Semasa bercinta, kita mungkin tidak mengenal sisi “gelap” pasangan. Ini kerana ia sentiasa terlihat indah kerana hati sudah menyukainya. Namun bila duduk serumah, masing-masing mula menunjukkan sikap sebenar hingga ada yang berkecil hati. Puas ditegur tapi perangai tetap sama.

Jika diuji dengan sikap pasangan yang keras kepala, bacalah ayat 1-5 surah Thaha dan insya Allah, sikap keras kepala dan degil akan berubah menjadi lembut. Antara kelebihan surah ini ialah boleh juga dibacakan kepada anak yang keras dan degil sifatnya.

طه (1) مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰٓ (2) إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَىٰ (3) تَنزِيلًا مِّمَّنْ خَلَقَ ٱلْأَرْضَ وَٱلسَّمَٰوَٰتِ ٱلْعُلَى (4)ٱلرَّحْمَٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ(5)

IKLAN

Bacaan rumi: Taa’ Haa. (1) Ma anzalna Aalayka alqur-analitashqa (2) Illa tazkiratan liman yakhsha (3) Tanzeelan mimman khalaqa al-arda wassamawatialAula (4) Arrahmanu AalaalAarshi istawa (5)

Maksudnya:Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.” (Surah Taha: ayat 1-5).

IKLAN

Jika kita menyusuri kisah Saidatina Umar Al Khattab, kita tahu bahawa panglima perang ini sangat tegas dan garang orangnya. Bahkan dirinya adalah musuh islam ketika itu iaitu saat dirinya belum menerima hidayah.

Surat Thaha ayat 1-5 ini adalah surah yang dibaca oleh Saidina Umar ketika belum masuk Islam di depan adiknya sebagai bentuk penyesalan kerana telah memukul adiknya yang sedang membaca al-Qur’an. Atas kehendak Allah, ketika Umar membaca ayat-ayat itu, hatinya menjadi tersentuh dan luluh oleh kandungan maknanya dan dia meminta dipertemukan dengan Nabi untuk menyatakan keislamannya.

IKLAN

Selain surah Thaha ini, boleh juga amalkan Zikir Al-Latiff (bermaksud Maha Kuat Lagi Maha Kuasa), hendaklah dibaca 19 kali dan niat agar Allah lembutkan hati mereka yang degil dalam menunaikan suruhan Allah, menjadi hamba yang soleh dan berbaik-baik sesama muslim.

Surah Thaha dan Zikir ini boleh juga kita amalkan dari jauh dan membayangkan wajah orang yang ingin kita sampaikan itu. Insya Allah, sifat mereka yang keras akan berubah menjadi lembut.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI