Apabila diuji dengan musibah, kita akan dapat melihat “sikap” manusia itu sendiri. Ada yang suka mengeluh, ada yang tertanya-tanya kenapa musibah menimpanya namun ada juga yang redha dengan ujian menimpa diri mereka.

Setiap manusia akan diuji oleh Allah SWT mengikut kadar keimanan dan kemampuan mereka agar mereka sentiasa mengingati Allah SWT seperti firmanNya:-

وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Maksudnya: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah al_Anbiya, 35).
Bahkan ujian tidak mengenal sama seseorang itu kaya, miskin, berpangkat atau sesiapa jua kerana ia adalah tahap menguji keimanan seseorang.

Ujian dan dugaan yang dihadapi diiringi dengan tawakkal dan bersangka baik kepada Allah SWT. Berkemungkinan sesuatu perkara yang baik di sisi manusia boleh jadi perkara itu buruk di sisi Allah begitu juga sebaliknya ini seperti firman Allah SWT:

وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

IKLAN

Maksudnya: Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah al-Baqarah, 216).

Di saat ramai diuji dengan banjir besar khususnya di Shah Alam, Klang, Hulu Langat, Karak dan berbagai lagi lokasi, satu perkongsian di tik tok @taganputih memperlihatkan satu perkongsian yang mengundang sebak.

Dalam air mula memenuhi tahfiz tempat mereka menimpa ilmu iaitu di Kampung Tengah Puchong dapat dilihat para huffaz ini berkumpul di atas beberapa buah katil sambil melafazkan doa Nabi Sulaiman.

IKLAN

Dahsyatnya amalan Doa Innahu Min Sulaimana Wainnahu Bismillahirrohmanirrohim

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ إِنَّهُ مِنْ سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ أَلا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

INNAHU MIN SULAIMANA WAINNAHU BISMILLAHIRROHMANIRROHIM, ALLA TA’LUU ALAYYA WA’TUUNI MUSLIMIIN.

IKLAN

Ertinya:-

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya (surat) itu dari Sulaiman yang isinya: “Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.

Doa yang dibaca berulang kali ini cukup membuat ramai sebak kerana di sebalik ujian, anak-anak tahfiz ini tidak pernah mengetepikan memohon pertolongan kepada Allah SWT.
Moga setiap musibah yang berlaku hari ini lebih mendekatkan kita kepada Allah SWT.

https://www.tiktok.com/@taganputeh/video/7043089634645101851?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI