Pernah tak kita melalui satu perkara di mana kita menyerahkan kepada orang untuk membuat keputusan bagi diri kita. Kerana kita yakin dengan setiap jawapannya. Masa yang sama, selepas diberi keputusan, kita masih ada rasa ragu-ragu dan kemudian kita akan berkata terserahlah.

Hal yang sama juga terjadi hubungan suami isteri. Kita banyak meletakkan jawapan itu pada suami untuk membuat keputusan. Dan selepas kita ikuti, ianya langsung tidak memuaskan hati kita dengan tindakan dan jawapannya itu. Jadi sampai bila wanita harus mengucapkan perkataan terserahlah.

Tahukah, jawapan terserahlah adalah satu senjata mudah wanita untuk mengelak membuat keputusan. Dia malas menjawab, maka dia akan berkata terserahlah. Tapi saat dirinya ingin difahami, sekali lagi dia mengucapkan perkataan terserah. Semuanya terserah.

Sikap ini seharusnya dihentikan. Dan harus difahami, semua masalah tidak akan selesai dengan mengucapkan perkataan terserah. Sebaliknya kita harus membuat keputusan yang tepat.

Bila masanya wanita haru berhenti mengucapkan perkataan terserah?

IKLAN

1) Suatu saat kita harus memilih

Jika satu hari kita dihadapkan dengan masalah yang memerlukan kita memberi jawapan, adakah kita mahu mengucapkan perkataan terserahlah? Misalannya kita dilantik sebagai ketua dalam jabatan, sudah pasti kita akan mengucapkan perkataan itu kerana kita harus membuat keputusan. Begitulah dalam rumahtangga, kalau ada hal tidak disenangi atau memerlukan kita membuat keputusan, jangan serahkan pada suami untuk memberi jawapannya. Jadilah orang yang berani membuat keputusan dalam hidup.

IKLAN

2) Sifat itu kadang menjengkelkan

Tidak semua lelaki suka wanita yang menyerahkan kepadanya untuk membuat keputusan. Mereka juga mahu mendengar keputusan yang baik kerana hubungan rumahtangga adalah hubungan dua hala dan bukannya sehala saja. Jika sering mengucapkan terserahlah, kita ternyata malas untuk berfikir. Lama kelamaan orang akan malas meminta pendapat dari kita. Jadi belajarlah membuat keputusan dalam hidup dan bukan orang tentukan hidup kita.

IKLAN

3) Jangan rasa terlalu selamat

Menyerahkan kepada orang lain untuk membuat keputusan bukanlah langkah yang bijak. Kerana tidak semestinya jawapan orang itu tepat pada kita. Bila biasa menyerahkan hidup pada orang, ia sebenarnya membuat kita rasa terlalu selamat dan duduk dalam zon yang selesa selain tidak berdaya maju. Jadi belajarlah buat keputusan sendiri. Betula tau salah itu nombor dua kerana kalau salah kita masih boleh memperbaikinya lagi di masa akan datang tapi belajarlah buat keputusan dulu.

4) Tidak semua orang memahami keperluan kita

Terserah bermakna kita menyerahkan dirinya membuat keputusan bagi kita. Tapi jawapan yang dia pilih itu belum tentu sesuai dengan jiwa dan hati kita. Jadi apa yang kita mahukan kerana sikap sebegini sebenarnya tidak baik dalam perhubungan. Tidak semua orang memahami apa kita fikirkan. Jadi berhentilah cakap terserahlah. Nanti jiwa kita akan lebih kuat khususnya bagi pasangan baru mendirikan rumahtangga.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI