Pengorbanan guru tiada galang gantinya. Mereka ibarat lilin membakar diri sendiri demi memberikan ilmu buat anak bangsa. Jasa mereka juga tiada perkataan mampu diucapkan, hanya Allah yang mampu membalasnya.
Satu perkongsian dari seorang guru dikenali sebagai Ben Zaid yang berkongsi perjalanannya sejauh 80 km setiap hari melalui jalan balak menuju ke sekolahnya, SK Balar di Gua Musang amat menyentuh perasaan.
Lebih mengujakan dirinya bukan menggunakan scrambler sebaliknya hanya motor EX-5 yang mana ia menggunakan tayar yang bukan kebiasaaan digunakan sebaliknya tayar off road berikutan laluan balak itu amat sukar dilalui.
Baca perkongsian dikongsinya di grup EX5 fi Malaysia.
Ads
Aku , Fi Kambing untuk anak bangsa.
Dari Kuala Betis Gua Musang ke Pos Balar sejauh 80 km melalui laluan balak yang dah di tinggalkan untuk sampai ke sekolah tempat aku mengajar.
Mula-mula risau juga takut kalau kambing ni mengembek di tengah jalan, Alhamdulillah kambing ni steady meredah jalan yang tuhan sahaja tahu betapa azabnya. Orang tanya kenapa tak guna scrambler? Tak sesuai kawan, jalannya tak sesuai sebab dengan ketinggian dan motornya yang lebar. Kapcai biasa paling sesuai.
Ads
Siapa yang tanya kambing ni lasak ke tak? Jawapan aku memang layak di panggil kambing gurun. Minyak jimat. Enjin pickup. Enjin masih standard cuma luaran je aku ada modifield sikit ikut kesesuaian trek bukit.
Perjalanan nak ke sekolah ni Alhamdulillah ambil masa dalam 5 jam untuk musim jalan kering. Risiko tetap ada . Sudah aku nak gambarkan kesukarannya. Tuhan sahaja yang tahu. Musim hujan kadang ambil masa sehingga 7 ke 9 jam untuk sampai ke sekolah. Gitulah rutin aku setiap minggu.
Saya pernah dengar satu pesanan seseorang, ketika itu kami di Ladang Kurma di Madinah,
“Kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang kamu mahu di sini, ia halal, namun sebiji yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat hendak makan nanti di atas bas, ia jadi haram.”
Dengan kata lain jika kita pergi ke mana-mana majlis, jika makanan dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ.
Tidak boleh bungkus dalam tisu seketul, dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis…
Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis.
Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita hendak anak-anak makan.
Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.
Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Tiada seorang pun yang terlepas. Di dunia ini kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan tak akan saling menuntut di akhirat tapi bila di Padang Mahsyar.
Bau neraka pun kita sudah tercium walaupun jaraknya 500 perjalanan lagi, semua orang dalam ketakutan dan semua orang takkan terlepas dari tuntut menuntut.
Orang lelaki paling banyak dituntut di akhirat. Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik beradiknya (walaupun sudah berkahwin).
Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yang akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yang akan menuntut pahalanya di akhirat.
Begitu juga ibu bapa yang sakit, walaupun di dunia ni tidak menjaga ibu bapa yang sakit, mak ayah kata dia redha tetapi di akhirat nanti semuanya akan dituntut.
Jika ada mertua tetapi tidak menjaga hak mertua, di akhirat juga akan dituntut kelak.
Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tidak cukuplah pahala orang lelaki, lalu berpindahlah dosa-dosa orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu.
Di dunia ini semuanya nampak simple dan ramai yang ambil mudah. Contoh suami sedang tidur walaupun sudah masuk waktu solat. Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sebab akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tidak kejutkan suami yang sedang tidur.
Di dunia ini kita nampak kecil sahaja benda ni tapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut pada isteri.
Adakala, di dunia ini jika suami membiarkan isteri-isteri dan anak-anak mereka tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya.
Di akhirat nanti para isteri dan anak-anak akan saling menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa. Benda ini mungkin, nampak mudah di dunia tapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun mereka akan tuntut.
Itu belum lagi bab dalam berkawan. Jika kita ada ilmu agama, kita tidak sampaikan pada kawan-kawan, kita biarkan kawan-kawan kita dalam kealpaan dunia, kita tidak melunaskan tanggungjawab sebagai kawan. Maka di akhirat nanti kawan-kawan akan datang menuntut hak kepada kita.
Hidup kita di dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook. Jangat ingat di alam maya ni, Allah tak hitung amalan kita. Apa saja walaupun sekecil kuman Allah akan hisab.
Seorang perempuan beragama Islam yang mendedahkan aurat jika tiada satu pun kawan-kawan yang menegur dia untuk menutup aurat.
Di akhirat nanti semua kawan-kawannya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan itu supaya menutup aurat dan kawan yang tidak menutup aurat itu akan menuntut semua pahala dari kawan-kawan yang tidak menegurnya.
Kashoorga : Berhati-hatilah dalam bab halal haram ini, jangan ambil mudah kerana di sana nanti semuanya akan disoal.
Jika kita bertanya semua orang, baik dia yang jahat atau baik, kaya atau miskin, “Mahukah anda masuk surga?”.
Jawabannya pasti mahu. Tapi masalahnya siapakah golongan yang dirindukan oleh syurga ini?
Ada beberapa orang yang memang dinantikan dan dirindukan syurga. Siapakah mereka? Apakah kita termasuk di dalamnya?
Menurut Pencetus Ummah, PU Riz, Rasulullah bersabda ada empat golongan yang dirindukan syurga.
“Yang pertama, mereka yang suka membaca Al-Quran. Kedua mereka yang menjaga perkataannya dan tidak bercakap benda-benda kotor. Ketiga mereka yang suka belanja orang makan dan keempat golongan yang berpuasa dan semangat bila Ramadan datang.
“Jadi kita perlu sentiasa bersemangat setiap kali datangnya Ramadan. Kalau tak semangat banyakkan istighfar.
“Ini kerana kita sebenarnya sangat beruntung kerana diberi peluang oleh untuk mencari syurga Allah. Jangan main-main. Ibarat bila orang rindukan kita, pasti kita rasa happy. Apatah lagi syurga merindui kita.
“Oleh itu jika mahu syurga rindukan kita banyakkan bersedekah, kuatkan semangat diri untuk terus berpuasa pada bulan Ramadan,” ujarnya dalam Eksklusif Tazkirah Ramadan di Kashoorga.
Wallahualam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tak pernah rasa terbeban dan anggap seperti anak sendiri. ‘Kami akan jaga amanah yang ditinggalkan.’ Biarpun perit kehilangan dua insan tersayang, namun kehidupan perlu diteruskan.
Wanita ini bukan saja kehilangan abang sulungnya, malah dia turut kehilangan kakak ipar yang juga sahabat baiknya selepas dua insan kesayangan itu meninggal dunia dalam kemalangan, tahun lalu.
Sejak tragedi itu, Norhaziantie Zailani, 33, mengambil alih tugas dan tanggungjawab menjaga tiga anak pasangan itu yang kini meneruskan kehidupan dengan kasih sayang dan perhatiannya serta keluarga.
Mengimbas tragedi hitam itu, abangnya, Mohamad Shafiq Zailani dan isteri, Faieznoor Mansor serta bayi mereka berusia 10 bulan, Daryan Marwa meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 200 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di sini, 19 November tahun lalu.
Manakala, tiga anak mereka yang selamat dalam kejadian itu ialah Mohamad Danish Uqasha, 10, Dhia Medina, 6, serta Damiaa Melissa, 3.
Jelas Norhaziantie, hubungannya dengan abang, Mohamad Shafiq yang dipanggil Along memang sangat rapat selain kakak ipar, Faeiznoor adalah sahabat baiknya, malah mereka juga tinggal di kawasan perumahan sama dan bersebelahan.
Menurutnya, sejak pemergian dua insan tersayang itu dia mengambil tanggungjawab menjaga tiga anak saudara dengan kerelaan diri sendiri dengan persetujuan suami Khairul Haznizam Roslan, 37.
“Suami juga mahu menjaga semua anak Along, malah dia juga sahabat baik Along sejak dari dulu dan selalu menghabiskan masa bersama.
“Mereka juga selalu meminta kami menjaga semua anaknya dan tak sangka apa yang selalu dikatakan itu akhirnya terjadi juga.
“Alhamdulillah, ketiga-tiga anak Along berada dalam keadaan baik dan mereka menerima kehilangan ibu bapa biarpun perit, namun kehilangan itu bukan saja dirasai mereka tetapi seluruh keluarga kedua pihak,” katanya tinggal di Bukit Sagu 2, Kuantan, Pahang.
Di samping itu, anak sulung abangnya, Mohamad Danish Uqasha adalah anak susuannya dan kanak-kanak itu bersama dua lagi adiknya memang memanggil dirinya dan suami dengan panggilan ibu dan papa.
“Saya menjaga mereka dengan ikhlas dan tidak pernah berasa terbeban langsung, malah memang menganggap mereka seperti anak sendiri sejak Along dan Kak Long masih ada lagi. Saya layan anak mereka sama seperti anak kandung, tiada beza.
“Saya masih ingat pada hari pertama along dan isterinya meninggal dunia, acah (nama panggilan untuk anak sulung) cakap ‘abah dan mama sudah tiada. Acah tahu ibu sayang acah, boleh tak sayang adik macam acah?’. Itu memang menyedihkan saya kerana saya sayang mereka semua tiada beza.
“Kami akan jaga amanah yang ditinggalkan Along dan isterinya dengan baik dan akan cuba berikan pendidikan dunia dan akhirat yang lengkap untuk mereka sama seperti tiga anak kami,” katanya yang berniaga dalam talian dan menjahit barangan kanak-kanak seperti bantal dan tilam kekabu.
Norhaziantie yang kini mendapat hak penjagaan sepenuhnya tiga anak saudaranya itu mengakui tahun pertama Aidilfitri tanpa dua insan tersayang itu sangat berbeza terutama kepada anak arwah.
“Tahun pertama tanpa along sangat berbeza untuk keluarga kami. Kakak ipar pandai memasak, dia boleh dianggap ketua tukang masak keluarga. Along pula seorang yang manja, ceria dan suka berkongsi cerita dengan adiknya dan rakan.
“Kami sekeluarga sedih tetapi kami sepakat tidak menunjukkan perasaan itu di depan anak Along sebab kami tak mahu mereka juga berasa sedih dan merasai kekosongan itu,” katanya.
Manakala di akaun Facebooknya, Haziantie meluahkan rasa hatinya:
Raya penuh makna yang sangat dalam buat kami tahun ini.
Terima kasih Along membahagiakan adik dengan meninggalkan anak anak Along bersama adik untuk adik terus perjuangkan rasa sayang kita yang tak kan pernah putus.
Walaupun anak-anak Along kehilangan Along ,Paih dan Dayyan adik cuba sedaya upaya adik bahagiakan mereka sama macam adanya abah dan mamanya,sehingga tiada rasa kurang yang dalam buat mereka.
Kami bahagia berlapan long..kami happy sangat. Along berbahagialah bersama isteri dan anak Along di sana seperti kami di sini.
Kita pasti berjumpa nanti, kita hanya berubah Alam tapi kita tetap ada. Al-fatihah.
Kashoorga : Peritnya menerima kehilangan ibu dan ayah, apa lagi anak-anak ini masih kecil. Semoga terus kuat menghadapi hidup wahai anak-anak.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.