‘Dah rujuk Pejabat Agama, tak jalan.’ Isteri garang lepas hamil anak kedua, suami trauma sampai nak mohon cerai kerana sikap garang isteri telah ditegur berkali-kali.
Malah sikap garang isteri ini membuatkan sang suami trauma untuk balik ke rumah. Aduhai suami pun, sepatutnya dia memahami mengapa isterinya berubah sikap. Sudah tentu perubahan sikap isteri berpunca daripada suami juga.
Tindakan mohon cerai bukanlah satu langkah yang bijak, apatah lagi pasangan ini masih muda dan anak-anak juga masih kecil. Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik mengapa wanita berubah watak selepas berkahwin dan memiliki anak.
Hari ini kami dapat kes cerai, permohonan daripada pihak suami. Tak tahulah hendak gelak atau nak kasihan dengan suami ini. Tapi rasa macam hendak berfikir pun ada, sebab hendak tahu sangat, apa yang ada di dalam benak hati dia sebenarnya.
Kedua-duanya dalam usia awal 30-an. Ada dua orang anak. Anak pertama berusia 3 tahun, anak kedua berusia 3 bulan.
Si suami hendak bercerai sebab isterinya garang, sudah tak sama macam masa dia kenal sebelum dan masa mula-mula berkahwin.
Katanya dia memilih isterinya sebab isterinya seorang yang lemah-lembut, tak banyak cakap dan suaranya rendah.
Tak Jalan
Sejak mengandung anak kedua, isterinya selalu marah-marah. Dan sejak anak kedua itu lahir, isteri masih tak berubah. Selalu marah-marah, jerit dekat anak pertama.
Ads
Sampai ada masa dia pun terkejut dengan jeritan isterinya. Untuk makluman, lelaki ini seorang yang bersuara perlahan dan lemah lembut.
Dia sudah pesan banyak kali, sudah tegur banyak kali, isterinya tak berubah. Kalau berubah pun sekejap saja. Nanti bila anak bat hal, dia tinggikan suara lagi.
Isteri Garang
Isterinya adalah suri rumah. Katanya dia lebih tenang bila keluar bekerja. Bila nak balik rumah, hatinya mula rasa takut.
Ya, ayatnya, dia takut dengan isterinya. Ketakutan itu yang membawa kepada pemikirannya untuk bercerai.
Kami sudah minta dia hadiri kaunseling di mahkamah, tapi katanya dia dah pergi. Dia macam sudah ada trauma dengan isterinya.
Saya tanya, takkan hanya sebab itu nak bercerai. Katanya sebab itu saja. Hmmmmm….
Lepas Hamil Anak Kedua
Saya hendak beritahu kepada para lelaki yang ingin berkahwin di luar sana.
Ads
Perempuan ini ada jenis yang masa sebelum kahwin, lemah lembut, gemalai, pemalu, suara volume 2/10 saja, tak pernah lebih.
Tapi lepas dia ada anak, dan anak mula lasak, automatik dia akan lebih agresif. Dia berubah mengikut keadaan.
Lihatlah mana-mana wanita yang bergelar ibu kepada sekurang-kurangnya 2 orang anak, dulu masa sebelum berkahwin, dia mesti seorang yang lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri wanita solehah. Tapi lepas ada anak, blok sebelah boleh dengar suara dia.
Suami Trauma Sampai Nak Mohon Cerai
Jangan pelik, ini terjadi kepada semua para ibu. Kerana dia perlu menjaga keluarganya. Dan dia ada keletihannya yang tak sama seperti masa sebelum dia berkahwin.
Pernah dengar askar komando berbisik dengan orang yang diajarnya? Kalau ada, semua askar lembiklah jawabnya.
Pernah dengar cikgu bersuara volume 2? Kalau ada, mengantuklah muridnya.
Dia berubah mengikut keperluan. Ini secara semulajadi. Jangan pelik.
~Farizal Radzali~
Lain orang lain rezeki yang diberikan oleh Allah. Namun janganlah kita berputus asa dan teruskan berdoa agar Allah terus murahkan rezeki kita.
Lebih-lebih lagi untuk pasangan yang mahu berkahwin, pastinya perlukan bajet yang mencukupi untuk menampung kos majlis kenduri nanti.
Ada beberapa ayat al-Quran dalam Islam yang boleh kita amalkan untuk membolehkan rezeki masuk mencurah-curah dan jadi berganda-ganda (jika diizinkan oleh Allah).
Salah satunya membaca Surah Al Insyirah yang boleh diamalkan selepas solat. Bukan sahaja menggandakan rezeki, banyak lagi kelebihan lain jika kita rajin mengamalkannya.
Kelebihan membaca Surah Al Insyirah…Rugi Kalau Tidak Di Amalkan..JOM SHARE!!!
Terjemahan Surah Al-Insyirah :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah) dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya) dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)
Keterangan Surah al Insyirah
Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya, dan tenteram jiwanya, kerana telah memperoleh ilmu pengetahuan (wahyu) yang dianugerahkan Allah kepadanya. Sebetulnya nama nabi Muhammad itu telah ditinggikan Allah, iaitu namanya mahsyur di mana-mana. Tiap-tiap azan terdengar nama Muhammad. Di mana-mana pun di seluruh dunia mengenali Nabi Muhammad.
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, jika ditimpa musibah, ia teringat akan firman Allah ini, iaitu, “Di samping kesusahan ada kesenangan, di samping kesempitan ada kelapangan. Sesudah bala menggoda, di belakangnya nikmat berlipat ganda. Sebab itu ia tidak berduka cita atau berkeluh kesah atas cubaan dari Allah itu. Kerana ia mempunyai kepercayaan, bahawa Allah akan mengganti kesusahan itu dengan kesenangan, jika tidak hari ini mungkin esok hari. Inilah orang yang berhati sabar, yang tidak berputus asa kerana ditimpa satu cubaan melainkan ia terus berusaha untuk mencapai hajatnya. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah, maka ia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa sesuatu bala, kadang-kadabg ia membinasakan dirinya sendiri. Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah.
Kelebihan Surah Al Insyirah
1. Sesiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyirah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
2. Dilapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
3. Membaca Surah Al-Insyirah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
4. Menjadikan Surah Al-Insyirah wirid pada tiap lepas solat fardhu, nescaya hilang dukacita dan dikurniakan oleh Allah s.w.t. akan rezekinya melimpah-limpah.
5. Sesiapa yang sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyirah nescaya mudah mendapat rezeki dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.
6. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah tujuh kali pada tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan dimudahkan oleh Allah akan rezekinya.
Sesiapa yang sedang dalam kesusahan, hendaklah dia melakukan solat sunat
1. Solat sunat dua rakaat.
2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah).
3. Selesai solat, duduk menghadap kiblat dengan bersungguh-sungguh mengingati Allah dan bacalah Surah Al-Insyirah.
4. Sesudah membaca Surah Al-Insyirah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati.
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang selama ini membesar depan mana akhirnya pergi menemui Ilahi.
Belum sempat mencurahkan sepenuh kasih sayang, ternyata Tuhan lebih menyayangi dirinya.
Inilah yang dilalui oleh penyanyi era 80-an, Dayangku Intan apabila menerima berita anak perempuannya Wanku Intan Sfarafana Rosman, 23 tahun meninggal dunia akibat komplikasi selepas melakukan pembedahan hati.
Dalam artikel di Mstar Online pada 23 Januari lalu, Dayangku Intan memberitahu anaknya terkena jangkitan bakteria yang berkemungkinan daripada kucing peliharaannya.
“Anak saya lahir tanpa hempedu (biliary atresia baby) penyakit ini sesuatu yang kami sudah jangka dariapad dia kecil lagi.
“Tapi dia berjaya survive sampai umurnya 23 tahun..pemindahan hati itu dibuat selepas ada gangguan bakteria. Adik dia akan bertindak sebagai penderma hati,” katanya yang dulu popular dengan lagu Kita Insan Biasa.
Terdahulu, Dayangku Intan menerusi posting di laman Instagram miliknya menyatakan Wanku Intan Syarafana tenat sekitar 13 jam lalu.
Sebelum itu penyanyi ini juga sering memberitahu perkembangan anaknya sebelum dan selepas melakukan pembedahan hati berkenaan hinggalah akhirnya Allah lebih menyayangi anak ketiganya ini.
Dayangku Intan memaklumkan pemergian anaknya ini di media sosial dan minta segala urusan dipemermudakan.
Difahamkan jenazah Wanku Intan Syarafana akan disempurnakan di Masjid Wilayah di Jalan Duta dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di ibu negara selepas solat Jumaat.
Tidak dinafikan, ada hikmah setiap apa yang berlaku. Dalam kita menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini banyak masa hanya diluangkan di rumah saja.
Jadi inilah masa untuk mempertingkat amal ibadah salah satunya dengan membaca Al-Quran. Ramai yang berjaya menghabiskan mengaji atau khatam Quran dan salah seorang selebriti Nora Danish.
Menerusi posting terbarunya di laman sosial Instagram, Nora muat naik fotonya sedang memeluk Al-Quran. Menurutnya dia telah berjaya menghabiskan atau khatam Quran pada 9 malam terakhir Ramadan lalu.
Tambahnya lagi dia ingin sedekahkan amalan yang dibuatnya itu kepada arwah ayahnya dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kata Nora lagi dia berjaya khatam Quran bersama seorang ustazah/ustaz. Menurutnya nampak mudah bagi seseorang itu khatam Quran tetapi tidak buat dirinya.
Ditambah dengan jadual yang padat dan niat untuk berbuat demikian sudah ada sejak lama dulu.
Dan hikmah MCO ini dia tergerak hati untuk mencari semula PU Hafiz yang pernah menghadiahkan digital pen padanya.
Ceritanya lagi perjalanannya juga untuk menghabiskan bacaan Quran tidak mudah. Mulanya hanya satu muka surat, tetapi lama kelamaan menjadi 5 muka surat, 10 muka surat hinggalah 150 muka surat sehari.
Menurutnya juga dia tidak sabar untuk bangun tidur dan mula mengaji setiap hari. Nora juga bersyukur kerana Allah memberikan jalan yang mudah untuknya mengaji.
Ternyata PKP ini memberi fokus 110 persen kepadanya untuk menunaikan tanggungjawab dia sebagai anak kepada arwah ayahnya.
Dan perjalanannya tidak lengkap tanpa sokongan ahli keluarga terutama suami dan ibu tersayang. Nora juga memasang impian untuk membaca terjemahan untuk akan datang.
“Ya Allah , Syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Mcm tak percaya dapat Khatam pada 9 malam terakhir Ramadhan
“SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui. Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini SesungguhNya Allah Maha Penerima. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok.
“Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang , tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu , Jadi saya pula start mengaji Aturan Allah
“Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, u pendorong semangat I. Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik.
“Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini. Allah Maha Mendengar.
“Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini. Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini.
“Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan
Perkongsian Nora ini mendapat respon baik daripada rakan selebriti. dan warganet. Masing-masing turut teruja dengan perkembangan terbaru selebriti ini yang berjaya khatam Quran sepanjang Ramadan ini.
elizadsharifuddin Alhamdullillah , so happy for u babe . Tahniah . Inshaallah sama2 kita berkongsi kebaikan bersama . ( why lah nangis pun comel u nih )
therealfafau Alhamdulillah. Ok kita nagis jugakkkk sbb happy jugakkk sebb nnagiss jugakkk. BIG HUG
yasminhani Alhamdulillah.. Well done.. My niat pun nak khatam.. Faham sangat mmg susah nak baca be banyak n lancar.. Tapi lama2 senang. Syukur
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...