Tanah Suci Makkah mempunyai kelebihan berbanding tempat lain. Banyak kenangan sejarah Rasulullah SAW dan kebangkitan Islam di Madinah dan kota Makkah. Selain itu Tanah Suci Makkah juga mempunyai kelebihan bagi mereka yang meninggal di sana. Ia berikutan terdapat riwayat menunjukkan Nabi SAW memuji mereka yang meninggal di Tanah Suci.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sekiranya terdapat dalam kalangan kamu yang terpilih meninggal dunia di Madinah (Tanah Suci), maka bergembiralah. Sesungguhnya sesiapa yang terpilih (oleh Allah) untuk mati di Madinah, Aku akan menjadi saksi dan syafaat untuknya pada hari kiamat kelak.” (Riwayat al-Tabrani: Hasan Sahih).

Melalui perkongsian di Facebook miliknya, seorang anak muda berkongsi kisah pemergian ibunya ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah. Kata pemuda itu, ibunya berkali-kali berpesan supaya mengkebumikan jenazahnya di Makkah jika ditakdirkan meninggal dunia di sana.

Berikut perkongsian Shafwan Redhauddin Shatri.

Makkah.

Special place in my heart.
Tanah haram.
Tempat terbaik dan paling suci didunia.
Tempat adanya Kaabah dan air zamzam.
Tempat lahirnya Rasulullah.
Tempat Rasulullah menerima wahyu yang pertama.
Tempat wafatnya isteri Rasulullah, Siti Khadijah.

Dan juga tempat bersemadi arwah umi.

Umi selalu pesan, kalau umi mati nanti masa buat umrah, jangan bawa balik jenazah umi. Umi nak tanam dekat sini.
Berkali kali umi pesan.

8/2/2019

Kami sampai di mekah dan alhamdulillah umi selesai buat umrah bersama2 kami. Cuma umi tersangat lemah dan muntah 2 kali semasa saie. Muka dia sangat pucat. Terus balik ke hotel umi terus baring.

9/2/2019

Umi mengadu dia makin sakit. Susah nak gerak. Dia selalu kata dia rasa “sekok” bahagian perut. Aku dan aqi hanya boleh tolong apa yang mampu sahaja. Urut sana sini. Umi makin kurang menjamah makanan berbanding sebelum ini.

Malam tu, aku dan aqi bawa umi ke tandas. Umi nak sangat makan tohinah dan roti ish. Dia suka makanan tu since aku bawa dia makan2 dimesir dulu. Aqi ambil di Restoran bawa ke bilik. Tohinah, roti ish dan buah zaitun hijau. Itu kali terakhir aku bergurau dengan umi dan bagi makan dekat umi. Umi makan atas wheelchair sambil gurau-gurau dengan aku dan aqi. Sebelum tidur aku sempat potong kuku kaki umi. Sebab sudah panjang.

10/2/2019

Aku minta izin untuk buat umrah ke 2 seorang diri. Umi benarkan. Masa tawaaf, masa saie aku lebih banyak doakan untuk umi dari aku sendiri. Minta Allah kurangkan sakit dia. Minta Allah kasihani dia.

Anak mana sanggup tengok mak sendiri dalam kesakitan.

Balik dari umrah umi mengadu makin sakit dan susah untuk bernafas. Dia tak boleh bergerak ke kanan atau mana2 position. Hanya satu position sahaja dia boleh duduk. Reliving position. Aqi call ambulance untuk bawa umi ke hospital.

Sementara tunggu aqi bawa paramedic masuk ke bilik, aku urut belakang umi. Aku minta maaf dan minta halalkan segala benda dari umi.

Aku menangis masa tu. Umi dalam tahan kesakitan, umi kata “abang, maafkan umi ya”

Lagi berderai air mata aku. Apa hak aku untuk umi minta aku maafkan dia? Aku anak. Dia mak. Aku yang patut minta maaf pada dia.

Sampai di hospital, masyaAllah. Kesabaran diuji setinggi-tingginya. Dengan system hospital arab. Dengan perangai arab. Dengan kehabisan morphine. Perlbagai lagi. Tapi alhamdulillah masih boleh tenang. Suapkan umi air zamzam dan bacakan al-Quran.

Lepas Isya umi makin critical Dr masukkan dalam icu emergency. Kemudian pukul 11 pm umi mula menunjukkan kemerosotan pernafasan dia. MasyaAllah. Sedih tersangat sedih.

Pukul 1 am semua bacaan dimonitor makin rendah. Aku dan aqi bergilirgilir zikir dan mengucap ditelinga umi. Umi pesan bende tu berkali-kali sebelum ini.

Tepat 1:51 am heart rate umi flat di monitor. Masa itu, terkaku, terdiam, rasa dunia stop berpusing.

Seorang manusia, yang doanya untuk aku tiada hijab antara Allah, dah tiada di dunia ini. Apa terjadi selepas itu biar la antara aku dan aqi. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan, dan umi selamat dikebumikan di Tanah Haram Makkah pada hari yang sama selepas waktu asar.

Jenazah umi disembahyang di dalam masjidil Haram yang disembahyangkan oleh beribu mungkin jutaan manusia. MasyaAllah, satu kematian yang dicemburui. Yang terbaik. Yang diimpikan oleh semua orang islam.

Tenanglah umi di sana. Tiada lagi sakit yang umi perlu tanggung lagi. Tiada lagi sekok yang umi akan rasa. Tiada sedih lagi.

Hari ini hari terakhir abang dan aqi di kota haram Makkah, umi. Meninggalkan beribu kenangan manis dan pahit antara kita umi. Meninggalkan tempat paling suci di dunia.
Meninggalkan umi di sini buat selama-lamanya.

Maafkan abang, umi.
InsyaAllah, jumpa lagi nanti, diSyurga.

Selamat jalan Umi.
Terima kasih Umi.
Jumpa lagi.

-Makkah, 14 Februari 2019- @ مسجد الحرام – Masjid Al Haram

KASHOORGA: Mungkin akan ada yang bertanya, bolehkah kita sentiasa berdoa agar pengakhiran hidup kita di satu daripada dua Tanah Suci ini? Jawapannya, boleh. Umat Islam dibenarkan untuk sentiasa berdoa agar mati di Tanah Suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau ibadat haji.

Sumber kredit: FB: Shafwan Redhauddin Shatri