Di dunia pun gerun tengok ular sawa. ‘Macam mana nak berdepan seksaan di akhirat, bila tak bayar zakat.’ Tak dapat bayangkan bagaimana ular sawa membelit mereka yang tak tunaikan zakat.
Di dunia pun seram bila nampak ular sawa. Takut sungguh. Zakat ertinya “tumbuh dan bertambah”. Ianya juga bererti bersih, berkat, suci dan subur.
Zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima. Ianya telah difardhukan mulai tahun yang kedua Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.
Proses mengeluarkan zakat adalah merupakan asas kesempurnaan dan ketaqwaan kita di dalam menegakkan tunggak agama Islam yang maha suci. Ini kerana dengan mengeluarkan zakat, kita telah melaksanakan salah satu dari rukun Islam yang lima.
Macam Mana Nak Berdepan Seksaan Di Akhirat
Kongsi Ustaz Hanafi Malek:
Allahuakbar.
Ads
Di dunia, tengok ular sawa macam ini pun kita sudah gerun. Macam mana pula nanti hendak berhadapan dengan seksaan ular yang membelit pada hari kiamat.
Barangsiapa yang Allah berikan harta namun tidak mengeluarkan zakatnya maka pada hari kiamat hartanya itu akan berubah bentuk menjadi seekor ular jantan yang bertanduk dan memiliki dua taring lalu melilit orang itu pada hari kiamat lalu ular itu memakannya dengan kedua rahangnya, iaitu dengan mulutnya seraya berkata:
Pengorbanan guru tiada galang gantinya. Mereka ibarat lilin membakar diri sendiri demi memberikan ilmu buat anak bangsa. Jasa mereka juga tiada perkataan mampu diucapkan, hanya Allah yang mampu membalasnya.
Satu perkongsian dari seorang guru dikenali sebagai Ben Zaid yang berkongsi perjalanannya sejauh 80 km setiap hari melalui jalan balak menuju ke sekolahnya, SK Balar di Gua Musang amat menyentuh perasaan.
Lebih mengujakan dirinya bukan menggunakan scrambler sebaliknya hanya motor EX-5 yang mana ia menggunakan tayar yang bukan kebiasaaan digunakan sebaliknya tayar off road berikutan laluan balak itu amat sukar dilalui.
Baca perkongsian dikongsinya di grup EX5 fi Malaysia.
Aku , Fi Kambing untuk anak bangsa.
Dari Kuala Betis Gua Musang ke Pos Balar sejauh 80 km melalui laluan balak yang dah di tinggalkan untuk sampai ke sekolah tempat aku mengajar.
Mula-mula risau juga takut kalau kambing ni mengembek di tengah jalan, Alhamdulillah kambing ni steady meredah jalan yang tuhan sahaja tahu betapa azabnya. Orang tanya kenapa tak guna scrambler? Tak sesuai kawan, jalannya tak sesuai sebab dengan ketinggian dan motornya yang lebar. Kapcai biasa paling sesuai.
Siapa yang tanya kambing ni lasak ke tak? Jawapan aku memang layak di panggil kambing gurun. Minyak jimat. Enjin pickup. Enjin masih standard cuma luaran je aku ada modifield sikit ikut kesesuaian trek bukit.
Perjalanan nak ke sekolah ni Alhamdulillah ambil masa dalam 5 jam untuk musim jalan kering. Risiko tetap ada . Sudah aku nak gambarkan kesukarannya. Tuhan sahaja yang tahu. Musim hujan kadang ambil masa sehingga 7 ke 9 jam untuk sampai ke sekolah. Gitulah rutin aku setiap minggu.
Doakan aku sahabat.
Salam muhibah dari aku sahabat kambing di jauh belantara.
‘Poligami abang tesla, wanita perlu duduk diam dan tak perlu komen.’ Bimbang komen kita nanti akhirnya membawa kepada dosa saja.
Tidak dinafikan, wanita antara paling terkesan dengan video TikTok Abang Tesla yang seakan-akan mempermainkan perasaan wanita terutamanya isteri pertamanya.
Poligamimemang tak salah, namun penyampaian serta content video tersebut membuatkan ramai wanita terasa panas dengan pendedahan kisah poligami Abang Tesla.
Ini pandangan Amirul Hakimin ZH dan mengapa dia sarankan wanita berdiam diri daripada komen yang bukan-bukan di media sosial.
Ada perkara, golongan wanita ni lebih baik duduk diam-diam saja, tak perlu nak komen. Wanita lebih cenderung untuk komen berdasarkan emosi semata-mata. Takut-takut komen tu membawa kepada dosa saja.
Kita sebagai suami , suka atau tak, kita perlu awasi tindakan isteri dan anak-anak kita. Yang salah, kita tegur. Nak tegur, tegur baik-baik. Kalau suami tak mainkan peranan, lama-lama hak suami akan dinafikan dan kita akan hadapi dunia yang penuh dengan lelaki lembik dan tak function.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video di TikTok dimuat naik Abang Tesla yang mengumumkan dirinya sudah bernikah untuk kali kedua.
Menerusi kapsyen dalam video yang dimuat naik di platform berkenaan, Abang Tesla memberitahu yang perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertamanya.
“Tiga jam sebelum melangsungkan pernikahan kedua, solat Subuh sama-sama sambil diiringi air mata.
“Mungkin ramai yang berkahwin tanpa pengetahuan isteri, tapi saya tidak. Saya tidak akan membelakangi isteri saya,” katanya.
Menurut Abang Tesla, isterinya reda dan sangat menjaga aibnya sebagai seorang suami.
“Tipulah kalau dia tidak sedih, tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia mengenai hasrat saya itu.
“Isteri yang baik adalah isteri yang taat kepada suami dan menjaga maruah suami,” katanya lagi.
Tambah Abang Tesla lagi, dia terus berjumpa dengan isteri pertamanya sebaik sahaja selesai majlis akad nikah bersama isteri kedua.
“Selesai nikah saya terus cari isteri pertama untuk make sure (pastikan) dia tidak emosi.
“Poligami adalah sesuatu yang Allah beri untuk memperbetulkan apa yang silap. Jangan disebabkan orang lain, poligami dipandang hina di mata manusia,” katanya.
Dalam hantaran berasingan, Abang Tesla memuat naik video menunjukkannya dan isteri pertama menghabiskan masa bersama.
Bagaimanapun, perkongsian video berkenaan menerima banyak kecaman terutama daripada pengikut wanitanya yang rata-ratanya kecewa selain menuduh Abang Tesla sebagai penunggang agama.
Wanita sekalian,
1. Poligami adalah hak lelaki yang hanya boleh dinafikan sekiranya lelaki itu tidak mampu berlaku adil. Poligami ni sebahagian daripada syariat Islam.
Ketika mana wanita menafikan poligami, anda sebenarnya sudah menafikan syariat Islam.
2. Tidak ada satu seruan kepada lelaki untuk setia kepada isteri, walaupun kepada isteri susah senang bersama. Setia adalah sifat wanita bukan lelaki. Sebab itu wanita dituntut untuk setia berada di rumah, kalau tiada keperluan untuk keluar.
3. Syarat asas untuk berpoligami adalah mampu. Kalau lelaki itu hendak berpoligami dan dia yakin dia mampu, kita sepatutnya gembira dan menyokong.
Tidak perlu mempersoalkan “bila dah senang, dah kaya, mula nak cari lain”, memang sudah itu syaratnya.
4. Kalau lelaki itu hendak tunjuk dia appreciate isteri dia dengan belikan itu ini, biarkan sajalah, itu cara dia. Dia bukan guna duit kalian pun. Isteri dia takda cakap benda buruk pun pasal suami tu, yang korang nak melebih² tu kenapa.
5. Kalau tak setuju suami korang poligami pun, simpan lah dalam diri itu, dan terimalah poligami ini sebagai 1 syariat yang Allah halalkan.
Mana mungkin Allah halalkan sesuatu perkara yang memudaratkan manusia. Kalau bab babi, kita boleh pula faham bila Allah haramkan, tapi bab poligami, tiba² macam hilang pedoman.
Suami sekalian,
1. Buktikan yang kalian adalah pembela agama dan syariat dengan menegur perbuatan isteri yang bercanggah dengan Islam. Antaranya ialah seperti komen dalam gambar ni. Kalau anda yang berhak untuk tegur pun tak tegur, siapa lagi yang boleh diharapkan?
2. Sentiasalah upgrade diri untuk menjadi 10 langkah ke depan berbanding isteri, terutama dalam bab ilmu agama.
Kalau tak pandai, belajar. Cari orang yang boleh ajar kita. Kalau kita jahil, jangan pelik kalau isteri-isteri dan anak-anak kita jahil.
Isma Halil fokus amal ibadat dalam penjara. “Makin lancar baca al-quran, yasin & jadi bilal.’ Benarlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kadang-kadang daripada kesilapan, manusia belajar sesuatu dan mula mendekatkan diri dengan Allah. Begitu juga yang dilalui oleh penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah, 49.
Isterinya, Nor Haslinda Abdul Manaf memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik ketika ditemui baru-baru ini. Jelas Haslinda, 50, dia bertemu suaminya di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, pada 9 Januari lalu dan gembira melihat suaminya sihat.
“Kali ini dia sangat gembira sebab ramai kawan-kawan datang memberikan sokongan di mahkamah. Setiap minggu dia akan hubungi saya dari penjara Sungai Buloh. Selain itu, saya dan anak-anak melawatnya di penjara dua kali sebulan.
“Setiap kali berjumpa, macam-macam diceritakannya kepada saya. Boleh dikatakan kalau tiada aral, hari-hari dia akan berpuasa bersama kawan-kawan. Dari sudut positif banyak pelajaran yang dia dapat di dalam sana,” katanya lagi.
Menurutnya, Isma Halil semakin fokus dengan amal ibadat, semakin lancar membaca al-Quran dan surah Yasin, menjadi bilal dan sebagainya.
“Katanya, petugas-petugas penjara yang dipanggil cikgu pun sangat-sangat baik. Di dalam sana, dia juga berpeluang bekerja dan bersukan.
“Dia selalu pesan mohon doakan dia. Dia tak sabar-sabar nak jumpa keluarga dan sahabat-sahabat. Juga dia tak sabar nak cerita pengalamannya kepada semua,” katanya.
Pada 21 Februari tahun lalu, Isma Halil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan mengedar dadah selepas pengakuan direkodkan buat pertama kali.
Mengikut pertuduhan, Isma Halil didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Keputusan lanjut kes ini akan diketahui pada 27 Februari ini di Mahkamah Tinggi.