Lelaki diciptakan oleh Allah S.W.t sebagai pemimpin. Dibahu mereka terletak tugas dan tanggungjawab yang besar. Malah di bahu mereka juga dibebani dengan amanah yang berat untuk dipikul iaitu diperintahkan menjaga wanita sepertimana firman Allah dalam Surah An Nisa’ ayat 34 yang bermaksud Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita. Oleh itu Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan) dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari hartanya (surah An Nisa’ ayat 34).

Ternyata, dari usia sekecil 12 tahun, Nik Nur Muhammad Akid Najwan sudah memikul tanggungjawab memikul sebagai ketua keluarga biarpun kanak-kanak lain seusianya bebas bermain.

Hal ini berlaku selepas bapanya, Nik Razuan Nik Par didapati lumpuh manakala ibunya Zaleha Manaf pula masih dalam berpantang hari ke 20 selepas melahirkan anak keempat.
Dalam laporan Sinar Harian, Nik Nur Muhammad Akid Najwan tidak kekok memberikan susu buat ayahnya selain membersihkan bapanya yang terlantar selain menjaga tiga lagi adik-adiknya iaitu Nik Nur Aina Najma, 10, Nik Muhammad Bakri, 5, Nik Nur Basyirah, 20 hari.

IKLAN
Budak 12 Tahun Ambil Alih Jaga Ayah Lumpuh, Pikul Tanggungjawab Sebagai Ketua Keluarga

Menurut Zaleha yang berusia 36 tahun itu lagi, nasib mereka sekeluarga berubah selepas kilang tempat suaminya bekerja di Kemaman mengecilkan bilangan pekerja mereka sebelum mereka sekeluarga pulang ke kampung halamana iaitu di Kelantan bagi meneruskan kehidupan.

IKLAN

“Sepanjang tujuh bulan suami terlantar, kami hanya bergantung kepada sedekah daripada sanak saudara untuk meneruskan hidup kerana ketika itu saya sarat mengandung, sukar untuk mencari kerja,” katanya.

IKLAN

Malah dirinya sangat bersyukur kerana anak sulungnya itu banyak membantunya termasuk sanggup tidur di sebelah katil bapanya yang terlantar sakit akibat masalah jangkitan kuman pada paru-paru sejak Ogos tahun lalu.

Bagi yang ingin meringkan bebanan keluarga ini, boleh salurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1199 5411 00 3236 27 atas nama Zaleha Manaf.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI