Tidak ada perasaan yang dapat kami gambarkan apabila terbaca tragedi yang menimpa anakanda Nur Aisyah Aleya Abdullah. Ianya terlalu tragis dan kejam. Tindakan yang dilakukan adalah di luar kewarasan akal seorang insan. Malah, jauh lebih hina daripada haiwan.
Apa dosa si anak kecil sehingga diperlakukan sedemikian rupa?! Apa jua perlakuan mereka yang dewasa, usah sama sekali libatkan jiwa yang tidak tahu apa-apa. Kami berharap pihak berkuasa dapat melaksanakan tanggungjawab dengan segera supaya yang bersalah dapat dibawa ke muka pengadilan. Moga inilah kali pertama dan terakhir kita membaca laporan yang amat merenggut naluri keinsanan ini di dada akhbar.
Kami berdoa kepada Allah SWT, semoga Allah kuatkan kaum keluarga anakanda Nur Aisyah di samping peristiwa seperti ini menjadi dan memberi banyak iktibar dan pengajaran kepada kita.
Dari ‘Aisyah Ummul Mu’minin dia berkata; ‘Suatu ketika seorang bayi meninggal, maka aku katakan;
IKLAN
طُوبَى لَهُ عُصْفُورٌ مِنْ عَصَافِيرِ الْجَنَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَ لَا تَدْرِينَ أَنَّ اللَّهَ خَلَقَ الْجَنَّةَ وَخَلَقَ النَّارَ فَخَلَقَ لِهَذِهِ أَهْلًا وَلِهَذِهِ أَهْلً
Beruntunglah dia, apakah dia akan menjadi pipit dari pipit-pipit syurga? Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tidak tahukah kamu bahawa Allah telah menciptakan syurga serta menciptakan penghuninya, dan menciptakan neraka serta menciptakan penghuninya.” (Riwayat Muslim).
Kata Imam al-Nawawi: “Telah bersepakat para ulama Islam yang diambil kira perkataan mereka bahawa sesiapa yang mati dalam kalangan kalangan anak-anak orang Islam, dia adalah termasuk dalam kalangan ahli syurga, kerana dia bukan mukallaf.” (Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 16/207)
IKLAN
Takziah buat sanak saudara dan kaum keluarganya. Semoga syurga nan indah menanti anakanda Nur Aisyah Aleya Abdullah. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuknya.
‘Nasib sempat elak.’ Imam diserang lelaki kurang siuman ketika solat subuh di sebuah masjid di Kuantan Pahang semalam. Mujurlah imam sempat elak daripada serangan lelaki tersebut.
Namun solat jemaah terhenti seketika atas tindakan lelaki tersebut, terkini lelaki tersebut teah ditahan untuk siasatan.
Lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas menyerang seorang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, Kuantan.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 pagi itu, suspek berusia lingkungan 40-an yang berpakaian baju Melayu warna ungu dan berkain pelikat serta berseluar hitam datang menyerang mangsa dari belakang.
Imam Di Serang Lelaki Kurang
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang menjadi imam jemputan untuk solat subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.
“Ketika solat Subuh masuk rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah seramai 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu ‘roller shuter’ masjid.
Ketika Solat Subuh
“Seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman menolak jemaah dari arah belakang menuju ke imam serta cuba memukul imam dengan selipar di tangannya.
“Imam terus mengelakkan diri dari serangan itu menyebabkan solat dihentikan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, pihak keselamatan masjid dan jemaah bertindak menghalang tindakan lelaki itu serta menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
‘Tergamak bunuh anak sendiri.’ Bapa ini baca Yasin 42 kali dan ayat kursi 110 kali demi tutup kekejaman yang telah dia lakukan kepada anaknya sendiri.
Benarlah bila iman tiada, apa saja boleh dilakukan. Bayangkan seorang bapa tanpa rasa bersalah ‘join’ ahli keluarga lain membaca yasin dan ayat kursi seolah-olah tiada apa-apa. Padahal dialah punca segalanya.
Bagi menutup perbuatan kejamnya, seorang lelaki Indonesia berpura-pura bimbang dan menyertai keluarga membaca surah Yasin 41 kali dan ayat Kursi 110 kali, sebagai ikhtiar mencari bayinya yang hilang.
Lelaki berusia 20 tahun itu juga membuat ritual menabur beras bercampur kunyit dan garam di sekeliling rumah, kononnya untuk membantu pencarian anaknya, lapor Kompas.
Hakikatnya, lelaki itu adalah dalang yang membunuh anak perempuannya berusia tiga bulan, dengan mayat ditemui dalam timbunan sampah di tebing sungai Kampung Kaliampo, Margorejo di kota Pati, Jawa Tengah, Selasa lalu.
Bapa Ini Baca
Ketua RW 4 Kampung Pati Kidul, Widiantoro memaklumkan mayat bayi malang itu ditemukan polis kira-kira tiga kilometer (km) dari rumah ibu bapanya.
“Mayat ditemui selepas suspek mengaku membunuh anaknya. Kami terkejut kerana sebelum ini dia melaporkan anaknya hilang dan saya juga melihat dia berkumpul dengan keluarga membaca doa supaya anak ditemui,” katanya.
Mangsa adalah anak kedua suspek dan dia mempunyai seorang lagi anak berumur setahun enam bulan hasil perkongsian hidup dengan isteri yang masih muda.
Yasin 42 Kali
Dalam soal siasat, suspek mengaku kepada polis dia membunuh anaknya dengan menekap muka bayi itu dengan bantal.
“Saya menyesal,” katanya yang dibawa polis pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Pati, semalam.
Dakwanya ketika kejadian, dia bergaduh dengan isteri yang tidak selesa mereka tinggal di rumah ibu bapa suspek, selain wanita itu turut menuntut perceraian.
Ayat Kursi 110 Kali Tutup Kekejaman
Dia juga memberitahu emosinya terganggu apabila dua anaknya meragam dan menangis.
“Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tindakan spontan menekup anak yang kecil dengan bantal hingga meninggal,” katanya.
Suspek mengaku membuat laporan polis palsu mengatakan anaknya hilang dan bersama keluarganya membaca ayat suci al-Quran dan ritual yang boleh membantu pencarian.
Penduduk kampung mengenali suspek sebagai lelaki tidak bekerja yang berkahwin muda dan masih hidup di bawah tanggungan ibu bapa yang berniaga di pasar.
Kematian jemaah umrah, Siti Faridah Ahmad, 64, dari Kota Kuala Muda, Kedah dicemburui umat Islam seluruh dunia yang dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan menuju ke Raudhah, Masjid Nabawi.
Pemergiannya turut dirasai mutawif yang menguruskan jenazah arwah, Nurul Aswar Nasron, yang berkongsi pengalaman menakjubkan kerana berpeluang menguruskan jenazah wanita yang dikatakan suka bersedekah sepanjang hayatnya.
Kisah mengenainya dimuat naik Nurul Aswar di laman sosial miliknya pada 3 Disember jam 12.10 tengah hari waktu Madinah.
Allahuakbar.. Sayunya hati ini.. Tatkala aku ditugaskan menjadi mutawwif kali ini.. Terkesan dengan pemergian almarhumah mak lang paridah dari Permatang Keratong, kota kuala muda kedah sebentar tadi..
Allahyarhamah telah terjatuh ketika dlm langkahan menuju Raudhah Di Madinah. Tanda apa lagi? Sudah tentu syurga sedang menanti ibunda MakLang Paridah..
Rehatlah Mak Lang Paridah setelah engkau penat bekerja.. . Moga Allah ‘tidurkan’ ibunda ku dlm keadaan tenang di Baqi” ini beserta para sahabat Nabi s.a.w…
Gambar ini diambil ketika turun dari Hotel menuju Raudhah.. Selang 15 min sebelum arwah meninggal dunia.. Al-fatihah.
Alhamdulillah.. Saya dah selamat menguruskan jenazah allahyarhamah Mak Lang Hjh Faridah. Byk prosedur yg perlu dilakukan. Namun ianya memberi pengalaman yg sgt berharga buat diriku.
Saya dibantu oleh Ustaz Fitri (Pettani) yg ke hulu ke hilir dlm memastikan arwah dpt cepat disimpan di perkuburan baki’..
Kami berdua mulanya ke pej muassasah bg melaporkan mengenai kematian Arwah. Kemudia kembali ke hosp al ansar semula setelah mendapat surat pemakluman dari pihak muassasah..
Setelah itu kembali ke muassasah setelah beberpa dokumen perlu disediakan. Yg plg mustahak ialah surat dari pihak waris bersetuju dan membenarkan arwah di simpan d kota madinah.
Setelah doa dari kalian semua para jemaah Alhamdulillah pihak Kerajaan (Masjid nabawi) telah memberi kebenaran utk simpan d perkuburan baki’..
Dpt surat tu, kena ke muassasah lagi.. Dpt surat utk sahkan kata waris benar simpan d madinah..
Terus ke balai polis madinah utk kebenaran atau permit mengubur di masjid nabawi. Part ni lambat skit..
Dah dpt surat dari balai polis, terus ke masjid bir ali (tempat miqat) utk tujuan pengecaman jenazah.. Alhamdulillah dah ok.. Tunggu ambulans utk d bawa ke masjid nabawi.. Mandi di masjid nabawi dan solat di sini..
Arwah dpt katil no 15.. Jd saya dah info kat grup jemaah yg lain termasuk grup ustaz hj ramli utk ramai ramai trun..
Alhamdulillah.. Dpt jugak arwah disolatkan selepas solat asar..
Saya dh cuba yg terbaik bg menguruskan keperluan arwah mak lang di sini.
Coretan ini saya nukilkan utk semua krn demi Allah sesungguhnya saya sgt mencemburui wanita ini tika akhir hayatnya dlm perjlnan menuju raudhah.
Lembut tutur bicara nya.
Benarlah janji Allah.
Tinggallah maklang di sini bersma lebih 100 ribu para syuhada dan sahabat nabi. Berbahagialah Mak Lang di sini..
Mak Lang, esok… kami semua akan pulang ke Malaysia menyambung perjalanan hidup kami yg mash berbaki. Pasti cerita ini akan membuatkan kami mengalirkan setitis air yg jernih dari kelopak mata kami..
Mak Lang, rehat dulu ya… Izinkan saya berkongsi pengalaman ini dgn rakan² di Malaysia.. Terima kasih Mak Lang.. Moga satu hari nanti kita akan diketemukan dlm sebuah mahligai yang indah d syurga..
Menurut Nurul Aswar, Siti Faridah yang lebih mesra dipanggil Mak Lang dikenali sebagai seorang yang lembut tutur bicaranya.
“Tinggal lah Mak Lang di sini bersama lebih 100,000 para syuhada dan sahabat Nabi, berbahagialah Mak Lang. Esok, kami semua akan berangkat pulang ke Malaysia menyambung perjalanan hidup kami yang masih berbaki.
“Kisah Mak Lang pasti akan membuatkan air mata kami mengalir,” coretnya.
Siti Faridah meninggal dunia 1 Disember lalu ketika sedang melangkah menuju ke Raudhah, Masjid Nabawi kira-kira jam 9 malam iaitu satu lokasi yang mana digelar taman syurga oleh Rasulullah SAW dan merupakan tempat paling mustajab untuk berdoa.
DIKEBUMIKAN BERDEKATAN MASJID NABAWI
Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Baki, Kota Madinah yang terletak berdekatan dengan Masjid Nabawi.
Menurutnya, biarpun perlu melalui pelbagai prosedur termasuk mendapatkan kebenaran rasmi dari waris, dokumen pengesahan pihak berkuasa, permit kubur dan pelbagai urusan lain, akhirnya proses pengebumian di Perkuburan Baki mendapat keizinan kerajaan Arab Saudi melalui pengurusan Masjid Nabawi.
“Alhamdulillah, proses pengurusan jenazah Allahyarhamah Mak Lang Hajah Faridah lancar, walaupun banyak prosedur yang perlu dilakukan, namun ianya memberi pengalaman yang sangat berharga.
“Bila dah dapat surat dari balai polis, terus ke Masjid Bir Ali (tempat miqat) untuk tujuan pengecaman jenazah, Alhamdulillah selepas itu ambulans membawa jenazah ke Masjid Nabawi untuk dimandi dan disolatkan,”katanya.
Menurut Nurul Aswar, perjalanan pulang ke Malaysia sudah pasti dirasakan amat berat serta suatu kehilangan besar bagi 46 jemaah kumpulan itu kerana terpaksa meninggalkan Mak Lang bersama ‘kekasih ALLAH’ yang lain di pusara indah yang sudah tertulis buatnya.
Sumber kredit: Sinar Harian & FB: Nurulaswar Nasron