dengan Fulanah bin Fulan. Kemudian Fulan bin Fulan ini pergi beristikharah lagi selepas bertunang. Tiba-tiba dia ‘nampak’ wanita lain dalam mimpinya.
Terus dikatakan itu adalah ‘petunjuk Istikharah’ dan kemudian dia mahu memutuskan pertunangan dengan Fulanah binti Fulan, kerana dirasakan Allah menunjukkan pertunangan itu satu kesilapan.
Contoh 2
Fulan bin Fulan sedang mencari seseorang bagi dijadikan isteri. Akhirnya dia beristikharah. Dia nampak Fulanah binti Fulan. Terus dia menyatakan hasratnya kepada Fulanah binti Fulan itu. Namun Fulanah binti Fulan menolak. Bagaimanapun Fulan bin Fulan ini berkeras dan mengugut yang Allah memang sudah takdirkan mereka bersama berdalilkan Istikharahnya. Ini membuatkan Fulanah bin Fulan serba salah menolak ‘wahyu Ilahi’ ini.
Contoh 3
Fulanah binti Fulan beristikharah dan ‘nampak’ Fulan bin Fulan. Bagaimanapun Fulan bin Fulan tidak pula dikenalinya. Tidak pula mampu dicapainya. Pada masa yang sama datang pula Fulan bin Fulan yang lain melamarnya. Fulanah bin Fulan ini tangguh dahulu menerima Fulan bin Fulan kedua semata-mata kerana berasakan jodohnya dengan Fulan bin Fulan yang ‘dilihatnya’.
Kesimpulannya jawapan doa Istikharah itu tidal selalunya dalam bentuk mimpi. Kadang-kadamg ia berupa keyakinan dan kemudahan-kemudahan dalam melakukan sesuatu. Kita harus pandai-pandai memahami jawapan atas doa kita sendiri.
Sumber kredit: Jentik Hati
VIDEO KASHOORGA:
https://www.youtube.com/watch?v=BObtDunpLc0&t=7s
Cinta Sahaja Tak Cukup Kalau Nak Kahwin, Ada Banyak Perkara Yang Perlu ‘Disediakan’

Realiti kehidupan pada hari ini ialah anda kena kukuh dalam kewangan. Bukan hendak mengajar anda jadi mata duitan, tetapi inilah hakikat sebenar. Tanpa kewangan yang mencukupi, kehidupan berumah tangga boleh jadi porak-peranda.
Ya, memang wang bukan segala-galanya. Namun segala-galanya memerlukan wang. Nak kahwin kena ada wang, nak makan kena ada wang, nak minum kena ada wang. Nak bersalin pun kena ada wang.
Jadi, kalau anda hanya ada cinta sahaja, itu tidak memadai. Anda kena lengkapkan cinta dengan usaha untuk mendapatkan wang. Persiapkan diri anda dengan wang untuk berkahwin. Barulah nampak ada usaha hendak menjadikan anak dara orang sebagai pasangan.
Selain cinta yang mekar di dada, apa lagi keperluan untuk melengkapkan cinta anda itu?
MATANG BERFIKIR
Dalam sebuah perkahwinan, perkara yang lebih penting berbanding cinta adalah kematangan akal untuk berfikir. Anda perlu matang untuk membuatkan cinta itu seimbang dengan akal. Hal ini akan membantu anda membuat keputusan.
Jangan terlalu ikut perasaan. Emosi kita cuma sementara. Jika suatu hari nanti perasaan cinta anda semakin pudar, kematangan akal andalah yang akan jadi penyelamat kerana perkahwinan yang bahagia perlukan pasangan yang sama-sama matang apabila terpaksa hadapi cabaran.
TANDA FIKIRAN SUDAH MATANG
Anda dikatakan matang apabila anda mampu ketepikan emosi di saat genting. Anda matang apabila anda mampu lihat hikmah di sebalik setiap ujian. Anda matang apabila anda mampu sabar ketika syaitan berbisik. Anda matang apabila anda belajar dan terus belajar, walaupun sudah banyak yang anda lihat di sekeliling anda setiap hari.
Sebelum memikul tanggungjawab sebuah perkahwinan, silalah matangkan diri terlebih dahulu.
PENTINGNYA KEWANGAN
Ada sesetengah individu beranggapan wang tidak penting sebaliknya cinta yang penuh di dada itu lebih penting. Katanya rezeki orang yang berkahwin itu lebih murah. Hakikatnya, rezeki itu perlu diusahakan. Rezeki takkan datang bergolek.
Selepas kahwin, banyak lagi cabaran yang bakal datang. Konflik rumahtangga, ipar duai, perihal tempat tinggal, anak-anak, kawan-kawan atau majikan yang tak memahami. Sebuah perkahwinan perlu dipertahankan dengan adanya sikap saling setia, jujur dan tanggungjawab.
Justeru sila penuhkan dada dengan ilmu rumahtangga. Cinta kena kukuh dan dalam masa yang sama gigihlah berusaha untuk mencari wang demi menjaga keharmonian rumahtangga anda. Cinta sahaja tak cukup kalau mahu rumah tangga bahagia.
Jodoh Perlu Dipilih Bukan Kerana Terdesak Ingin Berkahwin

Kita perlu menitikberatkan beberapa kriteria apabila memilih jodoh. Antara ciri paling utama ialah tahap agama dan tanggungjawabnya. Ini kerana dengan adanya iman di dada dan tanggungjawab yang bagus, maka dia akan jadi pasangan terbaik buat anda.
Dalam memilih jodoh, ada kala kita disulitkan apabila mempunyai lebih daripada satu pilihan. Justeru bagaimanakah cara untuk kita memilih calon jodoh yang sesuai dengan diri kita?
TELITI KEBAIKAN IKUT KRITERIA YANG ANDA MAHU
Buka hati anda untuk melihat kebaikan antara calon. Lain orang pasti lain sikap dan perangainya. Pasti ada kebaikan antara mereka yang mencuri hati anda. Namun hati-hati. Jangan tertipu dengan kebaikan yang palsu. Selidiki tahap agamanya, solatnya, puasanya dan amal jariahnya. Bukanlah bermaksud perlu mencari ustaz atau ustazah. Namun carilah pasangan yang ada pegangan agama yang kukuh demi masa depan yang lebih baik.
DAPATKAN NASIHAT SUPAYA LEBIH JELAS
Dapatkan nasihat daripada individu lebih berpengalaman. Paling dekat ialah daripada ibu bapa. Tiada salahnya jika anda mahu mendapatkan pandangan daripada sahabat baik. Rangkumkan semua pendapat dan buatlah pilihan yang dekat dengan hati anda. Hal ini supaya anda lebih jelas dan boleh membuat pilihan yang lebih tepat.
SOLAT HAJAT DAN ISTIKHARAH
Jangan lupa dirikan solat istikharah supaya ALLAH membantu anda dalam proses membuat pilihan. Petunjuk daripada-Nya pasti membantu anda membuat pilihan yang betul. Petunjuk selalunya diberikan melalui mimpi dan gerak hati. Mudah-mudahan anda dapat petunjuk yang mudah dikenal pasti.
Dalam soal memilih jodoh, usah terburu-buru. Jangan terdesak untuk berkahwin semata-mata bila melihat rakan-rakan lain berumah tangga. Berdoalah kepada Allah moga-moga diberikan jodoh yang baik.
“Boleh Bahagia Ke Kahwin Tanpa ‘Couple’? Rupanya Nikmat Lebih Indah & Patuh Syarak Yang Ramai Tak Tahu!

Kebiasaannya, sebelum berkahwin setiap pasangan itu menjalani proses mengenali hati budi seseorang atau bahasa mudahnya ber’couple’.
Ada yang mengambil masa bertahun-tahun, ada yang tidak sampai sebulan terus menyatakan keinginan untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing.
Namun bagaimana pula jika berkahwin tanpa melalui proses ‘couple’ ini. Adakah jodoh yang datang padanya itu nanti, seseorang yang tinggi ilmu agamanya atau seseorang yang boleh menjadi teman hidup hingga ke jannah.

Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter menggunakan akaun @shukery_azizan menulis thread tentang berkahwin tanpa melalui fasa couple ini.
Bismillah..
1) Kalau kamu tidak atau belum couple lagi, maka BERTAQWALAH pada Allah. Apakah maksud taqwa?
Taqwa adalah ikut perintah Allah dan jauhi larangan Allah dengan SUNGGUH-SUNGGUH!
Bukan taqwa sambil lewa atau buat acuh tak acuh saja.
2) Kalau kamu SEDANG bercouple, ada beberapa pilihan.
Tapi sebelum itu, RASALAH bersalah dan berdosa serta bertaubatlah pada Allah. Istighfar banyak2, dan sekurangnya rasalah berdosa.
Dosa ini adalah perkara yg buat kita gelisah dan kita rasa benci kalau orang tahu kita buat.
3) Pilihan pertama, kahwinlah secepat mungkin. Paling baik, tahun ini. Jangan bertangguh sampai 5,6 tahun. Memang biasanya akan ke laut or clash.
Ini tiada nas daripada al Quran atau hadis, tetapi berdasarkan pengalaman yang panjang.
Semakin lama couple, semakin banyak kita akan terlibat dengan dosa. Hati pun semakin tak tenang, amal soleh pun semakin kurang.
Dan paling sedih, kita semakin jauh dengan Allah. Dan akhirnya, kita pun rasa Allah tak sayang pada kita lagi.
Itu paling sedih.
4) Pilihan kedua, USAHALAH utk putuskanlah hubungan couple tu kalau kamu dan pasangan pun MASIH teragak2 dan TAK RANCANG bila nak kahwin. Apatah lagi kalau masih sekolah lagi!
Biasanya yang teragak2 untuk kahwin, mereka akan kata,
“Aku nak kahwinlah nanti..”
Tetapi apabila tanya bila nak kahwin, jawapan paling cliché adalah,
“Nantilah fikir..”
Ini tanda langsung tak serius. Kamu hanya nak puaskan nafsu & main2. Bukan nak kahwin sangat pun.
Korang couple utk apa? Kahwin kan? Ke sebab nak enjoy dan puaskan nafsu?
Taubatlah kawan.
5) Kalau pelajar lagi, tak kisah sekolah, kolej atau universiti sekalipun, belajarlah sungguh2.
Dapatkan straight A’s atau 4 flat. Jangan pening2 fikir tentang cinta, couple bagai dulu. Kalau SEKALI dah terjebak bab cinta ni, percayalah, mesti akan KETAGIH & susah nak tinggal.
Sebab apa susah?
Sebab masa belajar pun, nak chat dgn pasangan, kalau boleh nak study sama2. Kalau dah study sama2, konon alasan nak fokus dan bagi semangat.
Jangan tipu diri sendiri. Memang takkan fokus punya. Percayalah cakap saya.
Kalau kata nak bagi semangat, adakah keluarga tak cukup bagi semangat? Adakah kawan2 tiada untuk bagi semangat? Atau adakah Al Quran dan hadis tak cukup untuk memberikan semangat?
Kita banyak lagi ruang alternatif halal yang ada. Usahakanlah yang itu.
6) “Tetapi kami bercinta kerana Allah? Kami tak buat apa2 maksiat. Kami tak pegang tangan pun.”
Kamu bukan bercinta kerana Allah, tetapi kamu bercinta sbb NAFSU syahwat ! Kalau kamu cintakan Allah dan Rasul-Nya, kamu tahu ikhtilat itu salah. Menghampiri zina itu juga DOSA.
Kalau kamu dah bercinta, kamu mesti lupakan Allah. Buktinya?
Solat pun lambat sebab nak reply chat dulu,
Tidur pun lambat sebab call / chat sampai pukul 3,4 pagi. Bangun solat subuh lambat.
Solat pun tak khusyuk sebab teringat2.
Dan macam-macam lagi. Ini bercinta kerana Allah?
Jangan tipu diri sendiri kawan.
“Sesiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya,
cinta dunia sekaligus cinta Allah,
maka dia telah BERDUSTA.
Kau bermaksiat, lalu mengaku mencintai-Nya?
Ini sungguh mustahil terjadi…
Andaikan cintamu itu sejati,
kau pasti mentaati-Nya.
Tanda cinta adalah Taat!”
(Imam Syafi’i – Mawa’idh Imam Syafi’i)
7) Kalau kamu dah masuk universiti dan BERSUNGGUH nak kahwin, pastikan kamu yakin bahawa kamu memang dah MAMPU dan BERSEDIA nak kahwin.
BUKAN sekadar ikut atau dgr ceramah tentang kahwin awal, terus rasa nak kahwin. Atau sebab kawan ramai kahwin awal, kamu pun nak kahwin awal.
Kahwin ni kita ikut sunnah, bukan ikut orang ramai.
Sebab ikutkan pengalaman, fasa umur sekitar 18 hingga 24 tahun adalah fasa umur semangat berkobar nak kahwin awal.
Bersedia atau mampu saya maksudkan adalah dgn erti kata ;
A) Kamu ada sebab kukuh kenapa nak kahwin. Berikan sekurangnya 5 sebab utama pada diri dan mak ayah kenapa nak kahwin.
B) Dah tahu secara asas hukum hakam Islam terutama dalam fiqh munakahat termasuk tunang, nikah, cerai, dan sebagainya sebelum pergi kursus kahwin.
C) Sudah yakinkan mak ayah sendiri,
D) Kamu dah ada kewangan yang boleh MENAMPUNG,
E) Kamu dah bersedia mental di tahap paling tinggi sebab berkahwin bukan hanya sampai pelamin, tapi sampai ke lampin.
F) Kamu boleh berkahwin dalam MASA TERDEKAT (paling terbaik kurang daripada setahun bertunang),
Dan paling penting..
G) Kamu kena ada SEBAB yang kukuh kenapa kamu nak kawin masa belajar. Sebab itu saya sebut, kahwin jangan ikut orang. JANGAN…
Sebab nikah akan melibatkan keluarga dua pihak, keturunan, zuriat, masa depan dakwah tarbiah, bahkan lebih jauh dari itu, ia juga boleh menentukan Syurga Neraka kamu. Kalau tak bersedia betul-betul, korang akan menyesal nanti.
Kahwin ikut sunnah, bukan ikut orang.
Ada orang kata nak kahwin sbb nak elak daripada maksiat, jaga pandangan dan sebagainya. Saya nak terus terang pada kamu.
Kahwin BUKANNYA solusi UTAMA untuk selesaikan masalah dan maksiat kamu seperti tak tunduk pandangan, nak elak maksiat, dan sebagainya.
Nak tahu sebab apa?
Kenapa selepas kahwin, ramai saja suami yang curang, isteri yang jalang, suami asyik kacau perempuan lain serta main kayu tiga, isteri asyik kacau dan keluar dengan lelaki lain dan sebagainya sehingga akhirnya bercerai.
Kenapa semua ni berlaku?
Sebab perkahwinan BUKANNYA solusi UTAMA untuk tinggalkan maksiat. Perkahwinan hanyalah solusi sebahagian sahaja.
Habis itu solusi utamanya apa?
Solusi utama adalah dengan TAQWA. Iaitu dengan diri kamu sendiri.
Kalau sebelum kahwin selalu buat maksiat, tengok video lucah, etc tetapi TIDAK atau BERTANGGUH taubat, sampai lepas kahwin pun kamu akan buat maksiat yang sama.
Serius. Perkahwinan bukan magik.
Sebab itu, nyatakan pada diri sendiri 5 hingga 10 sebab kenapa nak kahwin.
Kahwin bukan boleh main-main. Ia melibatkan hal amanah, tanggungjawab, maruah, harta, kehormatan, hubungan kekeluargaan dan hal dunia-akhirat.
Ia bukan hanya hubungan cinta semata2. Jangan tergesa dan jangan bertunda!
Rasulullah sebut,
Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu telah MAMPU utk menikah, maka hendaknya ia menikah. Kerana menikah dapat lebih menundukkan pandangan, dan lebih menjaga kehormatan. Sesiapa yang belum mampu menikah maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa adalah penjaga baginya.”
8) Apa maksud “kewangan yang mampu menampung?”
Kewangan yang mampu menampung ni bukan bermaksud kena ada RM10,000, atau kena ada RM50,000 etc.
Ia subjektif. Saya hanya letak 3 kriteria ASAS untuk membuktikan seseorang itu ada kewangan yang mampu menampung.
Kalau kamu melepasi 3 kriteria asas ini, insyaAllah saya yakin kamu ada kewangan yang menampung. Sekali lagi saya sebut, ini bukan dari nas hadis dan al Quran.
Tetapi ini adalah pengalaman sendiri. Nak terima boleh, nak tolak pun tiada masalah. Apa kriterianya?
Ok begini ;
A) Mesti boleh BERIKAN duit pada mak ayah sekurangnya SETIAP bulan. Kalau tiada mak ayah lagi, berilah pada adik beradik yang belajar. Kalau tiada juga, infaq pada rumah anak yatim. Beri lebih dlm sedekah tu.
Ini TAK TERMASUK sedekah tabung masjid, tabung Palestin, etc.
Kenapa kena berikan duit/sedekah pada mereka?
Sebab nak mendidik (khususnya lelaki) untuk bersedia memberikan nafkah kewangan pada isteri lepas kahwin. Supaya tak culture shock lepas kahwin nanti.
Kalau sebelum kahwin dah kedekut, lepas kahwin macam mana agaknya?
B) TIDAK meminta duit pada mak ayah untuk perbelanjaan makanan harian.
Sebaiknya, bukan sekadar perbelanjaan makanan, bahkan sampai tahap belanja buku, yuran etc.
Saya tahu, duit biasiswa/pinjaman tak pernah cukup. Kalau terlebih cukup tu memang bonus.
Kenapa kena buat ini?
Sebab nak melatih diri supaya tak meminta2 dengan orang yang luar daripada keluarga kita kalau ada apa2 masalah kewangan.
Suami isteri akan kerjasama usaha sungguh2 untuk selesaikan sendiri masalah kewangan keluarga tanpa bergantung org luar.
C) Kamu mampu BERDIKARI cari duit sendiri TANPA bergantung pada pinjaman/biasiswa apatah lagi duit mak ayah beri. Carilah duit sendiri sama ada kerja part-time petronas ke, kedai roti, tanam cili dan jual, berniaga online, berniaga pasar malam etc.
Kalau ada 3 kriteria ini, insyaAllah ada kewangan yang menampung. Seperti saya kata, jumlah kewangan itu adalah subjektif. Tetapi asasnya mesti ada.
9) Macam Mana Yakinkan Mak Ayah? Ini soalan famous yang selalu kami dapat. Antara tips untuk yakinkan mak ayah adalah ; A)Beritahu dengan penuh kesungguhan bahawa kamu nak kahwin pada mak ayah.
Hampir 95% orang yang beritahu pada mak ayah untuk kali pertama, semua mak ayah TIDAK AKAN bagi kamu kahwin.
Ini normal. Jadi apa kena buat adalah, TERUSKAN memujuk. Sampai bila? Sampai mereka bagi izin kamu kahwin. Pujuk je walaupun terpaksa pujuk sampai berjuta kali.
Tunjukkan kamu serius, bukan sembang saja. B) Buktikan dengan TINDAKAN. Maksudnya, kalau balik cuti jgn kerjanya tidur je, malas nak tolong mak ayah, menyusahkan mak ayah, tak nak dengar kata mereka, suruh tolong pun tak nak, kemas rumah pun malas, etc.
Itu belum lagi kalau solat lambat, baca al Quran tak pandai dan malas belajar, etc. Macam mana mereka nak yakin, kalau diri sendiri pun tak terurus?
C) Tunjukkan dengan kewangan yang mampu menampung.
D) Jangan pernah derhaka pada mak ayah. Kalau terkasar bahasa, CEPAT-CEPAT minta maaf. Jangan lupa, di sebalik kamu nak kahwin, ada keberkatan dari mak ayah yang datang membantu sekiranya kita taati mereka.
10) Perempuan pula macam mana? Perempuan pun boleh buat perkara sama. Boleh je melamar lelaki yang dia rasakan sesuai dengan menggunakan orang tengah.
Selain tu, ada ciri kepimpinan yang diyakini, bukan sembang.
Perkara ini semua kena berbincang dan belajar semasa taaruf. Taaruf dibuat SEBELUM bertunang. Tujuannya supaya menjaga keselamatan, hala tuju rumahtangga, nafkah etc,
Nanti poin ke-13 saya cerita pasal TAARUF.
Lepas tu, boleh mendidik isteri dan zuriat syariat agama, WALAUPUN BUKAN ustaz.
Sekurang-kurangnya boleh ajar perkara asas dalam Islam. Kalau tak mampu, paling kurang sekali rajin bawa isteri dan zuriat pergi kelas atau kuliah agama.
Ini penting weh.
11) Kalau nak cari calon sendiri boleh ke?
Boleh je nak cari sendiri. TETAPI dengan syarat. MESTI jaga ikhtilat, jaga pandangan (tunduk pandangan), jaga kata-kata, jaga batas-batas agama (syariat), dan paling penting ADA ORANG TENGAH.
Ya, orang tengah macam saya sebut tadi.
Orang tengah ini MESTI dah kahwin dan FAHAM dan AMALKAN AGAMA. Tak semestinya ustaz atau ustazah. Sebaiknya mak ayah la.
Dan yang penting bukannya jenis kaki couple juga. Memang tak jalanlah jawabnya.
Kalau takda orang tengah tak boleh ke?
Kalau kamu tanya saya, jujur saya memang tak bagi. Tetapi ikut pada kamu lah. Nak ikut, ikutlah. Tak nak ikut, saya tak paksa.
Saya hanya berkongsi apa yang terbaik untuk saya dan kamu semua.
Kalau kamu rasa tanpa guna orang tengah ini boleh buat kamu dapat redha Allah dan Syurga, teruskan.
Saya bagi tips ini adalah cara yang saya analisa dan YAKINI bahawa inilah jalan terbaik.
Kalau kamu rasa ini jalan terburuk atau ada jalan lain, dipersilakan.
Kita semua akan disoal di Akhirat nanti, inilah usaha saya yang saya ajar pada kamu untuk kita sama-sama jaga syariat Allah. Kita usaha semampu mungkin walaupun di sana ada lompong sana sini.
Sekurangnya kita berusaha.
12) Lepas orang tengah dah jumpa calon yang sesuai, susun masa yang sesuai untuk aturkan satu pertemuan. Pertemuan ini kita sebut sebagai TAARUF.
Semasa sesi taaruf ini, pastikan ada kamu, bakal pasangan kamu, dan mahram kamu. Dan TAK PERLU libatkan keluarga kedua2 belah pihak.
Sebab ini masih proses permulaan.
Selepas taaruf, boleh saja kamu tolak awal2 sebelum bertunang. Nanti tak adalah jadi ribut semacam selepas itu. Proses taaruf boleh buat di rumah, ataupun di tempat awam.
Semasa sesi taaruf ini, biasanya hubungan emosi belum wujud lagi.
Sesi taaruf ini sangat penting supaya kamu tak melaburkan emosi pada tempat yang salah.
Apa nak buat semasa sesi taaruf ini?
Ceritakanlah tentang diri masing2 secara terperinci.
Kalau ada kelemahan yang bukan aib memalukan, ceritalah seperti ada saka, tak ada kenderaan, tak ada tanah, dan sebagainya.
Kalau wanita pakai purdah, mesti BUKA purdah. Sebab semasa sesi taaruf ini, sunat untuk melihat wajah dan tapak tangan.
13)Selepas tamat sesi taaruf, masing2 boleh pulang ke rumah, dan mulakan proses BERISTIKHARAH pula. Iaitu solat istikharah minta panduan daripada Allah.
Pastikan sewaktu istikharah, kamu belum ada pilihan pasangan lagi supaya kamu akan lebih tenang.
Dan lepas beristikharah beberapa kali, BINCANG dengan ahli keluarga dan sahabat handai yg dipercayai tentang bakal calon. Berbincanglah dengan mereka.
Ingat, tidak akan menyesal orang yang beristikharah, dan tidak akan rugi orang yang beristisyarah (mesyuarat).
14) Lepas masing2 dah bersetuju, barulah berbincang tarikh untuk bertunang, dan mulakan perjumpaan keluarga masing-masing untuk menetapkan tarikh.
Selepas bertunang, jaga adab-adab bertunang termasuklah menjaga ikhtilat.
Sebolehnya, bertunang paling cepat 6 bulan, dan paling lama setahun. Jangan terlalu cepat, atau jangan terlalu lambat.
Fasa bertunang adalah fasa berkenalan. Jika terlalu cepat, nanti takut menyesal kelak. Atau jika terlalu lambat, nanti takut terlajak banyak perkara maksiat.
15)Selepas habis sesi bertunang, maka bernikahlah. Dan mulakanlah hidup bahagia. Moga rumahtangga yang dibina dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah.
Saya rasa okaylah sampai di sini. Ini solusi yang saya boleh cadangkan pada kamu, dan insyaAllah patuh syarak.