
Aktres remaja India, Zaira Wasim membuat keputusan untuk berundur dari Bollywood kerana dunia perfileman mengganggu kehidupannya sebagai orang Islam.
Bintang filem Dangal itu berkata, keperluan dalam kerjaya industri perfileman India menyebabkan dia tidak dapat memupuk imannya.
“Perjalanan ini meletihkan. Justeru, saya membuat keputusan yang wajar dan saya secara rasmi mengisytiharkan pengunduran saya daripada bidang ini (lakonan),” kata Zaira dalam satu kenyataan di media sosial.
Dangal atau bermaksud gelanggang gusti dalam bahasa Hindi, adalah berdasarkan kisah benar seorang ahli gusti amatur India yang bercita-cita mahu melihat dua anak perempuannya menjadi juara gusti.
Filem itu memecahkan rekod jualan tiket paling banyak dalam tahun 2016.
TIDAK MENYUKAI KERJAYA YANG DICEBURI
Zaira memenangi Anugerah Kanak-Kanak Kebangsaan untuk Pencapaian Luar Biasa kerana wataknya dalam filem tersebut yang menampilkan gandingan bintang Bollywood, Aamir Khan.
Aktres berumur 18 tahun itu berkata, walaupun dilimpahi kemasyhuran dan populariti, dia tidak menyukai kerjaya tersebut.
“Bidang ini sememangnya membawa limpahan kasih sayang, sokongan dan tepukan tetapi ia juga membawa saya kepada jalan kejahilan ekoran saya secara tidak sedar, meminggirkan iman saya,” kata Zaira.
Sementara itu, ulama tersohor dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk serta bekas Ketua Menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah merupakan antara individu yang menyokong keputusan Zaira untuk menamatkan kerjayanya dalam industri perfileman Bollywood.
Berikut catatan Zaira Wasim di laman Instgaramnya yang turut mendapat ‘sokongan’ ulama tersohor dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk.
https://www.instagram.com/p/BzUBXYrlsml/?utm_source=ig_web_copy_link
KOMEN DARIPADA ULAMA TERSOHOR DARI ZIMBABWE, MUFTI ISMAIL MENK
Sumber kredit: Kosmo Online
VIDEO KASHOORGA:
Suaminya Sudah ‘Pergi’ Dijemput Ilahi Akibat Kemalangan, Tak Tergamak Nak Beritahu

Saat ajal datang menjemput, tinggallah insan-insan yang tersayang yang di dunia yang fana ini. Namun bagi waris yang tinggal, menghadapi sebuah kehilangan bukanlah semudah yang disangka apatahlagi yang pergi itu ‘dahan untuk berpaut.’
Sekitar jam 2130-2200 malam tadi, saya ke kedai belikan makanan. Sekali taukey kedai bagitau ada kemalangan kat depan tu. Elok dah bungkus nak balik saya pi la tengok sat. Innalillahiwainnailaihirajiun dah meninggal. Ambulan baru sampai dah sahkan meninggal lalu ambulan pulang.
Sementara menanti Polis sampai saya pun tanya-tanya orang ramai ada sesiapa cuba hubungi keluarga? Tak ada katanya. Tanya juga wallet ke handphone ke ada tak. Depa kata ada tu dok atas dia ada orang letak. Mayat sudah ditutup dengan kain batik dan dipayungkan. Katanya alamat mykad dari Perak.
Beranikan diri juga untuk tengok jenazah dan cuba ambil beg yang berisi wallet rupanya ada purse wanita, buka tengok eh ini mykad isterinya barangkali. Nak jadikan cerita phone tu tak lock. Cuba tengok last call siapa dan contact. Mujur ada contact ‘Sayangku….’ lalu capai telefon bimbit saya cuba hubungi, 2x tanpa jawapan. Nak jadi cerita bila dail nombor phone isterinya ditelefon saya ada nama Kak…., orang ramai yang tengok pun hairan
“eh tu ada save nombor kenai ka” depa tanya
“Ishh saya tak kenai, tak tau macam mana ada nombor ni dalam phone saya” balas saya.
Kali ketiga call masih tak berjawab. Ermm. Tiba-tiba dia call balik terus tanya,
“Maaf puan nama saya Sayuti, puan kenal ka Mohd R…..?”
“Ya ya saya kenai tu suami saya, dia ada kat mana?”
“Oh maaf nak bagitau dia kemalangan,” serius tak gamak nak cerita sebenar.
Terus agak kelam kabut dia…
“Ya ka dia kat mana, boleh dak mai ambik kak, kak pregnant ni, anak sorang dah tido 3 tahun sorang lagi 1 tahun lebih. Macam mana kak nak pi” katanya
Jauhkan telefon sekejap saya yang gigil. Waktu tu saja loud speaker biar semua saksi dengar saya call isterinya. Depa pun tak terkata apa.
“Dia teruk ka ada luka ka, eksiden tang mana ni?” soal isterinya
“Ya ada la luka sikit, (dalam hati, aku tak tau nak habaq macam mana. Tak gamak?), dekat simpang Kepala Batas-Kg Naga ni tepi Masjid Kepala Batas” jawab saya. Tangan pun dah mula gigil aduh.
“Kak habaq dah kat dia tak sat jangan keluaq, dia nak keluaq jugak, macam mana kak nak pi adik boleh tolong ambik kak dak” katanya
“Kak pregnant berapa bulan ni?” Tanya saya
“4-5 bulan, anak-anak pun dah tidoq ni, kak nak pi macam mana” balas dia
Fikir macam mana nak cakap tak gamak, terus dapat idea spontan.
“Ok kak tenang macam ni, kak pi panggil jiran sat biar saya cakap, kak dok rumah kampung ka taman?”
“Rumah taman”
“Ok kak pi panggil jiran sat ada dak pi sat” kata saya.
Lalu dia pun ke rumah jiran dengan dia bagi salam ke rumah jiran tiba-tiba dia pass telefon kat jiran, seorang wanita memperkenalkan diri dan saya pun bagitau
“suaminya kemalangan tapi suami puan ada? Boleh saya dakap dengan dia?”
“Ada-ada sat na” balas jiran
“Hello ya” suami jiran beliau
“Maaf tuan nama apa ya” soal saya
“Nama saya xxx”
“Ok macam ni tuan, suami puan ni kemalangan, tuan duduk jauh sikit daripada isterinya ya dan jangan loud speaker.” Pesan saya. Sambung..
“Suami puan ni dah meninggal. Saya tak gamak nak cakap kat dia takut dia pitam ka pengsan sorang-sorang kat rumah, jadi saya minta dia panggil jiran dulu. Tuan tolong urus apa yang patut ya, mayat masih disini. Saya pun nak balik dah” kata saya
“Baik-baik terima kasih ya” balas dia lalu talian tamat.
Entah apa yang terjadi dalam keadaan semua kereta berhenti di lampu trafik, motorsikalnya terus luncur laju tepat melanggar belakang Proton Wira ini. Pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. Polis tiba dan saya maklumkan pada Polis saya dah hubungi isterinya.
Elok dah beberapa minit sampai dirumah nombor isterinya hubungi saya tanya dimana suaminya. Saya cuma bagitau depa dah bawa ke Unit Forensik Hospital Jitra.
Allahuakbar, membayangkan bagaimanalah situasinya ketika menerima perkhabaran duka ni. Anak-anak masih kecil, hilang tempat bergantung sang isteri terhadap suami. Semoga puan ini redho dan sabar atas ujian Allah ni. Sesungguhnya kita semua hanya pinjaman yang bersifat baharu dan bila-bila masa saja boleh dijemput pulang.
Saya cuma nak mengajak sahabat semua yang baca posting ini mendoakan buat arwah ini dan dipermudahkan urusan buat isteri serta anak-anaknya.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
الجنة مثواه
“Al Jannatu Mathwah”
“Mudah-mudahan syurga menjadi tempat rehatnya”
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَاب النّارِِ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
AlFatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
Sumber: Sayuti Wan Chik
Tiada Lagi Hiburan Dalam Pesawat, Pakistan International Airlines Alunkan Ayat Suci Al-Quran Dan Selawat

Pakistan International Airlines (PIA) melarang hiburan dalam pesawat dimainkan untuk jemaah ke Jeddah dan Madinah. Sebaliknya sebagai penyedap halwa telinga, pihak syarikat penerbangan akan mengalunkan rakaman ayat-ayat suci al-Quran dan selawat.
Keputusan tersebut dibuat berdasarkan sentimen penumpang, kata jurucakap PIA, Mashhood Tajawar.
“Keputusan memasang ayat al-Quran dan selawat ketika bergerak perlahan untuk melakukan penerbangan dan pendaratan ke Jeddah dan Madinah diambil berdasarkan sentimen orang ramai,” kata Tajawar.
HANYA UNTUK PENERBANGAN KE JEDDAH DAN MADINAH
Tiada muzik akan dimainkan dalam sistem hiburan dalam pesawat. Walau bagaimanapun dakwaan PIA mengharamkan muzik ke semua laluan adalah tidak tepat.
“Ia cuma untuk Jeddah dan Madinah kerana mereka ke sana untuk tujuan beribadat.
“Jadi, muzik atau lagu dalam perjalanan ke sana tidak sesuai,” katanya sambil menambah penumpang penerbangan lain boleh mengakses kepada sistem hiburan dalaman yang tersedia.
PIA juga memutuskan untuk menyambut penumpang memasuki pesawat dengan Qasidah dimainkan sebagai latar belakang.
“Qasidah akan dimainkan ketika penumpang memasuki pesawat PIA untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa,” katanya.
Amalan yang boleh dilakukan ketika berada dalam penerbangan:
* Berselawat
*Berzikir
*Membaca al-Quran
*Membaca buku-buku agama
Sumber kredit: Berita Harian
Berpantang Maut Sebelum Ajal, Lelaki Ini Dan Keluarganya Terselamat Dari Ombak Tsunami

Berpantang maut sebelum ajal. Tidak akan mati seseorang itu sebelum sampai waktu yang ditentukan Allah. Hanya selang beberapa minit memisahkan empat rakyat Malaysia ini daripada menjadi mangsa tsunami yang melanda kawasan peranginan berhampiran Dermaga Ketapang, Pesawaran, Lampung, Indonesia.
Marzuki Mustaffa bersama isteri dan dua anak mereka berada di wilayah berkenaan kerana bercuti sejak Selasa lalu.
Menurut Marzuki, ketika tsunami membadai wilayah Lampung dan Banten, mereka sekeluarga berada di Muncak Teropong Laut untuk melihat pemandangan indah Kota Lampung pada waktu malam.
“Kami turun dari situ kira-kira jam 10 malam. Tiba di bawah kira-kira 30 minit daripada lokasi penginapan yang terletak di kawasan tepi pantai, kami terserempak dengan ramai orang yang berlari ke arah kawasan tinggi.
KEADAAN JADI HURU-HARA
“Keadaan huru hara, kenderaan kami nyaris kemalangan bagi mengelak orang ramai yang berlari dan panik menyelamatkan diri menuju ke puncak.
“Kami yang kebetulan sedang turun berpatah semula naik ke atas selepas menyedari tsunami sedang berlaku di bawah sejurus dimaklumkan penduduk,” katanya.
https://www.facebook.com/bernamaofficial/videos/1956977254338337/
Menurut Marzuki, dalam perjalanan ke puncak, kenderaan dinaiki mereka ditahan penduduk yang terdesak mahu menyelamatkan diri daripada malapetaka itu.
“Kami terpaksa memberhentikan kenderaan kerana tidak sampai hati melihat seorang ibu dan anak kecilnya sebelum mempelawa wanita itu naik bersama kami.
DUDUK BERHIMPIT-HIMPIT
“Kami duduk berhimpit-himpit kerana lima orang menumpang kami, menjadikan jumlah keseluruhan berada dalam Toyota Innova mencecah 10 orang termasuk pemandu.
“Ketika itu jalan mula sesak dengan kereta, motosikal dan lori. Mujur kenderaan kami berada di barisan paling hadapan menuju ke puncak,” katanya.
Marzuki berkata, mereka bernasib baik terselamat daripada malapetaka berkenaan.
“Saya bersyukur kami sekeluarga terselamat dan tidak cedera dalam kejadian itu cuma masing-masing terkejut.
“Kami juga menukar rancangan ke Pulau Tegal Mas kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku,”ujar Marzuki.
Marzuki dan keluarganya akan menaiki kereta api dari Tanjung Karang menuju ke Palembang sebelum pulang ke tanahair Khamis ini.
Sumber kredit: Harian Metro dan Bernama