Solat duha ialah solat sunat yang dilakukan dalam waktu duha iaitu bermula dari terbitnya matahari hingga sebelum matahari berada di tengah-tengah. Untuk lebih mudah, waktu solat duha adalah kira-kira antara pukul 7.30 pagi – 11 pagi waktu tempatan. Walaupun ada beberapa pendapat berkaitan dengan waktunya, mudah bagi kita untuk mengambil waktu yang lazim iaitu sekitar pukul 8 pagi hingga 10 pagi.
Semestinya solat sunat duha ini mempunyai fadilatnya tersendiri kepada setiap manusia yang mengerjakannya. Apatah lagi jika dilakukan dengan penuh kesungguhan semata-mata kerana Allah SWT.
Disebutkan banyak kelebihan dan keutamaannya dalam beberapa hadis, antaranya dalam satu hadis yang panjang iaitu Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing kamu untuk setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang dadanya. Maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah dari kemungkaran adalah sedekah dan sebagai dari ganti itu semua cukuplah dengan mengerjakan dua rakaat dhuha.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
Ads
Sharifah Zarina, penyanyi yang popular dengan lagu Langit Ketujuh juga turut mengamalkan solat Dhuha. Dalam Instagramnya, dia turut berkongsi doa solat Dhuha.
Doa Dhuha. Percaya dan yakinilah akan keajaibannya. Amalkan dan lihat sendiri keajaiban yang tidak pernah disangkakan. Diknon ni baca doa pun mmg beralun berombak begini. Sapa geng ngaji taulah. Lama nak tunggu turn depa sebab diknon nak habiskan satu muka surat pun mcm satu juzuk baca.
Luangkanlah masa seharian sekitar beberapa minit sahaja bagi mengerjakan solat ini agar kita memperoleh keberkatannya bersama. Yakinilah bahawa setiap amalan yang baik itu akan diberi ganjaran pahala oleh Allah di akhirat kelak nanti.
Butir-butir kata yang dilontar daripada mulutnya ditambah dengan kelembutan suara, menyejukkan jiwa buat sesiapa yang mendengar. Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, ikon pendakwah wanita yang amat dikagumi.
Keakraban dan kemesraan beliau bersama imamnya, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid agak dicemburui. Ramai yang ingin menjadi seperti pasangan merpati dua sejoli ini.
Tidak lokek berkongsi rahsia kebahagiaan, berikut diperturunkan 10 tip untuk mengekalkan kemesraan bersama suami seperti yang diamalkan dalam kehidupan harian beliau.
1. Curahkan kasih sayang dengan sepenuh hati.
2. Patuhlah kepada suami dengan apa adanya.
3. Mendengar kata-kata suami dengan baik disertai ketaatan.
4. Sentiasalah isteri mempertahankan pandangan mata suami dengan memakai pakaian yang baik-baik.
5. Sentiasa menjaga ‘hidung’ suami dengan memakai bau-bauan yang wangi.
6. Sentiasa memperhatikan waktu tidur suami
7. Sentiasa menjaga makan minum suami.
8. Jagalah harta benda suami dengan sebaik-baiknya.
9. Isteri perlulah menjaga keluarga dan anak anak dengan baik.
10. Jangan sesekali menyebarkan rahsia suami.
Pujangga Arab ada mengatakan wanita itu adalah tiang negara. Seandainya wanita itu baik, majulah negara, seandainya wanita itu rosak akhlak maka mundurlah negara. Demikian juga kata penyair Arab, Ahmad Syauqi, ibu itu adalah umpama sebuah sekolah.
Jika anda memberikan peluang kepadanya nescaya ia akan memberikan kepada anda satu bangsa yang berakar umbi baik. Jadilah wanita yang hebat dan bijaksana. Cantikkan diri dengan akhlak, bijak menambat hati suami serta mendidik anak-anak dengan iman dan takwa kepada Allah.
Sumber: Sisipan Wanita Oh Wanita, Sinar Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pastinya menginginkan zuriat sebagai penyeri rumah tangga. Namun tidak semua pasangan bernasib baik memiliki cahaya mata yang didambakan. Setahun, dua tahun, tiga tahun namun zuriat yang diidamkan masih juga belum ‘muncul.’ Orang-orang sekeliling sudah mula bertubu-tubi bertanya bila nak dapat anak ni? Ya! Soalan yang sukar dijawab dan tiada jawapan.
Penderaan dari segi jiwa terutamanya wanita tentunya membuatkan kehidupan diselimuti kesedihan. Pastinya apabila melihat pasangan lain yang mengendong anak, hati terasa sedih dan pilu. Tertanya-tanya bilakah saatnya akan dikurniakan zuriat yang diidam-idamkan.
Perkongsian kisar benar seorang wanita yang dipetik dari laman Facebooknya mungkin boleh dijadikan sumber inspirasi buat wanita di luar sana yang sedang ‘berjuang’ untuk mendapatkan zuriat. Moga kalian semua terus kuat, terus berusaha dan jangan putus-putus berdoa agar dikurniakan zuriat suatu hari nanti.
Zuriat ( kisah benar )
Sekadar inspirasi utk yg lambat dpt cahaya mata.
CEMBURU DENGAN WANITA YANG ADA ZURIAT
Saya bernikah pada tahun 1998. Zuriat? Ya, anak, penyeri rumahtangga. Semua wanita impikan. Mimpikan. Inginkan. Begitu juga saya dan suami. Keluarga sikit tak kisah, bagi mereka itu semua Allah yg punya kuasa. Tapi tidak bagi saya, saya sangat teringin zuriat sendiri. Begitu juga suami. Suami sering ingatkan saya, sabar ya Sayang.
Saya seperti wanita mental bila menjelang 10 tahun perkahwinan, air mata peneman, sejadah bersiram air mata setiap hari, saya sngt cemburu dgn wanita yg melahirkan zuriat, bila kawan2 bersalin, saya balik rumah dah kurungkan diri berhari2. Allah, dimana silap saya sampai begini saya di uji.. Allahhuakhbar. rapuhnya iman saya bila saya mula terfikir nak culik anak org.
HAMIL DALAM USIA 41 TAHUN
Hari berganti, saya tak bercampur masyarakat, hanya pergi balik kerja, begitulah sehingga 19 tahun usia perkahwinan. Doa sedetik tak pernah putus dlm hati. Sangat teringin utk jadi ibu, punya janin di dalam rahim, sampai kan saya pernah berdoa, Ya allah, bagilah peluang pada hambamu ini utk merasa nikmat menjadi ibu, walaupun janin yg cacat sekalipun, aku sanggup Ya Allah … Allah hu Akbar ..
Setiap hari saya menunggu dah 20 tahun, sehingga saya jatuh sakit, Allah, dugaan .. Saya redha andai ini bahagian saya. Saya ke hospital utk terima rawatan, ambil darah, urin test … Doctor dtg kepada saya sambil tanya, puan sekarang umur berapa ? Saya jawab 41 . Doctor senyum, dia ckp puan hamil tau… serta merta, bergenang air mata saya .. Allahhuakbar, ya Allah .. Allah maha berkuasa . Allahmdulillah …. Habis segala puji utk Allah. Ya, sya disahkan hamil 4 bulan..
AIR MATA KESYUKURAN
Perasaan saya, melangkah keluar hospital, diri rasa diawangan, rasa mcm mimpi. Memandu pulang dlm keadaan gigil. Sampai rumah saya kaku, diam sampai suami saya pulang. Saya ajak suami berjemaah, dia kata nti abg mandi dulu. Selesai solat, saya pegang tangan suami, saya tatap mata dia, tapi suami seperti biasa, sabar ya sayang, Allah belum beri kita rezeki, saya dpt lihat air mata suami walau dia cuba sembunyikan. Saya gengam tangan dia, saya ckp, abg, syg mengandung 4 bulan. Sepantas kilat terkeluar dari mulut suami, apa?? Betul ke syg? Betul ??? Syukur ya Allah.. Tinggi suami menadah tangan mensyukuri rezeki Allah. berderai air mata kami suami isteri.
SUAMI AMBIL CUTI SEMINGGU, SETIAP MALAM DISEJADAH
Suami ambil cuti seminggu, selama seminggu setiap malam dirinya disejadah, tak henti bersyukur. hidup saya seperti mati hidup balik. Saya mula nampak cahaya matahari. Saya sudah ketawa, saya sngt bahagia .
Kandungan saya tiada masaalah, bersalin ceazer sebab anak besar. 11.00 mlm saya msuk dewan bedah, 11. 15 pm saya dah nampak anak saya. Syukur ya Allah, bagi saya rasa jadi ibu. Anak saya berambut lebat hitam, kulit sangat merah, perempuan, cukup sifat dan sempurna, berat 4.3 kg. Tak berhenti di mulut saya, syukur ya Allah, syukur Alhamdulillah. Satu2 nya anak tunggal saya kerana saya tidak d benarkan hamil lagi memandangkan usia sudah 41 tahun.
Puteri Marissa bt Abdul Rahman Dikau segalanya bagi mama dan papa Alhamdulillah..
Sumber kredit: Nor Farah Dilah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Apakah hukumnya seseorang itu menyembunyikan pertunangannya daripada diketahui oleh masyarakat di sekelilingnya?
JAWAPAN:
Pertunangan adalah janji bagi kedua belah pihak iaitu bakal suami dan isteri dalam mengikat tali perkahwinan dan selalunya ia melibatkan waktu-waktu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Sebahagian ulamak melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah suatu yang digalakkan. Ini kerana terdapat sebuah hadis daripada Ummu Salamah R.Anha yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: Zahirkan (umumkan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan.
Riwayat al-Imam al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus (1/1/27)
Disebabkan itu, sebahagian al-Malikiyyah berpendapat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah digalakkan. Ini sepertimana yang terdapat di dalam kitab Syarh Mukhtasar al-Khalil yang mana al-Kharasyi
Rahimahullah (wafat 1101H) menyebutkan:
Maksudnya: Adapun al-Khitbah (pertunangan), maka digalakkan untuk menyembunyikannya seperti al-Khitan. Digalakkan untuk menyembunyikannya kerana takut akan hasad yang mana boleh membantu merosakkan diantara orang yang bertunang dan ahli yang ditunangnya.
Adapun sebahagian pendapat yang lain menyatakan bahawa tiada masalah iaitu dibolehkan untuk menghebahkan perihal pertunangan seseorang itu kerana tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian.
Kesimpulannya bahawa perlunya agar pertunangan itu dihebahkan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pinangan atas pinangan yang mana ianya jelas dilarang di dalam Islam. Dengan menghebahkan pertunangan, sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya perkara tersebut.
Dalam sebuah hadis daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: Janganlah seseorang itu membeli atas pembelian saudaranya dan janganlah meminang atas pinangan saudaranya yang lain kecuali jika diizinkan.
Riwayat Muslim (1412)
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah (wafat 676H) mengatakan bahawa hadis di atas secara zahirnya menunjukkan haramnya meminang atas pinangan orang lain sekiranya pinangan itu telah diterima dan tidak mendapat keizinan dari orang yang meminang tersebut. Jika berlaku perkahwinan, maka sah perkahwinan tersebut namun perbuatan meminang atas pinangan orang lain itu adalah berdosa.
Tiada masalah untuk seseorang itu menghebahkan pertunangannya. Namun janganlah berlebih-lebihan dalam menghebahkannya serta menyambutnya seolah-olah seperti berlangsungnya majlis perkahwinan kerana pertunangan itu adalah perjanjian menuju perkahwinan dan boleh sahaja sesuatu pertunangan itu dibatalkan.
Oleh yang demikian itu, bersederhanalah dalam pertunangan itu adalah lebih dituntut dan boleh juga sekiranya seseorang itu untuk merahsiakan pertunangannya untuk aman dari berlakunya hasad dengki dan sebagainya selagi mana tidak timbulnya fitnah.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.